SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 April 2016

PENJAWAT AWAM DIBERI PILIHAN TERIMA ATAU TOLAK SKIM PERKHIDMATAN AWAM DITAMBAH BAIK

Bernama
14/4/2015

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Penjawat awam diberi pilihan untuk menerima atau menolak tawaran terhadap 252 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik berkuat kuasa 1 Julai ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau yang mengulas rasionalisasi skim perkhidmatan awam itu berkata penambahbaikan itu akan memberi kesan kepada kenaikan gaji dan gred termasuk gaji permulaan minima sebanyak RM1,200 dalam sektor awam.

"Namun saya tidak nampak sebarang sebab untuk mereka menolaknya," kata beliau kepada media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan reka cipta logo 'My High Speed Rail' (MyHSR) di sini hari ini.

Penambahbaikan itu akan memperlihatkan kenaikan tahunan kepada kesemua 1.6 juta penjawat awam, manakala penambahbaikan skim yang bermula dari gred 11 hingga 40 akan membabitkan 1.3 juta kakitangan kerajaan, katanya.

"Ini satu berita terbaik untuk penjawat awam dan berharap mereka akan meningkatkan produktiviti dan daya usaha dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Katanya walaupun hasil negara pada tahun ini berkurangan disebabkan faktor seperti penurunan harga minyak dunia, kerajaan tetap menunaikan janjinya untuk memberi kenaikan gaji seperti yang diumumkan dalam Bajet 2016, sebelum ini.

Mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar kerajaan mengkaji semula kadar gaji yang ditawarkan supaya selaras dengan keperluan hidup penjawat awam, Ali menyifatkan ia permintaan yang menarik.

"Namun, kita juga mengharapkan Cuepacs turut sama memberi idea bagaimana untuk meningkatkan hasil negara di samping menggalakkan penjawat awam meningkatkan produktiviti mereka...itu yang sangat penting," katanya.

-- BERNAMA

43 ulasan:

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

lang buana berkata...

Sekiranya ramai PA yang menolak skim ini,adakah jpa berhasrat mewujudkan semula skim baru.Harap dapat pencerahan.

Unknown berkata...

Baik menolak setelah lama menunggu inilah penambah baikan org yang lama berkhidmat dibiarkan shj beri 10% sudah habis semua masalah

Unknown berkata...

Kumpulan bawah berilah 30%

Unknown berkata...

Kumpulan bawah berilah 30%

Unknown berkata...

pada julai bermulalah gaji minima rm1200,bagi yang lama berkhidmat wajib ada anjakan / pelarasan gaji.

untuk penjimatan,hentikan kos operasi kepada badan badan berkanun.Mereka boleh mencipta bonus yang tinggi,mereka boleh menaikkan gaji yang tinggi kepada kakitangan mereka.

takkan tak mampu keluarkan kos operasi pulak,apabila bonus yang tinggi serta gaji yang tinggi dalam badan berkanun tidak pula diumumkan atau dihebahkan.Senyap je....atas alasan pengurusan sendiri badan berkanun...kos operasi sendiri juga la.

jika kerajaan memberi rm500 kepada penjawat awam riuh terhebah,seolah olah macam rm500,000.Riuh masyarakat memperkatakan tentang rm500.

Mereka badan berkanun dapat bonus tinggi hingga cecah 4 bulan bonus senyap sepi.Tanggung sendiri la kos operasi.Bila kerajaan dah bagi kos operasi kepada badan berkanun tak bersyukur pulak.Tak sokong kerajaan.

Pihak kerajaan wajib hentikan kos operasi kepada badan badan berkanun demi penjimatan.

keramat jb berkata...

