SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Mei 2016

KUMPULAN GRED RENDAH PERLU DIPERKASA DENGAN KEMAHIRAN TAMBAHAN - CUEPACS

Bernama
30/4/2016



Datuk Azih Muda


KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kerajaan digesa memperkasakan kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam dengan menyediakan kemahiran tambahan kepada golongan itu supaya gred gaji mereka dapat ditingkatkan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata gaji minimum yang diterima kumpulan itu masih belum mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kita ambil contoh kos sara hidup yang semakin mencabar dan keperluan rumah dengan gaji serendah RM1,200, ia pasti belum mencukupi.

"Jadi kumpulan terendah yang memasuki perkhidmatan awam melalui kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) harus bergerak dengan kemahiran teknikal yang diiktiraf supaya gred gaji mereka naik lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Seminar Perdana Perkhidmatan Awam Sempena Hari Pekerja 2016 anjuran kesatuan itu di sini, Sabtu.

Seminar yang dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib itu turut dihadiri Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng.

Hari Pekerja 2016 disambut esok.

Azih berkata terdapat kira-kira 300,000 penjawat awam dalam kumpulan gred terendah di seluruh negara, antaranya yang terdiri daripada pembantu am rendah, pembantu operasi dan pemandu.

Pada Mac lepas, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan berkata kerajaan akan melaksanakan kenaikan satu tangga gaji bagi 1.4 juta penjawat awam termasuk gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan berkuat kuasa 1 Julai ini.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Unknown berkata...

Sijil Kemahiran Malaysia wajar diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,demi peningkatan kerjaya bagi kumpulan gred terendah.

Unknown berkata...

Sijil setaraf poli tak diberikan hak yang sama padahal gaji permulaan sama p1t6 dan p1t9, bila kuar pekeliling sijil poli aja yang diberikan kelebihan untuk tukar lantik ke gred 29

KENARI TERBANG TINGGI LAGI berkata...

salam pimpinan cuepacs.

Kenapa skim Pembantu Tadbir ( Perkeranian dan Operasi N17 @ PT PO N17 tidak disemak langsung dalam pekeliling ini.Semua sedia maklum termasuk Pihak CUEPACS dan JPA , skim PT PO N17 merupakan pengerak utama dalam pentadbiran kerajaan malaysia tetapi amat malam sekali Pihak CUEPACS dan JPA tidak memandang sekali walaupun sebelah mata untuk menyemak skim PT PO N17.Kami sering kali mendengar skema jawapan2 daripada Pihak JPA semasa taklimat pekeliling bil.1 tahun 2016 bahawa lantikan PT PO N17 hanya sijil SPM semata2 sahaja berbanding 16 skim yang ditawarkan ditukar lantik ke gred 29 bagi mereka yang mempunyai syarat seperti sijil dan diploma berkaitan padahal ada diantara mereka memohon jawatan SPM juga seperti PT PO N17 dan ada juga yang mendapat sijil dan diploma semasa berkhidmat.Dimana silapnya skim pengerak utama pentadbiran kerajaan dianak tirikan.

2.Selain itu, PT PO N17 terpaksa menjalankan tugas kewangan dan hasil selain tugas hakiki pentadbiran.Kami mohon jasa baik pihak CUEPACS dan JPA dapat mengadakan atau pekeliling berkaitan skop tugas PT PO N17 memandangkan lantikan PT PO N17 adalah SPM sahaja dan demi mengelak risiko kesilapan pengurusan kewangan dan hasil kerajaan oleh PT PO N17 yang tidak mempunyai sijil tertentu berkaitan kewangan.Oleh demikian.Mohon ditetapkan skop tugas dalam bidang pentadbiran dan operasi sahaja dan pengurusan kewangan dan hasil kerajaan diuruskan secara sepenuh masa oleh Pembantu tadbir kewangan W17 dan Penolong Akauntan W27.Harapan tinggi dari PT PO N17 agar Pihak JPA menetapkan skop tugas yang sebetulnya bagi semua PT PO N17 bagi PT PO N17 dibebani tugas kewangan dan hasil.

Mahmood Adam berkata...

ini semua retorik. 10 tahun lepas orang sebeginilah yang suruh penjawat awam kumpulan sokongan menyambung pengajian bagi peningkatan kerjaya. lepas masing-masing sudah ada diploma/sarjana, apa yang mereka dapat? mereka disusahkan pula dengan proses temuduga dengan persaingan sama rata dengan graduan baru. sekarang heboh nak suruh kumpulan sokongan dengan kemahiran tambahan. untuk apa sekiranya ianya tiada apa manfaat dalam peningkatan kerjaya?