SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

24 April 2013

DISIPLIN DIRI PENENTU TAHAP IMAN

Berita Harian
20/4/2013

Pengetahuan dan kefahaman mempunyai kaitan rapat dengan disiplin kerja. Cuba bayangkan jika situasi seperti dalam kata-kata ini sering berlaku, ‘aku tak tahu macam mana nak buat’, ‘bos suruh, aku buat sahaja’, ‘betul ke tidak akupun tak tahu, janji siap.’
Ia menunjukkan amalan bekerja tanpa kefahaman atau pengetahuan. Situasi begini jika berlarutan, tidak akan membantu pembinaan dan pengukuhan disiplin yang menjadi penentu budaya kerja cemerlang.
Disiplin tidak akan terbina melalui proses kerja secara cuba-cuba. Justeru, pekerja berpengetahuan dan berkefahaman tinggi mengenai bidang tugasnya adalah aset dan modal insan kepada kejayaan organisasi.


Bagi penjawat awam, usaha pengukuhan ini bersesuaian dengan penekanan pembangunan modal insan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan Teras Perkhidmatan Awam.

Kerja yang lancar pula menghasilkan output dengan cepat. Kitaran proses ini sangat menarik kerana ia berkait rapat dengan pembentukan empat disiplin kerja. Pertama, disiplin memastikan pekerja mempunyai kefahaman dan pengetahuan asas berkaitan tugasan sebelum melaksanakannya.

Kedua, disiplin dalam memastikan kerja yang dilakukan berhasil. Ketiga, disiplin dalam memastikan ia dihasilkan dengan kadar segera. Keberhasilan kerja secara cepat membentuk keseronokan dan kepuasan pekerja yang membentuk kitaran disiplin keempat, iaitu melakukan kerja secara berterusan.

Disiplin hasil kerja cemerlang
Begitulah kitaran disiplin yang menentukan kerja menjadi cemerlang atau sebaliknya berpunca daripada satu faktor utama, iaitu kefahaman dan pengetahuan. Allah SWT menyatakan bahawa perbezaan antara orang berilmu dengan orang tidak berilmu.

Firman Allah SWT: “Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.” (Surah al-Zumar, ayat 9)

Kefahaman dan pengetahuan yang membentuk disiplin kerja ini perlu meliputi beberapa perkara asas iaitu matlamat ingin dicapai daripada sesuatu tugasan, peraturan atau syarat yang perlu dipatuhi, proses dan prosedur kerja.

Semua ini adalah maklumat yang memberi kefahaman dan pengetahuan asas kerja sebelum ia dapat dilaksana dan disempurnakan dengan betul serta jayanya. Seseorang pekerja tidak akan dapat membentuk disiplin diri secara berterusan sekiranya maklumat asas berkaitan tugasan tidak difahami.

Hal ini perlu dielakkan demi memastikan tidak berlaku silap faham, silap pertimbangan, silap keputusan dan silap tindakan di kalangan pekerja.

Justeru, kaedah mendapatkan penjelasan dan pengetahuan melalui amalan bertanya, berbincang, berbahas, mendapatkan maklum balas, pandangan, mengikuti latihan, bengkel, motivasi, ceramah dan bimbingan selain pembelajaran berterusan melalui pembacaan perlu digalakkan dalam organisasi.

Elak kebinasaan


Rasulullah SAW memberi peringatan untuk mengelakkan kebinasaan: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan itu) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Riwayat al-Bazzar)

Usaha ini dapat meningkatkan penguasaan bidang dan kemahiran kerja dalam Islam yang bertujuan memimpin akal, akhlak dan memandu tindakan.

Daripada Ibnu Mas’ud, Nabi SAW bersabda: “Jangan ada perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan: (Pertama) keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.” (Riwayat Imam al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi)

Justeru, dengan menekankan kepada kefahaman dan pengetahuan dalam kalangan pekerja, kita akan secara tidak langsung menggerakkan kitaran proses kerja berdisiplin yang semuanya menjadikan pekerja lebih berkesan serta penghasilan kerja lebih baik.

Firman Allah SWT: “Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan orang yang berilmu beberapa darjat.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Justeru, marilah kita membina disiplin diri melalui kerja berteraskan kefahaman dan pengetahuan dan menjadikannya proses sepanjang hayat.

Penulis ialah
Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

65 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya first...yeahaaaa....mohon sokongan diberi elaun khas bagi yang ada stpm/diploma

Tanpa Nama berkata...

assalam...

saya rasa JPA kini sudah hilang arah /tersasar. mungkin sebab di ketuai oleh hanya geng2 PTD, dan bukan golongan2 professional dlm bidang teknikal.
kembali semula perbezaan semasa zaman kita belajar pun ada aliran sastera sains, dekat U pun ada bidang art,akaun, engine,perubatan, sukan dll. yuran berbeza, subjek berbeza. mengikut tahap senang susah atau sukar.
dan dulu2, JPA keluarkan gaji pokok pun tak sama, mana jawatan teknikal tertentu gaji pokoknya kurang dan mana lebih.
tapi sekarang saya rasa semuanya tersasar.

moral yg terpkasa diambil disebabkan kesilapan ini = budak2 zaman sekarang tak perlu belajar subjek susah2 spt kejuruteraan, akaun,perubatan dll sebab gajinya pun sama sahaja dengan subjek sastera atau sewaktu denganya.

natijahnya= satu kerugian dalam bidang sains teknologi kejuruteraan dan lain2. masyarakat makin mundur bukan makin maju.

sekian, pandangan saya yang kurang bijak ini. maaf andai tersilap tulis.

wassalam...

Hamba Hutang berkata...

Mohon bonus 2 bulan gaji nak bayar hutang PTPTN.

Tanpa Nama berkata...

Alam persekolahan dan alam Universiti tidak sama dgn alam pekerjaan.
Akademik tidak menggambarkan sumbangan tetapi manifestasi pengetahuan dan karyawan ilmu.

Alam Pekerjaan adalah campuran jutaan pengetahuan, karyawan ilmu, kebolehan dan kompetensi, jatidiri, kebolehsuian dgn Dasar dan penerapan Dasar yang diterjemahkan melalui aktiviti kerja, etc.....

Skim Perkhidmatan memisahkan PA. Ada yg terlampau condong kpd pengkhususan spt Jurutera, Doktor, paramedik, etc
Adajuga yg berbentuk flexi spt Pembantu Tadbir, EO, PTD (kelayakan pelbagai tanpa pengkhususan).

Apakah JPA perlu ditransformasi

Tanpa Nama berkata...

Sebelum pangkah pikir betul2,

Ali dan Alimah dua2 tak de A dalam SPM, Ali jadi kakitangan sokongan, Alimah masuk maktab. Semuanya OK pada mulanya.

Bila najib jadi menteri pelajaran, Alimah diberi peluang buat degree tanpa mengira kepandaian, yakni takyah skor SPM, xde A pun boleh buat degree. Free lagi tu dibawah skim pensiswazahan.

Selepas itu segalanya berubah, Alimah dapat gred yang lebih tinggi, gaji lebih tinggi dan hidung lebih tinggi, Ali gigit jari.Adilkah?

Setiap tahun Alimah renovate rumah, tukar kereta, make up kereta, melancong sana sini, tapi anak-anak orang kampung tak dapat 5A juge,

Alimah asyik salahkan anak2 orang kg konon bodoh, malas, nakal wlhal dah memang kerja Alimah, klu semua2 budak2 pandai baik takpayah wujud jawatan alimah, baik bdk2 duduk rumah waktu upsr baru datang,

sudahlah suka salahkan orang, kuat komplein pula konon ini membebankan itu membebankan, wlhal masa dihabiskan dengan buat tusyen dan bisnis MLM.

Jika kerajaan nak naikkan gred, naikkanlah utk semua jawatan, bukan pendidikan sahaja kerana level kepandaian kami sama! termasuk yang kerja JTK dan kerani.

Kecewa, ibubapa jgn jdi bodoh mnta guru2 pamer result spm dan upsr beserta gambar terbaru mereka d ppn kenyaataan sek,

xkan pangkah BN lagi.

