SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Jun 2016

ILO : MALAYSIA RATIFIKASI KONVENSYEN BURUH ANTARABANGSA BERHUBUNG GAJI MINIMUM

Bernama
9/6/2016



Datuk Seri Richard Riot Jaem (Gambar fail Bernama)


PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan negara anggota ASEAN dan negara kelima di Asia yang meratifikasi Konvensyen Buruh Antarabangsa berhubung gaji minimum.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, yang mewakili Malaysia pada persidangan itu, dokumen berkenaan sudah diserahkan kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Persidangan Buruh Antarabangsa ke-105 di Geneva, Switzerland.

Dokumen ratifikasi tersebut diserahkan kepada Ketua Pengarah ILO Guy Ryder sebagai tanda ratifikasi Konvensyen Buruh Antarabangsa berhubung gaji minimum iaitu "Convention No 131: Minimum Wage Fixing Convention 1970 (C131)" , katanya.

"Konvensyen ini adalah instrumen antarabangsa yang menggariskan kaedah penetapan gaji minimum dan perkara berkaitan perlu dipatuhi oleh negara yang meratifikasi konvensyen ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Turut hadir pada konvensyen itu ialah Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N.Gopal Kishnam dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Lok Yim Pheng.

Menurut Riot, konvensyen itu merupakan suatu instrumen antarabangsa yang menggariskan kaedah penetapan gaji minimum dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya yang perlu dipatuhi oleh sesebuah negara yang meratifikasi konvensyen ini.

Beliau berkata kerajaan Malaysia sebagai salah satu anggota ILO sebelum ini telah meratifikasi 16 Konvensyen ILO yang masih berkuat kuasa.

Katanya langkah itu adalah suatu tindakan positif Malaysia bagi menambah baik standard perburuhan negara berhubung setiap aspek pelaksanaan gaji minimum yang diperkenalkan sejak 2013.

"Ia juga bagi menunjukkan komitmen Malaysia di persada antarabanga untuk menambah baik dasar perburuhan negara khususnya berhubung peningkatan perlindungan sosial secara berterusan bagi kesejahteraan dan kebaikan golongan pekerja," katanya.

Mengulas lanjut, Riot berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dan konsultasi serta mendapatkan pandangan dengan pihak ILO dalam Majlis Perundingan Gaji Negara sebelum membuat keputusan meratifikasi Konvensyen Buruh Antarabangsa.

Katanya kerajaan berpendapat sistem dan struktur dasar gaji minimum negara sedia ada adalah selaras dengan keperluaan artikel-artikel di bawah Konvensyen Buruh Antarabangsa.

"Kerajaan berharap dengan ratifikasi ini, Malaysia akan dapat menambah baik pelaksanaan dasar gaji minimum sedia ada di negara ini selaras dengan hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," jelasnya.

Dalam pada itu, Riot turut menyeru para majikan supaya memberi sokongan padu terhadap dasar gaji minimum sebagai salah satu dasar intervensi negara bagi meningkatkan taraf hidup para pekerja terutamanya yang berada dalam kumpulan pendapatan rendah.

Katanya, kementerian akan mengadakan sesi pemakluman kepada semua pihak termasuk media mengenai ratifikasi Konvensyen ini dan keperluan pematuhan terhadap artikel-artikel di bawahnya oleh semua majikan.

Persidangan Buruh Antarbangsa berlangsung dari 6-9 Jun.

-- BERNAMA

5 ulasan:

Mahmood Adam berkata...

jpa merepek2 buat gaji minimum. yang baru masuk kerja hari ini sama gajinya dengan mereka yang sudah 3 tahun dalam perkhidmatan dalam gred yang sama.

Kagumas berkata...

Apa tindakan Cuepacs? Akurrrr... akurrrr...

Unknown berkata...

dua perkataan ja yang mampu diilhamkan......kepala butuh!!!!

Kagumas berkata...

Mari buat memorandum supaya Cuepacs dibubarkan! Buat petisyen suruh semua PA sign. Mulakan dari sekarang... buat semak. Satu benda pun tak mampu nak harap. Lain yg disuruh lain yg dibuatnya. Tubuhkan persatuan baru yg benar2 bebas dan tidak menerima apa2 dana dari kerajaan. Ni dapat sejuta... meeting bulan ni gi Sabah, bulan depan Perlis, tapi habuk pun tadak!

TKI berkata...

Aku da keje 8tahun...tetiba gaji sama dgn org bru klu keje 4tahun...