SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

30 April 2013

INSURANS PENGUAT KUASA

Ali Hamsa
 
 
 
SEPANG 29 April - Kira-kira 400,000 anggota penguat kuasa bakal menikmati skim insurans khas yang melindungi mereka semasa menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang tidak lama lagi.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa berkata, skim sedemikian perlu bagi memberi semangat dan keyakinan tinggi dalam kalangan anggota penguat kuasa terbabit, khususnya mereka yang berjawatan rendah."Baru-baru ini, kami ada mengadakan perbincangan dengan wakil Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan mereka ada kemukakan keperluan skim insurans sedemikian.

"Jadi, perkara itu dalam pertimbangan sekarang ini dan saya sendiri akan membawanya kepada pengetahuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pusat khidmat sehenti Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Selain polis dan tentera, Malaysia turut mempunyai anggota penguat kuasa lain seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Imigresen, pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menurut Ali, buat masa ini kerajaan mempunyai beberapa bentuk bayaran pampasan dan pencen untuk mana-mana anggota penguat kuasa yang mati semasa menjalankan tugas."Cuma kali ini, kita berpendapat sudah tiba masanya untuk kerajaan memberi keutamaan kepada penjawat awam berkenaan memandangkan sumbangan mereka itu penting kepada pendapatan negara. "Lagipun, kita juga tidak boleh memandangkan ringan terhadap ancaman pihak yang berniat jahat kepada anggota penguatkuasa," katanya.

Sementara itu, Ali menyifatkan pembukaan pusat khidmat sehenti MHTC di KLIA akan memudahkan lagi warga asing yang tiba di Malaysia untuk mendapatkan rawatan terhadap penyakit yang dialami mereka.
"Malah, dari segi pulangan, bidang pelancongan kesihatan itu telah meningkat sebanyak 51 peratus dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini."Ia meningkat dari RM379 juta dalam tahun 2010 kepada RM594 juta pada tahun 2O12," katanya.
 

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haiiii.1st lagii.ayoyoyooooo..ammak kadavalle...syahdunyaa..

Tanpa Nama berkata...

polis bantuan merangkap kp 11 kat jabatan kerajaan ape citerrrrr...takkan takde apa2 kot..statik mcm tu je...cuepacs lansung tak sebut pn..buka la mata tu cuepacs..pandang2 jeling2 laaa.

Tanpa Nama berkata...

ntahnya..asyik nak berpolitik la pulok..kp 11 tu upgred la ke kp 17..tu pn susah ke????gred lain dh naik..kp 11 statik..klu cmtu keje pn statik laaa.menurun tak,meningkat pn tak..

Tanpa Nama berkata...

pengawal keslamatan kp 11 aadk pun nak juga.jgn tinggalkan kami.kami juga polis bantuan yg tidak di upgred lg..

Tanpa Nama berkata...

polis bantuan merangkap kp 11 kat jabatan kerajaan ape citerrrrr...takkan takde apa2 kot..statik mcm tu je...cuepacs lansung tak sebut pn..buka la mata tu cuepacs..pandang2 jeling2 laaa.

Tanpa Nama berkata...

polis bantuan merangkap kp 11 kat jabatan kerajaan ape citerrrrr...takkan takde apa2 kot..statik mcm tu je...cuepacs lansung tak sebut pn..buka la mata tu cuepacs..pandang2 jeling2 laaa.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

btul tu cuepacs..tgk2 la polis bantuan di jabatan kerajaan ni.mereka pn penjawat awam juga..klu tak sentuh , cuit2 la skit kt PM tu..

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong polis bantuan atau pengawal keselamatan gred kp 11 di upgred ke kp 17.mereka dh lama menunggu.kesian la mereka..

Tanpa Nama berkata...

polis bantuan tu pengawal keselamatan kp 11 ye..baru saya tau...ramai juga mereka tu keje di jabatan kerajaan.tapi polis bantuan bsn atau glc kelayakan masuk spm.bagaimana boleh tidak sama pula.cuepacs senyap je.upgred la depa tu sama dgn polis bantuan di syarikat berkaitan glc.

