SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 April 2016

DEWAN NEGARA: PENGGUNAAN APLIKASI GRUP WHATSAPP, BOLEH JEJAS PSIKOLOGI PENJAWAT AWAM - SENATOR

Bernama
21/4/2016


KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pengunaan aplikasi media sosial seperti Grup WhatsApp sebagai saluran komunikasi di jabatan kerajaan dikhuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam, demikian menurut seorang Senator.

Senator Datuk Mariany Mohammad Yit berkata terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka.

Katanya terdapat kes ketua jabatan yang mewajibkan penggunaan WhatsApp sebagai saluran komunikasi kepada semua pekerja.

"Pada masa kini, penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dalam kalangan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai sektor awam amat popular.

"Terdapat juga jabatan kerajaan yang menjadikan aplikasi grup WhatsApp sebagai saluran komunikasi," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata, tidak dinafikan penggunaan aplikasi media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan.

"(Cuma) kita mohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjelaskan adakah aplikasi WhatsApp telah diwartakan sebagai saluran rasmi komunikasi antara penjawat awam," katanya.

Beliau berkata JPA juga diminta menjelaskan sama ada pekeliling perkhidmatan awam telah dikeluarkan berhubung penggunaan aplikasi berkenaan bagi memantau standard piawaian dan tatacara serta kredibiliti penggunaannya demi menjamin keselamatan operasi dan keselamatan dokumen yang mungkin menjadi sebahagian daripada dokumen rahsia rasmi kerajaan.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Mahmood Adam berkata...

tidakkan mereka ini tahu bahawa whatsapp ni adalah medium perhubungan yang disediakan oleh orang luar, menggunakan pelayan mereka sendiri, dimana pelayan tersebut menyimpan segala jenis maklumat, mesej, imej, video, suara dan sebagainya yang anda hantar kepada orang lain atau kepada kumpulan lain? bagaimana pula sesebuah jabatan kerajaan boleh menggunakan medium perhubungan sebegini sebagai cara menyampaikan maklumat sesama kakitangan, malah ada maklumat-maklumat sulit atau terperingkat yang turut sama dikongsi sekali melaluinya. apakah mereka ingat "private message" yang digunakan bermaksud ianya hanya antara penghantar dan penerima sahaja?

kita tak tahu apa agenda barat mewujudkan medium perhubungan seperti whatsapp, twitter, facebook ini. mereka melakukan "data mining" dimana berjuta-juta orang menggunakan medium ini untuk berkongsi apa sahaja. mereka yang mempunyai agenda tertentu yang mencipta medium perhubungan ini akan mengumpul segala maklumat tersebut untuk kegunaan mereka menguasai dunia.

lihat sahaja apa yang berlaku masakini. manusia menjadi taksub dengan perisian sebegini sehingga ada ibu bapa yang leka dengannnya sampai membiarkan anak di sebelahnya buat sesuka hati, malah ada anak yang terjun dari eskalator di pusat membeli belah kerana ibunya leka dengan whatsapp. lihat di tengah jalan. mereka dengan sewenang-wenangnya menggunakan telefon bimbit membalas mesej sambil memandu, samada kereta atau motosikal. di dalam mesyuarat, berapa ramai yang mengambil perhatian dengan isi kandungan mesyuarat atau majlis tersebut, kerana ada yang leka dengan whatsapp/telefon mereka dimana mata kelain, telinga pun dah tak dengar apa yang diucap di dalam majlis tersebut.

di tengah bandar atau di tepi jalan, kita boleh lihat manusia yang berjalan mata dan kepalanya tunduk ke bawah ibarat mayat hidup (zombie) yang memandang skrin telefon sampai mereka terlanggar orang lain yang berjalan di hadapannya.

inilah yang dimahukan oleh mereka yang mencipta perisian dan perkakasan ini: penjajahan minda, pengawalan minda supaya kita semua leka, walhal mereka berterusan menguasai dan merosakkan dunia.

tukjanggut berkata...

Masalah sekarang Ketua Jabatan menggunakan Whatsapp untuk beri arahan kpd pegawai bawahan terutama dihari cuti hujung minggu...ini dah ganggu privasi pegawai dgn keluarga..juga ada ketua jabatan yg marah-marah kakitangan bawahan dlm whatsapp...Ketua jabatan telah banyak membelakangkan surat menyurat dlm memberi arahan yg menyulitkan pegawai bawahan membuat tuntutan TNT...

Unknown berkata...

mmemang betul...applikasi ini jauh menyimpang.pengguna,kebanyakan kurang bijak menyesuai dan membahagikan masa...semangat silaturrahim dihakis...bayangkan satu keluarga sedang makan sudah hampir tiada kemesraan ayah,emak,kakak,abang,adik masing masing melayan applikasi ini...dimana mana sahaja sama...teknologi yang boleh dikatakan tiada manafaat...lebih banyak keburukkan dari kebaikan....

Unknown berkata...

itu tak penting,yang penting pelarasan gaji kepada yang lama berkhidmat apabila rm1200 gaji minima dilaksanakan pada julai 2016 nanti.

Untung bagi mereka yang bergaji rm 930 sekarang,apabila julai nanti gaji akan mandadak naik ke rm 1216.Beza rm286....nilai inilah sewajarnya diselaraskan kepada yang telah lama berkhidmat.

Jika tidak,tak wajar diminimakan gaji rm1200 dalam sektor awam.tidak adil.

babunbengis berkata...

kenaikan gaji minima sepatutnya ada domino effect yang berkadaran kepada penjawat yang berada pada tingkat gaji yang lebih tinggi, mana-mana orang akan mengharapkannya. contohnya kalau harga roti canai kosong naik dari RM1.00 ke RM1.30 takkan roti telur hanya naik 10 sen ke RM1.60? kalau begitu semua orang nak makan roti telur.

JPA akan menunjukkan teladan buruk untuk diikuti oleh pihak sektor swasta dan jabatan penguatkuasaan berkaitan akan hilang autoriti moral untuk menegur pihak swasta apabila di pihak swasta juga meniru kerajaan dengan tidak mengamalkan dasar domino effect ke atas para pekerja mereka. Gaji juruteknik komputer mungkin akan sama dengan tukang cuci sampah sedangkan mereka ada kelulusan dan skill set yang jauh berbeza.

sam berkata...

Assalamuaiakum
saya ingin memohon pencerahan dari pihak CUEPACS tentang permasalahan ini. adakah sesuatu arahan daripada pihak atasan atau pegawai tertinggi melalui aplikasi whatsapp
boleh dikira sebagai sebuah carta aliran kerja ?

Adakah tindakan boleh diambil kepada seseorang panjawat awam jika melanggar arahan yang disalurkan melalui aplikasi Whatapp ini ?

Adakah pihak awam boleh mengambil tindakan mahkahmah jika terdapat kebocoran maklumat yang melibatkan diri mereka jika aplikasi whatapp ini digunakan bagi tujuan tugasan di dalam unit , jabatan atau kementerian di dalam kerajaan ?