Tanpa Nama berkata...

anon 1:22,

Saya juga menghadapi masalah yang serupa, dulu saya dan jiran saya sama2 masuk gomen, saya ada satu A tapi masuk pentadbiran, manakala jiran saya satu A pun xde masuk maktab, mulanya semua ok, lepas dasar kerajaan berubah ketidakadilan berlaku, mereka dapat degree percuma dan gred dinaikkan dan saya terpaksa keluar duit sendiri untuk sambung belajar! TIDAK ADIL!

Graduan yang skor 6A pun tak dapat biasiswa apa istimewa mereka dapat buat degree free?!

Cara halusnya ibubapa dan PA yang lain melalui PIBG harus tuntut supaya guru2 pamerkan result UPSR dan SPM mereka dipapan kenyataan sekolah supaya keabjadan dan ketidak adilan ini terbongkar!

Jom PA bersatu demi hak kita.

Tanpa Nama berkata...

MAKLUMAT PENTING DAN TERKINI:
Semua penjawat awam yang memiliki master,ijazah,diploma tidak akan di lantik ke jawatan baru apabila memohon perjawatan baru oleh panel pengambilan dan temuduga suruhanjaya perkhidmatan negeri-awam,hasil dari pemesyuaratan di kalangan pegawai-pegawai tadbir negeri dan pegawai-pegawai dipolmatik.cth kerajaan negeri johor, perkara ini telah diputuskan bersama oleh pegawai-pegawai tadbir negeri, pegawai-pegawai tadbir diplomatik dan suruhanjaya perkhidmatan awam negeri dan awam.

kami 1.4 juta PA akan memberi undian kami kepada PR pada PRU-13 nie.. PR ke PUTRAJAYA...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah..!! akhirnya Husam Musa penyelamat PA di Putrajaya, jikalau dibandingkan dengan Tengku Adnan, ibarat bumi dan langit,
1. Husam Musa nampak gah, handsome, berkarisma, body language nampak intelektual, educated berbanding dengan Tengku adnan perut boroi, tua ngayut, cakap meleweh, tiada kualiti kepimpinan.
2. Husam nampak ikhlas dalam perjuangan, bersungguh-sungguh membela nasib PA, beliaulah yang mencadangkan perumahan PA di putrajaya berbanding Tengku Adnan lebih kepada perutnya, mementingkan diri sendiri, tiada idea, lemah permikiran dan badan boyak.
3. Husam Musa berpendidikan agama, nampak kerterampilan boleh memberi kuliah, ceramah agama berbanding tengku Adnan baca Al-Fatihah belum tentu betul, rukun solat tue, tak betul baca fatihah tak sah solat beb..!!
ribuan anak-anak muda di putrajaya telah membantu Husam Musa mengempur kubu BN, BN akan kecundang PRU-13 nie.. ramai golongan intelektual serta org BN yg benci Tengku Adnan akan membantu Husam Musa.. Takbir..!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

assalam...

saya rasa JPA kini sudah hilang arah /tersasar. mungkin sebab di ketuai oleh hanya geng2 PTD, dan bukan golongan2 professional dlm bidang teknikal.
kembali semula perbezaan semasa zaman kita belajar pun ada aliran sastera sains, dekat U pun ada bidang art,akaun, engine,perubatan, sukan dll. yuran berbeza, subjek berbeza. mengikut tahap senang susah atau sukar.
dan dulu2, JPA keluarkan gaji pokok pun tak sama, mana jawatan teknikal tertentu gaji pokoknya kurang dan mana lebih.
tapi sekarang saya rasa semuanya tersasar.

moral yg terpkasa diambil disebabkan kesilapan ini = budak2 zaman sekarang tak perlu belajar subjek susah2 spt kejuruteraan, akaun,perubatan dll sebab gajinya pun sama sahaja dengan subjek sastera atau sewaktu denganya.

natijahnya= satu kerugian dalam bidang sains teknologi kejuruteraan dan lain2. masyarakat makin mundur bukan makin maju.

sekian, pandangan saya yang kurang bijak ini. maaf andai tersilap tulis.

wassalam...

===================================

mohon penjelasan saudara apa yang dimaksudkan JPA tersasar?

kenapa boleh buat andaian disebabkan PTD??

untuk makluman saudara...Jawatan PTD tidak pernah mengkhususkan kelayakan sarjana muda dalam bidang sastera/sains sosial tetapi yang penting mempunyai sarjana muda dan cgpa/pngk yang ditetapkan..tidak kira sama ada bidang sains tulen mahupun sastera..

sama ada kelebihan dalam bidang sains tulen mahupun sastera..ianya adalah bidang ilmu pengetahuan...boleh tak saudara hasilkan secara(jurnal) sesuatu kes dalam bidang sastera/sains sosial secara ilmiah dan akdemik...maka sekiranya tidak mendalami ilmu tersebut jgn boleh membuat andaian(hipotesis) sesuatu ilmu yg kita tidak tahu...

sama ada bidang sastera, sains sosial mahupun sains tulen..semuanya adalah ilmu yang diperkembangankan mengikut keperluan masyarakat...

kalau kita memperkecilkan produk Universiti tempatan yg menawarkan ilmu sastera/sains sosial...sedangkan univeristi luar negara menawarkan bidang sastera/sains sosial....maka bijak sangatkah kita hendak mempersoalkan ilmu pengetahuan yg ilmiahkan.

maka yg penting kita bersyukur apapun bidang yang ditawarkan oleh Universiti adalah ilmu pengetahuan untuk keperluan masyarakat...namun ilmu itu tidak menjanjikan seseorang itu bijak atau pandai dalam kehidupan..cuma ilmu itu lebih impirikal dalam bidang yg dikaji...

sains sosial = pengajian perniagaan,ekonomi,sastera,sains sosial,undang2 dan dll

sains tulen = kejuruteraan, perubatan, sains tulen(pemakanan,perhutanan dll)dan dll

semua ni sama sahaja mengikut keperluan manusia

PM kita pun belajar dalam aliran sains soial bukannya doktor

Anwar Brahim pun sama juga ...heheh..

Ms.Bean
N1

Tanpa Nama berkata...

apa-apa hal kau org kasi menang PR dulu, baru boleh berubah..jom berubah..!!!

Tanpa Nama berkata...

saya kerja swasta..kerja dah hampir 20 tahun..gomen ni ada juga yg bagus..tapi majority masih takuk lama...tak kiralah bidang atau jenis jabatan pon...tonton saja sejak zaman cerita p.ramlee pon dah disindir..

jadi kurang wajarlah tumpu bidang tertentu utk disalahkan.. ;)

apa pon ada berani kaaaa..buktikan masa PRU 13 nnt??? jangan ckp sajaaa.... ;)

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah..!! akhirnya Husam Musa penyelamat PA di Putrajaya, jikalau dibandingkan dengan Tengku Adnan, ibarat bumi dan langit,
1. Husam Musa nampak gah, handsome, berkarisma, body language nampak intelektual, educated berbanding dengan Tengku adnan perut boroi, tua ngayut, cakap meleweh, tiada kualiti kepimpinan.
2. Husam nampak ikhlas dalam perjuangan, bersungguh-sungguh membela nasib PA, beliaulah yang mencadangkan perumahan PA di putrajaya berbanding Tengku Adnan lebih kepada perutnya, mementingkan diri sendiri, tiada idea, lemah permikiran dan badan boyak.
3. Husam Musa berpendidikan agama, nampak kerterampilan boleh memberi kuliah, ceramah agama berbanding tengku Adnan baca Al-Fatihah belum tentu betul, rukun solat tue, tak betul baca fatihah tak sah solat beb..!!
ribuan anak-anak muda di putrajaya telah membantu Husam Musa mengempur kubu BN, BN akan kecundang PRU-13 nie.. ramai golongan intelektual serta org BN yg benci Tengku Adnan akan membantu Husam Musa.. Takbir..!!

