SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

31 Disember 2015

POTONGAN GAJI PENJAWAT AWAM: PTPTN JUMPA CUEPACS SEBELUM 18 JAN INI

Bernama
30/12/2015


LENGGONG, 30 Dis (Bernama) -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menemui Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebelum 18 Jan ini untuk menjelaskan isu berhubung pemotongan gaji penjawat awam sehingga kadar maksimum bagi membayar pinjaman mereka dengan agensi itu.
Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, agensi itu mahu membuat penjelasan berkenaan bagi menerangkan tindakannya terhadap 3,193 penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman berjumlah RM28.84 juta kepada PTPTN.

"Pihak kami sudah beberapa kali menghantar notis amaran kepada penjawat awam terbabit tetapi mereka tidak memberi komitmen untuk membayar balik hutang berkenaan," katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dataran Lenggong di sini, Rabu.

Seramai 100 murid cemerlang UPSR yang mendapat keputusan 5A dan 4A masing-masing menerima akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sebanyak RM100 dan RM70 serta beg sekolah.

Shamsul Anuar juga berkata ada penjawat awam yang memperoleh gaji bersih antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan tetapi masih enggan melunaskan pinjaman PTPTN, walaupun mereka boleh membuat penjadualan semula bayaran pinjaman.

Sambil menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyifatkan tindakan PTPTN itu sebagai terburu-buru, beliau menjelaskan bahawa pemotongan gaji maksimum dibuat setelah pihaknya berhubung dengan peminjam menerusi telefon dan e-mel selain bertemu namun penjawat awam terbabit masih enggan membayar pinjaman.

"Sikap culas kakitangan awam terbabit memberi kesan kepada peminjam baharu yang mahu mendapatkan pembiayaan PTPTN," katanya.

Pada Selasa lepas, Cuepacs berkata ia akan meminta Jabatan Perkhidmatan Awam menarik balik kebenaran membuat pemotongan gaji penjawat awam bagi pinjaman PTPTN sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presidennya Datuk Azih Muda kesal dengan tindakan PTPTN yang dianggapnya sebagai tidak wajar kerana ia membebankan kedudukan kewangan penjawat awam terbabit.

Shamsul Anuar yang juga Anggota Parlimen Lenggong berkata PTPTN juga menawarkan pengecualian dan rebat antara 10 hingga 20 peratus kepada peminjam bagi menjelaskan hutang pembiayaan menerusi 71 pejabat cawangan yang boleh dihubungi di luar waktu kerja.

Menurutnya sejak arahan potongan gaji dibuat, kutipan hutang pinjaman PTPTN telah meningkat daripada 7.5 peratus kepada 17.2 peratus sejak Oktober lepas.

"PTPTN menyasarkan kutipan sebanyak RM2 bilion setahun untuk mendapatkan balik hutang pembiayaan mulai tahun depan," katanya.

Seramai 277,606 penjawat awam meminjam daripada PTPTN bagi melanjutkan pengajian mereka setakat ini.

-- BERNAMA

8 ulasan:

Azhar Azhar berkata...

Asalam...SBPA dibatalkan sebab pihak atasan untung imbuhan bonus jutaan ringgit, ribuan penjawat awam protes termasuk presiden cuepacs ketika itu Datuk Omar Osman, minta dikaji pula exit policy takut menzalimi penjawat awam, sebab yg bagi penilaian prestasi orang atasan, tapi sekarang terbalik pulak, yg menyokong exit policy presiden cuepacs Azih Muda, dia ini patut disingkirkan dari persatuan cuepacs, pengkhianat penjawat awam menyokong exit policy tanpa dikaji terlebih dahulu. Sepatutnya dia membela penjawat awam, ni tak dia nak menjahanamkan penjawat awam, tak terpakai aziz muda nie.. nyah dia dari malaysia nie.. dia tak tau org atasan nie kaki temberang, kaki betina, kali rasuah, tengok jealah dia org boleh pergi kelab, bluewave, paragon hotel, main golf waktu kerja, berkaraoke dekat the zone, pakai kereta mercedez, bmw, audi,land rover, dsbnya berbanding gaji sebulan RM4000-6000 jea, nak maintenance kereta lagi, logik kea.. org atasan juga tak de punch card, datang lewat 9 pagi baru masuk, balik awal... ada yg tak dtg kerja 2-3 minggu tiada tindakan di ambil, kalau diambil tindakan hanya tukar jea..tue pun dpt prestasi 90-93%...mengarut jea.. aku rasa azih muda nie kaki subahat..humban dia jauh-jauh..menyemak jea... susah sgt kau org tuba cara halus, kasi muntah darah...jadi kau org yg baca nie fikir-fikirkanlah...

Merintih simpati berkata...

Kesian la kat kami yg bergred u11,n11 ni....kos sara hidup semakin tinggi...gred bertambah,gaji mcm tu jgk...kami ada anak yg perlu disekolahkan,kami ada ibu bapa yg perlu ditanggung,,cukupkah klau penambahan gaji stakat rm80 setahun...klau ahli parlimen gaji 4000 ikat perut,kami yg bergaji 900 ni dh tentu kena ikat mulut...klau fikirkan xguna,rasalah baru tahu rasa sakitnya

Merintih simpati berkata...

Sebagai pemimpin rakyat sepatutnya ambil contoh NABI MUHAMMAD..jadikan panduan dalam pimpinan..nabi ikat batu kat perut semata2 nk bg makanan kat rakyat dia..tp pimpinan sekarang..kami yg kena telan batu sedangkan pemimpin merasa nikmat hidup yg sempurna..bantulah kami..kesian lah kat kami..

Merintih simpati berkata...

Sebagai pemimpin rakyat sepatutnya ambil contoh NABI MUHAMMAD..jadikan panduan dalam pimpinan..nabi ikat batu kat perut semata2 nk bg makanan kat rakyat dia..tp pimpinan sekarang..kami yg kena telan batu sedangkan pemimpin merasa nikmat hidup yg sempurna..bantulah kami..kesian lah kat kami..

Merintih simpati berkata...

Kesian la kat kami yg bergred u11,n11 ni....kos sara hidup semakin tinggi...gred bertambah,gaji mcm tu jgk...kami ada anak yg perlu disekolahkan,kami ada ibu bapa yg perlu ditanggung,,cukupkah klau penambahan gaji stakat rm80 setahun...klau ahli parlimen gaji 4000 ikat perut,kami yg bergaji 900 ni dh tentu kena ikat mulut...klau fikirkan xguna,rasalah baru tahu rasa sakitnya

ANAK MERDEKA berkata...

YE KE PEKELILING NI ? BAYARAN BANTUAN KHAS 2016

http://www.mysumber.com/wp-content/uploads/2015/11/Pekeliling.pdf

ANAK MERDEKA berkata...

http://babab.net/out/tarikh-rasmi-pembayaran-bonus-kakitangan-awam-2016.html

Unknown berkata...

betul ke berita yg kami dengar,seluruh penjawat awam kontrak akan ditamatkan disember ni...hancurlah negara