Pihak jpa dh maklum, xde sebab knape pek ini ditolak..
mereka blom buat rodshow lg, tp cakp2 org lama dipinggirkn.. Yakin yg mcmna org lama dipinggirkn,mana dpt info?? Org lama tetap akan dpt lebih jgk drpd org baru.. Tp yg mnjadi ketidakpuashatian kita adalah kita mnggambarkn gaji kita dgn org baru mnjadi hampir.. itu la perubhn yg nk dilakukn kerajaan gaji minimum mesti rm1200 utk org baru dgn ekonomi budk zaman skng ni..
X dinafikn yg memberi kelebihn memg la utk org baru, dgn tekanan cabaran ekonomi anak muda skng dgn persaingannya dan sbgnya.. berbeza dgn waktu dahulu..mencabar jgk tp still kita dpt control tp kurg persaingannya..
Drpd kita menolak, lebih baik kita menerima saje, sedikit sebanyak dpt jgk kita kenaikan drpd x dpt langsung..
Kalu kita mnyarankn pembatalan pek ini dilakukn.. Seolah-olah kita menolak rezeki anak2 kita iaitu golongn2 muda yg brpelajaran..
Jgn ada perasaan dengki, kita kena la ikhlas selama kita brkhidmat dgn kerajaan dr dulu sehingga kini..
Yg pnting org lama akan dpt lebih la jgk drpd org baru, x byk pon..ada la jgk..

Unknown berkata...

Syukur alhamdulillah sebab ada penambahbaikan skim pd bln Julai ini.....tahniah kpd kawan2 saya yang akan naik ke 29...rezeki anak2...amin...

penjawat awam tersepit berkata...

Mohon Penjelasan. Sy berjawatan gred N17, tahun 2017 genap 13 tahun (kenaikan ke gred N22).

1. Sekiranya sy menerima penambahbaikan tersebut (dari N17 ke N19), adakah keistimewaan sy untuk naik ke gred N22 akan terhenti serta merta?

2. Dan sekiranya sy telah menerima gred N19, adakah sy kena tunggu lagi 13 tahun untuk naik ke gred seterusnya?

Mahmood Adam berkata...

sekali lagi, jpa buat kerja caca-marba. pelarasan gaji yang main hentam kromo seperti tahun 2012 (ssm+) berulang lagi, sbpa yang dibakulsampahkan berulang lagi. sebenarnya sejak dari beberapa tahun kebelakangan ni memang jpa diragui prestasinya. bagaimana jpa yang kerap dipersoalkan oleh penjawat awam dari pelbagai skim dan pelbagai kementerian/jabatan, diberi tugas untuk merangka dasar yang memberi kesan pada keseluruhan perkhidmatan awam? seharusnya jabatan ini dirombak secara 100% dari peringkat tertinggi sampai ke peringkat bawahan. bukannya kppa sibuk tukarkan orang, kecilkan saiz, tapi dia sendiri pun ntah apa-apa. boleh pulak keluar kenyataan bahawa seseorang tu boleh terima atau tidak skim ni? mengapa penjawat awam tak diberi pilihan untuk memilih opsyen, daripada buat sistem komunis sebegini, nak, terima, taknak, tolak? mengapa jpa tidak menyediakan beberapa pilihan seperti soalan objektif yang ada ABCD? jpa sejak dari dulu lagi hanya pandai buat satu pilihan, dan paksa orang samada terima atau tidak.

pelarasan gaji yang tidak adil telah menzalimi penjawat awam yang telah lama berkhidmat. mengapa taksub sangat dengan mereka yang ingin masuk perkhidmatan awam daripada mereka yang sudah lama mencurah bakti kepada negara?

ianya sama dengan pengambilan P&P, pihak SPA/JPA lebih gemar mengambil graduan baru yang kononnya CGPA tinggi, tetapi tidak terbukti kecekapannya dan tidak dikenali latarbelakangnya dan tidak diketahui sahsiah dan akhlaknya, walhal penjawat awam yang sudah bertahun-tahun berkhidmat, mempunyai rekod baik, kedatangan yang baik, tahap kerja yang baik dengan markat lnpt yang baik bertahun-tahun berturut-turut, tidak pula diberi laluan khas untuk peningkatan jawatan/naik pangkat?

