SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

29 April 2013

HUSAM PERLU MINTA MAAAF - CUEPACS

Utusan Malaysia
29/8/2013

KUALA LUMPUR 28 April - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meminta maaf kepada penjawat awam kerana mengaitkan pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim dengan rasuah.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya amat kesal dan kecewa dengan kenyataan itu yang menjatuhkan imej penjawat awam di negara ini.

"Saya kecewa kerana kematian seorang penjawat awam telah dibawa ke kempen pilihan raya di mana Husam telah mengeluarkan tuduhan melulu yang tidak terbukti kebenarannya. "Beliau sepatutnya menyuarakan penghargaan terhadap penjawat awam yang berkorban untuk negara dan bukannya mengeluarkan kata-kata yang melukakan hati," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Husam dalam ceramah politiknya di Putrajaya mendakwa kejadian yang menimpa Shaharuddin berpunca daripada masalah rasuah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyifatkan kenyataan Husam sebagai biadab dan tidak menghormati kakitangan kerajaan.Mengulas lanjut, Omar berkata, kenyataan Husam tersebut seolah-olah menunjukkan calon Pas di kerusi Parlimen Putrajaya itu lebih tahu keadaan sebenar berbanding pihak berkuasa. "Husam sepatutnya faham bahawa penjawat awam mempunyai tanggungjawab yang berat selain berdepan pelbagai cabaran semasa menjalankan tugas. "Beliau perlu memikirkan akibatnya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS ini Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
atau ajen provokasi Barisan Nasional. Bersikap neutrallah CUEPACS jangan lacurkan profesionalism anda dengan menjadi ajen politik pemerintah.

Tanpa Nama berkata...

2nd...ayoyoyooooooooooooo.ammakkkkkk

Tanpa Nama berkata...

apa ni cuepacs..itu satu tuntutan utk kebajikan kakitangan awam ke???itu politik jangan campur la..byk isu2 utk penjawat awam blom selesai dh nak mian politik...ptuiiih

Tanpa Nama berkata...

omar osman sila letak jawatan..!! banyak tuntutan tidak tercapai,kenaikan gaji, kenaikan pangkat, elaun,cola,itp,
time based, kenaikan gred dan sebagainya, sibuk pulak nak berpolitik, sudahlah.. omar osman sudah tak revelan perlu di ganti dengan aziz muda..!!

Tanpa Nama berkata...

mar osman sila letak jawatan..!! banyak tuntutan tidak tercapai,kenaikan gaji, kenaikan pangkat, elaun,cola,itp,
time based, kenaikan gred dan sebagainya, sibuk pulak nak berpolitik, sudahlah.. omar osman sudah tak revelan perlu di ganti dengan aziz muda..!!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...
aku sokong 200%

Tanpa Nama berkata...

polis bantuan merangkap kp 11 kat jabatan kerajaan ape citerrrrr...takkan takde apa2 kot..statik mcm tu je...cuepacs lansung tak sebut pn..buka la mata tu cuepacs..pandang2 jeling2 laaa.

Tanpa Nama berkata...

polis bantuan merangkap kp 11 kat jabatan kerajaan ape citerrrrr...takkan takde apa2 kot..statik mcm tu je...cuepacs lansung tak sebut pn..buka la mata tu cuepacs..pandang2 jeling2 laaa.

Tanpa Nama berkata...

bukan sekata kp 11 kebajikan jabatan penjara pun tak sebut maklumlah kita kerja kat dalam penjara. jadi semua orang ingat kita kerja senang berhadapan dengan segala rupa penjenayah.cuepacs ade ke tak kamu sebut tentang jabatan penjara? kenapa menganak tirikan jabatan ini? dalam sistem perundangan malaysia terbahagi kepada 3 polis(tangkap)mahkamah(hukum)penjara(menyimpan dan menjaga)so adakah jabatan ini tak penting dalam malaysia

Tanpa Nama berkata...

