Utusan Malaysia
30/6/2016
KUALA LUMPUR 30 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik keputusan kerajaan memberi cuti pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, keputusan
yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan
langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda golongan
pekerja sektor awam itu sejak seminggu lalu.
“Penyelesaian pantas bagi isu ini sangat penting
kerana ia memberi kakitangan kerajaan membuat perancangan lebih rapi
untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
“Malah
ia tidak mengganggu emosi, prestasi dan fokus pekerja kerana terpaksa
bekerja pada 8 Julai itu ketika orang lain seronok meraikan Hari Raya
Aidilfitri.” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. -
UTUSAN ONLINE