SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Januari 2011

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2011 KELAYAKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

JPA
11/1/2011



TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan kelayakan Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

LATAR BELAKANG
2. Kerajaan melalui Bajet 2010 dan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10)
memberi penekanan terhadap usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah transformasi pendidikan
vokasional dan teknik serta Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
dipertanggungjawab untuk melahirkan lulusan aliran kemahiran bagi keperluan
industri khususnya. Namun begitu, sebagai mendokong inisiatif melahirkan lulusan
aliran kemahiran tersebut, perkhidmatan awam turut bertanggungjawab untuk
memastikan nilai pasaran mereka diiktiraf dengan membolehkan pelantikan ke
jawatan-jawatan bersesuaian dalam perkhidmatan awam.

DASAR BARU

Kerajaan mengambil maklum akan kepelbagaian kelayakan serta bidang SKM
yang ditawarkan oleh institusi latihan awam dan swasta yang mana objektif utama
adalah bagi keperluan pasaran industri. Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam
pula, peruntukan kelayakan SKM ini adalah berdasarkan kepada bidang-bidang
yang dipersetujui pihak ketua-ketua perkhidmatan yang berkenaan mengambil
kira kesesuaian kelayakan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang
tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan.
4. Pada masa ini kelayakan SKM Tahap 2 telah diperuntukkan sebagai salah satu
syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Pengajar Kraf, Pembantu Pegawai Latihan
Vokasional, Tukang Masak, Penyelia Jurupakaian, Tukang K1, Tukang K2 dan
Tukang K3. Sebagai memperluaskan pasaran lulusan aliran kemahiran dalam
perkhidmatan awam, Kerajaan bersetuju supaya kelayakan SKM Tahap 3 turut
diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan yang
telah dikenal pasti bersesuaian. Senarai skim perkhidmatan tersebut adalah seperti
berikut:
(a) Pemeriksa Kereta Motor Gred A17;
(b) Ahli Muzik Gred B17;
(c) Ahli Fotografi Gred B17;
(d) Jurusolek Gred B17;
(e) Pengajar Kraf Gred E17;
(f) Pembantu Pegawai Latihan Gred E17;
(g) Juruteknik Komputer Gred FT17;
(h) Pembantu Perikanan Gred G17;
(i) Penyelia Rancangan Tanah Gred G17;
(j) Pelukis Pelan Gred J17;
(k) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17;
(l) Penyelia Jurupakaian Ged N17; dan
(m) Juruaudio Visual Gred N17.

Untuk Keterangan lanjut (sila Klik disini)

PRESIDEN CUEPACS DAN BEKAS ADUN BAHAU DIANUGERAH DATUK

Bernama
15/1/2011




KUALA PILAH, 15 Jan (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau dari DAP Lim Fui Ming adalah antara mereka yang menerima gelaran datuk daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Sabtu.

Omar dan Lim dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran tersebut.

Anugerah itu disampaikan di Istana Seri Menanti sejak semalam bersempena sambutan ulangtahun ke-63 keputeraan baginda.

Hari ini, seramai 15 orang mendapat gelaran Datuk melalui kurniaan Darjah Dato Paduka Negeri Sembilan (DPNS) diikuti dengan DBNS.

Mereka yang dikurniakan DPNS ialah Ketua Unit Cawangan Khas Ibu pejabat Polis Bukit Aman Datuk Akhil Bulat, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Ali Hamsa, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia Prof Datuk Dr Muhamad Muda, dan pegawai kanan dari Syarikat Eternal Yield Sdn Bhd Ooi Chong Beng.

Darjah DBNS pula dikurniakan kepada Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Aziyah Mohamed, Pengarah Urusan Sinararia Sdn Bhd Azmi Abas, Pengerusi Persatuan Kontraktor Negeri Sembilan Baharuddin Sariman, dan bekas Adun Bahau Lim Fui Ming yang menyertai Barisan Nasional pada 2007.

Pengarah Tackor Design Sdn Bhd Mathew Ling Lee Wee, Ketua Penerangan MUBARAK Dr Nordin Ahmad Selat, Presiden CUEPACS Omar Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Nasim Sdn Bhd Samson Anand George, Panglima Markas 5 Briged Brig Jeneral Shahbani Ali, aktivis masyarakat M. Veloo, dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Datin Dr Zailan Adnan.

Tuanku juga mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan kepada 24 orang, Darjah Tuanku Muhriz kepada 5 orang, Darjah Pekerti Terpilih (23 orang), Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (54), Pingat Keberanian Cemerlang (Seorang), Pingat Khidmat Cemerlang (77), Pingat Jasa Kebaktian (114), Pingat Khidmat Lama (tujuh), Bentara Tuanku Muhriz (11).

Sejumlah 336 orang menerima bintang kebesaran dan pingat.

-- BERNAMA

14 Januari 2011

743 DAPAT DARJAH NEGERI SEMBILAN

Berita Harian
Oleh Ifwan Tun Tuah dan Mohd Amin Jalil
bhnews@bharian.com.my
2011/01/14



Sultan Johor, Sultan Kelantan terima DKNS dahului penerima lain

SEREMBAN: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, mendahului senarai 743 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Seri Menanti, hari ini.

Baginda berdua menerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (DKNS). Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zain, menjadi penerima tunggal anugerah Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM), membawa gelaran Datuk Seri.

Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk pula dianugerahkan kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Akhil Bulat; Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Rosnaini Saub; Pengarah Institut Perubatan Molekul Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr A Rahman A Jamal; Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr Muhamad Muda.

Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ali Hamsa; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi; Pengasas Kolej Cempaka Antarabangsa, Datin Freida Mohd Pilus; Pengarah Eksekutif M I Drilling Fluids (M) Sdn Bhd, Ahmad Nizar Othman dan Ooi Chong Beng dari Eternal Yield Sdn Bhd.

Tiga individu menerima anugerah Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk ialah ahli perniagaan, Ahmad Fuad Abdul Rahman; Pegawai Kanan Price Waterhouse Malaysia, Anthony Geoffrey Cooper serta Pengarah Eksekutif Solution & Outcomes Sdn Bhd, Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhyiddin.

Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang baru diwujudkan membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada 25 penerima termasuk Presiden Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman; pelakon terkenal, Ahmad Tamimi Serigar Kamaruddin dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nordin Ahmad.

Selain itu, turut menerima ialah Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abd Rani Bahaman; Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Aziyah Mohamed; Pengarah Urusan Sinararia Sdn Bhd, Azmi Abas; Felo Perunding Perubatan Veteriner UPM, Prof Dr Tengku Azmi Tengku Ibrahim.

Pengarah Urusan Puncabahan Sdn Bhd, Aznan Abu Bakar; Pengerusi Persatuan Kontraktor Negeri Sembilan, Baharuddin Sariman; Pengarah Urusan Idaman Pharma Sdn Bhd, Farshila Emran; Setiausaha Majlis Gabungan Persatuan India Negeri Sembilan, R Kanagaraja; Setiausaha Kehormat St John Ambulans Malaysia, Lai See Ming.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Lim Fui Ming; Ketua Pegawai Eksekutif Azimat Bersatu Sdn Bhd, Manan Amir; Pengarah Teckor Design Sdn Bhd, Mathew Ling Lee Wee; Pengarah Urusan A S Global Resources Sdn Bhd, Dr Mohamad Akbar Sulaiman; Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Dr Nordin Ahmad Selat.