MINTA JASA BAIK DATO DAN PM - KAJIAN BERAPA RAMAI KUMPULAN SOKONGAN YANG MEMPUNYAI DIPLOMA DAN IJAZAH DI SEMUA KEMENTERIAN/JABATAN/BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN/AGENSI KERAJAAN/PBT CONTOHNYA MENJADI PEMBANTU TADBIR DAN PENOLONG PEGAWAI DAH SEKIAN LAMA....KENAIKAN PANGKAT ADALAH TERBATAS....NAK TUNGGU TIME BASED 13 TAHUN...MOHON DIBERIKAN ELAUN KHAS ATAU APA2 FAEDAH KEPADA KUMPULAN INI.

ATAU UBAH KELAYAKAN MASUK:

1) P & P : KELAYAKAN MASUK MASTERS

2) PENOLONG PEGAWAI : KELAYAKAN MASUK IJAZAH

3) PEMBANTU TADBIR : KELAYAKAN MASUK DIPLOMA/STPM

4) PAP / PEMANDU : KELAYAKAN MASUK SPM

Sabahan berkata...

CUEPACS SIBUK MELARANG KAKITANGAN AWAM MENYERTAI KEMPEN POLITIK.

PRESIDEN CUEPACS SIBUK BERKEMPEN SUPAYA MENYOKONG BARISAN NASIONAL NI APA?? BUKAN KEMPEN KE??

BODOH BETUL CUEPACS NIH!!

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!

CUEPACS SEPATUTNYA BERSIKAP KECUALI. BILANG MACAM LEMBUKAN MARAH PLAK..

UNDILAH PARTI BERSATU RAKYAT SABAH!!

Tanpa Nama berkata...

saya tetap sokong husam,dia lagi memahami nasib kami semua..takbir..

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat jika menang pru13 , dia jadi kerajaan ... kita tengok muka omar dn ksn...macamana gelagat mereka nanti... mengumumkan letak jawatan atau menyembah dgn kerajaan baru...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

MINTA JASA BAIK DATO DAN PM - KAJIAN BERAPA RAMAI KUMPULAN SOKONGAN YANG MEMPUNYAI DIPLOMA DAN IJAZAH DI SEMUA KEMENTERIAN/JABATAN/BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN/AGENSI KERAJAAN/PBT CONTOHNYA MENJADI PEMBANTU TADBIR DAN PENOLONG PEGAWAI DAH SEKIAN LAMA....KENAIKAN PANGKAT ADALAH TERBATAS....NAK TUNGGU TIME BASED 13 TAHUN...MOHON DIBERIKAN ELAUN KHAS ATAU APA2 FAEDAH KEPADA KUMPULAN INI.

ATAU UBAH KELAYAKAN MASUK:

1) P & P : KELAYAKAN MASUK MASTERS

2) PENOLONG PEGAWAI : KELAYAKAN MASUK IJAZAH

3) PEMBANTU TADBIR : KELAYAKAN MASUK DIPLOMA/STPM

4) PAP / PEMANDU : KELAYAKAN MASUK SPM

Selasa, April 30, 2013 4:12:00 PTG

-----------------------------

kena tukar kerajaan baru dulu kalau nak tengok cadangan sebegini diketengahkan

kalau boleh syarat nak naik gred 48 & ke atas mesti ada masters, nak naik jusa A turus III dan seterusnya mesti ada PhD. setakat pakai ijazah cabuk boleh dapat 41 lepastu tak sampai 5 tahun naik 44 48 bagai, baik tak payah! kakitangan sokongan pun ramai yang ada sarjana muda, malah ada yang dah ada master dah pun!

ewanfall berkata...

Cuepacs jgn buat fitnah...Presiden Cuepacs sendiri dari mulut Husam @ dengar dari mulut macai macai umnonggok?..jawab soalan ini...kami kakitangan kerajaan Malaysia bknnya kakitangan Parti Barisan Nasional .

Tanpa Nama berkata...

tengok video penuh husam..admin tak takut azab neraka bawa fitnah dari sumber x tepat !!!!

