SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

04 Januari 2011

RENUNG PERANAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17

Utusan Malaysia
4/1/2011




Saudara pengarang,

SAYA mewakili Pembantu Makmal Gred C17 yang bertugas di sekolah menengah ingin meluahkan rasa tidak puas hati mengenai beberapa perkara.

Kami menyahut seruan Perdana Menteri untuk tampil ke hadapan menyuarakan rasa dan memberikan pendapat supaya dapat memantap serta memperkasakan pendidikan terutamanya Sains di kalangan pelajar.

Pertama - mengenai masa bertugas. Pada waktu persekolahan kami bermula dari pukul 7 pagi sehingga 4 petang bagi satu sesi.

Setelah selesai pelajar dan guru menggunakan makmal, kami terpaksa pula membersihkan makmal dan selepas itu baru kami boleh rehat sejam untuk makan.

Cadangan - mengapa kami tidak boleh seperti jururawat yang boleh rehat waktu makan dan terus pulang ke rumah? Oleh itu, biarlah kami bertugas dari pukul 7 pagi hingga 3 petang selama lapan jam bertugas dan waktu makan selama sejam iaitu dari pukul 3 petang hingga 4 petang bagi sekolah satu sesi persekolahan.

Kedua - kami bertugas di makmal yang pada kebiasaannya terletak di belakang blok sekolah, jauh dari pejabat sekolah. Kami mendapat arahan daripada guru yang mengajar mata pelajaran Sains Teras dan Elektif.

Selain itu, kami juga menerima arahan Ketua Bidang Sains. Adalah janggal dan tidak adil prestasi kami dinilai oleh Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 atau penolong-penolong kanan yang tidak pernah menjenguk kami bekerja dalam serba kekurangan dan persekitaran yang tidak kondusif, bahaya dengan bahan kimia dan peralatan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Markah prestasi kami sering rendah berbanding pembantu tadbir yang bertugas dalam keadaan selesa, kondusif, ada pendingin hawa dan serba lengkap.

Cadangan - mengapa kami tidak dinilai oleh Ketua Panitia atau Ketua Bidang Sains yang lebih memahami bidang tugas kami? Selain itu, pembantu pengurusan murid boleh menyuarakan masalah mereka kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas sedangkan masalah kami tiada siapa yang mahu mendengarnya.

Ketiga - bidang tugas yang berlainan memerlukan persefahaman semua pihak. Pada waktu cuti sekolah, kami dibebani dengan tugas perkeranian.

Pembantu tadbir kadang-kadang sengaja tidak membuat kerja mereka kerana tahu kerja tersebut akan dibuat oleh guru sandaran, guru baru, pembantu makmal dan pembantu pengurusan murid. Kerja hakiki kami sering terabai dan kerap ditegur oleh Ketua Bidang Sains apabila tugasan tidak siap.

Cadangan - kami perlu menghabiskan kerja hakiki dan tugasan di pejabat yang dilakukan oleh mereka yang dilantik menjalankan tugas di pejabat seperti ketua pembantu tadbir, pembantu tadbir dan pembantu am pejabat.

Keempat - bidang tugas kami berdepan risiko. Kami terpaksa mengurus selia perkakasan yang merbahaya dan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Malah, kami terpaksa membayar lebih untuk membeli premium insurans kerana dalam Kumpulan Sokongan 2. Risiko kami lebih tinggi daripada guru dan pembantu tadbir.

Cadangan - Mengapa kami tidak dibayar elaun seperti pembantu tadbir kewangan, pembantu pengurusan murid, warden asrama dan juruteknik komputer. Oleh itu, perlu difikirkan untuk elaun risiko atau elaun kritikal.

Kelima - Pada masa ini kenaikan pangkat C17 ke C22 hanya diberikan kepada sekolah yang ada tingkatan enam aliran sains sahaja. Oleh itu, kami yang bertungkus-lumus menyiapkan bahan untuk memperkasakan pendidikan tidak mendapat habuan yang sewajarnya.

Jika prestasi pekerja Gred C17 boleh dinilai oleh ketua pembantu tadbir N22, mengapa jawatan pembantu makmal kanan C22 tidak boleh menilai N17? Mengapa kami C17 tidak boleh dinaikkan pangkat dan bertugas di pejabat sekolah dan mengarahkan pembantu tadbir membuat tugasan lain?

Cadangan - Bukalah peluang kenaikan pangkat seluas-luasnya kepada semua pembantu makmal Gred C17 di sekolah yang ada makmal sains supaya kami boleh naik pangkat sama seperti yang dinikmati oleh pembantu tadbir hingga ke N27.

Saya berharap luahan rasa ini mendapat perhatian semua pihak terutama Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Walaupun kami tidak mengajar, namun tanpa kami yang menyiapkan bahan, amali sains tidak dapat dijalankan dan akhirnya matlamat untuk mencapai status negara maju akan terhalang.

Terima kasih

PEMBANTU MAKMAL JOHOR TERSEPIT

96 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JPA mana tahu masalah-masalah seperti ini..entah2 mereka sendiri pun tak tahu ada ke tidak jawatan Pembantu Makmal ni dlm sistem perjawatan kita..

Tanpa Nama berkata...

ORANG MISIKIN BERKATA.

cakap pun tak guna, jangankan perjawatan tertentu perlukan perluasan peluang kenaikan pangkat, gaji sekrang ni pun tak mampu menampung kos hidup semasa...harga minyak bakal naik tahun demi tahun. tapi gaji statik. susahlah hidup sekarang ni...orang kaya dan berpangkat tinggi manalah rasa kesusahan orang yang di bawah ni...mereka tak ada masalah kalau harga barang naik di pasaran sebab dah banyak business...bagi yang bawah ni, nak mula kan perniagaan pun belum tentu berjaya kalau tiada modal yang besar...entahlah kita luahkan di sini pun tak guna..tak ada orang nak ambil tindakan pun.

Tanpa Nama berkata...

itulah nasib kumpulan sokongan di sekolah berbanding guru-guru yg sudah bergaji besar tetapi sentiasa mendapat pembelaan...patutlah apabila Kementerian Pelajaran nak letakkan PTD di JPN,banyak guru-guru yg membantah...

Maznah bt Abdullah Sani berkata...

kami N17 dah lama inginkan agar kami juga diserap ke N41, barulah adil utk kami, kerana di sekolah kamilah kerja yang paling susah dan terus, bayangkan tanpa kami siapa hendak mebuat kerja?

Fikirkan dengan matang dan ikhlas

Kuli Dawilah berkata...

Kesian, nasib tanpa pembelaan....

Guru2 sentiasa naik gajinya sebab ASET PILIHAN RAYA bagi BN...

Tanpa Nama berkata...

asslm... ada juga btl nya kata2 johor tersepit... cuma saya hairan kenapa gaji kakitangan golongan C(perkhidmatan sains)rendah sedang kan kakitangan kumpulan ini sentiasa berhadapan dengan bahan kimia yang berbahaya, mengendalikan instrumen yang berteknologi tinggi akan tetapi gaji berbeza dengan cntoh nya penolong pegawai sains=penolong pegawai tadbir.. penolong pegawai sains basic rm1215.14 yang selalu ditawarkan akan tetapi penolong pegawai tadbir dalam rm 1400++ mohon perbetulkan saya kalau salah..

Tanpa Nama berkata...

sebab ko masuk pakai spm..jer
takder sijil kelayakan lain..
cam juruteknik guna sijil politeknik.

Tanpa Nama berkata...

elaun juruteknik komputer????? elaun aper yg juruteknik dapat...selama ni aku kerja jd juruteknik komputer xder r aku dapat elaun aper2 kerja bagai nak gila sampai sakit pinggang,xder pun...