graduan baru beriya-iya sangat nak masuk perkkhidmatan awam? boleh, mereka boleh mula dari bawah, masuk kumpulan pelaksana dahulu, setelah disahkan dalam perkhidmatan dan seterusnya mempunyai prestasi baik 3 kali berturut-turut dalam lnpt bolehlah ditukar lantik ke peringkat P&P. dari sini kita boleh tahu samada graduan masakini benar-benar ikhlas ingin berbakti kepada negara atau sekadar mencari keselesaan kerjaya. berapa ramai pegawai kerajaan di peringkat P&P yang diturun pangkah kerana pelbagai kesalahan dan diambil tindakan tatatertib? berapa ramai pegawai P&P yang ditangkap atas kesalahan jenayah? berapa ramai pegawai P&P yang ditahan SPRM atas kesalahan rasuah? mereka ini terlepas kerana pihak berkuasa melantik begitu taksub dengan cgpa mereka, seolah-olah siapa yang dapat 1st class degreen dengan pointer 3 ke atas tu bermakna mereka benar-benar baik, jujur, ikhlas, bertanggungjawab.

inilah masalah sebenar perkhidmatan awam. SPA gagal mencari calon yang terbaik sebagai penjawat awam, dan JPA gagal merangka dasar yang terbaik untuk kebajikan penjawat awam. kedua-dua organisasi ni perlu dirombak secara besar-besaran. kita pun tahu skim perkhidmatan apa yang mendominasi kedua organisasi ni kan? oleh itu, skim perkhidmatan tersebut perlu dirombak. jangan bongkak sangat dengan slogan cream of the cream tu. tak sesuai dengan diri yang sebenarnya pun.

Zarafiena berkata...

Macam mana pula dengan pembantu tadbir (p/o) yang menjawat jawatan menggunakan sijil politeknik ukur tanah??kelayakan dah jumud melalui pekeliling perkhidmatan bilangan 6 tahun 2009 tapi tidak diberikan apa-apa kelebihan seperti kawan-kawan kita di jawatan pembantu tadbir (kewangan) ditukar lantik ke penolong akauntan dalam pekeliling yang baru ni...adakah terlepas pandang pasal ni setelah bertahun-tahun dijumudkan kelayakan sijil politeknik ke jawatan pembantu tadbir(p/o)????

keramat jb berkata...

apa yg dimaklumkn,jpa dh bg jwpn melalui emel mengatakn x perlu tunggu 13 thn lg utk ke gred seterusnya.. x akan trhenti boleh diteruskn..mudah2an..

no name berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sapirudin berkata...

kesian pada PT(P/O), nama je skim gunasama yang ketua perkhidmatannya adalah KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM yang duduk gah dan selesa di JPA nun. tetapi masih teraniaya setiap kali pekeliling "penambaikan" keluar. kepada skim lain yang suka kata PT(P/O) ni kaki mengular dan sebagainya, tahukah anda bahawa ada ramai PT(P/O) yang ditugaskan untuk menjadi petugas kaunter, dimana tugas tersebut langsung tak wujud dalam senarai tugasan hakiki mereka sepeti yang dipaparkan pada laman web SPA? apabila mereka dilantik, JPA meletakkan mereka di pelbagai jabatan, dimana ada sesetengah jabatan yang berurusan dengan orang awam yang melibatkan transaksi kewangan, telah meletakkan PT(P/O) sebagai petugas kaunter, membuat urusan terimaan bayaran? benar, mereka mendapat elaun tambahan yang dipanggil bantuan imbuhan tugas kewangan (BITK) yang hanya sekadar rm40 sebulan, tidak setimpal dengan tugas mereka yang perlu bertanggungjawab ke atas kutipan hasil, sebagai contoh, sekiranya kutipan kurang berbanding apa yang direkodkan, mereka perlu tanggung kekurangan tersebut. rm40 sebulan? PT(KEW) dan PT(AKAUN) mendapat tangga gaji yang lebih dari PT(P/O) malah sekiranya dicampur rm40 sebulan pada gaji PT(P/O) masih belum menyaingi gaji pokok PT(KEW) mahupun PT akauntan. sudahnya kewangan dan akauntan juga yang mendapat manfaat dari pekeliling baru ni dengan kenaikan pangkat dan penjumudan jawatan? PT(P/O) juga yang tidak ke mana.