Pengarah HICOM Glenmarie, Datuk Mustaffa Rahman; Pensyarah Pusat Pengajian Fizik Gunaan UKM, Prof Dr Roslan Abd Shukor; Ketua Eksekutif (CEO) Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Rosman Abdullah; CEO Nasim Sdn Bhd, Samson Anand George; Penasihat Sukan Kolej Universiti Taylor, Sarjit Singh; Panglima Markas 5 Briged, Brig Jeneral Shahbani Ali; aktivis masyarakat M Veloo dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Zailan Adnan.

Seramai 36 menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), Darjah Tuanku Muhriz (12), Darjah Pekerti Terpilih (30), Ahli Setia Negeri Sembilan (97), Pingat Setiawan Tuanku Muhriz (5), Pingat Keberanian Cemerlang (1), Pingat Khidmat Cemerlang (186), Pingat Jasa Kebaktian (304), Pingat Khidmat Lama (21) dan 11 penerima Bentara Tuanku Muhriz.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Istana Seri Menanti mengurangkan bilangan penerima anugerah berbanding lebih 1,000 tahun sebelumnya kerana mahu menjadikan ia sesuatu yang eksklusif.

“Tahun sebelum ini, lebih 1,000 individu menerimanya, tetapi kini Tuanku mahu mereka yang benar-benar layak saja mendapat keistimewaan itu, sekali gus menunjukkan taraf kedudukan anugerah yang diberi.

“Anugerah Jaksa Pendamai (JP) juga tidak diberi tahun ini kerana ia akan dikaji semula kesesuaiannya,” katanya.

12 Januari 2011

PERBINCANGAN MENGENAI ALTERNATIF PTK DENGAN JPA

Media Cuepacs
12/1/2011



Tarikh: 12 Januari 2011
Hari : Rabu
Masa :9.30 pagi - 1.00petang
Tempat :Bilik Mesyuarat Utama,
Cawangan Pengurusan Kompentensi
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 5, Sapura @ Mines
7, Jalan Tasik, The Mines Resort City
Seri Kembangan Selangor


Agenda:

9.30pagi - Perutusan Pengerusi
9.45pagi - Ucapan Presiden Cuepacs
10.00pagi - * Evolusi Perlaksanaan Penilaian Perkhidmatan Awam
* Hala Tuju Perkhidmatan Awam
* Perbincangan Sistem Penilaian yang sesuai dan diterima baik.
* Pendekatan Penggubalan Sistem Baru Penilaian
12.30tgh - Penutup

Pertemuan JPA dengan Cuepacs p
ada kali ini diketuai dari JPA En. Sohime Ahmad Timbalan Pengarah bahagian khidmatan JPA dan Cuepacs diketuai oleh Presiden Tuan Haji Omar Osman. Turut hadir pegawai dan Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs serta pegawai dari JPA
Pertemuan kali pertama mengenai altenatif PTK mendapat sambutan yang
hangat pandangan dari Cuepacs. Beberapa perkara dan cadangan telah dimaklumkan kepada JPA.

Pada 18-19 Januari 2011 Persidangan Penilaian Kompetensi akan diadakan di PICC Putrakaya. Wakil daripada Kementerian, Negeri, Agensi dan Kesatuan Sekerja seluruh Malaysia akan turut menyertai persidangan ini.

JPA akan mengadakan lagi perbincangan dengan Cuepacs sehingga terc
apai satu sistem yang sasuai dan digunapakai oleh penjawat awam bagi menilai kompentesi.





11 Januari 2011

ANAK CUCU BOLEH MERANA - PM

Utusan Malaysia
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak menyampaikan amanat tahun baru kepada penjawat awam Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Putrajaya, semalam.


10/1/2011

PUTRAJAYA 10 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji pakatan pembangkang untuk melaksanakan ‘Pelan 100 Hari’ jika dapat memerintah negara sebagai amat populis dan tidak berpaksi di bumi nyata.

Perdana Menteri menegaskan, terdapat keanehan serta amat menghairankan apabila pembangkang membentangkan segala janji yang populis tanpa membentangkan sebutir maklumat pun mengenai punca sumber kewangannya untuk pembangunan rakyat.

“Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak. Kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan, boleh ditunaikan.

“Malah tanpa menunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita, negara kita jadi macam Greece kalau dilaksanakan segala janji itu tanpa mengambil kira kemampuan negara.

“Justeru, janganlah kita menang sorak kampung tergadai, saya percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, buatlah penilaian,“ kata beliau sambil menyifatkan 2011 tahun untuk meningkatkan momentum pelaksanaan segala agenda dasar utama negara.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Bulan lalu, pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam ‘Program 100 hari’ yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Selain itu, pembangkang berjanji untuk menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Dalam aspek ini, Perdana Menteri meminta rakyat berfikiran rasional dengan membuat penilaian bijaksana kerana ‘apabila sesuatu yang diidamkan, maka ia sepatutnya perlu berasaskan kepada kemampuan sendiri’.

Sebagai contoh, kata Najib, jika mahu membeli kereta dan rumah baru, maka perlulah bertanya pada diri sendiri ‘adakah kita mampu dan dari mana punca kewangannya?’.

“Saya selalu berpegang pada ungkapan, kalau kita percaya ada sesuatu yang begitu baik sekali tetapi tidak berpegang dan tidak berpijak pada bumi yang nyata, kita (sebenarnya) telah menipu diri kita sendiri,“ kata beliau.

Justeru, tegas Perdana Menteri, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab secara fiskal, segala perancangan yang telah dibentangkan dan dilaksanakan sepanjang tahun lalu merupakan tindakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kerana mampu menunaikannya.

Katanya, dua pencapaian utama kerajaan pada tahun lalu adalah berkat daripada usaha bersama antara anggota pentadbiran dan penjawat awam.

“Pertama, kita telah berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia.

“Kita telah pulih kerana kerajaan mengambil tindakan berani dan tegas membentangkan dua pakej rangsangan ekonomi terbesar dan antara terbesar di dunia berdasarkan peratusan Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta sistem kewangan negara yang kukuh serta urus tadbir negara yang baik.

“Kedua, pada tahun lalu, kita telah berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui GTP, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Model Baru Ekonomi (MBE) dengan lapan strategik inisiatifnya, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pembentangan Bajet 2011 dan kita telah mula pelaksanaan awal segala agenda kerajaan itu,“ kata Najib.

Perdana Menteri turut menyatakan rasa syukur apabila sambutan rakyat terhadap agenda utama negara dilihat amat memberangsangkan dengan banyak pihak menzahirkan reaksi positif termasuk juga nilai bursa saham berada di paras tertinggi dalam sejarah negara.

Sehubungan itu, beliau mahu para penjawat awam di semua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan memastikan segala yang dirancang dan dibentangkan sebagai agenda utama negara untuk dilaksanakan secara berkesan dan sampai kepada kumpulan sasar iaitu rakyat.

“Saya berharap semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi dan dilaksanakan secepat mungkin jika kita nak negara kita maju dan capai kejayaan berdasarkan perancangan kita yang begitu teliti.

“Satu daripada pra syaratnya ialah wujudnya institusi perkhidmatan awam yang mampu mendokong, melaksanakan dengan tegas dan berkesan mengikut jadual yang telah ditentukan supaya kesannya dapat dirasai oleh rakyat,“ katanya.