Tanpa Nama berkata...

saya berpandangan presedent CUEPACS perlulah bertindak berkecuali jangan terlalu membodek parti pemerintah yang dah tamat tempoh, dato omar perlulah berundur dan beri laluan kepada kepimpinan yang lebih muda dan berkaliber, apa apa pun sekiranya di takdirkan kerajaan baru tertubuh iaitu pakatan rakyat, kita sebagai penjawat awam akan pula melaksanakan dasar mereka pula karana mereka adalah kerajaan yang di pilih oleh rakyat,

Tanpa Nama berkata...

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18871--pakatan-kemuka-13-janji-untuk-pejawat-awam#.UYDx1qLLrfI

wahai semua PA sila baca kenaikan yang akan berlaku

Tanpa Nama berkata...

omar osman, jangan tunjuk sangatlah yang awak langsung tak cerdik. CUEPACS adalah kesatuan untuk kakitangan awam. Awak letak je jawatan dan tubuh kesatuan lain, iaitu kesatuan kakitangan barisan nasional. Awak dah salah kesatuan ni untuk jadi presiden. Sila letak jawatan wahai omar osman yang tak cerdik.

Tanpa Nama berkata...

Salmiyah Harun,
01 Mei 2013

PUTRAJAYA: Sempena Hari Pekerja yang disambut pada hari ini, Pakatan Rakyat memperturunkan Deklarasi Putrajaya 2013 yang mencakupi 13 perkara khusus untuk penjawat awam.

Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan yang benar-benar cekap, berdaya saing, amanah dan menjunjung cita-cita negara Malaysia mencapai 'world class delivery system'.

Tidak kurang 5,000 penyokong Pakatan Rakyat termasuk penjawat awam memenuhi ruang parkir di belakang Istana Kehakiman Presint 3 bagi menyaksikan deklarasi yang bakal memberi manfaat kepada mereka.

Deklarsi yang disediakan oleh Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim kemudian terus mengisytiharkan deklarasi itu.

Di antara 13 perkara yang digariskan di dalam deklarsi itu termasuklah:

1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan)

2) Pinjaman rumah tanpa faedah,

3) Pendidikan mesra penjawat awam (khusus di Putrajaya),

4) Pencen pilihan,

5) Belajar semasa tempoh berkhidmat.

6) Menyerap ke jawatan tetap bagi kakitangan perkhidmatan kontrak, sementara dan khidmat singkat perkhidmatan awam

7) Membangunkan Sektor perkhidmatan awam menuju standard kelas dunia (world class standard)

8) Pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga

9) Perlindungan insurans bagi penjawat awam di semua agensi peguatkuasaan seperti Kastam, Polis, tentera, dan lain-lain bertujuan memberikan mereka keyakinan bahawa tugas mereka dihargai sepenuhnya oleh kerajaan.

10) Pengecualian cukai pendapatan bagi penjawat awam gred 41 ke bawah bertujuam memberikan pendapatan benar yang lebih besar

11) Menyelaras gaji pegawai dan kakitangan penjara sama seperti anggota polis seperti yang diamalkan sebelum ini.

12) Mengkaji untuk menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam gred 40 ke bawah dari jumlah minimum RM180 kepada jumlah yang lebih munasabah

13) Elaun kola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.

ewanfall berkata...

Sepatutnya Cuepacs yang kena mintak maaf pada Husam kerana fitnah kat Husam....

Tanpa Nama berkata...

memang patut pun kena tembak manakan pohon bergoyang sedarlah mungkin lepas ni kita tengok mahadir dan najip kena pula kerana semua itu mudah-mudahan jadi macam dia tu lepas ni kena umum mati sahid pula

Tanpa Nama berkata...

saya tidak setuju husam minta maaf ksn dan omar perlu minta maaf sama husam tengo lah bilang tidak bole berpolitik tapi mereka lagi handal berpolitik untuk bn/umnooo jadi kami kakitangan bukan bodoh lah undi kami akn undi pkr

Tanpa Nama berkata...

kalau di semananjung kita tukar baju kalau di sabah ini kali lah najip najip selamat tinggal bersedialah untuk bersemadi bersama bn/umno

Tanpa Nama berkata...