bersabarlah wahai PT(P/O). sudahlah PT(P/O) yang mempunyai kelulusan tinggi seperti sarjana muda dan masters juga dianaktirikan ketika temuduga, sekarang ni masih lagi dianaktiri dalam pekeliling penambahbaikan yang tak memberi kebaikan apa pun pada PT(P/O)

Unknown berkata...

Bagaimana nasib PT / PT (kew) yang KUP ....yang lantikan lebih 20 tahun...... dulu gred N11 dinaikan ke gred N17 dan sekarang N17 dinaikan ke N19 ..... orang lama tiada apa-apa perubahan........ bukan x tahu bersyukur tapi itulah nak ambil exam KPSL terpaksa bersaing dengan staff baru

Unknown berkata...

Tahniah kepada PA yang akan naik gred ke 29....rezeki....syukur alhamdulillah....amin

HEBATNYA ILMU MELAYU berkata...

Mana kata2 cuepacs nak naikkan elaun perumahan wilayah? Bohong betul, balik2 ulang berjaya minta kerajaan kekalkan dua Kali kenaikan tahunan, tu nak cover mana yg gagal la tu, Jenis pikir perut sendiri, ceh

Unknown berkata...

Byk kelebihannya kerja kerajaan ni....amin syukur alhamdulillah

Unknown berkata...

lagi menurun produktiviti ada lah... .

KPSL pun dah makin tertutup kerana byk sangat lantikan tukarlantik ke 29.

lulus KPSL tiada makna.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Alhamdulillah syukur ke atas nikmat rezeki yg allah berikan kpd semua PA selama ini...amin

HEBATNYA ILMU MELAYU berkata...

Jangan salah sangka bila kita marah merungut kita x bersyukur, tp yg salah kena kata salah .apa yg saya baca sbl ni epw seakan2 danaktirikan penerimanya berbanding itp. Imbuhan tetap perumahan dh naik tahun lepas. Epw kenapa x naik?? Kata hari tu semasa d Sarawak akan dinaikkan? Kenapa ada double standard??? Tak adil pun dh kira dosa. Zalim. Jangan kata kita x syukur

HEBATNYA ILMU MELAYU berkata...

Cuepacs tolong jawab kenapa x naik? Setakat mana usaha nak menaikkan epw ni

HEBATNYA ILMU MELAYU berkata...

Kengkawan dr semenanjung ke sabah n sarawak epw sampai 600, yg kami ni d sebelah utara dr Sarawak setakat rm270, paling tinggi alor setar rm450 kawasan lain termasuk Perlis rm230, sewa rumah standard untuk yg berkeluarga rm450 di kawasan kampung, kadar dh lama x dikaji

HEBATNYA ILMU MELAYU berkata...

Cuepacs tolong jawab kenapa x naik? Setakat mana usaha nak menaikkan epw ni

Mahmood Adam berkata...

kalau setiausaha 17 boleh naik gred 27, kalau juruteknik 17 boleh naik pen.jurutera 17 hanya disebabkan mereka mempunyai sijil politeknik (yang kini disamataraf dengan diploma), mengapa tak buat proses tukar lantik seseorang yang gred 17 yang mempunyai diploma ke gred 29, yang mempunyai ijazah ke 41 atau yang mempunyai masters ke gred 43/44? kerana mereka ini tidak mempunyai kesatuan yang kuat yang mendesak jpa? kerana mereka ini tidak relevan?