Menurut beliau, antara pelaksanaan yang telah menampakkan kejayaan ialah pengurangan sebanyak 30 peratus kadar jenayah iaitu tertinggi dalam masa 20 tahun serta kejayaan membawa keluar 40,000 keluarga miskin daripada tergolong dalam miskin tegar manakala 4,000 lagi dalam proses untuk dikeluarkan dari kelompok tersebut.

“Kita juga dapat perbanyakkan kelas-kelas pra sekolah, meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam, usaha memerangi rasuah semakin meningkat serta projek prasarana berjalan lebih rancak.

“Saya harap kejayaan awal ini memberi kita lebih keyakinan bawa kita berada di landasan yang betul, jika dapat digembleng seluruh kekuatan dan kemampuan, saya percaya pencapaiannya akan bertambah lagi,“ katanya.

10 Januari 2011

GURU TABIKA KEMAS BOLEH LANJUT PELAJARAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGG

Utusan Malaysia
10/1/2011




PUTRAJAYA 9 Jan. - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menjalinkan kerjasama dengan institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam usaha mempertingkatkan kemahiran guru-guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas tidak lama lagi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerjasama itu bagi membolehkan tenaga pengajar Tabika Kemas yang sedia ada melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau yang lebih tinggi di IPT terbabit.

"Kita sedang meneliti beberapa IPT awam dan swasta yang program diplomanya telah mendapat pengiktirafan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Buat masa ini, kita ada hantar guru-guru Tabika ke institut perguruan di bawah Kementerian Pelajaran dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat diploma," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Sehingga hujung tahun lalu, tenaga pengajar di Tabika Kemas adalah 9,541 orang dan daripada jumlah itu, seramai 726 yang memiliki diploma.

Dalam tempoh yang sama, Kemas mempunyai sejumlah 8,816 kelas Tabika di seluruh negara dan seramai 200,417 kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah itu.

Mohd. Shafie memberitahu, walaupun sebahagian besar guru Tabika itu masih belum memiliki diploma tetapi mereka mempunyai sijil asas pendidikan awal kanak-kanak.

"Tetapi menjelang tahun 2015, kita mahu semua guru Tabika berkelulusan diploma kerana sasaran kita adalah setiap kelas Tabika yang mempunyai 15 hingga 25 kanak-kanak dikendalikan oleh seorang guru bertaraf diploma," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, selain meningkatkan jumlah pengambilan guru-guru baru yang berkelulusan diploma, pihaknya akan menghantar lebih ramai tenaga pengajar sedia ada yang belum mempunyai diploma menjalani kursus diploma di institut perguruan bawah Kementerian Pelajaran.

"Tahun ini sahaja kita menyasarkan untuk memperoleh lebih kurang 2,000 guru Tabika Kemas yang memiliki diploma," katanya.

2,000 DITAMATKAN BUKAN PRA

Utusan Malaysia
Oleh HAMDAN TAWADI
pengarang@utusan.com.my
10/1/2011



BATU PAHAT 9 Jan. - Dakwaan bahawa Kementerian Pelajaran yang menamatkan kontrak kira-kira 2,000 pekerja rendah awam (PRA) di bawahnya adalah sesuatu yang kurang tepat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menjelaskan para pekerja tersebut sebenarnya bertugas di dalam perkhidmatan yang telah diswastakan oleh kementeriannya seperti pengawal keselamatan, penyediaan makanan dan pembersihan.

"Apa yang berlaku adalah syarikat yang mendapat kontrak penswastaan itu tidak dilanjutkan tempoh kontrak atas sebab-sebab tertentu termasuk gagal menepati kualiti dan piawaian ditetapkan.

"Apabila kontrak syarikat ini tamat dan tidak dilanjutkan, secara tidak langsung, pekerja-pekerja juga kehilangan kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.

Pada program itu, Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat dan Ketua UMNO Bahagian menyampaikan sumbangan makanan kepada 125 penduduk kurang berkemampuan di kawasannya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 34 murid sekolah rendah dan sembilan pelajar sekolah menengah.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ayub Jamil bersama Naib Ketua UMNO Bahagian, Ja'affar Hashim dan Pegawai Daerah, Norizan Kulob.

Mohd. Puad bagaimanapun berkata, bagi menangani masalah pekerja-pekerja itu, pihaknya meminta mereka memohon kekosongan jawatan dalam kementeriannya berdasarkan kelayakan.

"Kita akan beri keutamaan kepada pekerja-pekerja ini dengan syarat memenuhi kelayakan ditetapkan. Permohonan juga boleh dibuat menerusi online," katanya.

Beliau turut menyarankan agar pekerja-pekerja tersebut memohon pekerjaan dengan syarikat baru yang menggantikan syarikat lama ekoran tidak dilanjutkan tempoh kontrak.

"Saya juga menyarankan agar syarikat yang mendapat kontrak ini memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja ini kerana mereka mempunyai pengalaman," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membantu kira-kira 10,000 bekas pekerja kontrak yang tidak dilanjutkan tempoh perkhidmatan mereka dalam sektor awam sejak hujung tahun lalu.

Dianggarkan kira-kira 2,000 PRA di bawah Kementerian Pelajaran ditamatkan kontrak bermula 31 Disember lalu sementara ramai lagi menerima nasib sama di peringkat agensi atau pejabat negeri-negeri.

09 Januari 2011

CUEPACS BANTU PEKERJA KONTRAK

Utusan Malaysia
Oleh NURUL ANUAR KARI
pengarang@utusan.com.my
9/1/2011


KUALA LUMPUR 8 Jan. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membantu kira-kira 10,000 bekas pekerja kontrak yang tidak dilanjutkan tempoh perkhidmatan mereka dalam sektor awam sejak hujung tahun lalu.

Presiden CUEPACS, Omar Osman (gambar) berkata, pihaknya akan cuba berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran secepat mungkin bagi membantu kira-kira 2,000 bekas pekerja rendah awam (PRA) yang tidak disambung perkhidmatan mereka.

“Kita akan mulakan dengan Kementerian Pelajaran kerana ia melibatkan sejumlah besar kakitangan di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu.

“CUEPACS juga akan berjumpa dengan beberapa agensi kerajaan dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang terlibat dengan penamatan kontrak pekerja dianggarkan berjumlah lebih 10,000 orang di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat membincangkan isu semasa kakitangan awam di sini, hari ini.

Antara yang ditamatkan kontrak termasuk 77 bekas PRA di Kangar, Perlis yang menceritakan nasib mereka selepas ditamatkan kontrak kepada Utusan Malaysia pada hari tahun baru lalu.

Dianggarkan kira-kira 2,000 PRA di bawah Kementerian Pelajaran ditamatkan kontrak bermula 31 Disember lalu sementara ramai lagi menerima nasib sama di peringkat agensi atau pejabat negeri-negeri seluruh Malaysia.

Omar bagaimanapun memaklumkan pihaknya tidak dapat memastikan jumlah sebenar pekerja yang tidak dilanjutkan tempoh kontrak mereka daripada keseluruhan 50,000 kakitangan kontrak perkhidmatan awam di seluruh negara.

“Kita masih menyiasat jumlah sebenar yang terlibat dan masih mendapat maklum balas dari negeri-negeri. CUEPACS akan cuba membantu bermula dengan agensi yang paling banyak menamatkan kontrak pekerja.

“Ada kakitangan kontrak yang diambil sebagai pekerja sambilan yang bekerja mengikut hari tertentu tetapi kita akan cuba membantu terutamanya mereka yang sudah berusia dan sukar mendapat pekerjaan lain,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan pertama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Rabu ini mengenai sistem baru yang akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mulai Julai 2011.