Tanpa Nama berkata...

mmg cikgu-cikgu tak mau PTD masuk dlm pentadbiran mereka.. i donno why..

for me..urusan pentadbiran..biarlah org yg mahir dlm pentadbiran yg buat...kenapa cikgu nk buat pentadbiran pulak..tugas cikgu hanya mengajar..jika nk msk bhgn pengurusan..tukar lah ke skim lain..

masalah cikgu sekarang yg dikatakan byk buat tugas perkeranian adalah berpunca dari arahan pihak pengurusan (cikgu sendiri jugak) yg tak tahu skop kerja masing2..

Tanpa Nama berkata...

jika jawatan bukan pentadbiran seperti Guru tak boleh pegang jawatan pentadbiran sekolah..maka,untung besar la PTD..Yela,Kp Pelajaran Malaysia juga dari Skim Pendidikan(DG)..Semua orang dr skim bukan pentadbiran seperti Naib Caunselor Universiti pun tak boleh la dr skim bukan PTD..

Nanti,bertambah lagi iklan kosong untuk PTD..


Fikirlah dari sudut positif kebaikan kenapa skim bukan pengurusan boleh dapat jawatan pengurusan..Sedangkan dia bukan uruskan benda bukan tidak berkaitan..Dia uruskan sesuatu bkaitan skim nya..

Seperti Kp JKR,dari Gred J,Berstatus Ir. ,Bukankah tak bolEH J duduk sebagai pengurusan..


Semua orang kalo boleh nak tergolong dalam kategori Jusa,Paling kurang pun.dalam Skim P&P..

Tanpa Nama berkata...

Cikgu adalah lepasan pelbagai jenis bidang.Ada yang mengambil pengurusan,pentadbiran,perakaunan,undang-undang serta pelbgai bidang sains sosial.Jangan anggap guru cuma lepasan pendidikan semata-mata.Bukan cikgu tak bercita-cita nak jadi mcm PTD..Kerja berapa tahun je,dah dapat 44,48..kalo pencen tu,54 dlm tangan..Bagi la peluang pd skim DG utk Menguruskan RumaH Tangganya sendiri..

Tanpa Nama berkata...

pembantu makmal perlu mempunyai kekuatan dari segi melawan peraturan2 yang tidak releven yg disebutkan.

Selagi pembantu makmal tersebut penakut nak bersuara pada penyelia, ketua, pengetua, cikgu, pengarah & menteri, selagi itulah anda akan terus ditindas dan dibuli oleh kakitangan lain yg selesa mengarah anda.

Pastikan senarai kerja hakiki anda disenaraikan hitam putih dan difail meja kan secara rasmi.

Anda perlu melawan /tegas dalam menentang sebarang kerja yg terkeluar dari kerja hakiki anda.

Kalau tak jgn marah kalau anda terus dibuli dan dibuli sehingga pencen.

Kerani sekolah berkata...

Pembantu Makmal (PM) setaraf dengan
Perdana Menteri (PM). Kajian telah dilakukan oleh satu badan mengkaji baban bidang pekerjaan dan didapati Pembantu Makmal adalah pekerjaan paling tidak membebankan.
Boleh siang ikan bilis/jahit baju.
Wakaka....

Tanpa Nama berkata...

Datuk Ismail Sabri menteri yang menjaga "Kementerian Barang Naik" perlu memberi penjelasan dan mencari jalan untuk mengawal harga barang naik. Kerajaan cukup kejam menaikkan harga bahan bakar dan harga barang pengguna yang lain.

PPM Kecewa N17 berkata...

hanya UMNO diyakini mampu bela kami, marilah kita N17 memimpin golongan P&P yg x sedar dri kembali ke pangkal jalan (BN), contohi kebijaksanaan kita, walau pangkat x berapa tinggi tetai mampu berfikir lebih waras dr mereka

Tanpa Nama berkata...

anda pembantu makmal jadi ahli kesatuan pembantu makmal KPM ke tidak. kalau jadi ahli apa presiden n su kesatuan dah buat pasal jwt anda ...agaknya usaha penambaikan skim ada ke atau peluang ke PPS .. bidang s&t penting kepada negara mengapa tak diambil kisahnyer ...

Tanpa Nama berkata...

anda suruh renung peranan anda smua wahai pembantu makmal...tapi adakah anda pernah terfikir bila cuti sekolah andalah kakitangan yang paling senang kerja..bukan macam kami pembantu tadbir sekolah...anda boleh baca majalah..sedangkan kami pembantu tadbir sekolah buat kerja tanpa mengira waktu cuti sekolah atau tidak...jangan jadikan alasan tak rehat,tak makan..anda semua golongan pembantu makmal yang patut renungkannya sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Tuan Cuepacs :-

Serasa sy jawatan Pembantu Makmal patut dimansuhkan dan diwujudkan jawatan Pembantu Tadbir bahagian makmal supaya mereka2x ini melakukan tugasan yg lebih relevan dan lebih pro aktif daripada kerja yang ala2 aje.Jika dilihat skop tugas Pembantu Makmal apa la sgt setakat mnyediakn bahan uji kaji utk makmal Sains.Kje cuma byk bila time P&P tp time cuti sekolah mereka2 ini xde kje sgt pon setakat kje membersihkan makmal.ada tu lgsg x nak buat kje ni sbb diorang suruh org indon tukang cuci yang buatkan.jadi mereka2x ni mkn gaji buta ms cuti sekolah.time ari jumaat mintak balik awal kul 2.30 pm dah balik rumah alasan 12.15-2.45pm x amik rehat..padahal tgk mereka ni rehat jer xde la bz mmanjang mcm Pembantu tadbir di sekolah yg tugasannya lebih efisien dan berdaya saing..Nak markah cemerlang tp kje gitu2x je...wajar ke?

Tanpa Nama berkata...

tender kantin sekolah pembantu tadbir sekolah yg dpt lepas tue guna nama saudara mara pulak...tugasannya lebih efisien dan berdaya saing sebab boleh kerja jadi pembantu tadbir & tauke kantin dlm satu masa....

Tanpa Nama berkata...

Pembantu Makmal lak bz buka kantin kt bilik persediaan makmal.siap buat jamuan kt c2 lg..ape citer ni...kte kne wat kje tu kje ni..tp blonggok mnyembang, mkn2x x kira masa..ade sekali pemantau dari Jabatan Pelajaran dtg mmantau mmg x smpat lari siap kne warning plak tu..padan muka..

Tanpa Nama berkata...

kan lebih baik kita tukarkan KSN yang ada sekarang ni. Kalaulah kita mempunyai hak untuk mencalonkan KSN yang x terlibat dengan politik agar betul2 dapat membela penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

kami PA sepakat cadangkan agar Dato Khusrin atau Dato Dr. Khir Toyo dilantik menjadi KSN, keranakualiti mereka amat penting dalam mencegah pembangkang menyertai kakitangan awam

En. Rasul Mat Hassan, R4

cikgu jalil berkata...

Gambar MB PR dilarang gantung di sekolah kerana kononnya politik x leh terbabit, tapi MB Umno boleh pulak, gambo MB Umno, PM dan TPM tu bukan jawatan politik ke? Apa bengap sangat org2 atasan KPM , jumud x tentu hala.. kalo x boleh, semua x boleh, bukan aku boleh, kau x boleh.. buduh juak2 Umno ni

Tanpa Nama berkata...

ini lah BOLEH LAND.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

Lanti saja si bapuk Pak Omar jd KSN! Nanti semua pekeliling dia bg dengan telegram!!! wakakakaka

2bz4money berkata...