aku bukan mempersoalkan "rezeki" yang bakal diterima oleh mereka yang bakal ditukar lantik ke 29 nanti, aku cuma mempersoalkan tentang kezaliman jpa yang menidakkan peluang mereka yang mempunyai kelulusan lebih tinggi yang menjawat jawatan rendah. sudahlah mereka ini disukarkan laluan mereka dengan perlu melalui temuduga sama seperti lepasan universiti (fresh graduate), mereka dizalimi lagi apabila tidak mendapat manfaat apa pun dalam pekeliling baru ini

Mmd.Shah berkata...

Sepatutnya gaji permulaan kakitangan Gred 17 yang mempunyai kelulusan Diploma keatas diberikan sedikit perbezaan, contohnya gaji permulaan pada Tangga Gaji T5 seperti perbezaan yang diberikan pada Penolong Pegawai yang berbeza mengikut kelayakan masuk STPM dan Diploma.

Unknown berkata...

Kerani @ PTPO....insyaallah perjuangan perlu diteruskan untuk naik gred....yg penting semuanya perlu masuk kesatua.....contohnya kesatuan pembantu pertanian berjuang & menuntut semenjak tahun 80 an....akhirnya pada bulan .Julai 2013 berjaya naik ke gred G27 dan pada Julai 2016....akhirnya kami semua naik ke gred G29....Syukur alhamdulillah...amin....terima kasih kpd KPPASM, CUEPACS & JPA....rezeki anak2...

Unknown berkata...

Tolong cuepac ambil peduli tentang kitorang pembantu operasi N11 ni yg gaji melebihi rm1200 ni ptut di berikan setaraf dgn diorg yg bau msuk gaji permulaan rm802 jd smpai rm1200 brp beza tu hampir rm400 tau... Apa kitorang Xda kena kos sara hidup kew harap tolong cuepac bantu usulkan masalah kami yg gaji melebihi gaji minimum ni... Jasamu dikenang bila cuepac sudi ambil peduli masalah golongan kami ni... Tqvm

sekiranya mereka tandatangan surat setuju terima skim terbaharu ini, adakah kekananan mereka akan hilang dan bermula semula dari 0? sebagai contoh 17 ke 19, 27 ke 29, bagaimana dengan tempoh perkhidmatan dan kekananan mereka ketika berkhidmat pada gred lama?

no name berkata...

Ko tanya kt JPA laa..bukan kt sini..apalaa..ko ni bt malu PA saja...kih3..

cutes2ufx berkata...

P.akauntan dgn ptkew pun byk yg ada master dgn degree..hok aloh..beza aku dgn ptpo pun singgit masa masuk dulu..elaun kewangan N kalau buat kew dgn kami pun sama 40 hinggit..mana beza..ambo pun x naek 29 ni pasal xda kaitan diploma degree..anggap rezeki ore lainlah..mu pikir kalu mu ada anak dpt keje gaji kecik banding kita yg dah lama gaji besar.ore muda skrg lg truk dgn blanja baru nak hidup,rumah mahal..semua tu rezeki..dapat keje pun kira bagus kita dulu..ini bukan soal lama atau baru tp soal perintis kita..anak2 kita nanti..bersyukurlah

Adam berkata...

Hahahahahaaaaa...kesian PA bulat-bulat ditipu oleh para penyamun......

KENARI TERBANG TINGGI LAGI berkata...

salam pimpinan cuepacs.