“Kita tidak mahu sistem PTK diserap ke dalam sistem baru ini kerana mahu prestasi kerja, senioriti dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) menjadi penentu kenaikan pangkat dan gaji kakitangan awam.

“Perbincangan dengan JPA ini diharap dapat memfokuskan sistem baru kepada tugas kakitangan berkenaan. Kita akan melihat sistem baru ini secara menyeluruh bersama JPA sebelum sistem PTK dimansuhkan sepenuhnya Jun ini,” katanya.

Selain itu, Omar menyatakan CUEPACS juga akan membincangkan usaha menaik taraf gred skim perkhidmatan dengan JPA bagi menyelaraskan semua gred sedia ada mengikut kelayakan, kemampuan dan tugas hakiki setiap kakitangan awam.

08 Januari 2011

CUEPACS MAHU BELA NASIB PEKERJA KONTRAK

Bernama
8/1/2011


KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memastikan nasib lebih 2,000 pekerja kontrak dalam sektor pelajaran di seluruh negara yang tidak disambung perkhidmatan mereka sejak akhir tahun lepas terbela.

Presidennya Omar Osman berkata sebagai langkah pertama, Cuepacs akan menghantar surat permohonan untuk bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada Isnin ini, bagi membincangkan masalah yang melibatkan golongan tersebut.

"Di Pulau Pinang setakat ini ada 350 pekerja yang kontrak mereka tidak disambung, di Perak 114 orang sementara di negeri-negeri lain kita sedang tunggu maklum balas daripada pihak negeri untuk statistik sebenar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS di sini.

Pada bulan lepas, beliau memaklumkan seramai 350 pekerja Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang yang berstatus kontrak bakal ditamatkan perkhidmatan mereka pada akhir tahun 2010, dan keadaan yang sama turut bakal dihadapi kira-kira 2,000 pekerja Am Rendah di seluruh negara.

Omar juga berkata CUEPACS akan berjumpa dengan agensi-agensi terlibat bagi mencari jalan penyelesaian melibatkan pekerja-pekerja kontrak dari sektor lain.

"Pada masa ini terdapat kira-kira 50,000 pekerja kontrak di seluruh negara, bagaimanapun jumlah sebenar pekerja yang tidak disambung perkhidmatan masih belum dipastikan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata satu perjumpaan dengan bahagian perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan diadakan Rabu depan untuk membincangkan kaedah penilaian yang lebih berkesan bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk penjawat awam yang akan dimansuhkan mulai Jun ini.

-- BERNAMA

07 Januari 2011

NUTP CADANG SISTEM PENILAIAN BARU NAIK GAJI

MalaysiaKini
7/1/2011



Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya membabitkan soal pergerakan gaji kakitangan dan bukannya untuk tujuan kenaikan pangkat.

nutp national union of teaching professionPresidennya, Hashim Adnan, berkata urusan kenaikan pangkat perlu diserahkan sepenuhnya kepada ketua jabatan yang membuat penilaian berdasarkan prestasi dan pengalaman.

Menurut beliau, cara begitu akan memberi peluang kepada guru terutamanya untuk naik pangkat selepas lama berkhidmat tanpa perlu memikirkan soal perlu lulus sebarang peperiksaan awam seperti sebelum ini.

"Ada guru yang sudah lama berkhidmat tetapi masih gagal dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum ini dan gagal menerima kenaikan pangkat selama bertahun-tahun," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

NONEOktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa peperiksaan PTK dimansuhkan bermula Jun tahun ini dan akan digantikan dengan penilaian lain yang lebih baik.

Hashim berkata, NUTP sudah diminta oleh kerajaan untuk turut memberikan pandangan dalam menetapkan sistem penilaian baru itu.

- Bernama

06 Januari 2011

PERMASALAHAN SOSIAL, SEKS BEBAS REMAJA MELAYU MEMBIMBANGKAN

Berita Harian
2011/01/06



TAHUN baru tetapi gejala lama tetap berulang saban tahun. Dalam sambutan tahun baru lalu, ramai anak muda termasuk penjawat awam, pelajar IPT dan remaja belasan tahun dicekup terbabit dengan pelbagai gejala sosial.

Ironinya, anak Melayu juara berkelakuan tidak senonoh pada ambang tahun baru. Belum lagi ratusan kes ditangkap khalwat, positif dadah dan minum arak di seluruh negara. Apa sudah jadi? Ke mana perginya pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu?
Walhal, remaja Melayu adalah aset penting untuk muncul sebagai bangsa perkasa pada masa depan. Jika moral dan sahsiah mereka parah alamat bangsa kita kelak binasa! Dewasa ini jika kita menaip perkataan ‘Melayu’ pada enjin carian Google makan akan keluar segala gabungan kata selepas itu yang berkonotasi lucah.

Sehingga pagi 4 Januari lalu carian yang saya lakukan pada enjin carian Google menunjukkan frasa ‘Melayu seks’ mempunyai dua juta maklumat dalam pelbagai bentuk sama ada laman web, blog dan forum.

Perkara ini amat mengejutkan berikutan bangsa Melayu dilabel dan dikaitkan dengan perkara negatif dan memalukan seperti ini.

Saya berpendapat akan rosak bangsa dan punah negara jika gejala seks di kalangan anak Malaysia yang bermula pada peringkat dewasa, belia dan remaja belasan tahun terutamanya anak Melayu terus dibiarkan berleluasa tanpa sebarang langkah diambil untuk mengatasinya
Ini masa sesuai bertindak tegas membendung penyebaran bahan lucah seperti dalam laman video Youtube yang mudah diakses oleh remaja kita.

Baru-baru ini, China dengan tegas menutup 60,000 laman sesawang lucah dan menahan 5,000 suspek, manakala 58 orang dipenjara kerana terbabit dalam penyebaran bahan lucah di internet dan telefon bimbit.

Malaysia yang kini mempunyai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bila lagi hendak bertindak begitu dalam kemelut seks bebas termasuk bawah umur dan buang bayi yang makin menjadi-jadi sekarang ini?

Kita tidak mahu negara ini runtuh kerana kerakusan maksiat di kalangan generasi muda yang lalai pula ditangani oleh golongan dewasa dan pihak berwajib.

Jadikan tahun baru ini iltizam kuat kita untuk memerangi bahan lucah dalam pelbagai bentuk sebelum bangsa dan negara ditimpa bala.

M ARIF,
Pantai Dalam,

05 Januari 2011

NUPW MOHON BATAL KEPUTUSAN MAHKAMAH

Berita Harian
2011/01/04




KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan sebahagian keputusan Mahkamah Perusahaan pada 26 November tahun lalu, yang menyebabkan hak hampir 40,000 pekerja dinafikan untuk mendapatkan penetapan dan kenaikan gaji selama lima tahun.

Mahkamah Perusahaan sebelum ini, memutuskan Perjanjian Bersama bagi penetapan dan kenaikan gaji itu, bermula pada November tahun lalu selama tiga tahun dan akan berakhir pada 2013, yang menyebabkan hak pekerja dinafikan kerana perjanjian itu sebenarnya tamat pada 30 Jun 2008. Semakan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam, melalui Tetuan Kesavan & Co.
NUPW selaku pemohon, menamakan Persatuan Pengeluar-Pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA) dan Mahkamah Perusahaan sebagai responden pertama dan kedua.