***********************

kekawan kelantan maklum kat aku baca info ini sblm kau orang cakap :

Menurut sumber dari kemnya sendiri d Putrajaya yang d bawa khas dari Kelantan untuk menjadi petugas PRU kali ini..

"..kami dah lesu..letih..tak yakin..macam main-main.." itulah antara keluhan dari petugas import yang d bawa khusus dari Kelantan dan jentera Pas d Putrajaya d abaikan...khabarnya 150 orang dan d tempatkan d rumah-rumah sekitar Putrajaya.

"..kami mana kenal pengundi d sini..nak buat kerja pasang poster boleh suruh budak-budak sini je la.." tambah petugas dari Kelantan lagi..

Warga Putrajaya dah mula cuak bila tiap malam petugas-petugas import ini datang dengan lagak samseng dan bawa budaya kotor..khabarnya d ceramah Husam yang tak sampaipun 30 orang itu..mereka sediakan tapak pasar malam haram (tanpa permit) dan berakhir dengan sampah yang bertimbun yang d tinggalkan.

Rungutan dari jentera BN juga timbul bila samseng upahan Husam mula tunjuk perangai gila..Tampal poster Pas d khemah atau bilik gerakan BN !!

"Masuk kampung orang dengan lagak samseng taik kucing..memalukan orang Kelantan saja.." sinis anak Kelantan yang bekerja d Putrajaya !!

- http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/04/pru13-husam-bawa-bini-muda-berkempen-di.html

Rabu, April 24, 2013 1:50:00 PTG

Tanpa Nama berkata...

kite kalu bercakap tu kene lah buat....jgn ckp jer xpi bile smpai mase nk memangkah hang pangkah BN......tu namanye manusia bodohhh.....dlm blog ni kemain marah ke kerajaan BN...xpi bile dh tibe masa bleh pangkah hang pangkah BN....bodoh kalu hang buat lagu tu

Tanpa Nama berkata...

Sains tulen dan sains sosial dua2 ada kepentingan. tetapi utk menjadi negara maju, sains tulen perlu diutamakan terlebih dahulu kerana negara kita terlalu banyak guna kepakaran dari luar negara.Contohnya negara kita kurang daya cipta iaitu kurang R&D. Kalau ada pun dah terlambat dan susah masuk pasaran dunia kerana negara lain telah lama masuk pasaran dunia.

Unit disiplin berkata...

takde bahan/ topik lain ka nak dimasukkan? Macam la kami PA ni takde disiplin n iman.

Tanpa Nama berkata...

Pada tahun 1910-1926, perkembangan bidang sosiologi di Amerika Syarikat semakin cepat dan semakin mendapat sambutan ramai di mana kolej dan Universiti Amerika banyak menawarkan kursus sosiologi sehingga tahun 1960an perkembangan sosiologi pendidikan di Amerika Syarikat meningkat sejak penerbitan buku Sociology of Teaching (1932) oleh Waller.

· Di Malaysia, bidang sosiologi dianggap bidang baru yang diperkenalkan selepas tertubuhnya universiti tempatan. Pada mulanya, kursus sosiologi diperkenalkan oleh Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Pada tahun 1971, bidang sosiologi mula berkembang apabila Universiti Malaya menubuhkan Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

· Di Universiti Sains Malaysia, bidang sosiologi mula diperkenalkan pada tahun 1970 apabila Pusat Pengajian Perbandingan Sains Sosial diperkenalkan.

· Seterusnya bidang ini diperkenalkan terus di Universiti Kebangsaan Malaysia, Univerisiti Pertanian Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan lain-lain universiti. Sesetengah universiti meletakkan sosiologi di bawah disiplin yang berasingan dan semakin mendapat perhatian umum. Misalnya, Universiti Kebangsaan Malaysia yang meletakkan kursus-kursus yang berkaitan sosiologi di bawah Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

Tanpa Nama berkata...

PASAL GUNA AGAMA DGN FIRMAN2 WAKTU TERDESAK

tukang bancuh teh R9 berkata...

untuk makluman saudara...Jawatan PTD tidak pernah mengkhususkan kelayakan sarjana muda dalam bidang sastera/sains sosial tetapi yang penting mempunyai sarjana muda dan cgpa/pngk yang ditetapkan..tidak kira sama ada bidang sains tulen mahupun sastera..

==============================

kalau tidak ada pengkhususan bidang kalayakan ijazah sarjana muda bagi perlantikan ke jawatan itu, mengapa perlu diklasifikasikan mengikut skim ( fungsi / bidang dlm satu kumpulan perjawatan dengan menggunakan kod skim " M " ) dlm perjawatan tersebut kerana pengambilan mereka dr pelbagai latar belakang akedemik dan kepakaran. jika calon memiliki ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal misalnya, memohon jawatan tersebut yang skop fungsi dan bidang tugasnya dikhususkan kpd pentadbiran, tidakkah itu satu pembaziran sumber manusia terlatih?

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Sebelum pangkah pikir betul2,

Ali dan Alimah dua2 tak de A dalam SPM, Ali jadi kakitangan sokongan, Alimah masuk maktab. Semuanya OK pada mulanya.

Bila najib jadi menteri pelajaran, Alimah diberi peluang buat degree tanpa mengira kepandaian, yakni takyah skor SPM, xde A pun boleh buat degree. Free lagi tu dibawah skim pensiswazahan.

Selepas itu segalanya berubah, Alimah dapat gred yang lebih tinggi, gaji lebih tinggi dan hidung lebih tinggi, Ali gigit jari.Adilkah?

Setiap tahun Alimah renovate rumah, tukar kereta, make up kereta, melancong sana sini, tapi anak-anak orang kampung tak dapat 5A juge,

Alimah asyik salahkan anak2 orang kg konon bodoh, malas, nakal wlhal dah memang kerja Alimah, klu semua2 budak2 pandai baik takpayah wujud jawatan alimah, baik bdk2 duduk rumah waktu upsr baru datang,

sudahlah suka salahkan orang, kuat komplein pula konon ini membebankan itu membebankan, wlhal masa dihabiskan dengan buat tusyen dan bisnis MLM.

Jika kerajaan nak naikkan gred, naikkanlah utk semua jawatan, bukan pendidikan sahaja kerana level kepandaian kami sama! termasuk yang kerja JTK dan kerani.

Kecewa, ibubapa jgn jdi bodoh mnta guru2 pamer result spm dan upsr beserta gambar terbaru mereka d ppn kenyaataan sek,

xkan pangkah BN lagi.

================================

SPM tidak menjanjikan apa2...spm cemerlang tidak menjanjikan jadi kaya...spm teruk tidak menjanjikan akan miskin...spm skor A tidak menjanjikan pangkat...yang penting ditanya selepas spm apa usaha dia, sambung belajar atau tidak/ nak usaha atau tidak

Tanpa Nama berkata...


kalau tidak ada pengkhususan bidang kalayakan ijazah sarjana muda bagi perlantikan ke jawatan itu, mengapa perlu diklasifikasikan mengikut skim ( fungsi / bidang dlm satu kumpulan perjawatan dengan menggunakan kod skim " M " ) dlm perjawatan tersebut kerana pengambilan mereka dr pelbagai latar belakang akedemik dan kepakaran. jika calon memiliki ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal misalnya, memohon jawatan tersebut yang skop fungsi dan bidang tugasnya dikhususkan kpd pentadbiran, tidakkah itu satu pembaziran sumber manusia terlatih?

===================================
M mentadbir dari gologan pelbagai bidang, walaupun dia pakar elektornik klu berjaya mohon M tak salah....tak kira sape pun manusia,sapepun dari pelbagai bidang kalau dia minat M itu hak dia dan pilihan individu...benda ni terlalu subjektif kepada individu...pada mulanya sy pun berpandangan seperti di atas, tapi akhirnya saya tertanya-tanya kenapa Dr. Mahathir jadi PM sedangkan dia Doktor....