Tanpa Nama berkata...

omar osman sila letak jawatan..!! banyak tuntutan tidak tercapai,kenaikan gaji, kenaikan pangkat, elaun,cola,itp,
time based, kenaikan gred dan sebagainya, sibuk pulak nak berpolitik, sudahlah.. omar osman sudah tak revelan perlu di ganti dengan aziz muda..!!

Tanpa Nama berkata...

polis bantuan merangkap kp 11 kat jabatan kerajaan ape citerrrrr...takkan takde apa2 kot..statik mcm tu je...cuepacs lansung tak sebut pn..buka la mata tu cuepacs..pandang2 jeling2 laaa.

Tanpa Nama berkata...

Masa untuk berubah..!! PRU-13, jom berubah..!!

Tanpa Nama berkata...

Pemandu kenderaan camne plak...?

Tanpa Nama berkata...

MINTA JASA BAIK DATO DAN PM - KAJIAN BERAPA RAMAI KUMPULAN SOKONGAN YANG MEMPUNYAI DIPLOMA DAN IJAZAH DI SEMUA KEMENTERIAN/JABATAN/BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN/AGENSI KERAJAAN/PBT CONTOHNYA MENJADI PEMBANTU TADBIR DAN PENOLONG PEGAWAI DAH SEKIAN LAMA....KENAIKAN PANGKAT ADALAH TERBATAS....NAK TUNGGU TIME BASED 13 TAHUN...MOHON DIBERIKAN ELAUN KHAS ATAU APA2 FAEDAH KEPADA KUMPULAN INI.

ATAU UBAH KELAYAKAN MASUK:

1) P & P : KELAYAKAN MASUK MASTERS

2) PENOLONG PEGAWAI : KELAYAKAN MASUK IJAZAH

3) PEMBANTU TADBIR : KELAYAKAN MASUK DIPLOMA/STPM

4) PAP / PEMANDU : KELAYAKAN MASUK SPM

Sabahan berkata...

CUEPACS SIBUK MELARANG KAKITANGAN AWAM MENYERTAI KEMPEN POLITIK.

PRESIDEN CUEPACS SIBUK BERKEMPEN SUPAYA MENYOKONG BARISAN NASIONAL NI APA?? BUKAN KEMPEN KE??

BODOH BETUL CUEPACS NIH!!

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!

CUEPACS SEPATUTNYA BERSIKAP KECUALI. BILANG MACAM LEMBUKAN MARAH PLAK..

UNDILAH PARTI BERSATU RAKYAT SABAH!!

Tanpa Nama berkata...

elok la bila sakit tau la ingat kat orang kesihatan,time kau orang naik gred ade kau orang ingat kat kami ni,sial..gred pembantu perawatan dah lbh 20 tahun kau buat tak tau je,masih lagi u3,gaji kami ni tahap kemiskinan,basic 850 saje,kau orang cuepack buta atau pekak,ape yang pejuangkn.

Tanpa Nama berkata...

pengawal keselamatan kp11 cm mana pla kategori layak ke tak, kerajaan tak pandang langsung tugas kami yg berisiko ni, gred dh la rendah tak mcm penguatkuasa lain,

polis bantuan KP11 berkata...


polis bantuan / pengawal keselamatan KP11 yang bertugas menjaga dan mengawal aset ( personal, dokumen, harta benda dll ) bertugas mengikut roster shift, hampir kesemuanya memiliki AP power, kalau di Badan Berkanun, GLC, swasta gelaran yg digunapakai adalah Polis Bantuan, manakala kelayakan masuk menggunakan SPM.

Tanpa Nama berkata...

banyak juga budak KP dalam nie......
skim perkhidmatan yang tertinggal jika dibandingkan dengan skim keselamatan ( K ) yang lain......

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

MINTA JASA BAIK DATO DAN PM - KAJIAN BERAPA RAMAI KUMPULAN SOKONGAN YANG MEMPUNYAI DIPLOMA DAN IJAZAH DI SEMUA KEMENTERIAN/JABATAN/BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN/AGENSI KERAJAAN/PBT CONTOHNYA MENJADI PEMBANTU TADBIR DAN PENOLONG PEGAWAI DAH SEKIAN LAMA....KENAIKAN PANGKAT ADALAH TERBATAS....NAK TUNGGU TIME BASED 13 TAHUN...MOHON DIBERIKAN ELAUN KHAS ATAU APA2 FAEDAH KEPADA KUMPULAN INI.