Seeloknya disuarakan permasalahan perkhidmatan dalam sesi Majlis Bersama Jabatan (MBJ)..Sekiranya tiada tindakan, media massa jadi pilihan.

Disarankan perubahan nama jawatan Pembantu Makmal diselaraskan kepada Pembantu Tadbir (Pengurusan Makmal) bagi tujuan keadilan yg setara dgn lain2 jawatan Pembantu Tadbir.

Tanpa Nama berkata...

Harga barang2 makin naik bila lagi gaji nak naik? Gaji 1500 sebulan mana cukup nak makan satu keluarga??

Kenaikkan gaji PA harus diambil TINDAKAN SEGERA oleh CUEPACS.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Cuepacs..mohon juga kenaikan pangkat secara jumud disertakan senarai tugasan yg perlu mereka2 ini buat bila mereka memilih opsyen utk dijumudkan.ada juga msih ditakuk lama sbb nk buat kje lma, nk gaji baru, jwtn baru..tp bila diberi tugas baru menolak dgn pelbagai alasan..harap tuan dapat beri perhatian mngenai perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya terkedu dengan tuduhan Pemb.Makmal yang mengatakan PT N17(Pendidikan)SENGAJA TIDAK MEMBUAT KERJA MEREKA PADA CUTI SEKOLAH...
dan guru-guru sandaran/baru yang membuat kerja mereka...Persoalannya kenapa guru sandaran/baru yg ingin mbuat kerja perkeranian???bagi saya jawatan tidak boleh disalahkan tetapi pihak atasan yang harus dipersalahkan kerana tidak tau mengagihkan senarai tugas dengan betul....

Tanpa Nama berkata...

Cadangan Pembantu Makmal inginkan elaun seperti PT(W):Untuk makluman kami PT N17 pon tak dapat elaun
RM40 tu sedangkan kami yang mbuat penyata perubahan gaji (kew.8),buat pengiraan bayaran.....PT N17 yang bersusah payah buat pengiraan pelarasan..sdgkan PT(w) hanya mengambil maklum berdasarkan pengiraan PT n17 buat...so jangan la kecoh2 kata N17 ni...
Pasal berdepan ngan risiko..rasanya PT n17 dekat kementerian kesihatan lagi berisiko untuk mendapat jangkitan virus namaun mereka pon tidak dibayar elaun...renung renungkan wahai Pembantu Mamkmal....jgn buat tuduhan sebaliknya cari penyelesaian....

Tanpa Nama berkata...

nie sebab pengetua yg tak nak dengar masalah org bawahan...pandai mengarah jer...

Tanpa Nama berkata...

Kepada pembantu makmal & kerani, anda tak perlu nak menuding orang lain dengan mengatakan kerja sendiri lebih banyak.

Setiap posting adalah berbeza-beza mengikut situasi dan perkhidmatan yg diberikan.

Anda tidak perlu membanggakan diri sendiri dengan mengatakan kerja anda lebih banyak daripada orang lain.

Bagi kes pengadu ini, kita kena lihat tahap bebanan yang ditanggung.

Setiap penjawat awam akan menempuhi masa-masa lapang. Bagi pembantu tadbir tidak perlulah untuk mendabik dada mengatakan kerja anda lebih beban daripada skim lain.

Stiap skim ada pro & kontranya. Setiap skim jawatan ada bebanannya yang tersendiri yang mana penjawat itu sendiri yg lebih mengetahui bebanan yg ditanggung.

Kita masing-masing penjawat awam (Semua skim) muhasabah diri masing2 adakah kita tidak pernah langsung mengunakan masa lapang yg ada dgn berborak,
bergayut,
makan/ minum,
berchating,
berfacebook,
melayari laman web yg tidak berkaitan kerja,
berniaga,
menggunakan pen / perinter / kertas kerajaan untuk urusan peribadi,
merayau,
menangguh2 kerja,
meng enggage kan telefon,
mengumpat, dll.

Anda perlu hormat / hargai sumbangan setiap skip penjawat awam.

Ada baiknya jika bebanan kerja yang ditanggung diluahkan dan disuarakan.

Lihat situasi pengadu secara positif & tidak sangka buruk yg keterlaluan.

Penjawat Awam Veteran berkata...

Apa yang di katakan oleh anda di atas ni ada betulnya hormatilah Profesion mereka, setiap kerja ada senang dan ada susahnya. Jangan mengambil kesempatan menghentam dan mencerca sesama Penjawat Awam. Yang jadi Pembantu Tadbir, buatlah kerja sebagai Pembantu Tadbir sebagaimana yang di arahkan, Pembantu Makmal buatlah kerja sebagai Pembantu Makmal dan jangan membuat kerja orang lain. Juruteknik buatlah kerja sebagi Juruteknik, Guru buatlah kerja sebagi Guru. Usahlah kata kerja kita susah, kerja orang lain senang. Anda yang minta dahulu kerja sebagai Pembantu Takbir. Kalau tak suka cari kerja lebih senang lagi contoh jadi Pengawal Keselamatan ( Jaga ). Sendirilah Fikir-fikirkan.

Juruteknik Cemerlang berkata...

Bila memohon jawatan kosong, Fikir-fikirlah dahulu. Yang dah jadi Pembantu Tadbir jadilah Pembantu Tadbir yang cemerlang dan jangan merungut sana dan merungut sini tentang beban kerja.

Betul tu, kalau rasa kerja susah berhenti kerja ajer. Pergi cari kerja lain yang menyenangkan.

Guru Kaunseling DG44 berkata...

bagaimana kami para GURU yang diarah berkempen di Tenang, pergi rumah ke rumah pujuk ibubapa murid supaya memangkah BN, adakah kerja kami itu? Kami bekerja untuk kerajaan Malaysia, bukannya parti. Nak mengadu pada siapa, yang arah pun Pengarah Plajaran Negeri sendiri

Tanpa Nama berkata...

Setiap orang ada kemampuan yg berbeza-beza.

Bukan takde penjawat awam yg meletakkan prinsip mengatasi priuk nasi. Tetapi sedikit sangat terutamanya yang lebih selesa macam gaji.

Jika anda rasa periuk nasi anda tidak terjejas, maka teruskan lah memperjuangkan prinsip.


Jika anda meletakkan prinsip no 1, beranikan diri anda untuk membantah tugas2 kempen parti politik tertentu.

Dengan kata lain, jangan buat kerja tersebut jika anda yakin dan berani tindakan tersebut tidak menjejaskan periuk nasi anda.

Som selepas ini, kalau ada arahan2 yang pelik yg diluar skop tugas kita, bangkanglah.

Yang penting anda yakin anda mampu menerima apa jua risiko.

Tanpa Nama berkata...

Kalau da sain 'Saya Yang Menurut Perintah' ikut je la apa yg disuruh..bukankah setiap kje tidak terikat kepada skop?Bile di last senarai tugas setiap jawatan terdapat perkataan 'LAIN2 TUGAS YG DIARAHKAN DARI MASA KE SEMASA'.

Tanpa Nama berkata...

gaduh pulak nampak..releks la..

Najib senyum je...

Tanpa Nama berkata...

Amboi!!!.... sedapnyer bercakap nampak. Kalau betullah keje sebagai Pembantu Makmal tu senang dan keje Pembantu Tadbir tu plak susah bebenau, kenapa ramai orang yang memohon jawatan Pembantu Tadbir dari yang memohon Pembantu Makmal sedangkan jawatan Pembantu Tadbir tu terhad manakala jawatan Pembantu Makmal lebih byk kekosongan. Jadi renung-renungkan lah ye. Saya bukanlah nak menang-menangkan Pembantu Makmal tp saya sendiri dah keje di makmal jadi saya tau lah apa yg saya kata ni. Dan kalau saya diberikan satu peluang untuk memohon jawatan lain saya sendiri pun nak memohon jawatan Pembantu Tadbir & tak nak memohon jawatan Pembantu Makmal tu. LUAHAN IKHLAS DARI HATI SANUBARI SAYA. Maaf lah kalau terasa, takde niat pun cuma ingin menerangkan pekara yg sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Korang gado dpt pe???g la ngadu ngan kesatuan korang..x bbaloi la citer2x kt cni..