TUKANG KANAN R22 B.Sc Computer Science berkata...

nak transformasikan JPA, kena "transformasikan" kerajaan dahulu.


dalam bahasa lain, nak mengubah JPA yang dikuasai secara mutlak atau guna sistem monarki, perlulah diubah kerajaan terlebih dahulu.


barulah polisi berubah. selagi kerajaan itu sahaja, selagi itulah SPA/JPA akan menggunakan sistem monarki dalam perkhidmatan awam, hanya suku sakat mereka sahaja yang boleh mentadbir dan suku sakat mereka sahaja yang akan dilantik.

Tanpa Nama berkata...

kita jangan bagi MANDAT kepada BN, sebaliknya kita bagi MANDAS


MANDAS adalah singkatan bagi MANgkuk tanDAS. harap maklum.

tukang pembancuh teh berkata...

untuk makluman saudara...Jawatan PTD tidak pernah mengkhususkan kelayakan sarjana muda dalam bidang sastera/sains sosial tetapi yang penting mempunyai sarjana muda dan cgpa/pngk yang ditetapkan..tidak kira sama ada bidang sains tulen mahupun sastera..

==============================

kalau tidak ada pengkhususan bidang kalayakan ijazah sarjana muda bagi perlantikan ke jawatan itu, mengapa perlu diklasifikasikan mengikut skim ( fungsi / bidang dlm satu kumpulan perjawatan dengan menggunakan kod skim " M " ) dlm perjawatan tersebut kerana pengambilan mereka dr pelbagai latar belakang akedemik dan kepakaran. jika calon memiliki ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal misalnya, memohon jawatan tersebut yang skop fungsi dan bidang tugasnya dikhususkan kpd pentadbiran, tidakkah itu satu pembaziran sumber manusia terlatih?

===============================

M mentadbir dari gologan pelbagai bidang, walaupun dia pakar elektornik klu berjaya mohon M tak salah....tak kira sape pun manusia,sapepun dari pelbagai bidang kalau dia minat M itu hak dia dan pilihan individu...benda ni terlalu subjektif kepada individu...pada mulanya sy pun berpandangan seperti di atas, tapi akhirnya saya tertanya-tanya kenapa Dr. Mahathir jadi PM sedangkan dia Doktor....

================================


justeru, jawatan2 premier seharusnya menjadi jawatan terbuka kepada penjawat skim lain yang layak, tidak hanya dikhaskan kpd skim tertentu saja. apabila situasi ini berlaku, maka wujudlah persepsi negetif dari penjawat skim lain, contohnya: diskriminasi dan monopoli, kerana skim lain tidak boleh sampai ketahap itu.

Tanpa Nama berkata...

SOALAN YANG PATUT KITA CARI JAWAPAN:

1. ISLAM kah PAS atau ISLAM kah UMNO.
2. ISLAM kah orang yang tahu dan faham isi dan ilmu Islam tetapi dia bukan orang Islam (Pengamal Undang2)
3. ISLAM kah kita yang dilahir dalam keluarga Islam tapi kita tidak ada pun ilmu, iman dan amal.
4. ISLAM kah kita kerana kita Melayu.

JAWAPAN:

Allah telah berfirman dan memerintahkan kepada kita orang2 yang BERIMAN supaya kita BERTAQWA.
1. Maksud Iman ialah kita percaya kepada 6 perkara iaitu ALLAH, MALAIKAT, AL-QURAN, NABI DAN RASUL, HARI KIAMAT dan QADA'& QADAR (NASIB BAIK DAN BURUK).
2. Maksud Taqwa ialah mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.
3. Maksud mentaati ialah 5 perkara wajib iaitu Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan Haji serta apa-apa juga perkara yang Allah perintahkan iaitu berbuat baik dan berbakti kepada ibu dan bapa, taat kepada pasangan, malu,jujur,ikhlas belas, pemaaf dan apa jua perkara atau perbuatan yang baik.
4. Maksud meninggalkan ialah tidak mentaati perintah Allah dan membuat apa-apa juga perkara terlarang seperti fitnah, bohong, tipu, dengki, iri hati, kianat, berzina, minum arak, membunuh, rasuah, lari dari medan perang dan lain-lain lagi apa jua perkara di larang oleh Islam.

INSAFLAH dan MARILAH KITA JADI ISLAM YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.

Tanpa Nama berkata...

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya buka jawatan PTD baru sahaja. Bagaimana dengan yang berijazah profesional seperti jurutera. Akibatnya graduan kejuruteraan terpaksa hadir temuduga untuk jawatan bumiputera. Mana keadilan SPA ni? Sepatutnya jawatan PTD dihadkan seperti dahulu. Jabatan Perdana Menteri dahulunya tak sampai 10, tapi jentera kerajaan lancar juga. Tetapi sekarang lebih dari 40 Jabatan. Ini tidak lain dari bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan PM dan juga untuk memudahkan projek2 diberi kepada keluarga PM dan kroninya. BTW, saya pernah kerja di JPM dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh org yg mgutuk bn kt sini..kerajaan skrg bg kesenangan korang lagi nk undi pembangkang.ko nk tgk sok ape jd kalo pembangkang memerintah,nasib org melayu xkan terbela,cukup2 la negara kite ni dh dikuasai Oleh bangsa lain.

Tanpa Nama berkata...

biarkan..biarkan....dun be khuatir...dalam ni ckp saja lebih...dok kutuk sgt skim tertentu..dok kutuk cikgu lah..ptd lah...jurutera....semuanya salah kononnnnn...tapi percayalah..bila masa undi..ketar tangan & pangkah juga BN tuuuu...muahaha..

dalam ni boleh laaa....bikin lawakkkk...bukan betul berani pon nak pangkah PR masa undi nnt...hehehe...dia saja yg betul kononnnnnn

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS SILA BUAT KAJIAN BERAPA RAMAI KAKITANGAN SOKONGAN YANG MEMPUNYAI IJAZAH DAN MASTERS TETAPI PELUANG KENAIKAN PANGKAT ADALAH TERBATAS...SAYA CADANGKAN AGAR DIBERI ELAUN KHAS KEPADA KAKITANGAN INI BERDASARKAN BEBAN TUGAS YANG DIPIKUL.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya buka jawatan PTD baru sahaja. Bagaimana dengan yang berijazah profesional seperti jurutera. Akibatnya graduan kejuruteraan terpaksa hadir temuduga untuk jawatan bumiputera. Mana keadilan SPA ni? Sepatutnya jawatan PTD dihadkan seperti dahulu. Jabatan Perdana Menteri dahulunya tak sampai 10, tapi jentera kerajaan lancar juga. Tetapi sekarang lebih dari 40 Jabatan. Ini tidak lain dari bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan PM dan juga untuk memudahkan projek2 diberi kepada keluarga PM dan kroninya. BTW, saya pernah kerja di JPM dahulu.

Khamis, April 25, 2013 2:15:00 PG

-------------------


tau takpa. dulu skim "elit" ni sekadar ada 3-4 ribu orang saja. sekarang hampir mencecah 10 ribu orang.

pulak tu kalau tengok laman web spa, setiap tahun ada saja pengambilan PTD. lepas habis temuduga, terus keluar iklan panggil untuk peperiksaan & pac. bila yang ni dah selesai temuduga, keluar balik iklan panggilan peperiksaan.

skim lain apa cerita? bukannya takda kekosongan skim lain seperti A,B,C,F,J,K,L,N,P,Q,S,W dan sebagainya.


tapi seolah-olah skim tersebut dianaktirikan. balik-balik yang dipanggil untuk peperiksaan adalah skim M dan M.


kalau anda semua tengok dengan mata hati dan mata yang terang pada laman web spa tu anda akan nampak. tapi kalau anda buta mata, anda takkan nampak, sebaliknya akan keluar kenyataan-kenyataan tipikal mat-mat minah-minah ptd kat atas tu kononnya skop ptd tu luas la, pengambilan skim lain pun ada la, jawatan premier tak semestinya ptd la, ptd ada 1000 bidang la bla bla bla.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS SILA BUAT KAJIAN BERAPA RAMAI KAKITANGAN SOKONGAN YANG MEMPUNYAI IJAZAH DAN MASTERS TETAPI PELUANG KENAIKAN PANGKAT ADALAH TERBATAS...SAYA CADANGKAN AGAR DIBERI ELAUN KHAS KEPADA KAKITANGAN INI BERDASARKAN BEBAN TUGAS YANG DIPIKUL.