Omar osman kaki bodek umgok...melacurkan penjawat awam dgn politik murahan

Tanpa Nama berkata...

Mungkin Pegawai ni tahu terlalu banyak yang terselindung. Tanya hantu Altantuya, pembununhnya ada motifkah? Tak kan suka-suka mau bunuh orang. Bawa ke mahkamahpun pakai topeng, silap-silap dia orang tu sekarang jalan kesana kemari, siapa tahu.
Pemandu teksi kata, budak kecil pun tahu ada muslihat.Fikir-fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

HAL SEBEGINI PERNAH BERLAKU DI PERAK. PENGUATKUASA JPJ PERAK TELAH MENERIMA DUIT KOPI BULANAN DARIPADA PEMANDU2 LORI...TETAPI MASIH MENGGANGU DAN MENAHAN LORI2 TERSEBUT...AKHIRNYA DIBELASAH OLEH PEMANDU2 LORI TERSEBUT MASUK HOSPITAL IPOH....YANG BESTNYA....PEGAWAI ITU DAPAT INSURANS, PAMPASAN, DERMA, PUJIAN, KENAIKAN PANGKAT....DAN RASUAH BULANAN.....

Tanpa Nama berkata...

kerajaan tak adil tv,1,2,3 media semua muka bn / umno berita semua muka cerita mereka pembangkang semua tak keluar semuanya menceritakan buruk pkr tapi tak pa kami rakyat bukan bodo nanti kita tukar kerajaan hidup pkr gaji 4000 kah kah najip mesti kaji dan kaji sampai polis dan askar undi mereka ok lah kami pa v undi polis dan atm kita tengo nanti undi

Tanpa Nama berkata...

Ha...ha...ha....Ini 100% PA sokong PR. Yaa.....kita Tukarrrrrrr Be End kepada PR 5.5.2013....!!!

Tanpa Nama berkata...

Teruknya kakitangan awam dalam blog cuepacs ni, sumenya penentang kerajaan. Tak sedar diri masa tak ada kerja minta nak kerja dengan kerajaan tapi bila dah dapat kerja dengan kerajaan jadi penentang kerajaan pula. Pegawai yg beri komen pada 2/5/2013 jam 11.49 pagi ni lagi teruk tak ada hati perut tak berperi kemanusiaan langsung dah lah curi tulang waktu kerja main internet ngata orang (arwah TKP yang dah kena bunuh). Patut berilah kata perangsang pada keluarga arwah, ini tidak, mengutuk orang yang telah tiada. Berdosa tau...

Tanpa Nama berkata...

OOops sorry, bukan sume ya di Blog cuepacs untuk thread ini penentang kerajaan, pembetulan. Hanya ada 7 tanpa nama yang jadi penentang BN.
Saya nutral. Nasihat saya hargailah kerajaan BN yang ada. Selamat mengundi esok ya....

Tanpa Nama berkata...

Al kisah Husam yg telah menjadi Kusam..
Mengikut analisa si Kusam nih untuk bertanding di Putrajaya adalah faktor penduduk Putrajaya adalah bukan terdiri daripada penduduk asal ( Semangat kedaerahan )Majoriti penduduk terdiri daripada Pantai Timur & percaturan undi muda daripada pengundi IPTA .
Menerusi keputusan PRU13 Parlimen Putrajaya telah menolak Husam dsbbkan Penjawat Awam menolak entiti yg dibawa oleh Husam.
Rata2 pengundi yg disangka akan menyokongnya telah mengundi di Kampong halamannya (dibantu oleh pengundi luar ) Hanya menang di DUN Salor dibantu oleh pengundi luar .
Percaturan kesilapan kpd si Husam nih .
Husam telah menjadi Kusam .

Tanpa Nama berkata...

putrajaya kdai mamak dari india xde ic pun leh ngundi, aku sendiri tanya, siap dapat duit lagi, ape cite.... makcik cleaner opis aku dari indon pun disuruh undi bn,alasan dia utk cari makan, kalo xundi bn dia akan dihalau pulang ke indon.. ni pengakuannye sendiri...