SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Jun 2016

BANTUAN KHAS RM500 UNTUK 1.6 JUTA PENJAWAT AWAM SEMPENA AIDILFITRI

Bernama
8/6/2016




Penjawat Awam - Gambar Hiasan
 
 
 
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.

-- BERNAMA

12 ulasan:

Mahmood Adam berkata...

sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas, tidak perlulah menyebut tentang jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan. nampak sangat nak menunjuknya tu. lagi satu, balik-balik rm500/rm250. macam bagi ayam makan dedak. tipikal.

Unknown berkata...

Bukan x bersyukur...tp mengapa Penang dgn Slngor saban tahun bonus raya berbaloi baloi...tp ditv3 kata ekonomi Msia antara tertinggi di Asia..berdaya maju serta menjadi pilihan pelabur...smentara Penang d kata pelaburan merudum...tp bila byr bonus raya dgn ujung tahun depa blh plak bg 1+1 bln gaji...ke tv3 yg salah baca berita...

ANAK MERDEKA berkata...

WAAHHH PENANG KASI RM700 MANYAK SYOK LAYEEEE

Unknown berkata...

Bkn nk sokong najib..tp x adil klu nk bandingkan kmampuan krajaan ngri ngn prsekutuan..junlah pnjwt awam ngeri bilangannya x ramai..jd x bgitu mmbebankan klu bg bonus yg byk pn..skali lg dmaklumkan sy bkn pmakan dedak..just bg fakta je..

Unknown berkata...

Mungkin hasil cukai gst belum mncukupi untuk mmbyr bonus yg tinggi.kita tunggu lain wktu.

Kagumas berkata...

Mari buat memorandum supaya Cuepacs dibubarkan! Buat petisyen suruh semua PA sign. Mulakan dari sekarang... buat semak. Satu benda pun tak mampu nak harap. Lain yg disuruh lain yg dibuatnya. Tubuhkan persatuan baru yg benar2 bebas dan tidak menerima apa2 dana dari kerajaan. Ni dapat sejuta... meeting bulan ni gi Sabah, bulan depan Perlis, tapi habuk pun tadak!

Unknown berkata...

PS untuk semua:-

Selain digunakan untuk kelengkapan diri sendira,isteri dan anak-anak.Jgn lupa servis dahulu kenderaan sebelum pulang berhari raya di kmpung.Sedih melihat byk krnderan rosak di highway gara-gara lupa nk servis kenderaan.

Unknown berkata...

cuba cik bayangkan dan bandingkan antara perolehan negeri dan perolehan negara.....macam langit dan bumi kot bezanya....jadi laporan2 ekonomi semua tak betul la ek.....semua laporan syiok sendiri nak tipu rakyat....baik kita tengok prestasi kerajaan negeri bawah pentadbiran BN pulak duit raya banyak mana.....tobat rm500 ja la....

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

nak bonus banyak boleh tapi gst 13%...nak ka??

Muhammad Hafiz Yunus berkata...

Sebelum ni gst takdepun, masih mampu bayar sebulan setengah bonus.

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam bagi RM500, penoreh getah pun rm500!!!!!nampak sgt penjawat awam sama taraf dgn penoreh getah ajeeeee..apa cuiepec buat???diam aje keeee