===================================

sokongan silalah mohon gred 41 bersaing macam biasa seperti lepasan ijazah yg lain...napa pulak nak naik pangkat main lompat je....beban apa yg dipikul oleh kumpulan sokongan ni?...kalau tu pun beban macam mana nak pikul tanggungjawab P&P....peeeeee....

yg penting ptptn tu diskaun 60%
so tak bebanlah untuk semua lepasan U

Tanpa Nama berkata...

justeru, jawatan2 premier seharusnya menjadi jawatan terbuka kepada penjawat skim lain yang layak, tidak hanya dikhaskan kpd skim tertentu saja. apabila situasi ini berlaku, maka wujudlah persepsi negetif dari penjawat skim lain, contohnya: diskriminasi dan monopoli, kerana skim lain tidak boleh sampai ketahap itu.
---------------------------------------------
cakap kosong la ko ni. parti politik BN pun mengkhaskan jawatan PM untuk UMNO shj. so xslh jawatan premier dikhaskan kpd ptd. kalo mau dok jawatan premier ni, jom apply utk ptd.

Tanpa Nama berkata...

tau takpa. dulu skim "elit" ni sekadar ada 3-4 ribu orang saja. sekarang hampir mencecah 10 ribu orang.

pulak tu kalau tengok laman web spa, setiap tahun ada saja pengambilan PTD. lepas habis temuduga, terus keluar iklan panggil untuk peperiksaan & pac. bila yang ni dah selesai temuduga, keluar balik iklan panggilan peperiksaan.

skim lain apa cerita? bukannya takda kekosongan skim lain seperti A,B,C,F,J,K,L,N,P,Q,S,W dan sebagainya.


tapi seolah-olah skim tersebut dianaktirikan. balik-balik yang dipanggil untuk peperiksaan adalah skim M dan M.


kalau anda semua tengok dengan mata hati dan mata yang terang pada laman web spa tu anda akan nampak. tapi kalau anda buta mata, anda takkan nampak, sebaliknya akan keluar kenyataan-kenyataan tipikal mat-mat minah-minah ptd kat atas tu kononnya skop ptd tu luas la, pengambilan skim lain pun ada la, jawatan premier tak semestinya ptd la, ptd ada 1000 bidang la bla bla bla.

=================================

pandai cakap..macam dia lah je yg bijak dan macam PM..kalau rasa pandangan tu betul sila kemukakan kepada cuepacs....entah betul atau merapuh semua ni persepsi je...ceeeh

Tanpa Nama berkata...

Kembalikan degree berasaskan kepandaian, habis cerita, xde rebut2 jawatan lagi, biar bodo buat kerja bodo pandai buat kerja pandai seperti yg tuhan jdikan manusia itu.

Sokong?

Tanpa Nama berkata...

cakap kosong la ko ni. parti politik BN pun mengkhaskan jawatan PM untuk UMNO shj. so xslh jawatan premier dikhaskan kpd ptd. kalo mau dok jawatan premier ni, jom apply utk ptd.


----------------------------

konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo

minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na

(hai! takekoputaa!)

AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

Tanpa Nama berkata...

Kembalikan degree berasaskan kepandaian, habis cerita, xde rebut2 jawatan lagi, biar bodo buat kerja bodo pandai buat kerja pandai seperti yg tuhan jdikan manusia itu.

Sokong?

==================================

tuhan menciptakan manusia dengan semua diberikan peluang...andai anda silap..masih diberi peluang perbetulkan..

begitu juga sistem kerajaan sentiasa memberikan masyarakat/individu peluang...tidak terus menghukum....andai dia kureng bijak masih ada peluang meningkatkan usaha diri ke arah kejayaan....

rasanya sistem barat pun macam tu...sentiasa beri masyarakatnya peluang untuk berjaya dengan pelbagai mekanisme kejayaan.....

Tanpa Nama berkata...

Para penjawat awam perlu sedar bahawa menifesto bukan janji Pakatan Rakyat hanya indah khabar dari rupa. Ini kerana banyak masalah yang tidak dipedulikan oleh Pakatan Rakyat jika perkara yang diumumkan oleh Pakatan Rakyat itu dibuat.

Isu pertama adalah berkaitan pendidikan percuma, dalam perkara ini tiada penjelasan terperinci mengenai berapakah bilangan pelajar yang akan diberikan biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran kerana tak adil jika ada pelajar yang dinafikan haknya untuk belajar dengan alasan kuota dan syarat-syarat yang pelik-pelik dibuat oleh Pakatan Rakyat pula nanti sedangkan pelajar yang dinafikan biasiswa itu sudah tiada tempat untuk mendapatkan pembiayaan lain kerana PTPTN dimansuhkan.

Perlu disedari jika ada kuota tertentu untuk kemasukkan di universiti atau kolej, maka ramai pelajar akan tercicir dari pendidikan tinggi kerana kuota berkenaan sedangkan pembiayaan oleh PTPTN sudah tiada, apa akan jadi dengan pelajar-pelajar ini? Perlu disedari bahawa kos pengajian di institusi pengajian swasta adalah tinggi. Misalnya diploma di Curtin University Cawangan Sarawak sahaja sudah RM 31,000.00, ijazah sarjana muda di UNITEN pun sudah RM 55,000.00, jika anak-anak petani, nelayan, malahan penjawat awam yang bergaji rendah sendiri dengan bermacam-macam potongan ANGKASA, bagaimana anak-anak mereka dapat meneruskan pengajian kerana ibu bapa tidak mampu?

Pakatan Rakyat jangan cakap biasiswa hanya untuk di IPTA sahaja kerana sekarang ini, kos pengajian di IPTA adalah lebih dari 90% ditanggung oleh kerajaan sekarang ini.

Malahan apakah biasiswa yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat itu meliputi makan minum, penginapan, pengangkutan, pembelian buku rujukan dan lain-lain pembelanjaan harian?


Sudah tentu adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat hendak menghapuskan PTPTN kerana ia bukan sahaja merugikan negara, malahan akan menyebabkan ramai pelajar yang akan keciciran dalam pendidikan peringkat lebih tinggi kerana ketidak mampuan ibu bapa.

Malahan jika peluang pelajar untuk belajar di peringkat tinggi terutama di IPTS berkurangan, ini akan menyebabkan banyak IPTS akan gulung tikar kerana kerugian. Ini akan merugikan bidang pelajaran negara.

Malahan jika diberikan pendidikan percuma hingga menyebabkan pelajar belajar main-main hingga kegagalan dalam pelajaran, apakah untungnya kepada negara kejadian sebegini? Jika seorang pelajar yang gagal telah membelanjakan wang negara sebanyak RM 50,000.00 untuk ijazah sarjana muda, jika 100 orang sudah melibatkan RM 50,000,000.00 kerugian wang negara, apakah ini yang Pakatan Rakyat mahukan?

Dalam situasi sekarang ini pun, pelajar yang cemerlang dalam pelajaran iaitu pelajar yang mendapat kepujian kelas pertama iaitu CGPA 3.50 ke atas, PTPTN beliau ditukarkan menjadi biasiswa kerana beliau benar-benar cemerlang.

Oleh itu fikirkanlah sebelum mempercayai menifesto bukan janji Pakatan Rakyat ini kerana kebanyakkannya adalah indah khabar dari rupa sahaja.

Pakatan Rakyat: Menifesto Bukan Janji, Tapi Sekadar Nak Menipu Pengundi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Tanpa Nama berkata...

Ada aku kesah la la la mak kau anjing!

Tanpa Nama berkata...

Umcedel: Pengundi cenderung pilih Anwar jadi PM

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
25 April 2013

oleh SAFWAN MANSOR

KUALA LUMPUR - Populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri kali ini, demikian menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Kajian membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.

"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Baki adalah mereka yang tidak pasti pendirian.