Seramai 250 pekerja ladang dan kilang kelapa sawit dari Johor dan Perak berada di pekarangan kompleks mahkamah di sini, untuk memberi sokongan k
Terbitkan Catatan
epada NUPW dalam usaha mendapatkan gaji lebih baik.

04 Januari 2011

RENUNG PERANAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17

Utusan Malaysia
4/1/2011




Saudara pengarang,

SAYA mewakili Pembantu Makmal Gred C17 yang bertugas di sekolah menengah ingin meluahkan rasa tidak puas hati mengenai beberapa perkara.

Kami menyahut seruan Perdana Menteri untuk tampil ke hadapan menyuarakan rasa dan memberikan pendapat supaya dapat memantap serta memperkasakan pendidikan terutamanya Sains di kalangan pelajar.

Pertama - mengenai masa bertugas. Pada waktu persekolahan kami bermula dari pukul 7 pagi sehingga 4 petang bagi satu sesi.

Setelah selesai pelajar dan guru menggunakan makmal, kami terpaksa pula membersihkan makmal dan selepas itu baru kami boleh rehat sejam untuk makan.

Cadangan - mengapa kami tidak boleh seperti jururawat yang boleh rehat waktu makan dan terus pulang ke rumah? Oleh itu, biarlah kami bertugas dari pukul 7 pagi hingga 3 petang selama lapan jam bertugas dan waktu makan selama sejam iaitu dari pukul 3 petang hingga 4 petang bagi sekolah satu sesi persekolahan.

Kedua - kami bertugas di makmal yang pada kebiasaannya terletak di belakang blok sekolah, jauh dari pejabat sekolah. Kami mendapat arahan daripada guru yang mengajar mata pelajaran Sains Teras dan Elektif.

Selain itu, kami juga menerima arahan Ketua Bidang Sains. Adalah janggal dan tidak adil prestasi kami dinilai oleh Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 atau penolong-penolong kanan yang tidak pernah menjenguk kami bekerja dalam serba kekurangan dan persekitaran yang tidak kondusif, bahaya dengan bahan kimia dan peralatan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Markah prestasi kami sering rendah berbanding pembantu tadbir yang bertugas dalam keadaan selesa, kondusif, ada pendingin hawa dan serba lengkap.

Cadangan - mengapa kami tidak dinilai oleh Ketua Panitia atau Ketua Bidang Sains yang lebih memahami bidang tugas kami? Selain itu, pembantu pengurusan murid boleh menyuarakan masalah mereka kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas sedangkan masalah kami tiada siapa yang mahu mendengarnya.

Ketiga - bidang tugas yang berlainan memerlukan persefahaman semua pihak. Pada waktu cuti sekolah, kami dibebani dengan tugas perkeranian.

Pembantu tadbir kadang-kadang sengaja tidak membuat kerja mereka kerana tahu kerja tersebut akan dibuat oleh guru sandaran, guru baru, pembantu makmal dan pembantu pengurusan murid. Kerja hakiki kami sering terabai dan kerap ditegur oleh Ketua Bidang Sains apabila tugasan tidak siap.

Cadangan - kami perlu menghabiskan kerja hakiki dan tugasan di pejabat yang dilakukan oleh mereka yang dilantik menjalankan tugas di pejabat seperti ketua pembantu tadbir, pembantu tadbir dan pembantu am pejabat.

Keempat - bidang tugas kami berdepan risiko. Kami terpaksa mengurus selia perkakasan yang merbahaya dan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Malah, kami terpaksa membayar lebih untuk membeli premium insurans kerana dalam Kumpulan Sokongan 2. Risiko kami lebih tinggi daripada guru dan pembantu tadbir.

Cadangan - Mengapa kami tidak dibayar elaun seperti pembantu tadbir kewangan, pembantu pengurusan murid, warden asrama dan juruteknik komputer. Oleh itu, perlu difikirkan untuk elaun risiko atau elaun kritikal.

Kelima - Pada masa ini kenaikan pangkat C17 ke C22 hanya diberikan kepada sekolah yang ada tingkatan enam aliran sains sahaja. Oleh itu, kami yang bertungkus-lumus menyiapkan bahan untuk memperkasakan pendidikan tidak mendapat habuan yang sewajarnya.

Jika prestasi pekerja Gred C17 boleh dinilai oleh ketua pembantu tadbir N22, mengapa jawatan pembantu makmal kanan C22 tidak boleh menilai N17? Mengapa kami C17 tidak boleh dinaikkan pangkat dan bertugas di pejabat sekolah dan mengarahkan pembantu tadbir membuat tugasan lain?

Cadangan - Bukalah peluang kenaikan pangkat seluas-luasnya kepada semua pembantu makmal Gred C17 di sekolah yang ada makmal sains supaya kami boleh naik pangkat sama seperti yang dinikmati oleh pembantu tadbir hingga ke N27.

Saya berharap luahan rasa ini mendapat perhatian semua pihak terutama Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Walaupun kami tidak mengajar, namun tanpa kami yang menyiapkan bahan, amali sains tidak dapat dijalankan dan akhirnya matlamat untuk mencapai status negara maju akan terhalang.

Terima kasih

PEMBANTU MAKMAL JOHOR TERSEPIT

LATIH LEBIH BANYAK ANAK TEMPATAN SEBAGAI GURU

Utusan Malaysia
3/1/2011




KUCHING 2 Jan. - Pembangunan sektor pendidikan negara akan terjejas sekiranya tidak ramai anak tempatan dilatih sebagai guru khususnya di Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama, Persatuan-Persatuan Guru Sabah dan Sarawak, William Ghani Bina berkata, ia kerana pada saban tahun jumlah permohonan perpindahan guru ke Semenanjung amat tinggi sekali gus menggugat perancangan Kementerian Pelajaran.

Justeru beliau mencadangkan supaya sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah warga perguruan di dua negeri itu terdiri daripada anak-anak tempatan.

"Kita tidak boleh sama sekali mempersalahkan guru-guru ini, masalah mereka perlu difahami terutama bagi yang terpaksa berpisah dengan keluarga di Semenanjung.

"Perpisahan itu bukan sahaja meningkatkan perbelanjaan kerana perlu ada 'dua dapur' malah emosi turut tertekan sehingga menjejaskan tumpuan," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, William Ghani berkata pihaknya sedar bahawa sebagai penjawat awam, warga perguruan perlu akur dengan arahan lokasi tugas walaupun di kawasan pedalaman sekalipun.

Bagaimanapun katanya, pertimbangan perlu diberikan kepada guru-guru yang telah berkeluarga dan telah lama berkhidmat.

"Saya menyokong sepenuhnya bahawa sebagai penjawat awam, semua warga perguruan perlu bersedia untuk dihantar bertugas di mana-mana sahaja.

"Saya yakin mereka juga faham dengan kewajipan itu namun kita tidak mahu dunia pendidikan menjadi punca kepada permasalahan guru sehingga keluarga mereka berpecah belah.

"Bukankah pendidikan itu penting untuk memajukan keluarga, masyarakat dan negara? Jika dunia pendidikan itu menyebabkan keluarga warga perguruan kacau-bilau, ia bukan contoh yang baik," tegasnya.

Justeru kata beliau, adalah lebih baik hanya guru-guru yang baru menamatkan pengajian dihantar ke Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman lain di seluruh negara sebagai satu bentuk pendedahan.

