SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

22 Disember 2015

CUEPACS BANTAH PANEL PEGUAM LPPSA UNTUK URUSAN PEMBIAYAAN RUMAH SEKTOR AWAM

Bernama
21/12/2015


ALOR GAJAH, 21 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini membantah cadangan dikemukakan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk mengadakan panel peguam dalam urusan pembiayaan perumahan sektor awam.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata kongres itu meminta supaya prosedur sebelum ini iaitu pelantikan peguam diuruskan oleh peminjam sendiri dapat dikekalkan.

"Cadangan tersebut (pelantikan panel peguam oleh LPPSA) boleh menyebabkan penjawat awam terutamanya golongan muda tidak mampu memiliki rumah mereka sendiri pada masa akan datang.

"Bukan kata ini panel boleh, ini panel tidak boleh, (tetapi) nanti panel (peguam itu) akan ikut LPPSA dan tidak akan membela peminjam," katanya kepada pemberita selepas Program Taklimat Isu-isu Semasa Bersama Presiden Cuepacs di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah di sini Isnin.

LPPSA akan menggantikan Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia (BPP) mulai Januari depan bagi mengambil alih segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pemberian pembiayaan perumahan kepada penjawat awam.

Azih berkata perkara tersebut perlu diberi perhatian kerana 70 peratus penjawat awam adalah daripada golongan muda dan merupakan nadi kepada produktiviti negara kita.

"Setiap penjawat awam ada pinjaman peribadinya, jika ini diambil kira untuk meluluskan pinjaman perumahan, sampai bila penjawat awam nak memiliki rumah sendiri.

"Jadi kita minta pihak kerajaan berunding bersama kita bagi menambah baik dan lihat apa tindakan yang boleh kita lakukan," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga meminta kerajaan menambah lagi pembinaan rumah di bawah Program Perumahan Penjawat Awam (PPA1M) dan rumah PR1MA bagi membolehkan penjawat awam memiliki rumah idaman mereka.



-- BERNAMA

11 ulasan:

zamri rahman berkata...

apa yang tinggal untuk penjawat awam selepas ini jika pinjaman perumahan khas penjawat awam dilenyapkan semata mata untuk kepentingan pihak tertentu.

sedangkan pelbagai kos kian meningkat saban hari

dimanakah relevan pemikiran pihak berkepentingan terhadap penjawat awam.

zul karnain berkata...

Apa yang kami harap suara ceupacs dpt di dengar dan di ikuti oleh pihak yang terlibat.Ingatlah semua ini untuk kepentingan PA juga.Lihat lah masalah akan datang sekiranya ramai PA awam yg telah berpencen gagal membeli rumah kediaman ekoran masalah ini.Seandainya ianya dpt diatasi,maka suara ceupacs selama ini tidak pernah terpinggir.

PAK SUKIMAN POULUS berkata...

perkenalkan indentitas saya
nama :SUKIMAN PAULUS
pekerjaan : pembantu di malaysia
tempat tinggal : malaysia-kuala lumpur - Lorong E1-Taman sastria jaya - jln.stutong stamping (SARAWAK)
tempat asal ; NTT - desa TARUS - KEC.KUPANG TENGAH - KAB.KUPANG
maaf kalau koment ini tak sopan
saya pak PAULUS seorang TKI dari malaysia curhat melalui pesan ini kepada semua teman2 yang di indonesia maupun yg di luar negri
bahwa selama saya tinggal di malaysia kurang lebih 4 tahun tidak digaji sama majikan saya karna hutang sudah banyak pasang angka togel tak perna tembus ..
selama 4 tahun juga saya di malaysia menderita .ingin balik ke indo tapi tak punya ongkos balik dan itu sempat membuat saya putus asa.
dan kebetulan teman saya buka-buka internet dan menemukan nomer HP MBAH SUTAR katanya bisa meramal nomor togel yg akan masuk .dan dari situ lah saya coba menghungi no HP MBAH itu dan memina bantuan untuk putaran MALAYSIA (TOTO 6D)
dan syukur alhamdulillah saya di berikan angka TOTO 6D dan saya di suruh pasang 2ringgit saja. akhirnya angka itu tembus dan sempat sya pingsang setelah bandarnya menghubungi saya dia minta NO rekening saya katanya saya menang 200ribu ringgit.
dan dari situlah saya baru mengerti arti kehidupan , janganlah mudah putus aza karna orang yg mudah putus asa akan lebih sulit mendapatkan apa yang di inginkannya .
bagi anda yang betul2 mau dibantu dan betul2 yakin sama MBAH SUTAR
silahkan anda bisa hubungi MBAH SUTAR di NOMOR PRIBADI beliau di 0853-4288-2547 .
silahkan hubungi MBAH SUTAR ROJAK untuk MEMBUKTIKANNYA ......















nona noni berkata...

Admin,kalau boleh tolong padamkan pak sukiman poulus,mcmmana boleh terlepas masuk dalam blog cuepacs ni

zamri rahman berkata...

pasti meningkat kadar faedah dari 4% kepada lebih sekiranya hasrat pinjaman perumahan dibadankan melantik penal peguam .

1 per 1 keistimewaan penjawat awam akan hilang sedangkan penjawat awam juga yang mengekalkan pemerintah sedia ada.

sewajarnya,setiap penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana dibekalkan kad kerajaan untuk mendapatkan harga istimewa tanpa GST seperti mana pihak pihak tertinggi dalam pengurusan kerajaan mendapat faedah seperti kad minyak,kad tol,kenderaan,dan sebagainya.

zul karnain berkata...

Admin,sila mainkan peranan anda..alihkan komen ini segara.harap maklum.

efinz berkata...

PA Kita hilang satu lagi keistimewaan sebagai PA.Cuepacs sudah tiada taring.PA perlu ubah....

Noor Shahida berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Macam-macam ada.. berkata...

Adakah pengkomen pengkomen di atas telah membuat pinjaman di BPP? Barangkali belum. dgn peningkatan kos sara hidup dan gst , peminjam akan tertekan dgn kos guaman. Mungkin dgn adanya panel peguam ini dapat mengurangkan caj perkhidmatan peguam dan mengurangkan risiko rumah terbengkalai dan banyak lagi. Jika dgn adanya panel peguam ini dpt mengurangkam kos guaman yg ditanggung peminjam dan meningkatkan kecekapan proses guaman, kenapa tidak? Panel ini tidak ada kaitan dgn caj 4% LPPSA. Transformasi BPP kepada LPPSA adalah semata-mata untuk memberikan khidmat yg terbaik kepada penjawat awam.Apa yg di cadangkan oleh LPPSA semuanya adalah untuk kebaikan penjawat awam. Tidak lebih dari itu. Jangan buat spekulasi sendiri. Untuk maklumat lanjut mengenai LPPSA, sila hubungi 0388801600.

Macam-macam ada.. berkata...

Ada kes dimana penjawat awam dipotong gaji tapi beliau tidak penah buat pinjaman. Lebih malang lagi rumah bekenaan tiada tetapi dokumentasi perjanjian jual beli lengkap dlm fail di BPP. Siapa nak dipersalahkan? BPP keluarkan bayaran berdasarkan dokumentasi oleh peguam. peguam ialah pihak yg paling dipercayai.

Inilah salah satu sebab perlu ada panel peguam.

Sanusi Daud berkata...

Bagaimana saya hendak memudahkan meminjam dgn LPPSA dgn siapa saya blh hubungi melalaui hndphne.????....jika saudara seislam blh bantu cll sy