"Populariti Anwar ini meningkat apabila beliau memulakan siri jelajah ke seluruh negara," ujar beliau.
Menurut hasil kajian itu lagi katanya, 54 peratus daripada pengundi Melayu turut memilih Anwar sebagai perdana menteri manakala 34 peratus pula memilih Najib.

Anwar turut popular di kalangan pengundi kali pertama yang cenderung memilih beliau sebagai perdana menteri.

Berdasarkan hasil kajian yang membabitkan pelbagai latar belakang umur, kaum, pekerjaan dan pendidikan itu di Semenanjung Malaysia, Najib mengungguli aspek pemimpin yang rapat dan mesra pengundi atau rakyat.

Sementara kajian membabitkan manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pula menunjukkan kecenderungan pengundi lebih kepada manifesto pembangkang.

"Manifesto yang diterima rakyat, BN 38 peratus, PR 42 peratus sementara 22 peratus tidak pasti," kata Mohammad Redzuan.

Kajian itu juga menunjukkan 61 peratus pengundi Cina percaya kepada manifesto PR.

Kajian Umcedel turut meliputi sama ada isu politik semasa seperti video seks turut mempengaruhi pengundi untuk memilih mana-mana parti politik menunjukkan 62 peratus daripada mereka merasakan ia tidak memberi sebarang kesan.

Sebanyak 11 peratus menyatakan "ya" manakala 27 peratus lagi mengatakan "tidak pasti" sama ada ia memberi kesan atau mempengaruhi mereka.

Kajian juga menunjukkan 39 peratus mengatakan video seks ini adalah propaganda Umno sebagai gimik pilihan raya, 22 peratus mengatakan tidak, sementara 39 peratus lagi tidak pasti.

"Kajian terbaru kita menunjukkan pengundi Cina sudah membuat pilihan berbanding orang Melayu," katanya.

Menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini sebagai sengit, kedua-dua parti popular, BN dan PR katanya, hanya dipisahkan oleh lima peratus dan 10 hari yang terakhir ini adalah peluang untuk merebut hati pengundi.

"Peratusan pengundi atas pagar telah menurun daripada 21 peratus pada Mac kepada sembilan peratus pada bulan ini.

"Kita lihat pengundi Cina, yang sebelum ini majoriti pengundi atas pagar, sudah membuat keputusan siapa yang akan mereka undi," ujar beliau.

Namun katanya, hari-hari terakhir akan memberikan impak besar sama seperti pada Mac 2008.

"Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, apa-apa pun boleh berlaku. Dalam 10 hari ini macam-macam boleh berlaku," kata beliau..

Tanpa Nama berkata...

orang muda zaman sekarang dah bijak dan faham sangat strategi politik

SAYA TAK NAK TENGOK BERITA TV KERANA LEBIH KEPADA KEMPEN

SAYA TAK NAK BACA AKHBAR KERANA SEMUA BANYAK CERITA KEMPEN

SAYA BUKA FACEBOOK DAN TIDAK "LIKES" DENGAN MANA-MANA FACEBOOK PARTI POLITIK

WALAUPUN KAWAN-KAWAN NAK MENGHASUT PENDIRIAN SAYA..SAYA TETAP UNDI PARTI YG SATU TU....

Tanpa Nama berkata...

Otak org BN.....

Tanpa Nama berkata...

AKU DULU BUDAK KAMPONG,
KERJA KERJA KAMPONG,
KINI KERJA MAKAN GAJI
DENGAN GOMEN KAT KAMPONG,
DARI KECIK SAMPAI BESAR TUA
DUDUK KAT KAMPONG, TAPI AKU
TAK HERAN BANDAR BESAR ATAU
PEKAN KAMPONG. DARI DULU SAMPAI
KINI AKU TAK PERNAH MAKAN PERCUMA
MAKSUD AKU DUIT JKM, ZAKAT ATAU
TABUNG KAMPONG PUN JUGA TAK PERNAH RASA. SEBAB MAK BAPAK AKU DAH PESAN JANGAN TERIMA DUIT BEGITU SAHAJA TANPA USAHA. KINI AKU DAH KIRA TUA ANAK DAH KERJA DAH ADA YANG SUDAH BERKAHWIN. AKU TAK PIKIR PASAL DUIT SEBAB AKU DAH ADA DUIT PESARA SEBAB AKU TAK NAK BAWAK KE PUSARA. KINI AKU TABUR DUIT PADA ANAK DAN CUCU UNTUK ISLAMNYA. LAGI KAT ORANG MISKIN TAK KIRA ISLAM ATAU MANUSIA BIASA. DUIT DAH BANYAK DAH TUA PULAK NAK BUAT APA.PALING TIDAK BANTU ORANG TAK CUKUP DUIT NAK PERGI UMRAH DAN HAJI
DAPATLAH TEMPIAS PAHALANYA BERGANDA
MEMANG BETUL PESAN ARWAH MAK DAN BAPAK AKU DUIT YANG DAPAT DARI PELUH SENDIRI YANG ADA LEBIH BERKAT DARI DUIT MEMINTA2 ATAU DIBERI WALAU TAK MINTA.

Tanpa Nama berkata...

Statement berbunyi:
"DISIPLIN DIRI PENENTU TAHAP IMAN"
...................................
Pendapat saya sebaliknya iaitu:
"TAHAP IMAN DAN TAQWA PENENTU DISIPLIN DIRI"
Maksud Iman ialah mentauhidkan Allah dan segala kebenaran ilmu yang telah Allah wahyukan kepada Muhammad Rasulallah s.a.w yang benar lagi membenarkan. Kerana dengan Iman iaitu ( Percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Nabi dan Rasul, Qada dan Qadar dan Hari Kiamat ) barulah terdinding Islam seseorang itu dari ketirisan ilmu rukun Islamnya iaitu (Syadadah, Solat, Puasa, Zakat dan Haji).
Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan Islam yang diajarkan mula-mula sekali ialah:
1. Ilmu Tauhid kepada Allah yang diajarkan oleh Malaikat Jibril berbunyi " Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu iaitu Allah"

2. Kedudukan ibubapa dan kewajipan berbuat baik kepada mereka.

3. Ilmu Fiqh, diisyaratkan dengan suruhan untuk mendirikan solat.

4. Melakukan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.

5. Ilmu Akhlak.

Tanpa disedari, kemantapan di dalam ilmu fiqh tidak akan bermanfaat jika kemantapan di dalam ilmu tauhid terabai. Ini kerana pencemaran kemurnian tauhid yang dilakukan dengan sengaja akan menggugurkan segala amalan yang dilaksanakan, sekalipun amalan tersebut adalah betul dari sudut ilmu fiqh.

Kesimpulannya:
Maka surah yang terawal diturunkan dari Al-Quran dan apa yang terakhir dapatlah dirumuskan beberapa perkara iaitu :

1. Ayat terawal yang diturunkan secara itlaq ialah ayat 1 hingga 5 surah al-Alaq. (Ilmu Tauhid)

2. Ayat terakhir yang diturunkan secara itlaq ialah ayat 281 surah al-Baqarah. Ada yang menyatakan ayat riba, dan ayat 281 tadi penutup kepada ayat riba. Dan ada juga yang menyatakan ayat al-dain, dengan menghimpunkan ketiga-tiga pendapat.

3. Surah pertama yang diturunkan secara sempurna (kesemua ayat) ialah surah al-Fatihah.
(Ilmu Tauhid)

4. surah terakhir diturunkan secara sempurna ialah surah al-Nasr.
(Ilmu Tauhid)

Mengetahui tentang yang awal dan akhir diturunkan dari al-Quran memberikan banyak manfaat seperti dapat mengetahui uslub atau gaya al-Quran, sejarah hukum-hakam, serta mengetahui nasikh dan mansukh. Melalui faedah yang diperolehi ini, kita dapat membaca dan mengetahui isi kandungan, serta memahami dengan lebih mendalam apa yang hendak disampaikan di dalam al-Quran. Ia juga dapat meningkatkan perasaan takjub terhadap mukjizat sepanjang zaman ini. Justeru ia membawa kepada peningkatan iman dan taqwa, serta lebih memahami hukum-hakam dalam syariat Islam. Insya'Allah.

