Utusan Malaysia
19/2/2014
19/2/2014
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi bersetuju menangguhkan sementara pengkorporatan
tiga agensinya pada 1 Mac ini sehingga tempoh yang belum ditetapkan.Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata,
pihaknya mempertimbangkan permintaan itu dan memahami rayuan yang
dikemukakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS).Bagaimanapun, menurutya, langkah pengkorporatan tiga agensi terbabit
akan tetap dilaksanakan memandangkan ia telah diputuskan oleh Kabinet.
"Kementerian mengadakan pertemuan dengan CUEPACS semalam untuk
membincangkan mengenai perkara itu dan perjumpaan tersebut berlangsung
dalam keadaan baik."Kami tahu kebanyakan daripada kakitangan terlibat ada yang baharu
bekerja dan mereka lebih gemar untuk berada di bawah kerajaan," katanya
dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa IECEx
2014, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Fadilah
Baharin; Pengerusi Majlis Standard dan Akreditasi Malaysia, Tan Sri
Mustafa Mansur dan Pengerusi Jawatankuasa Elektroteknikal Kebangsaan
Malaysia, Datuk Ir. Ahmad Fauzi Hasan. Isnin lalu, Presiden CUEPACS, Azih Muda menggesa kementerian itu agar
menangguhkan sementara pengkorporatan Institut Farmaseutikal dan
Nutraseutikal Malaysia (IPharm); Institut Agro-Bioteknologi Malaysia
(ABI) serta Institut Genom Malaysia (MGI) yang akan digabung menjadi
Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM).
Tambah Abu Bakar, biarpun akan dikorporatkan, kebajikan kakitangan
yang memilih untuk menyertai skim korporat akan tetap dipelihara selain
menawarkan opsyen untuk bersara awal.Sementara itu, Mosti menyasarkan untuk mengkomersialkan
sekurang-kurangnya 60 projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada
tahun ini."Menjelang 2020, sejumlah 360 projek R&D dijangka dapat
dikomersialkan, antaranya ialah produk elektrik, makanan dan ubat-ubatan
yang akan dijual di pasar raya, farmasi dan rak-rak kedai sebagai
pilihan kepada orang ramai.
"Malaysia berdepan cabaran untuk memasarkan produk R&D yang
kebanyakannya masih disimpan biarpun banyak memenangi anugerah di
peringkat antarabangsa"Oleh itu, strategi untuk melonjakkan Malaysia mencapai taraf negara
berpendapatan tinggi menjelang 2020 ialah mengkomersialkan hasil R&D
seperti produk teknologi dan memasarkannya ke seberang laut," katanya.
5 ulasan:
WOI AKU NO 1 KAT SINI... YEAH NO.1 .... HABAQ HANG...
syaitan yg direjam
buat naya orang je semua ini,kalau kena pada diri sendiri.baru lah tahu derita rakyat . dah tak ada duit sangat ke kerajaan sekarang ni.semua nak jadi swasta.tu putrajaya tu jual lah..nampak nak sangat duit.kesian rakyat.dahlah tanggung macam macam zaman sekarang.
Neraka!!!
Tahniah Cuepacs...
Catat Ulasan