Tanpa Nama berkata...

Korang gado dpt pe???g la ngadu ngan kesatuan korang..x bbaloi la citer2x kt cni..

APA NI??

RILEK LAR...KAN ZAMAN IT...TULAR GUNA NYA SALURAN 'KOMEN' DALAM BLOG KAT INTERNET.

KO PEGI TINGGAL DALAM HUTAN TAKYAH MAIN INTENET KALAU ORANG NAK GUNAKAN ICT UTUK KOMEN PUN BYK PLAK KO PUNYA SONGEH.

Tanpa Nama berkata...

anda suruh renung peranan anda smua wahai pembantu makmal...tapi adakah anda pernah terfikir bila cuti sekolah andalah kakitangan yang paling senang kerja..bukan macam kami pembantu tadbir sekolah...anda boleh baca majalah..sedangkan kami pembantu tadbir sekolah buat kerja tanpa mengira waktu cuti sekolah atau tidak...jangan jadikan alasan tak rehat,tak makan..anda semua golongan pembantu makmal yang patut renungkannya sendiri....


Sokong komen ni..mmg Pembantu Makmal patut renung sendiri apa peranan mereka di tempat kerja..hanya mereka yg tau apa yg mereka buat di sekolah terutama time cuti2x sekolah..renung2kanlah yer wahai Pembantu Makmal sekelian..

Pembantu Makmal Jawa Terkepit berkata...

semua gampang, hanya pembantu makmal lah yang menjana minda dan ekonomi negara

Tanpa Nama berkata...

Buat apa u all nak gado2x...
PM selalu dianaktirikan...udah ler jaga lab sorang2x(risiko)...PAR makmal terus diambil suruh keje kat pejabat bila diwar2xkan PAR lab dimansuhkan baru diwar2xkan....terus amik tindakan.
Walhal waran kedudukan PAR Makmal di lab.W/pun PAR Makmal & Pembantu makmal x cukup dari sejak azali lagi.
Buat semak kat opis aje sampaikan PT ada pembantu tukang amik pen,tukang amik fail tapi dia duduk dari 8-5 tak bangun2x sbb ada pembantu.tapi bila suruh buat surat asyik ckp bz dgn KEW8 tapi PM gak yg buat....sampaikan surat pun PM buatkan...
PM bila time cuti sekolah paling bz gila cuma org lain x tahu coz dgn kira stok(brg banyak),kemas lab,sediakan bahan,etc itu x termasuk keje pejabat(rasa macam x cukup cuti seklah nak bereskan keje). Tak tahu ler opis buat apa time cuti sek sbb byk dibantu guru sandaran,PM,PAR Makmal.
PM dah banyak keje sbb ikut arahan dari semasa ke semasa dari tukang sapu,tukang cleaner,tukang menukang,tukang taip,saintis gak sbb penyediaan amali sains adakala buatkan eksperimen utk cikgu yg tak tahu nak buat amali w/pun ada ijazah.
Kira boleh dikatakan PEMBANTU MAKMAL DI MALAYSIA SERBA BOLEH...ikut arahan dari semasa ke semasa...
KALAU INGKAR nanti dikatakan langgar arahan,prestasi turun..
Tidak mahu byk komplen PM buat aje keje....

Ada juga PM dari awalan masuk kena keje kat Pejabat (buat keje rezo,pusat sumberkerani)

Tanpa Nama berkata...

PT ikutkan buku kutipan duit pelajar(yuran) semua guru isikan..PT hanya sign aje....

PT ada yg bawa anak baby siap tido kat belakang meja....hairan gak napa Ketua Jabatan x mare @ tegur....

Surat berhenti,sijil pun PM ,guru2x gak yg buat...pelik...napa PT hanya buat Kew8 sepanjang thn ke...byk sangat ker pegawai yg kuar masuk setiap bulan...
(maybe kami nie x tahu ler keje yg lain byk)
Harap2x....fikir2xkan.....

Tanpa Nama berkata...

Senang citer letak jer jawatan...kje snang pon rs susah n berkira..dok umah mkn tido xde yg nk mlarang n mngarah...

Tanpa Nama berkata...

kami penyokong johor tersepit sbb kami pun tersepit bukan saja dgn kerja tapi dgn keadaan tempatkerja serba kekurangan...elektrik,air..sampai ke gangguan makhluk halus bukan saja di sekolah sampai bawa ke rumah...siapa nak tanggung..kami sentiasa dicop tiada kerja walhal sekolah kami 2 sessi sedangkan kami mempunyai 9 makmal dan pembantu makmal hanya 3 org shj sampaikan ketiak tak pernah kering,seorang daripada kawan kami telah mengalami kanser payudara dan barah otak(dah meninggal)...kerani ade ke penyakit ni kalau kena pun mungkin keturunan..klau pertikai kami x de keje masa cuti sekolah bagi lah kami cuti sama dgn guru, habis cite..mata tak sakit..hati apatah lagi....aman.dah pelanggan kami pelajar dan guru bukannya org awam, kami langsung x de masa shoping atau berinternet. alasan pegi bank tapi merayap...adakah ini kerja yg baik...agak2 le kalau nak mengata...muhasabah le diri...tak payah kita nak mengata sana sini...buat kerja yg diamanahkan....kami memang memerlukan elaun kritikal sbb kerja kami berisiko dan BERBAHAYA..BAHAYA...BAHAYA bukan SUSAH..klau kami x de keje kenapa ujudnya pembantu makmal..peka pun kami nak kene jaga....sebenarnya semua org perlu menghormati kerja org lain kerana itu adalah rezeki dari ALLAH swt....bersyukurlah.

Tanpa Nama berkata...

tiada perubahan dulu kini & selamanya...kita bcakaran , org atasan gelak ketawa,,,pkir n renung2kan,,,

Tanpa Nama berkata...

rezeki kita ditangan tuhan..tinggal usaha je..bagi saya bersyukur je kalo dapat keje..skg nie..puluhan ribu org mengganggur..so bersyukur je..xpayah la..nak kata-kata keje jadi pembantu tadbir senang ke..pembantu makmal susah la...da macam lagu 'bagau oh bagau' da saling nak salahkan org lain..gaji banyak mane pun xcukup kalo x pandai manage..dapat sikit..belanje r sket..dapat banyak berserdahanalah..pasal perbezaan gaji gred 17 dan 27, sapa ada kelayakan wajarla dapat gaji lebih..x payah nak pertikaikan..kerajaan lagi arif dalam pemberian gaji..jadi x payahla kite nak jadi bagau yang kurus sebab nasi mentah,

Tanpa Nama berkata...

rezeki kita ditangan tuhan..tinggal usaha je..bagi saya bersyukur je kalo dapat keje..skg nie..puluhan ribu org mengganggur..so bersyukur je..xpayah la..nak kata-kata keje jadi pembantu tadbir senang ke..pembantu makmal susah la...da macam lagu 'bagau oh bagau' da saling nak salahkan org lain..gaji banyak mane pun xcukup kalo x pandai manage..dapat sikit..belanje r sket..dapat banyak berserdahanalah..pasal perbezaan gaji gred 17 dan 27, sapa ada kelayakan wajarla dapat gaji lebih..x payah nak pertikaikan..kerajaan lagi arif dalam pemberian gaji..jadi x payahla kite nak jadi bagau yang kurus sebab nasi mentah,....by misz nshs85

Tanpa Nama berkata...

susahla nak percaya 100%.. sebab mungkin di tempat JOHOR TERSEPIT kekurangan staf kot...
di tempat saya bekerja, pembantu makmal kerjanya sgt la senang dan relax.... apabila ada majlis atau keraian, pembantu makmal la y banyak 'menunjukkan muka' di tempat berkenaan. oleh kerana itu, diorang dengan mudah mendapt pujian dan APC. tapi kami y pembantu tadbir tak boleh tinggalkan tugas untuk bersama2 join membantu.... tak tahulah mungkin ditempat saya ini, tugas yang hakiki bukanlah pokok utama dalam penilaian... rasanya lain tempat lain caranya dan kesibukkannya......:)

Tanpa Nama berkata...

