SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

18 Ogos 2015

PENJAWAT AWAM RUGI LEBIH RM 50 JUTA DITIPU PEMAJU HARAM- CUEPACS

Berita Harian
18/8/2015

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 penjawat awam menanggung kerugian lebih RM50 juta akibat terpedaya dengan tawaran pemaju perumahan tidak berlesen, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Berdasarkan aduan yang disalurkan secara bersemuka dan e-mel, CUEPACS bimbang nilai kerugian akan meningkat jika tiada campur tangan kerajaan. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata majoriti mangsa yang tertipu ialah kalangan askar yang ditawarkan rumah pada harga mampu milik dan kelulusan segera pinjaman perumahan.
Bagaimanapun, katanya, selepas hampir 10 tahun urus niaga pembelian rumah selesai dan potongan gaji dilaksanakan, kediaman yang dijanjikan pemaju masih terbengkalai. "Deposit berjumlah RM36,000 sudah dibayar ke syarikat pemaju tetapi sampai 10 tahun, hanya tiang rumah yang didirikan.

 Di Kelantan saja, sebanyak 12 projek terbengkalai angkara syarikat pemaju tidak berlesen. "Justeru, kerajaan wajar campur tangan dengan mengambil tindakan terhadap syarikat pemaju tidak berlesen ini, selain merangka mekanisme untuk membantu menyelesaikan masalah penjawat awam yang
ditipu," katanya pada sidang media hari ini Azih berkata, kerajaan antara lain perlu memantau syarat kelulusan permohonan di peringkat Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN). CUEPACS, katanya, bersedia menyalurkan bantuan berkaitan jika kerajaan berhasrat mengadakan rundingan dengan BPP dan JPN untuk menangani masalah penjawat yang ditipu syarikat pemaju tidak berlesen. "Sindiket penipuan jual rumah ini semakin membimbangkan kerana mereka mencari mangsa hampir di merata tempat, termasuk pasar malam dan pusat beli-belah. "Kelantan setakat ini merekodkan jumlah mangsa paling ramai kerana hampir 13,000 askar ditipu syarikat pemaju tidak berlesen dalam tempoh 10 tahun.

 "Selain itu, kegiatan sama turut berlaku di Bukit Beruntung, Selangor, Kuala Kangsar (Perak), Kota Bharu (Kelantan), Kuala Terengganu (Terengganu), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak)," katanya. Dalam perkembangan lain, Azih mahu kerajaan mempercepatkan pelaksanaan penetapan gaji minimum daripada RM900 ke RM1,200. Katanya, anjakan gaji untuk 252 skim perkhidmatan di sektor awam itu berupaya membantu penjawat kerajaan untuk menyerap kesan kenaikan kos sara hidup, khususnya di bandar.

 "Kita yakin pertimbangan 'kecil' untuk kebajikan penjawat awam yang berpendapatan rendah ini tidak membebankan kerajaan, sebaliknya memberi galakan kepada mereka untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan," katanya. PRESIDEN Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda (kiri) ketika sidang media di Wisma Cuepacs Jln Pudu, sambil diperhatikan oleh Setiausaha Agung, Datuk Lok Yim Pheng.- Foto Yazit Razali

3 ulasan:

zamri rahman berkata...

Benar apa yang disuarakan oleh Presiden Cuepacs berkenaan gaji minima dari rm900 kepada rm1200 sangat wajar dinaikkan termasuk anjakan gaji kepada yang sedang berkhidmat dalam sektor awam.

Penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 menyokong penuh segala usaha kerajaan dalam meningkatkan hasil negara seperti terlaksananya GST.

Namun,apa yang diharapkan oleh pelaksana 1 dan 2 ini adalah kebajikan dari segi gaji serta elaun diberikan perhatian dan dilaksanakan oleh kerajaan dengan segera.

Bukan hanya wakil rakyat,MALAH penjawat awam pelaksana 1 dan 2 juga memainkan peranan dalam meyakinkan masyarakat luar terhadap kerajaan.

Kita sanggup dihentam oleh masyarakat luar terhadap sesuatu isu,tetapi kita sebagai penjawat awam pelaksana 1 dan 2 dengan tegas mempertahankan kerajaan sedia ada untuk terus memerintah Malaysia.

Dalam kita sebagai penjawat awam pertahan kerajaan,kita juga inginkan segala tuntutan seperti kenaikkan gaji 35%,gaji minima dari rm900 kepada rm 1200 serta diberikan anjakan gaji kepada yang sedang berkhidmat dalam gred sama,kenaikkan elaun sara hidup,elaun khidmat awam sangat wajar diluluskan kerajaan.

Janganlah sering memberi alasan ekonomi tak stabil serta alasan alasan yang sama saban tahun.

Saya sangat setuju Presiden Cuepacs bahawa jika segala tuntutan dipenuhi,maka pasti melonjak produktiviti serta semangat kerja bertambah.Tambahan pulak keadaan sekarang penjawat awam berhadapan segala kenaikkan harga barangan juga terkesan GST.

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.