"Dengan itu apabila mereka naik pangkat sebagai pemimpin di jabatan pelajaran negeri mahupun kementerian, mereka lebih memahami masalah yang dihadapi guru-guru di kawasan berkenaan," jelasnya.

02 Januari 2011

PEGAWAI TERTINGGI CUEPACS SESI 2010-2013

Media Cuepacs
2/1/2011


PEGAWAI TERTINGGI CUEPACS
SESI 2010-2013




PRESIDEN
Tuan Haji Omar bin Haji Osman



TIMBALAN PRESIDEN I
Sdra. Azih bin Muda



TIMBALAN PRSEIDEN II
Sdra. Zainal bin Ismail



SETIAUSAHA AGUNG
Sdri. Lok Yim Pheng



TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG I
Sdra. Adnan bin Mat



TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG II
Sdra. Mahamad bin Baharom



TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG III
Sdra. Abdul Rahman bin Haji Mohd Nordin



SETIAUSAHA KEWANGAN
Sdra. Ja'apar bin Mansor




TIMBALAN SETIAUSAHA KEWANGAN
Sdra. Mohd Razali bin Singah



JPA MINTA PEGAWAI AWAM BERI MAKLUM BALAS UJIAN GANTI PTK

Bernama
2/1/2011



KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminta pegawai awam memberikan maklum balas kajian terhadap bentuk dan ciri penilaian kompetensi yang akan dibangun bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan tahun ini.

JPA menerusi laman sesawangnya berkata mereka boleh berbuat demikian dengan memuat turun borang 'soal selidik pandangan Pegawai Awam terhadap Penilaian Kompetensi menggantikan PTK' dan memberi respons secara talian.

Borang berkenaan mengandungi tiga bahagian iaitu maklumat responden, kaedah penilaian menggantikan PTK dan ciri-ciri penilaian baru, kata JPA.

Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa hari ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas, dan akan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima penjawat awam yang dijadual dilaksana Jun tahun ini.

-- BERNAMA

01 Januari 2011

KESATUAN SEKERJA BUKAN BAYANGAN PARTI POLITIK

Berita Harian
Oleh S Anad Kumar
2010/12/31




MTUC harus bergerak bebas perjuang hak, kebajikan pekerja tanpa campur tangan pihak ketiga

DUA kesatuan sekerja terbesar di negara ini, CUEPACS dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) selesai mengadakan pemilihan tertingginya untuk memilih barisan kepemimpinan baru bagi menerajui kesatuan masing-masing untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Sebagai suara mewakili pekerja, kesatuan sentiasa mendapat perhatian pelbagai pihak kerana kelantangan menyuarakan hak pekerja yang sentiasa dianggap sebagai nadi pembangunan negara.
Pergerakan kesatuan sekerja bukan sesuatu yang baru di negara ini, malah ramai pemimpin kesatuan sekerja turut menjadi wakil rakyat seperti Allahyarham Ahmad Nor dan mendiang V David.

Ketika MTUC lantang memperjuangkan kebajikan pekerja, timbul pula pelbagai persoalan seperti apakah benar mereka berjuang untuk pekerja, masih relevan kesatuan sekerja di negara ini dan adakah benar kesatuan sekerja pada masa kini memihak kepada pembangkang?

Sebelum berlangsungnya pemilihan MTUC, banyak ahli kesatuan sekerja itu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan tertinggi MTUC kerana mendakwa perjuangan kongres itu dilihat lebih menjurus kepada pembangkang.

Ada pemimpin kanan MTUC turut menyampaikan rintihan mereka berhubung perkara itu dan menegaskan sebagai sebuah kesatuan sekerja, MTUC harus bergerak bebas tanpa memihak mana-mana parti politik.
Apakah mandat 475 perwakilan daripada 119 kesatuan gabungan yang memilih Timbalan Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan sebagai pemimpin utama kesatuan sekerja itu, kelmarin dapat dijayakan Presiden baru.

Mohd Khalid yang baru sepenggal menjadi orang nombor dua MTUC membuat ‘kejutan’ menewaskan penyandang, Syed Shahir Syed Mohamud yang sudah dua penggal menerajui kepemimpinan tertinggi kongres itu.

Syed Shahir yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal mempertahankan kerusinya buat penggal ketiga selepas menerima 213 undi, manakala Mohd Khalid yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkayuan Malaysia mendapat 255 undi.

Menjelang pemilihan MTUC setiap tiga tahun sekali, pertembungan dua kumpulan berbeza dalam kesatuan sekerja itu seolah-olah sudah menjadi tradisi sejak 1980.

Seperti biasa, pada pemilihan MTUC kali ini wujud dua puak dalam kongres itu iaitu kumpulan Syed Shahir dan bekas Setiausaha Agung, G Rajasekaran yang juga seorang pemimpin veteran.

Sebelum pemilihan, ramai kalangan perwakilan menunjukkan sokongan terhadap kumpulan Rajasekaran atau lebih dikenali sebagai kumpulan ‘dari pekerja untuk pekerja’, seolah-olah menjadi satu isyarat mahu menolak kepemimpinan politik dalam MTUC.

Sebaik saja keputusan diumumkan kira-kira jam 8.45 malam, hampir 80 peratus calon daripada kumpulan Rajasekaran berjaya memenangi jawatan dalam pemilihan kali ini.

Abdul Halim Mansor yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung selama 12 tahun, dipilih sebagai Setiausaha Agung dengan mendapat 188 undi menewaskan dua lagi calon iaitu Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid (165) dan J Solomon (117).

Rajasekaran yang sudah 17 tahun memegang jawatan Setiausaha Agung membuat keputusan tidak lagi mempertahankan jawatannya dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk mengisi kerusi itu.

Kebanyakan pemimpin MTUC memandang tinggi sumbangan Rajasekaran kepada golongan pekerja di negara ini dan menyifatkan beliau berundur secara terhormat serta mengalu-alukan pemimpin veteran itu membantu MTUC pada setiap masa.

Sementara itu, Rajasekaran memberitahu Berita Harian, bahawa beliau tidak bermusuh dengan mana-mana pihak, tetapi dirinya secara terbuka menyokong Mohd Khalid dan Abdul Halim kerana melihat kedua-dua pemimpin itu mampu memimpin MTUC dengan cemerlang.

“Setiap orang berhak menyertai mana-mana parti politik, kita tidak boleh menghalang perkara itu, tetapi jangan biarkan MTUC ‘dipimpin’ parti politik atau kita memihak kepada mana-mana parti politik.

“Sebagai kesatuan sekerja kita perlu bergerak bebas dengan terus lantang memperjuangkan nasib pekerja, itu namanya kesatuan sekerja, kita bukannya parti politik..., sesuatu isu atau masalah pekerja harus diselesaikan secara bersama bukannya emosional,” katanya.

Rajasekaran berkata, kesatuan sekerja di negara ini sentiasa dipandang tinggi oleh kerajaan kerana di Malaysia tiada kesatuan sekerja yang dianggap sebagai ancaman kepada kerajaan.

“Kesatuan sekerja di sini sentiasa patuh kepada undang-undang, kita tidak menganjurkan piket secara besar-besaran sehingga boleh menjejaskan negara, kadang-kala piket yang dibuat pun secara kecil saja, tetapi kemudian kita selesaikan masalah pekerja menerusi saluran yang betul,” katanya.