Saya pun PM jugak, memang betui apa yg dicakapkan oleh Johor Tersepit tu. Kalau PM semuanya dok kata takdak keja, klu PT memang depa dok kata bz memanjang. Tak taulah apa yg bz tu smpai tak cukup2 setahun. Dah tu pulak, dok panggil PM, PPM, PAR dan kalau boleh tu.... depa nak panggil tukang kebun lagi pi tolong depa kat pejabat. Habis PM ni tak dak keja nak buat kat lab ka? Mana aci, keja depa habis, keja PM terbengkalai.

Kami kat sini langsung takdak PAR makmal, bila mai PAR baru semua depa gabuih dulu. Tulis kat surat tawaran tu kata utk diletakkan kat makmal tp habuk pun tarak...

Time balik memang depa dok juling biji mata. Sentiasa tak puas hati, konon balik awal. Cuba mai ganti 1 hari PT dok kat lab...boleh buat tak mcm mana nak cairkan asid. Jgn dok menggeletaq seluruh badan sudah la tengok HCL tu keluar asap. Setakat pegang pen tu sapa pun boleh.

Saya dulupun bekas PT, saya tau la kja dia mcm mana. Takkan la nak mengadap KEW8 memanjang. Bohong la kalau kata 24jam buat kja. Kami pun tau...kja PM bukanlah memanjang buat amali tp sapa buat persiapan awal boleh la relax. Kenalah pandai2 cari masa.

Wlb pun saya rasa eloklah kita jgn dok gaduh. Buat je kja sendiri2. Jgn dok jeles dengan org lain.

Tanpa Nama berkata...

Asskum,

Saya rasa eloklah CUEPACS tolong bantu PM selaraskan waktu kerja jadi semua orang tak pertikaikan dah lagi. Tolong ambik kira tentang jadual sekolah yang kena pada waktu rehat PM.

Masalah sekarang ni ialah time rehat tu dah tentu kna waktu belajar murid2. Bila PM takde di lab semua bising. Takkanlah waktu rehat pun nak kena buat kje jugak? Bukan rehatlah namanya.

Tolonglah bantu kami yang memang tersepit ni.

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya...ada sesiapa boleh bg tau ada ke Pekeliling yg kurangkan 1 jam pd hari Jumaat selain negeri kedah, k'tan n t'ganu?

Tanpa Nama berkata...

Best what jd PM nie.. Aku happy je wlaupun keje banyak huhuhu..

Tanpa Nama berkata...

saya sokong atikel (renung peranan pembantu makmal C17)kerajaan patut lihat juga masalah pembantu makmal.memang kerja PM org lihat sebelah mata sahaja.PM memainkan peranan besar dalam P&P sek.kalau tak ada PM di sek P&P mungkin tak jadi.PM boleh diibaratkan seorg guru.selalu PM lebih mhir dari guru sains yg baru keluaran ipg.bukan nak kata apa lah.kita semua ada peranan sendiri dalam kerajaan tapi biar lah adil dan saksama..naik pangkat guru,n17 bagi lah juga kenaikan kpd PM,ini gred N sampai gred 32. pembantu makmal paling tinggi pun C22.....

Tanpa Nama berkata...

elaun uniform pembantu makmal di sbp juga TIADA.sedangkan di smk diberi setiap tahun.padahal gred gaji kami sama.jawatan kami sama.kenapa macam tu?bukan nak mengungkit tapi jangan lah kami di anak tirikan.kadang kala kami lah tukang rumah,tukang elektrik,tukang fotostat,kerani kerana menurut arahan dari pihak atasan dari masa ke semasa.

Tanpa Nama berkata...

Sebebarnye org kat luar sana tak faham tntng kerja PM....sb tu boleh ckp macam2...hnye saye baleh cakap kerja PM mmng bhaya...klau terkena asid,trhidu gas @ lain2 siapa yang tanggung?adakah orang lain tanggung?jawapannya adalah diri sendiri...org hnya kasihan sekejap sahaja selebihnya kita sndiri yang sakit....tidak brbaloi kalau tiada elaun kritikal......bagi pndapat saya

Tanpa Nama berkata...

Itu baru cerita Pembantu Makmal Sekolah.. Bagi Pembantu Makmal Universiti ni macamana plak??? Bahan kimianye jgn ckp lah.. RADIOAKTIF pun kami jaga.. Mesin berjuta-juta harganye pun kami jaga.. Pelajar dari Ijazah smpai PHD pun kami jaga.. Gaji... same je dgn pembantu makmal sekolah..

Tanpa Nama berkata...

Salam Sejahtera..
Usahlah bersengketa kerana perjawatan..

Fahami sejelasnya istilah kategori perkhidmatan yang disandang Perkhidmatan Sains (Gred C) menjalankan fungsi perkhidmatan Sains. Tidak dinafikan menjalankan beban tugas dengan risiko kesihatan & keselamatan. Pihak JKKP (Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan Pekerjaan) mengakui bahawa standard makmal sains tulen/paduan TIDAK MEMENUHI piawaian OSH.

Tidak hairanlah mengapa penjawat Pembantu Makmal menuntut ruang kerja yang minimum risiko dan bayaran insentif.

Saya berpendapat adalah TIDAK WAJAR mana-mana pihak selain dari perkhidmatan Sains (C) mempertikaikan rungutan penjawat gred C. Penjawat gred N biasanya tidak terdedah dengan risiko, bahaya atau sebarang keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Saya tidak bersetuju menyatakan bahan radioaktif hanya terdapat di Universiti, kerana bahan berkenaan masih lagi terdapat disekolah-sekolah yang mempunyai tingkatan 6 aliran sains.

Sehingga ke hari ini, kebanyakan penjawat perkhidmatan sains C di universiti menjawat gred C27 dan ke atas.

Maafkan saya, ingin dipertikai pun tidak.. cuma berpandangan... PT P/O terutamanya tidak lah sesuai membandingkan tugasan perkhidmatan C dgn N. Bidang kelayakan masuk tugas C memerlukan seseorang yang memperolehi Kepujian dalam matapelajaran Sains/Fizik/Biologi/Kimia... walhal PT P/O cukup sekadar mempunyai sekurang2 5 kepujian di peringkat SPM.

Kebanyakkan tugasan di pejabat merupakan tugasan yang berulangan di mana penggunaan komputer memudahkan urusan pengkeranian dijalankan. Pengiraan kew 8 dan sebagainya telah pun disediakan formatnya berbanding penyediaan bahan kimia berkepekatan tinggi kepada kepeketan rendah contohnya.. Gas berasid & beracun yang dibebaskan sungguh pun menggunakan fume chamber tidak dapat memastikan keselamatan pengendali bahan yang bergred C.