Kenapa skim Pembantu Tadbir ( Perkeranian dan Operasi N17 @ PT PO N17 tidak disemak langsung dalam pekeliling ini.Semua sedia maklum termasuk Pihak CUEPACS dan JPA , skim PT PO N17 merupakan pengerak utama dalam pentadbiran kerajaan malaysia tetapi amat malam sekali Pihak CUEPACS dan JPA tidak memandang sekali walaupun sebelah mata untuk menyemak skim PT PO N17.Kami sering kali mendengar skema jawapan2 daripada Pihak JPA semasa taklimat pekeliling bil.1 tahun 2016 bahawa lantikan PT PO N17 hanya sijil SPM semata2 sahaja berbanding 16 skim yang ditawarkan ditukar lantik ke gred 29 bagi mereka yang mempunyai syarat seperti sijil dan diploma berkaitan padahal ada diantara mereka memohon jawatan SPM juga seperti PT PO N17 dan ada juga yang mendapat sijil dan diploma semasa berkhidmat.Dimana silapnya skim pengerak utama pentadbiran kerajaan dianak tirikan.

2.Selain itu, PT PO N17 terpaksa menjalankan tugas kewangan dan hasil selain tugas hakiki pentadbiran.Kami mohon jasa baik pihak CUEPACS dan JPA dapat mengadakan atau pekeliling berkaitan skop tugas PT PO N17 memandangkan lantikan PT PO N17 adalah SPM sahaja dan demi mengelak risiko kesilapan pengurusan kewangan dan hasil kerajaan oleh PT PO N17 yang tidak mempunyai sijil tertentu berkaitan kewangan.Oleh demikian.Mohon ditetapkan skop tugas dalam bidang pentadbiran dan operasi sahaja dan pengurusan kewangan dan hasil kerajaan diuruskan secara sepenuh masa oleh Pembantu tadbir kewangan W17 dan Penolong Akauntan W27.Harapan tinggi dari PT PO N17 agar Pihak JPA menetapkan skop tugas yang sebetulnya bagi semua PT PO N17 bagi PT PO N17 dibebani tugas kewangan dan hasil.

Sekian, terima kasih.

PMR = naik hampir RM400 = skop kerja x tambah pun

SPM = naik hampir RM400 = skop kerja sangat susah nak bertambah

STPM / Diploma = naik lebih kurang RM100 = skop kerja kerap bertambah dan berubah

Degree = naik lebih kurang RM100 = skop kerja kerap bertambah dan berubah

Kesimpulan = Belajar tinggi tak guna.... gaji lebih kurnag buudak SPM jer... kerja je beban lebih...... Malaysia memang bijak... Diploma poli je ker... besar sgt ke poli ti nak dibandingkan dengan U lain....... bangang yang buat istem ni

hamba biasa berkata...

yg dah berkhidmat lama gaji rugila. yg baru masuk kerja gaji dah 1200..pikirla penjawat awam yang dah berkhidmat lama ni..sekurang kurang ada penambahan 3 atau 4 step kgt utk yg dah lama berkhidmat. ada jugak nampak perbezaan di antara yg baru dan yang lama.

Unknown berkata...

Saya skrg di gred e17 mempunyai sijil STPM tapi sy tak dinaikkan ke gred e29 . Mengikut dari kata2 bahagian pengurusan jabatan saya mengatakan saya tidak cukup syarat layak.
saya ingin tahu apakah syarat layak stpm utk layak ke gred 29 walhal klu ikut pekelilin 1 tahun 2016 tidak pun menyatakan kena ada syarat2 kelayakkan sepatutnya jika sudah ade stpm patut melayakkan diri saya ke gred 29 . Saya harap pihak cuepacs dapat menjawap soalan saya ini
mohd zaidy
0166830125

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Eisha berkata...

Ini tidak adil bagi pt (p/o) n17 yang ada diploma tapi tidak dinaikkan ke gred n29.

Unknown berkata...

Salam , nak tanya . Kenapa ehh kenaikan basic gaji ada tunggakan ?? Kat lima 5 bulan . Naik pun sikit je , padahal baru masuk bulan 3 macam tu , bulan 7 otomatik naik kan ? Cth 894 kepada 1262.. kat badan berkanun di jalan serdang kajang , bersebelahan dengan uikl dengan uniten ..minta penjelasan