SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

23 Mei 2016

GESA SPA ISI 25,000 JAWATAN KOSONG

Metro harian
22/5/2016


Kuching: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya membuka semula pembekuan pengambilan penjawat awam ketika ini.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, ia bagi mengisi kekosongan jawatan antara 21,000 orang hingga 25,000 orang, terutama jawatan rendah dalam perkhidmatan awam.
Menurutnya, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa juga mengumumkan kerajaan akan mengambil pekerja baru bagi mengisi kekosongan jawatan itu, namun masih tiada tindakan diambil SPA.
“Jadi kami minta ada penyelarasan, bila arahan dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara sepatutnya tindakan diambil.
“Sampai sekarang tiada tindakan diambil, saya tidak nampak usaha diambil SPA untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada (dalam perkhidmatan awam),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan CUEPACS Sarawak di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi CUEPACS Sarawak Ahmad Malie dan Timbalan Setiausaha Agung CUEPACS Abdul Rahman Mohd Nordin.

9 ulasan:

IBU,FITRI SULISTIAWATI berkata...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

zamri rahman berkata...

penjawat awam golongan pelaksana tak mengharapkan penyelarasan TAPI mengharapkan pelarasan / anjakan gaji apabila gaji minima rm1200 dilaksanakan pada julai depan.

Adalah tidak adil sekiranya gaji minima ini hanya menguntungkan golongan bergaji bawah minima dilonjakkan ke rm1216 sedangkan yang dah lama berkhidmat tiada anjakan gaji diberikan.

Sewajarnya diberikan anjakan gaji atau pelarasan.

Untuk penjimatan,ketepikan badan berkanun kerana mereka ini bukan menyokong kerajaan.Malah mereka menentang dan mengkritik segala usaha kerajaan.

Sewajarnya kerajaan mengutamakan penjawat awam 100% di bawah kerajaan yang sentiasa menyokong kerajaan.

eddie berkata...

sepatutnya tuan zamri rahman bawak masalah ini dlm mesyuarat akan dtg...pertahan nasib penjawat awam gred N11 yg dh lama berkhidmat,tiada anjakan gaji hanya naik taraf gred..takde guna langsung...pada sya perubahan gred tiada apa2 makna tanpa kenaikan gaji/anjakan gaji...

ghazali jaafar berkata...

Gerakan keluar kesatuan MTSU bagi jawatan Pen. Pegawai Gred JA29 asal atas sebab kegagalan kesatuan memperjuangkan kepentingan ahli.

Disertakan contoh surat bagi yg berminat keluar kesatuan.


Presiden
MALAYAN TECHICAL SERVICES UNION
Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia – ( MTSU )
No. Pendaftaran : 178


XX Mei 2016

Tuan,

PERKARA : BERHENTI MENJADI AHLI KESATUAN.


Adalah saya XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX No. Kad Pengenalan : XXXXXXXXXXXXXX dengan ini secara rasmi berhenti menjadi ahli kesatuan.

2. Sebab pemberhentian adalah kerana saya telah hilang kepercayaan dengan hala tuju kesatuan kebelakangan ini dalam memperjuangkan kepentingan ahli.

3. Walaubagaimanapun saya berterima kasih atas perjuangan kesatuan dalam tempoh saya menjadi ahli.

3. Diharap perkara ini didalam makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.


Sekian. terima kasih


Yang Benar,





(XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX)
Pen. XXXXXXXXXXXXX JA29



sk:

Fail

Kagero Mtp berkata...

Sepatutnya tugas dan fungsi PA dimaksimumkan bkn dtambah lg...mcm mne nk mncapai PA berprestasi tggi dn pndptn tggi klu julahnya tlu ramai.jgnla smpi tugas yg sedikit itu nk dbahagikn lg...

Kagero Mtp berkata...

Sepatutnya tugas dan fungsi PA dimaksimumkan bkn dtambah lg...mcm mne nk mncapai PA berprestasi tggi dn pndptn tggi klu julahnya tlu ramai.jgnla smpi tugas yg sedikit itu nk dbahagikn lg...

danzrien danz berkata...

Aslmkum slm 1 mlsia...bagi pndapat mmang x adil n x guna jika hnya gred je naik tpi gaji mininum lbh mguntungkan org yg bru msuk keja...jadi org yg dah lma brkhidmat tiada anjakan gaji...tpi keja smakin bertanbah...skurang2nya ada jga anjakan gaji diberikab bgi yg dh lma bkhidmat dan mgkin ada yg dah nak pencen....

danzrien danz berkata...

Aslmkum slm 1 mlsia...bagi pndapat mmang x adil n x guna jika hnya gred je naik tpi gaji mininum lbh mguntungkan org yg bru msuk keja...jadi org yg dah lma brkhidmat tiada anjakan gaji...tpi keja smakin bertanbah...skurang2nya ada jga anjakan gaji diberikab bgi yg dh lma bkhidmat dan mgkin ada yg dah nak pencen....

sazsyah berkata...

mohon lantiklah pegawai simpanan da lama tunggu.