Melihat kepada keputusan pemilihan MTUC kali ini, apakah lebih 500,000 ahli kongres itu mahu kepemimpinan baru dipilih benar-benar berjuang untuk kaum pekerja dan bergerak bebas tanpa memihak. Apapun Presiden MTUC yang baru, Mohd Khalid bersama barisan kepemimpinannya akan merangka strategi baru untuk menyelesaikan masalah pekerja seterusnya memastikan kongres itu sentiasa bersatu padu.

Temu bual bersama Mohd Khalid:

ADAKAH saudara menjangka akan memenangi jawatan presiden selepas pertama kali bertanding?

Saya membuat keputusan bertanding kerana ingin membawa perubahan dalam MTUC selepas mendapat sokongan padu daripada ahli. Bagaimanapun saya berkempen dengan cara saya sendiri tanpa terlalu yakin kerana Syed Shahir berpengalaman luas dalam MTUC. Saya jelaskan kepada perwakilan mengenai misi dan visi kumpulan saya dan reaksi yang diberikan sungguh positif, malah pada hari kedua persidangan, mereka memberi sokongan padu kepada kami.

Segelintir pihak melihat MTUC sebagai sebuah parti ‘politik’, bagaimana saudara mahu mengikis persepsi ini?

Perlembagaan MTUC secara jelas menyatakan bahawa kongres itu bergerak bebas tanpa memihak kepada mana-mana parti politik, kita berkecuali daripada politik, sebaliknya akan terus berjuang membela kebajikan golongan pekerja. Pada masa sama, kita tidak boleh menghalang ahli kongres untuk menyertai mana-mana parti politik. Maklumlah kita ada lebih 500,000 orang, tetapi pada masa sama, kita perlu ingat kepada perjuangan MTUC. Kita tidak mahu MTUC ‘dipimpin’ oleh parti politik.

Apakah perancangan seterusnya?

Kita tidak mahu menyembunyikan apa-apa perkara dalam MTUC... sejak kebelakangan ini berlaku sedikit perpecahan dalam kesatuan sekerja kita. Selepas ini, saya bersama barisan kepemimpinan baru mahu menguatkan MTUC, selain menyatupadukan ahli-ahli kita.

Ada yang melihat budaya piket sering menjadi ‘pilihan’ MTUC apabila mahu memperjuangkan isu pekerja?

Ramai melihat piket ini sebagai budaya negatif, sebenarnya ia dibenarkan dalam perlembagaan kesatuan sekerja dengan syarat diadakan berdekatan tempat kerja, tetapi perlu diingat, piket bukannya jalan penyelesaian. Saya yakin sesuatu isu atau masalah pekerja dapat diselesaikan menerusi saluran yang betul atau secara perbincangan bersama dengan pihak tertentu.

Apakah isu pekerja yang akan terus diperjuangkan MTUC selepas ini?

Kita akan terus memberi fokus kepada beberapa perkara seperti pelaksanaan gaji minimum, kebajikan pekerja sektor swasta, cukai barangan dan perkhidmatan serta kebanjiran pekerja asing.

PENJAWAT AWAM DIMINTA AMALKAN ICT SEPENUHNYA

Bernama
1/1/2011




TUARAN, 30 Dis (Bernama) -- Sesetengah penjawat awam yang enggan menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam urusan kerja seharian akan membawa kerugian dari segi kos dan masa.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Muhammad Hatta Ab. Aziz berkata walaupun inisiatif perkhidmatan berteraskan teknologi ICT telah lama diperkenalkan dalam sektor awam, namun sehingga hari ini masih ada di kalangan penjawat awam yang enggan bergerak maju ke hadapan dan masih selesa di takuk lama.

"Budaya e-mel masih lagi menjadi pilihan kedua dalam perhubungan untuk melaksanakan sesuatu urusan bagi sesetengah jabatan...masih ada di antara kita yang enggan menerima surat yang dihantar melalui e-mel sebagai rasmi dan meminta untuk dihantar surat asal sama ada melalui faks ataupun pos.

"Ini bukan saja menyusahkan pihak-pihak yang terlibat, malah menambahkan kos. Amatlah rugi jika teknologi yang begitu canggih, yang mempercepatkan urusan dan mengurangkan kos, tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya," katanya semasa merasmikan Seminar ICT di kampus Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah di sini, Khamis.

Seminar itu yang diadakan setiap tahun sejak 2006 dengan kerjasama INTAN Sabah, MAMPU Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Perkhidmatan Komputer negeri Sabah dan Lembaga Koko Malaysia dengan tema 'Green IT' pada tahun ini.

Dalam pada itu, beliau memberi contoh lain kurangnya kepekaan penjawat awam terhadap konsep ICT Hijau seperti tidak menutup peralatan ICT selepas digunakan, serta mencetak dokumen yang kurang penting sesuka hati sehingga menyebabkan pembaziran dari segi kertas dan toner pencetak.

"Saya percaya walau secanggih teknologi yang dimiliki, faktor manusia yang mempunyai akal fikiran dan kemahiran menggunakan teknologi tersebut adalah penentu kepada sejauh mana kesan atau impak positif yang dapat diperoleh daripada teknologi tersebut," katanya.

Sektor awam, tegas Muhammad Hatta, harus berusaha mengikis pandangan rakyat bahawa perkhidmatan awam tidak cekap dan ketinggalan zaman.

"Kemajuan dan kecanggihan yang ada pada hari ini, tidak membenarkan kita untuk terus memberikan pelbagai alasan yang lemah atas ketidakcekapan," tegas beliau.



-- BERNAMA

KEMAHIRAN KHAS: PESARA TENTERA KESAL KEMAHIRAN KETIKA DALAM ATM TIDAK DIIKTIRAF

Berita Harian
Oleh Ratinawati Rasidi
2010/12/30



Kepakaran seperti dalam bidang kejuruteraan, memandu tidak laku untuk diguna ketika memohon kerja selepas bersara

NAMPAK benar kekesalan pada riak wajahnya sekalipun senyum terukir ketika berjabat tangan. Erat genggaman tapak tangan ketika bersalam umpama satu mesej inginkan nasib beliau dan rakan dibela. Kisah membabitkan pesara tentera bukan cerita baru. Hampir setiap hari akhbar memaparkan luahan rasa tidak puas hati mereka. Pertemuan yang diatur di sebuah pusat beli belah di ibu negara baru-baru ini memberi ruang kepada Sukaimi Sungep, 59, meluahkan perasaan yang terbuku sekian lama.

Bekas Setiausaha Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Wilayah Persekutuan dan Naib Yang Dipertua PBTM Cawangan Segambut ini, kesal kerana banyak perkara membabitkan pesara tentera tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab.

Perkara utama yang menjadi persoalan ialah sijil kemahiran kebanyakan pesara tidak diiktiraf agensi kerajaan. Ini termasuk dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan pengendalian kenderaan, sedangkan anggota tentera juga menjalani kursus kemahiran sama seperti dipelajari orang awam. Ini menyulitkan mereka untuk mendapatkan kerja terutama setelah menamatkan perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Seorang tentera yang berhenti baru nampak masalah di kelilingnya. Contohnya, kepakaran mereka tidak diiktiraf seperti dalam bidang kejuruteraan elektronik. Kalau diikutkan, sukatan pelajaran sama seperti dikeluarkan Institut Kemahiran MARA. Kenapa tidak diselaraskan dengan sijil kemahiran yang dikeluarkan kerajaan mahupun mana-mana institusi,” katanya.