Saya memohon maaf dan minta dibetulkan jika terdapat salah
dan silap tazkirah ilmu yang ada.
Sumber dirujuk:
http://al-qayyim.net/index.php

Tanpa Nama berkata...

Adoi... Esok semua guru wajib datang sekolah. Ada majlis. Buka majlis politik. Jadi jangan ada sesiapa nak sakitkan hati aku lagi dalam blog ni. Aku seorang guru.

Tanpa Nama berkata...

Dari mana la kerajaan dapat banyak duit beri segala bantuan kepada rakyat??

Dari mana la pembangkang nak dapat duit tanggung rakyat (kaya dan miskin)?

Dari mana la cuepacs nak dapat maklumat skim saraan transformasi ni? Dah bulan berapa bila nak bincang sst tu oiii

Tanpa Nama berkata...

masalahnya tempat kerja aku bosnya gatal..kaki pompuan..minta org atas siasat sikit tolong, buat serway kt staff2 pompuan jkm batu pahat..klu tak aku naik atas sendiri..

Tanpa Nama berkata...

husam kata klau pr mmerintah bonus 4 bln.wow.

Tanpa Nama berkata...

hehehe...gatal? very subjective..cer citerr detail skekkk...laporan? kalau ada laporan penuh..buat saja online report dlm web biro pengaduan awam jabatan perdana menteri..

apa mcm..boleh?? silakannnnnnn ;)

Tanpa Nama berkata...

hitung hari saja ni ke PRU 13...yg lantang kritik sgt dlm blog kupeksss...buktikan masa PRU..apa mcm???

JANGAN BISING SAJAAAA...ADA BERANI???

Tanpa Nama berkata...

gula2 sajaaaa tu...utk pesong fokussss...muahaha...apa cerita...buktikan saja tindakan anda masa PRU 13!!!!

Tanpa Nama berkata...

saya kumpulan pelaksana yang memperolehi sarjana muda secara separuh masa ketika dalam perkhidmatan akan mengundi pakatan rakyat kerana sudah hilang kepercayaan kepada barisan nasional yang telah melacurkan perkhidmatan awam dengan melantik orang-orang bodoh sebagai pentadbir serta membiarkan si pentadbir ini bermaharajalela menjumudkan pemikiran penjawat awam dengan menganaktirikan kumpulan pelaksana yang mempunyai kelulusan lebih tinggi.

full stop.

Tanpa Nama berkata...

'Masih lagi tentang badminton'

- 'MASIH LAGI' memang jika diamati depa sebenarnya tak sedar lagi, masih lagi amal sikap buruk lama. Tengoklah pru ni macamana. Bertaubatlah wahai pemimpin

Tanpa Nama berkata...

Sila salahkan PA yang ditipu,dibodohkan,didiskriminasi,dianaktiri..oleh JPA PTD & Ketua Jabatan bila kerusi parlemen Putrajaya dimenangi calun PAS..Mereka PA itu telah menunaikan kewajiban yang haq.

Tanpa Nama berkata...

kenape husam musa pindah ke puterajaya, baik kita teliti betul-betul, ape yg telah terjadi dikelantan, lepas ni puterajaya pula... kalau tak kenal dia tak apelah.. kaji betul2 kenape dia jadi begitu.. saya cukup kenal dia ni.

Tanpa Nama berkata...

MENGENAI KEMPEN PRU13

Aku bukan penyokong haluan kiri atau kanan. Yang aku tahu aku kuli kerajaan ada kerja ada gaji.
Aku balik telok intan ternampak slogan INI WILAYAH BARISAN NASIONAL. Aku tak faham apa maksudnya. Sepanjang jalan aku nampak macam pesta. TAPI aku tak puas hati sebab selepas DIA orang pacak atau pasang atau kibar bendera atau apa2 rupa pun calon masing2, mereka tak lihat lihat balik jatoh ke, senget ke tumbang ke. Kalau tumbang ke tepi tak mengapa tapi tumbang atau jatoh ketengah jalan atau senget ke jalan. Kalau jadi apa2 SIAPA yang nak tanggung. Belum jadi memanglah.
Tanam tebu ditepi bibir. Sudah menang habuk pun tarak. Nasib baik ada pihak lawan, setidak-tidaknya ramai yang layak dapat BR1M, BB1M, dan macam2 kerana terpaksa kena adakan. Dulu mana ada. Sudah 50 tahun baru tahun akhir2 ni benda2 tua ada. Tapi jaga2 aku memandu tetap ikut had laju walau ada tempat yang tak rasional. Manalah tahu tahun depan kamera AES akan
di aktifkan sebaik sahaja menang sebab dah banyak tabur duit pada rakyat didahulukan kemudian berlipat kali ganda dikutip balik.
Korang jangan pulak perasan sebab aku adalah natural tak sokong mana2. Dalam peti undi nanti sahaja aku akan TERJEMAHKAN. He..he..he..he.. Kan..kan..kann.....Eeewah.!

Tanpa Nama berkata...

Aku dapat gred M52 setelah kerja 10 tahun. Kawan baik aku telah tersilap pilih kursus iaitu kejuruteraan Awam. Walaupun dia lulusan dari luar negara, dan telah berkhidmat di JPS selama 10 tahun dia masih di gred J44. Kesian dia. Kalau aku kerja di JPA, aku bertekad untuk membetulkan ketidakseimbangan itu.

Tanpa Nama berkata...

mengapa PTD lepas 3 tahun berkhidmat terus dapat M44...???? aku hairan.. ada sesiapa boleh tolong jelaskan...????

Tanpa Nama berkata...

PTD M41 selepas 4 tahun dapat M44 ialah kerana itulah rezeki namanya.
Selepas 3 tahun dapat pulak M48 itupun rezeki namanya. Selepas 4 tahun dapat pulak M52 itupun rezeki namanya.PTD yang jadi bos aku mula2 dulu kini dah jadi JUSA C, itu pun kerana dulu dia banyak tolak kenaikan pangkatnya atas sebab-sebab yang tak boleh aku cakap kat sini. Tidak keterlaluan kalau aku kata yang bos aku tu ambik kenaikan pangkatnya dulu tu, kini dah jadi KSU. (Aku kerja gred 17 seawal umur 21 tahun 1978 hingga kini 2013 digred 26 dan akan bersara 60 tahun pada 2017). Aku ni dah lama kerja dengan PTD mula-mula kat INTAN dekat Masjid Negara sampai kini JPA Putrajaya. Tak adalah PTD yang orang kata macam2. Semua PTD bertugas dengan profesional. Orang yang dengki khianat sahaja yang kata PTD itu dan ini. Aku pernah berurusan dengan Pegawai bukan PTD. Memang sangat berbeza dengan lagak, sombong, hidung tinggi dan lupa yang bau berak dan kencingnya sama dengan orang lain punya. Jadi aku minta kat kawan2 yang suka pandang serong kat PTD supaya tidak terus bersikap double-standard terhadap PTD. Aku dah lama 'kawan' dengan kerja PTD jadi tahulah aku hati budi dia orang.

Tanpa Nama berkata...

Mood PRU 13 !

5 hb. Mei 2013 !

Parlimen Putrajaya milik siapa ?

Tanpa Nama berkata...

PUTRAJAYA - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengucapkan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim yang meninggal dunia akibat ditembak pagi semalam.

"Saya ucap takziah kepada keluarga Allahyarham, saya juga telah hadir ke masjid, saya telah solat jenazah dan telah hantar jenazah ke tanah perkuburan," katanya pada ceramah anjuran Pas di sini, malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata semasa proses pengurusan jenazah Shaharuddin sehingga pengebumian tidak terdapat seorang menteri pun yang turun memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Beliau juga percaya kematian Shaharuddin berkaitan dengan tugasan dan tanggungjawab yang dilakukan arwah demi negara.