Hakikatnya setiap penjawat awam mempunyai bidang tugas yang berasingan dan berbeza mengikut gred. Janganlah dibandingkan berdasarkan beban tugas kerana perkhidmatan yang sedang dijawat oleh kita selama ini merupakan permohonan dan atas kerelaan sendiri.

Maafkan saya sekiranya ada yg terguris perasaan atas apa yg saya kemukakan.

Tanpa Nama berkata...

bak kata pepatah.. lain padang lain belalang.. klu nk pikir psl risiko mmg la Pm yg bnyk berhadapan dgn sume tu.. ape pon slagi bnafas ni kami lkukan kerja kami ikot masing2 pny nawaitu ah.. sama2 rnongkan tahap pncapaian keje sndiri kat mn.. bab kekurangan n lebih tu peg atasan yg mmbuat kputusan yg mn d rasakan baik utk sume.. klu manusia ni mn de yg smpurna n ckup hny skadar b'sderhana je la.. wat keje sndiri tp x mau la kasik susah org len ckup.. org yg wat keje btol spt yg d amanahkn x kn mnuding jari utk mlihat & mnilai org len x pndai wat keje sbb dia sntiasa akn rasakn akn kkurangan yg prlu utk d tingkatkn.. apeee pon bole.. AKU,DIA & KAMU adalah sama.. bak kata nabil LU PIKIRLAH SNDIRI..

Tanpa Nama berkata...

betul...... sokong 1000%

Tanpa Nama berkata...

setiap kerja ada skop masing2.tak kira lah pembantu makmal,pembantu tadbir atau pembantu pengurusan murid.kita ni saja yang memperlekehkan kerja kita sendiri.kalau ada yang kata pembantu makmal siang ikn bilis atau jahit baju,pembantu tadbir sibuk dengan jualan baju,kuih muih dan sebagainya.siap photostat hal peribadi guna mesin photostat HAK KERAJAAN lg.sebab tu pembantu tadbir sejak azali sentiasa dengkikan pembantu makmal.hakikatnya pembantu makmal bekerja dgn bancuhan bahaya seperti asid.pembantu tadbir?pegang pen pun dah merungut rungut.xgitu???

Tanpa Nama berkata...

dulu saya jurutaip..disekolah rendah tiada kerani dan pap..semua kerja perkeranian saya buat....tp sy di tawarkan pembantu makmal.dan x tau bidang tugasnye.. saya terima..rezeki saya allah bagi jadi pem.makmal ...masing2 ada peranannye..keje susah dan senang semua saya rasai..tp yang penting masing2 tau peranan dan tugas masing2...tp klu diberi peluang sekali lagi...sy lebih senang keje pentadbiran...kerana saya x sanggup membuat kerja makmal..kerana terasa dikulikan..tugas2 menyapu dan mengemop lantai...adakah kerja pembantu makmal? jwt 2 mcm tukang sapu kontrak ...kenapa pentadbiran tidak menyapu dan mengemop pejabat sendiri...mmg kerja makmal byk resiko...ketika membancuh bahan seperti asid...sekiranye boleh dibuat pusingan kerja...pentadbiran buat kerja pembantu makmal...dan pembantu makmal buat kerja pentadbiran ...baru la tau tugas rakan2 perjawatan lain...dan menghormati tugas2 org lain..bukan kerana nila setitik rosak semuanye...klu kerana ikan bilis dan menjahit ...itu kerana mereka belum memahami tugas2 mereka...tp bukan bermakna pentadbiran tidak melakukan kesilapan yang sama..ada juga pihak pentadbiran membuat perkara2 begitu juga menjahit..membuat ketupat dan sekarang asyik facebook...jadi x perlula kita menyalahkan jawatan tersebut...yang patut dibaiki ada mereka2 yang menyalah etika kerja...kan begitu lebih baik...mmg pihak makmal perlu ada tempat seperti pejabat...kerana persekitaran makmal kurang selesa dan kurang selamat udaranye...dan menjadi penyakit dlm jangka masa yang panjang...knapa kami tiada keistimewaan tersebut....apa salah kami...klu pembantu makmal xde kerja ..kenapa kementerian wujudkan jawatan tersebut...biarkan guru2 membancuh sendiri bahan amalikan bagus...dulu saya di pentadbiran...terasa dihargai dan disanjung...dan bila jadi pembantu makmal....terasa x wujud di sekolah....kerana jawatan ini sama taraf ngan tugas2 ..tukang sapu kontrak...sila naikan taraf tugas2 pembantu makmal....

Tanpa Nama berkata...

alaahai korang ni..tu pun nk gaduh ar...da mcam ape je...keje ar ngan ikhlas..klu keje pn xikhlas duit pn x berkat..buat keje masing2 kn senang...dosa pn kurang...hati pn x sakit kn..bukan korang yg kuarkn gaji pn...kira gaji je pn..bukan kuarkn dr akaun korang...pikir ar sndri...

Tanpa Nama berkata...

setiap kerja ada susah ada senang...

Tanpa Nama berkata...

Salam,,,
dalam mencari keseronokan bekerja saya PM sangat kesal apabila jawatan PM selalu danggap xda keja.... walhal kerja kita dah jadi 1000 dalam 1. bayangkan dari membancuh larutan yang bahaya hingga memngemop kita buat. bila cuti gotong-royong dengan tukang kebun, masa cikgu sibuk tinggal budak dalam makmal kita jaga. tak cukup dengan itu kerani tak masuk surat dalam fail pun kita g bantu.. tapi sempat atau tak keja kita dalam makmal takda orang pun nak tolong. masa hari gotong-royong sekolah dalam makmal dikecualikan tapi dalam pejabat kita kena tolong. jadi dimana adilnya jawatan kami..... bila ada program sekolah yang memelukan persiapan pentas dan sebagainya kamilah yang jadi mangsa,, yang herannya sibuk sangatkah staf sokongan lain sampai x boleh tggl kerja....
walaupun begitu APC tetap milik orang yang kerja dalam dan depan pejabat.. tak mustahil kalau tukang kebun berebut nak keja kat pejabat sek..sebab itulah peluang mereka nak merasa APC... untuk PM macam kami kalau pandai bodek baru merasa....
akhir kata jadilah PEMBANTU MAKMAL yang membantu sekolah...
semoga amalan dan kerja kita bukan sekadar dibayar dengan APC sahaja...mukin dengan kebahagian hidup berkeluarga dan bermasyarakat..Amin..

Tanpa Nama berkata...

HAKIKATNYA :

tukang bancuh asid + tukang sapu + tukang kayu + tukang mop lantai + tukang cuci + tukang paip + tukang cat meja makmal + saintis + tukang demo ujikaji + electical technicion + storekeeper + tukang riso + kerani akaun + juruteknik komputer (ppsmi)+ guru sementara(jaga kelas, jaga budak exam) + jaga alat bantu mengajar (laptop,lcd projektor n what the hell lg) + tukang jaga bangunan + pengawal keselamatan (petang2 sblm balik kna cek sume dlu pastu knci lab sblm balik)

= PEMBANTU MAKMAL C17..

Tapi sume ni kami buat dgn rela hati kami tanpa merungut.

Tanpa Nama berkata...

saya bertugas sebagai Pembantu Makmal di Universiti terlibat dengan pelajar tempatan dan pelajar luar negeri (bayangkan ada yang datang dari Nigeria ,Iraq ,India ,China ,Indonesia , Itali banyak lagi kalau nak sebut)benda yang ada di Makmal kalau nak dinilai berjuta ringgit kalau rosak nak repair pun jenuh keluar duit )Lecturer hanya tahu mengajar sahaja bab Makmal semua bergantung kepada Pembantu Makmal apa apa hal Pembantu Makmal kena jawap....
Dah lama dok mimpi nak tengok jawatan Pembantu Makmal Universiti diberi kedudukan yang sewajarnya dengan bidang tugas yang dibuat..dibawah SBPA langsung tak der perubahan..gred J17 yang banyak dapat durian runtuh...
Bilalah nasib Pembantu Makmal Universiti ajan terbela..???