ATAU UBAH KELAYAKAN MASUK:

1) P & P : KELAYAKAN MASUK MASTERS

2) PENOLONG PEGAWAI : KELAYAKAN MASUK IJAZAH

3) PEMBANTU TADBIR : KELAYAKAN MASUK DIPLOMA/STPM

4) PAP / PEMANDU : KELAYAKAN MASUK SPM

Selasa, April 30, 2013 4:12:00 PTG

-----------------------------

kena tukar kerajaan baru dulu kalau nak tengok cadangan sebegini diketengahkan

kalau boleh syarat nak naik gred 48 & ke atas mesti ada masters, nak naik jusa A turus III dan seterusnya mesti ada PhD. setakat pakai ijazah cabuk boleh dapat 41 lepastu tak sampai 5 tahun naik 44 48 bagai, baik tak payah! kakitangan sokongan pun ramai yang ada sarjana muda, malah ada yang dah ada master dah pun!

Tanpa Nama berkata...

Salmiyah Harun,
01 Mei 2013

PUTRAJAYA: Sempena Hari Pekerja yang disambut pada hari ini, Pakatan Rakyat memperturunkan Deklarasi Putrajaya 2013 yang mencakupi 13 perkara khusus untuk penjawat awam.

Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan yang benar-benar cekap, berdaya saing, amanah dan menjunjung cita-cita negara Malaysia mencapai 'world class delivery system'.

Tidak kurang 5,000 penyokong Pakatan Rakyat termasuk penjawat awam memenuhi ruang parkir di belakang Istana Kehakiman Presint 3 bagi menyaksikan deklarasi yang bakal memberi manfaat kepada mereka.

Deklarsi yang disediakan oleh Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim kemudian terus mengisytiharkan deklarasi itu.

Di antara 13 perkara yang digariskan di dalam deklarasi itu termasuklah:

1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan)

2) Pinjaman rumah tanpa faedah,

3) Pendidikan mesra penjawat awam (khusus di Putrajaya),

4) Pencen pilihan,

5) Belajar semasa tempoh berkhidmat.

6) Menyerap ke jawatan tetap bagi kakitangan perkhidmatan kontrak, sementara dan khidmat singkat perkhidmatan awam

7) Membangunkan Sektor perkhidmatan awam menuju standard kelas dunia (world class standard)

8) Pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga

9) Perlindungan insurans bagi penjawat awam di semua agensi peguatkuasaan seperti Kastam, Polis, tentera, dan lain-lain bertujuan memberikan mereka keyakinan bahawa tugas mereka dihargai sepenuhnya oleh kerajaan.

10) Pengecualian cukai pendapatan bagi penjawat awam gred 41 ke bawah bertujuam memberikan pendapatan benar yang lebih besar

11) Menyelaras gaji pegawai dan kakitangan penjara sama seperti anggota polis seperti yang diamalkan sebelum ini.

12) Mengkaji untuk menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam gred 40 ke bawah dari jumlah minimum RM180 kepada jumlah yang lebih munasabah

13) Elaun kola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

pada kesimpulannya bolehlah dikatakan kerajaan tak bersikap adil kepada kumpulan sokongan...

Tanpa Nama berkata...

nak beli jiwa skim penguatkuasa pulak dah... kah kah kah


sudah terlambat bebbb....

Tanpa Nama berkata...

pendapat saya..sepatutnya insuran ini harus turut dinikmati oleh semua kakitangan kerajaan(semua jabatan) kerana setiap kementerian masing-masing mempunyai risiko keselamatan tersendiri ketika bertugas,

Tanpa Nama berkata...

Minta cuepacs dapat membela nasib kami ( Polis Bantuan a.k.a Pengawal Keselamatan KP 11 )diberikan lantikan yang sah sebagai Polis Bantuan oleh PDRM dan di naikan atau dijumudkan Gread KP11 kepada KP17 ke atas, serta seragamkan insurance kami seperti POLIS, kerana tugas kami juga mempunyai risiko seperti mereka... Harap UBAH untuk kebajikan kami semua.