"Saya yakin operasi-operasi yang diuruskan beliau menjadi salah satu sebab beliau ditembak di Putrajaya, sebuah kota yang canggih.
"Saya juga syak CCTV tidak dapat 'cam' penjenayah itu," katanya lagi.

Shaharuddin meninggal dunia akibat terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis, di Persint 8, Putrajaya. Dalam pada itu, Husam yang juga calon kerusi Putrajaya menggesa pihak penguat kuasa dan kerajaan segera mengambil tindakan.

Katanya, jika penjenayah itu gagal ditangkap, ia akan menimbulkan kebimbangan kepada pengundi khususnya warga Putrajaya. "Kita harap kerajaan dapat bertindak segera sebelum pilihan raya umum ini," katanya lagi.

TAHNIAH HUSAM !

Tanpa Nama berkata...

aku heran kami di kelantan dah muak dgn Pas, kamu di putrajaya nak sokong pas?
kami rakyat kelantan di kelantan dan dimana jua akan TOLAK Pas dlm PRU13 !

nawaitu pemimpin pas dah berubah, dpd kerajaan islam kpd kerajaan kebajikan.
dpd benci kemungkaran kpd bersekongkol dgn perkara dan mereka yg mungkar !
itu sebab kami TOLAK.

big SPENDER !!!!

Tanpa Nama berkata...

Tokoh tokoh pujaang mung ....

Awang Adek

Anuar Musooo

Tok Paa .....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

PTD M41 selepas 4 tahun dapat M44 ialah kerana itulah rezeki namanya.
Selepas 3 tahun dapat pulak M48 itupun rezeki namanya. Selepas 4 tahun dapat pulak M52 itupun rezeki namanya.PTD yang jadi bos aku mula2 dulu kini dah jadi JUSA C, itu pun kerana dulu dia banyak tolak kenaikan pangkatnya atas sebab-sebab yang tak boleh aku cakap kat sini. Tidak keterlaluan kalau aku kata yang bos aku tu ambik kenaikan pangkatnya dulu tu, kini dah jadi KSU. (Aku kerja gred 17 seawal umur 21 tahun 1978 hingga kini 2013 digred 26 dan akan bersara 60 tahun pada 2017). Aku ni dah lama kerja dengan PTD mula-mula kat INTAN dekat Masjid Negara sampai kini JPA Putrajaya. Tak adalah PTD yang orang kata macam2. Semua PTD bertugas dengan profesional. Orang yang dengki khianat sahaja yang kata PTD itu dan ini. Aku pernah berurusan dengan Pegawai bukan PTD. Memang sangat berbeza dengan lagak, sombong, hidung tinggi dan lupa yang bau berak dan kencingnya sama dengan orang lain punya. Jadi aku minta kat kawan2 yang suka pandang serong kat PTD supaya tidak terus bersikap double-standard terhadap PTD. Aku dah lama 'kawan' dengan kerja PTD jadi tahulah aku hati budi dia orang.

Ahad, April 28, 2013 10:47:00 PG

-----------------------

jangan disebabkan kau nampak seorang 'ptd' ini seperti itu maka kau kata semua ptd begitu.

mereka komen berdasarkan persepsi 'ptd disekeliling mereka', malah aku sendiri pernah dengar seorang ptd mencela jpa yang dibolot oleh ptd kerana beliau teraniaya dengan beberapa pekeliling perkhidmatan yang tak berapa jelas yang dibuat oleh bijak pandai jpa.

biasalah tu, jangan salahkan mereka yang mengutuk ptd. mereka melihat dengan mata mereka sendiri tentang perilaku ptd di keliling mereka.


awak dapat ptd yang bagus, itu rezeki awak sebenarnya dan ptd tersebut memang wajar mendapat rezeki sebegitu rupa.

ada paham? benda mudah jangan dirumitkan.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Aku dapat gred M52 setelah kerja 10 tahun. Kawan baik aku telah tersilap pilih kursus iaitu kejuruteraan Awam. Walaupun dia lulusan dari luar negara, dan telah berkhidmat di JPS selama 10 tahun dia masih di gred J44. Kesian dia. Kalau aku kerja di JPA, aku bertekad untuk membetulkan ketidakseimbangan itu.

Sabtu, April 27, 2013 11:53:00 PTG

---------------------------

salah tu, kawan awak sebenarnya bukan tersalah pilih kursus. subjek kejuruteraan ni sebenarnya mencabar, berbanding dengan kursus sains politik alih-alih jadi PTD atau lagi teruk lagi jadi ahli politik untuk merebut gelaran yang berhormat.

masalahnya, beliau tersalah pilih TEMPAT BEKERJA, atau lebih senang lagi TERSALAH BUAT KEPUTUSAN DENGAN PULANG KE MALAYSIA DAN BERKHIDMAT DENGAN PERKHIDMATAN AWAM

seharusnya beliau duduk sahaja diluar negara tersebut dan bekerja di bidang civil engineering di sana.

aku ada seorang kawan yang mempunyai seorang abang yang belajar di amerika dan membuat keputusan untuk tinggal di sana bekerja. beliau balik beberapa kali setahun menjenguk keluarga. beliau kata beliau membuat keputusan tepat dengan tidak balik bekerja di malaysia kerana pendapatan beliau disana tidak akan mampu dibayar oleh mana-mana majikan di malaysia.

buatlah pilihan dengan bijak. ingat, 5 mei menjelang tiba!

Tanpa Nama berkata...

Saya mohon penjawat awam yang berada di PUTRAJAYA, kali ini kita berganding bahu hapuskan kerajaan KORUP BN..kita semua sayangkan BN, tapi kalau penjawat awam telah sampai ke tahap buat part time selepas kerja, alangkah malangnya sbb menteri2 BN dah ambil duit rakyat. INI KALILAH....saya inginkan perubahan baru..anda kena UNDI PAKATAN RAKYAT..kita tolak UMNO dan BN..jangan asyik termakan kata2 pemimpin UMNO...melayu akan dipijak2 bangsa lain,...tanah melayu hilang...

TAPI tanah NUSAJAYA dan REZAB sendiri dijual oleh UMNO...Buka lah mata wahai saudara perkhidmatan awam...Saya sendiri PTD dan saya ingin anda semua yang mengundi di PUTRAJAYA..ubah la...Ramai PTD yang bersuara tapi telah di masukkan dalam POOL sebab berani tegur PM dan MENTERI KORUP...bukan kami PTD tak bersuara...TAPI ramai kami telah dianiaya...PEagwai Tertiinggi sekarang yang ada adalah YES BOS...Tolong kita UBAH kali ini..KIta mahukan pegawai PTD selaku pemimpin kembali bersuara !!!! Ayuh Ubah kali ini.. jangan kita jadi LEMBU !!!

Tanpa Nama berkata...

kita pula mahukan pemimpin perkhidmatan awam yang datang dari skim lain, bukan terhad dari skim PTD sahaja.

apa yang kita mahu sebenarnya adalah PTD membuat kerjanya sebagai pentadbir yang khusus dalam hal pengurusan, bukannya menjadi "pemimpin". tiada siapa pun yang melantik anda sebagai pemimpin. anda saja yang syok sendiri menggelar skim anda sebagai elit dan memimpin.

selagi benda senang macam ni pun takboleh nak diperbetulkan, jangan harap nak membetulkan kerajaan dan negara


OLEH ITU, MARI KITA MEMBUAT PERUBAHAN MENGUNDI PIHAK YANG SATU LAGI ITU SUPAYA KERAJAAN YANG ADA INI DAPAT BEREHAT UNTUK SEPENGGAL DUA SAMBIL BERMUHASABAH DIRI. SUPAYA KERAJAAN BARU NANTI DAPAT MEMBERSIHKAN SAMPAH SARAP YANG BANYAK TERDAPAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM NI, LEBIH LAGI DI KALANGAN JAWATAN TERTINGGI YANG KITA TAHU SKIM MANA YANG MEMONOPOLINYA.


UBAH!! BERSIHKAN MALAYSIA SECARA AMNYA DAN BERSIHKAN PERKHIDMATAN AWAM SECARA KHUSUSNYA