Tanpa Nama berkata...

Ala..bising2 ni..ad ka cuepacs wt tindakan? Emmmxder nye...bnyk lg benda penting depa nk wt..
Kita msg2 ad tugas sndri..xyh nk banding2 kn..
Klu x, xkn wujud jwtan p.t ngn p.m?
Wt la kerja sndri..
Kne pndai la uruskn masa, time mngment..siap kerja leh la dok.. Bkn kita x de wt kerja..tul x?
Ttg arahan dr masa ke semasa tu kne la arahn yg berkaitan..klu p.t disuruh cuci tandas oleh kpt, nk wt gak ka? Ktanya kne tulis kt skt...cmana?
Kne la tugsan yg releven..
P.m cum t.kebun, cum cleaner, cum guru, cum t.cat, cum saintis, cum kerani, cum par, cum p.guard, cum mcm2 lg...tugasan yg xreleven pn kne wt..attend metin pngurusan, kne wt minit msyurt..patut?
PeKA kne wt, markah kne masukan kt evidence student, stapler kertas latihan sains/Tulen dak2 yg berkotak2 a4 tu. Alasan cikgu bz, bis subjek len napa ckgu leh wt?
Taman pm kne jd pemantau...ptg2jd tkg kebun, siram air..
Pe yg pntg, buat la kerja msng2, xyh nk sebok hal org len, kerja kita siap leh dok relek...

Tanpa Nama berkata...

Saya memang tak puas hati dgn layanan pihak sekolah dengan PM..memang diketahui kerja sebagai PM memang lah sgt berisiko dan BAHAYA!contohnya PM makmal di sekolah kami mesti duduk dalam bilik persediaan yg bercampur dgn bahan kimia dan asid yg sgt bahaya..pernah kmi suarakan perkara ini kpd pngtua tetapi biasalah pengtua tidak pernah dan tidak peduli setiap aduan dr PM..yg mereka tahu cuma memarahi PM dgn mengatakan PM ni tak de kerja dan sumbangan..wal hal setiap hari kami terpakasa mempertaruhkan nyawa kami kerna trpaksa berhadapan dgn risiko dan bahaya di makmal..

Tanpa Nama berkata...

Saya memang tak puas hati dgn layanan pihak sekolah dengan PM..memang diketahui kerja sebagai PM memang lah sgt berisiko dan BAHAYA!contohnya PM makmal di sekolah kami mesti duduk dalam bilik persediaan yg bercampur dgn bahan kimia dan asid yg sgt bahaya..pernah kmi suarakan perkara ini kpd pngtua tetapi biasalah pengtua tidak pernah dan tidak peduli setiap aduan dr PM..yg mereka tahu cuma memarahi PM dgn mengatakan PM ni tak de kerja dan sumbangan..wal hal setiap hari kami terpakasa mempertaruhkan nyawa kami kerna trpaksa berhadapan dgn risiko dan bahaya di makmal..

Tanpa Nama berkata...

Kepada PT dan pengetua sekalian jgn nk mempertikaikan tugas kmi sebagai PM..kalaulah pihak kerajaan ingin memansuhkan jawatan PEMBANTU MAKMAL di Malaysia, sayalah diantara PM yg plg gmbira sebab sya tak perlu berhadapan dgn risiko di makmal..saya lebih rela ditukarkan bekerja di bahagian pejabat di mana keadaan yg jauh lbh selesa dengan aircond dan duduk di kerusi empuk berbanding dgn kmi yg terpaksa duduk mgunakan kerusi plastik..gred same je dgn PT tetapi keistimewaan tmpat bekerja hanya diberikan kepada PT..saya berani mengatakan hl ini keranan saya pernah menjawat jawatan sebagai PT..mmg dpt dirasakan perbezaan layanan dr semua pihak terutama sekali layanan dari Pengetua..

Tanpa Nama berkata...

mmg terasa beza jadi pm dan pt ni.saya pm tp dlu sll dok opis and buat keje opis.lps tu sya da xnk dok opis psl org2 opis ni suke amik ksmpatan.klu kita da stat tlg,siap la dorang naik tocang.lg 1 org2 opis ni byk dpt kelebihan dr org atasan n guru2 dr kami pm ni.Pm ni selalunye kne wat kje2 yg hina dina je...!Tp itu yg berlaku kt tpt saya je...tpt pm yg lain sya x tahu la....

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara di atas, kes kita sama sahaja..rata-rata pembantu makmal di sekolah lain dalam Malaysia ni menerima nasib yang sama macam saudara..buat kerja yang bukan dalam bidang kerja sebagai PM..sampai kena kutip sampah pun ada..guru-guru di sekolah dah tak berani nak arah pelajar menyapu dan membersih makmal, so dari A to Z PM semua yang kena buat...

Tanpa Nama berkata...

tuhan tau ape yang ko buat walau sebesar zarah skali pun DIA tidak akan biar kan saja orang yang dia sayangi terseksa terluka begitu sahaja, ade hikmah di sebalik nya syukur la ko dapat kerja ngan kerajaan orang lain mintak beratus kli pggl intview pun ssh nk dpt, ko ptt bersyukur bukan senang nk dpt kerja......yang penting kite ihklas

RON berkata...

Masing² nak bela masing² punya kedudukan. Apa bila keluar sesuatu isu maka masing² melatah dan salah kan orang itu orang ini tanpa fikirkan nasib orang lain. Sesatu isu itu keluar ada kebenaranya. Yang mengeluh atau menggadu nasib ini ada sebab munasabab yg berkata demikian seharusnya tidak dipandang mudah. Yang memberi komen pulak seharusnya peka ngan nasib orang lain yang rata²nya tak salah saya berkerja disekolah. Inikah yang akan dijadikan contoh kepada anak² murid?. Cuba hormat orang lian untuk orang hormat kepada kita. Kita Sama² Ada Hak Untuk Menyatakan Perasaan Kita tak kira dari gred mana pun kita ini. Setiap sesuatu itu ada kebenarnya mungkin tidak terjadi ditampat anda. Lagi pun kalau mereka ni dapat elauan ke naik gaji pun tidak terjejaskan pendapatan kelian yang lain ye tak..?

Tanpa Nama berkata...

Alahai kenapala nak bergaduh. Setiap orang ada peranannya yang tersendiri. Awak yang minta sebagai pembantu makmal kan jadi mengapa mengeluh dan menuding jari pada orang lain pula. tak baik macam tu. Kenapa bercakaran sesama sendiri bukan dapat merosakkan reputasi sekolah tersebut.

Tanpa Nama berkata...

buat je keje dgn ikhlas..semoga Allah memberkati segalanya..............

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan dan JPA sepatutnya menaik taraf jawatan Pembantu Makmal agar lebih produktif. Bidang tugas pembantu makmal tak berubah dari sekian lama. masih di takuk lama. sedangkan PT, PPM, Juruteknik dapat pelajari bidang tugas baru.

