SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

10 Disember 2015

KSN UMUM PELANTIKAN EMPAT KETUA SETIAUSAHA BAHARU KEMENTERIAN

Bernama
9/12/2015


PUTRAJAYA, 9 Dis (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini mengumumkan pelantikan dan pertukaran empat pegawai perkhidmatan awam dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi menjawat jawatan kanan berkuatkuasa Rabu depan.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Dr Ismail Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggantikan Datuk Mohd Arif Ab Rahman yang sebelum ini dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Dr Ismail, 55, yang menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Pengangkutan mulai 18 November 2014 merupakan lulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ekonomi dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.

Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi serta perolehan menerusi peranannya sebagai Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan dan Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington mula memasuki perkhidmatan awam pada Januari 1986 sebagai PTD.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Saripuddin Kassim, 56, dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Hartford, Amerika Syarikat yang memasuki perkhidmatan awam pada Januari 1984 itu juga berpengalaman sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Manakala, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Adenan Abdul Rahman, 57, dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia menggantikan Saripuddin.

Berpengalaman luas dalam bidang pengurusan keselamatan serta pengurusan pembangunan, Adenan, merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Kajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Datuk Dr Sundaran Annamalai, 57, dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari International Christian University, Jepun dan Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan dari Michigan State University, Amerika Syarikat itu menggantikan Datuk Himmat Singh Ralla Singh yang bersara wajib.

Ali yakin pegawai berkenaan berupaya menjana perspektif, pendekatan dan inisiatif baharu dalam menjayakan wawasan, aspirasi dan agenda transformasi negara ke arah menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.



-- BERNAMA

3 ulasan:

PAK DENDI berkata...

Saya ingin menyampaikan kepada
seluruh TKI yang bekerja di negeri orang ,,
saya PAK DENDI seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang
sempat saya putus asa, apa lagi istri dengan keadaan hamil
dan gaji aku pun buat makansehari2 saja, sedangkan hutang banyak.
kebetulan istri saya buka-buka facebook mendapatkan
nomor MBAH KASENG katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL ,,dengan keadaan susah jadi saya coba
hubungi MBAH karna saya pikir tidak ada salah,nya kita coba dan minta
angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan MBAH 6D dan alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudarah di indonesia maupun di
luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda dengan meriktualkan angka togel ghaib SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA 2D,3D,4D,5D, Atau 6D yang betul-betul tembus
hubungi MBAH KASENG di nomor 0823-1434-8847 silahkan anda buktikan sendiri
demi allah saya sudah membuktikan angka dari MBAH sekrang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!






















. berkata...

PENYAMBUNGAN LANTIKAN CONTRACT FOR SERVICE 2016

Assalamuaikum dan salam sejahtera

Y.bhg/Y.Berusaha Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan

Saya mewakili hampir 3000 pekerja CFS dibawah Pakej Ransangan Ekonomi Kedua memohon Y.Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan memperjuangkan penyambungan kontrak kami bagi Tahun 2016 memandangkan kontrak kami akan tamat pada penghujung bulan Disember ini. Besarlah harapan kami sekiranya permohonan kami dapat di sambung buat sementara waktu supaya kami mempunyai ruang untuk mencari peluang pekerjaan di tempat yang lain.Kami berharap kerajaan tidak mengenepikan nasib kami pekerja CFS yang telah berkhidmat hampir 8 tahun dalam sektor awam.Kami berharap kerajaan dapat memberikan peluang kepada kami buat sementara waktu. Sekian, terima kasih.

Pekerja CFS

book berkata...

moga pegawai2 yang dilantik ni jenis amanah dan tak terlibat rasuah.