Belajar di kolej tentera sama seperti di pusat latihan lain. Bezanya dengan kakitangan kerajaan lain, kerjaya tentera perlu meninggalkan perkhidmatan pada usia muda.
“Sebagai contoh, saya ada sijil radio elektronik. Pernah saya ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminta supaya sijil saya diiktiraf setaraf dikeluarkan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Selepas bertekak dengan kakitangan JPA, akhirnya dikeluarkan sijil yang setaraf dengan MLVK pada tahap kemahiran tertentu,” katanya.

Sukaimi berkata, contoh lain ialah kemahiran pemandu trak tentera dan kenderaan lain. Mereka hanya dibenarkan memandu trak ketika berkhidmat tetapi tidak diiktiraf kemahiran itu setelah berhenti daripada perkhidmatan tentera disebabkan lesen yang mereka miliki bukan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Hakikatnya, mereka belajar undang-undang memandu yang sama, melalui jalan raya yang sama.

“Kenapa lesen memandu mereka tidak diiktiraf JPJ sedangkan mereka menghabiskan masa tiga bulan di Taiping untuk latihan sebelum mendapat lesen memandu. Malah mereka turut diajar kemahiran mengenai enjin, membaca peta dan kemahiran lain yang berkaitan sebagai persediaan seandainya berlaku sebarang kemungkinan terutama dalam hutan,” katanya.

Selain itu, Sukaimi turut menyentuh masalah kebajikan tentera. Ada di kalangan mereka yang gagal untuk mendapatkan bantuan sara diri, perubatan dan pendidikan anak-anak. Kebanyakan mereka terdiri daripada pesara awal yang tidak berpencen. Masalah golongan sering dipaparkan di akhbar dan kebanyakannya tinggal di kawasan kampung melakukan kerja bercucuk tanam, menternak kambing atau lembu.

“Pesara terutama tidak berpencen kebanyakannya tidak bekerja disebabkan faktor usia dan kesihatan. Ada yang berniaga tetapi gagal. Ada yang cuba mendapatkan bantuan tetapi jika isteri masih bekerja tidak layak untuk mendapat bantuan kerana syarat utama pendapatan isi rumah mesti di bawah RM700 sebulan. Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati ialah jika kami diiktiraf kenapa mesti dikaitkan pemberian bantuan dengan pendapatan isteri,” katanya.

Bagi golongan berpencen pula mereka memendam rasa dalam soal kenaikan pencen. Ini kerana penyelarasan pencen untuk pesara tentera tidak sama seperti bekas kakitangan awam yang lain. Kenaikan diterima kakitangan awam hampir 70 peratus, sedangkan pesara tentera hanya menerima sagu hati RM50.

Malah, mereka turut mempertikaikan pengiraan kadar pencen. Ini kerana wang pencen itu adalah wang simpanan di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), selain soal wang imbuhan persaraan awal yang membabitkan anggota yang berkhidmat selama 13 tahun, 15 tahun dan 18 tahun.

Bagi Sukaimi, seharusnya tidak wujud masalah kaedah pengiraan wang imbuhan yang didakwa tidak dikira bermula dari tarikh mereka menyertai perkhidmatan. Baginya, pengiraan itu bermula dari hari pertama anggota tentera itu menjalankan tugas, bukan setelah tiga atau empat tahun berkhidmat. Keadaan ini amat mengecewakan kebanyakan pesara, terutama yang berkhidmat kurang 21 tahun.

“Saya tidak menuding jari pada sesiapa tetapi akta khusus perlu dirangka untuk membantu pesara terutama mereka yang tidak mendapat pencen. Dengan akta itu, pasti nasib kebanyakan pesara tentera terbela dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul membabitkan bekas tentera,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan, yang dihubungi berkata, Akta Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan dan dijangka dilaksanakan pada 2011,” katanya.

Menyentuh soal pengiktirafan sijil kemahiran tentera, Zulkiflee berkata, beliau tidak menolak kemahiran asas untuk bidang tertentu seperti jurutera, pemandu lori/trak seharusnya diiktiraf bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan selepas bersara.

Katanya, sekalipun tujuan asal kemahiran yang dibekalkan kepada anggota tentera mahupun pengetahuan yang diperoleh adalah untuk tujuan peperangan, tetapi ada kemahiran tertentu yang boleh digunakan selepas mereka bersara.

“Saya amat bersetuju dengan pengiktirafan sedemikian dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Malaysia (PERHEBAT) patut memberi sokongan,” katanya.

Kenyataan Zulkiflee ini pastinya memberi nafas baru dalam membela nasib 300,000 pesara tentera di seluruh negara yang ketika ini masih ada diantara mereka masih mencari peluang pekerjaan selepas mencurahkan bakti setia kepada negara tercinta dalam ATM.

31 Disember 2010

MTUC PERLU BEBAS PENGARAUH PARTI POLITIK

Berita Harian
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2010/12/31



Pendekatan guna pentas demonstrasi tak lagi relevan

KUALA LUMPUR: Kekalahan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) kelmarin dilihat sebagai petanda awal dasar dan program transformasi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mula diterima rakyat khususnya golongan pekerja. Keputusan pemilihan yang tidak memihak kepada Ketua PKR Cabang Kelana Jaya, Syed Shahir Syed Mohamud apabila kalah kepada bekas timbalan presiden kongres, Mohd Khalid Atan dengan majoriti 42 undi itu juga membuktikan kaedah dan pendekatan menggunakan pentas demonstrasi dan piket bagi memenuhi tuntutan ahli kesatuan tidak lagi relevan. Bagaimanapun MTUC yang menaungi 260 kesatuan sekerja dengan keahlian lebih 500,000 orang perlu menonjol sebagai badan bukan kerajaan (NGO) bebas daripada mana-mana pengaruh parti politik jika mahu dilihat sebagai pertubuhan memperjuangkan kepentingan dan nasib golongan pekerja.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata perubahan kepemimpinan itu bertujuan memperingatkan kepemimpinan baru bahawa kepemimpinan lama lebih mengutamakan nilai politik sehingga membelakangkan isu dan kepentingan pekerja.

Beliau yakin kepemimpinan kerajaan BN semakin mendapat kepercayaan dan keyakinan di kalangan pekerja dan peluang yang diberikan itu seharusnya digunakan sepenuhnya oleh kerajaan untuk meningkatkan perancangan dan dasar supaya sokongan daripada golongan berkenaan akan berterusan.

“Kerajaan harus menggunakan peluang kerana peluang tidak datang dua kali,” kata Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
Kelmarin, Syed Shahir yang menyandang jawatan presiden sejak 2004 mendapat 213 undi, manakala Mohd Khalid yang buat pertama kali bertanding jawatan Presiden MTUC menerima 255 undi.

Pensyarah Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Samsul Adabi Mamat, berkata keputusan pemilihan kongres memberi impak kepada politik semasa apabila reputasi pakatan pembangkang terutama PKR mula menurun sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, keputusan itu juga menjadi petunjuk kepada perubahan minda rakyat, sekali gus memberi ruang kerajaan untuk memperkasakan sokongan terhadap kerajaan melalui dasar yang lebih mesra kepada pekerja.

“Apa yang berlaku ketika ini membuka ruang kepada kerajaan melakukan usaha pemulihan kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan,” katanya.

Penganalisis politik dari USM, Dr Mohd Zaini Abu Bakar, berkata kemungkinan ahli mahu melihat MTUC berubah dan melalui anjakan paradigma selain memerlukan kepemimpinan yang selari dengan dasar kerajaan.