Sepatutnya di makmal sains sekolah diselaraskan dengan makmal sains di IPG, Universiti dan lain-lain jabatan. Dan memisahkan dari Pejabat Am sekolah. Mewujudkan Jawatan pegawai sains bagi mengawal selia pembantu makmal, program2 makmal, program bagi pelajar2 dan dapat mengurangkan tugas guru2 dan guru2 cuma menumpukan kepada pengajaran, membantu hal-hal P&P dan dapat memantapkan lagi ilmu pelajaran sains dan teknologi.

asingkan tugas dan bidang pembantu makmal dari guru-guru, panitia dan ketua bidang kerana para guru kerana guru hanya mengajar. Sepengalaman saya, guru sains, panitia dan ketua bidang tidak memberi impak kepada pembantu makmal. kerana bidang tugas yang berbeza. setiap hal-hal berkaitan pembantu makmal terus kepada pegawai sains c41.

makmal mempunyai jabatan sendiri dan terpisah jauh dengan kakitangan pejabat, PPM. sebab makmal memberi sumbangan kepada prestasi dalam P&P. berbeza dengan pejabat yang mengurus perkhidmatan, kewangan, surat2. wujudkan organisasi sendiri dan dengan ada Pegawai Sains maka operasi pengajaran dan pengetahuan sains pelajar dapat ditingkatkan.

Selain itu setiap kakitangan makmal di beri elaun sukar seperti PPM Khas dan PT kewangan. PPM khas cuma bantu murid khas kalau pelajar kencing, berak dan hanya mengemas serta mencuci pelajar. PT kewangan pula berkaitan hal kewangan. kalau buat betul2 tak akan timbul masalah.

Tapi PM berdepan kesihatan, nyawa diri, guru, pelajar tapi tak layak dapat elaun sukar. asid sulfurik pekat boleh meletup kalau tesilap buat campuran, gas bromin boleh buat semput nafas, gas amonia boleh buat pengsan. merkuri boleh buat kerosakkan hati. kenape tak bagi intesif yang berpatutan kepada PM sebagai pengalak kepada mereka. Risiko pengendalian dengan sambil lewa boleh menyebab letupan pada makmal sains. kadang2 PM yang fikirkan risiko kesihatan tidak akan buat preparation dengan betul.

anak tiri berkata...

beginilah nasib pm...tak nak merungut..tapi bila dah melampau itu yang terpaksa gak meluahkan kalau tak org tak tau..kat tempat saya ni lg sedey..klau pt wat apa pun salah pun tetap gak x salah tp klau pm terasa mcm dianak tirikan..klau ada makan2 kt pejabat bknnya nak pelawa pm yng hanya sekerat ni...bos plak klau pegi mana2..yang dpt buahtangannya pt jugak..selalunya pm ni..terpinggir..atas alasan..pm relax tak de keje..tp bila..nak mintak tolong..pm gak yg membantu...klau kt sekolah ni apa je ynag tak buat...tp pt hanya wat satu tugas jek...di pejabat..pm dah mcm spiderman n superman...

Tanpa Nama berkata...

Aku bru je nk joint pbntu mkmal..ada yg kata ok..ada yg x...cmne ni...aku nk gak tau prkara sbnrnye...

Tanpa Nama berkata...

Pembantu makmal habis kerja pukul berapa? Saya sampai rumah tgk jiran (PM) dah ader kat rumah? (sekitar 1.30pm) ingatkan time rehat..tp x pergi keja balik...so assume time keje macam cikgu kot?

Tanpa Nama berkata...

Kat ofis sekolah saya siap ada meja makan lagi kat belakang,boleh la tgk depa dok belonggok mamah kuih...pengetua pun mmjang join gak...

Tanpa Nama berkata...

Aku geram btul psl pertukaran paksa PM kedah baru2 ni....hampeh,pusingan kerja konon..apa ke pekdah dok wat kja mengarut tu..

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya setiap kerja ada kebaikan dan keburukan, jika kita se3bagai penjawat awam saling berbalah bagaimana boleh dikatakan sebagai anggota sokongan yang menyokong sesuatu jabatan...memang bukan semua penjawat awam yang bekerja melakukan tugas mereka dengan sewajarnya ini kerana kita dipengaruhi oleh tmpat, budaya, dan juga cara hidup apabila bekerja..jika pmbntu makmal mngatakan mereka byk kerja memang betul jika dilihat dari skop tugas dan skt mereka , sama juga dengan pmbnt tdbir n 17 kerja berlainan skop tp bebanan tugas tetap sama. walaubagaimana pun bukan setiap masa kita sibuk perlu ikut masa cntoh masa pndftraan pljar, masa ada perubhan gj begitu juga pmbntu makmal bkan hari2 ada kelas masuk di makmal yg memerlukan perhatian...beza gaji adalah dr pihak jbtn kita tak perlu merungut saja kerana inilah rezeki yg halal dr tuhan mungkin belum masanya kita mendapat lebih dari usaha kita. maafkan saya jika ada yang tersinggung tapi di sini sy jelaskan tidak perlu bergaduh tentang sesuatu yng bukan milik kita... terima kasih

Tanpa Nama berkata...

bekerja jawatan apa sekalipun......yang pentig kerja itu satu ibadah.....untuk mencari rezeki buat keluarga.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan kenyataan kamu.kerja itu satu ibadah.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju sgt...ptpo n17 yg buat kew 8.tp kmi tak pernah dpt elaun tmbhn mahupun bonus. Kmk buat byk skop kerja pentadbiran.semua yg ada dlm buku perintah am.pekeliling kemajuan.arahan pebendaharaan.arahan keselamatan.pengurusan pejabat dan stor semua skop tugas ptpo n17. Pendek kata fail meja skop tugas ptpo n17 setebal sebuah buki.bukan hny sekeping a4. Tp kmk tidak pernah dpt elaun tmbhn pun. Kdg kala bertaun kerja skt tetap sm dan tidak pernah dianugerahkan pekerja cemerlang.malahan ada yg sudah sampai nk pencen pun msh lagi n17.bukan sng juga utk kmi nait Pgkt seperti yg blogger atas tuliskan.walau mahir mana pun kami tetap tidak sng utk nak pgkt.skrg byk yg pgkt tggi adalah kelulusan diploma.drpt interview trs dpt jwtn n27. Jd kekosongan akn jd terhad.dan kmi sentiasa kene beralah dan trs jd n17 yg membuat kerja bos2x yg byk.

Tanpa Nama berkata...

kerani sekolah

pembantu makmal memang kerja agak sibuk bila waktu persekolahan tapi pernahkah anda kaji tugas pembantu tadbir sekolah yang sibuk sepanjang hari tidak kira waktu persekolahan atau pun tidak...berdasarkan pemerhatian saya..pembantu makmal waktu rehat lebih panjang selepas waktu persekolahan kerana tugas yang kurang sibuk tambahan bagi makmal yang bertugas 2 orang.apabila tiba musim cuti sekolah pembantu makmal siap boleh jahit baju, baca majalah, jahit manik dan berinternet...kalau tak percaya boleh survey...berapa ramai pembantu makmal yang buat tugas cuci lantai setiap hari...boleh dikira..pendapat saya jawatan pembantu makmal boleh diberi kepada pembantu am makmal sahaja.
kalau di institusi yang besar yang mempunyai lebih ramai pembantu makmal, maka kerja lebih sedikit dan memang ada yang curi tulang sepenuhnya contohnya di maktab dan sdb....

Tanpa Nama berkata...

Jgn main ckap ikut suka ja,lempang kang nak?

Tanpa Nama berkata...

Lempang je laju2....

Tanpa Nama berkata...

PT sekolah semua naik lemak... buat teruk je lebih...

Tanpa Nama berkata...

Pelakon Teater buat skrip yer.. ok sgt menyentuh hati.

Tanpa Nama berkata...

Sebab kebodohan yang di bawah pijak sama sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Serius PT memang sibuk.. sibuk sangat sangat yang terlampau la sangat sangat, sangat!!! aka Pelakon Teater.