SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

27 Januari 2011

KESATUAN PEKERJA LHDN SABAH MINTA ELAUN WILAYAH DIKAJI SEMULA

Bernama
26/1/201
1


KOTA KINABALU, 26 Jan (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Hasil Dalam Negeri Sabah (SiREU) mahu sypaya elaun wilayah yang diperkenalkan pada 1970, dinaikkan.

Yang Dipertuanya Ismail Yusuf berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Bersama Lembaga LHDN Malaysia yang dipengerusikan oleh ketua pegawai eksekutif Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar Khamis.

"Elaun ini tidak pernah dikaji sejak 1970 dan bila agensi dipersekutukan pada 1978, tidak juga dikaji semula, jadi kini sudah tiba masanya.

"Kami sudah banyak kali mengutarakan isu ini di mesyuarat-mesyuarat berkaitan, namun kami akan berpeluang membawanya untuk perhatian ketua pegawai eksekutif yang baru," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Ismail berkata elaun wilayah ketika ini adalah antara 12 peratus dan 25 peratus daripada gaji pokok, berbeza bagi setiap peringkat jawatan iaitu peratusan lebih kecil bagi yang berpangkat dan bergaji lebih tinggi

"Kami berharap pemberian elaun wilayah ini dinaikkan sehingga 30 peratus," katanya.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib pasti takkan naik sebarang elaun sebab dia kedekut...nak kasi bini belanja lebih...senang nak shopping...Korang mintak ler berapa pun selagi selagi Najib jadi PM semua PA jangan harap nak naik gaji atau elaun.

Tanpa Nama berkata...

PM jangan lah kedekut sangat...ingat-ingat lah pekerja bawahan, kami ni pun mau juga cukup makan, bershoping dan menyekoloahkan anak-anak.

2bz4money berkata...

Sebaik-baiknya Elaun Wilayah, Elaun Kos Sara Hidup (COLA), Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Kritikal diselaraskan mengikut keperluan jawatan/perkhidmatan di sesuatu kawasan. Ini bagi mengelakkan pegawai yang tak sanggup bertukar kerana peningkatan kos dan juga pembaziran kuarters yang tidak berpenghuni.

rakyatsandakan berkata...

oleh sebab org2 Sabah lah yang memenangkan BN dan UMNO, maka sukacita saya mahu cadangkan agar elaun kritikal untok ahli UMNO diperkenalkan, khas supaya semakin ramai PA di Sabah terutama guru sertai parti UMNO kita ini.

Dengan kemajuan yang sangat mendadak di Sabah ini, tiada lagi orang miskin dan susah dibawah naungan BN dan UMNO, adalah sewajarnya orang Sabah mendapat elaun lebih dari lain2 negeri

Tanpa Nama berkata...

Selagi Rosmah berkuasa.. najib hanya patung kesayangannya... kalau nak elaun lebih, tutup mata dan bermimpilah.. tak akan jadi kenyataan..

Tanpa Nama berkata...

Kesatuan Sarawak apa cerita? Diammmmmmmmm aje???

samad ex-N11 berkata...

Semalam, Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Abdul Majid Mohd Ali mengeluarkan arahan kepada parti-parti politik agar mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen dan menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera sebagai salah kerana tidak mempunyai permit.

NAK BUH BENDERA KAT KERETA KENA ADA PERMIT POLIS? APA KETUA POLIS NI BONGOK SGT? ni mesti terpengaruh pembangkang ni.

markiman berkata...

Laporan PRK Tenang

"Lapan masjid akan menerima peruntukan RM100,000 setiap satu untuk penambahbaikan, sembilan surau masing-masing menerima RM30,000 dan lapan Sekolah Agama Rakyat di kawasan ini akan menerima RM1.13 juta," kata Dato Sri Najib.. Ini bukti jelas bahawa hanya UMNO yng mampu menegakkan agama dan memberi wang dari kantungnya sendiri kepada kebajikan agama.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju benar elaun wilayah dinaikkan. Dah lama benor tu tak naik. Istana Najib-Rosmah pun diubahsuai RM67 juta walhal masa Badawi dah kena RM17 juta ubah suai. Tambah pulak menteri tak berjabatan Rosmah Mansor joli sakan keluar negara dengan duit perbendaharaan negara atas alasan lawatan rasmi. Ooohhh betapa mudahnya nak perhabiskan wang rakyat, maklumlah suami menteri kewangan.Kalau pegawai kerajaan claim lebih dalam borang 'milage'kununnya maka akan disiasat hingga ke lubang cacing. Silap-silap kena buang kerja. Mereka laki-bini berbelanja sakan wang rakyat. Ubah...sebelum parah.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH BAGI MEREKA YG BIJAK

Kita perlu bijak dan sebagai penentu masa depan kita dan anak2 kita, jgn pula kita mudah sangat terikut2 dengan semangat dan emosi serta retorik yg dimainkan oleh pemimpin2 kita, kerana taraf hidup mereka dalam keadaan selesa.

Tahniah pada rakyat Selangor yg bijak menetukan masa depan mereka, Ayer percuma, wang khairat kematian RM2,500, Sumbangan pendidikan utk anak2 ke IPT RM1,000,
dan sama2lah kita nantikan janji baru 100 hari akan hapuskan tol secara beperingkat2, RM500 tambahan pada guru2,bila tol dapat dihapuskan insallah harga barangan akan dapat dikawal kenaikannya,hapuskan rasuah, kajisemua kemasukan pekerja2 asing

Ahad, Januari 30, 2011 11:07:00 AM

Tanpa Nama berkata...
Bagimana pada mereka yg menyokong BN adakah masih dapat juga kebajikan2 dari kerajaan Selangor,

Jawabnya insallah selagi dia sebagai rakyat negeri Selangor mereka masih berhak mendapat kebajikan tersebut.

Ooh kalau benar begitu terynata inilah kerajaan yg benar2 perihatin akan kebajikan rakyat, negeri kaya dapat dikecapi oleh rakyat juga

Tanpa Nama berkata...

udah2 la..rm500 dah byk dah 2..ade elaun lain yg patut di perjuangkan..utk kebaikan semua...

ranau maju 2020 berkata...

salam 1m Buat PM kami dah lama nak merasa macam kawan -kawan dari semanajung datang kat sabah jumlah EPW Yang banyak tu, tak payahlah naik gaji kalau boleh turunkan lagi gaji penjawat awam,Sebab kita org kat sabah ni dah banyak tanam padi huma kat gunung kinabalu tepi tggu aja pilihan raya sapa yang ada kuasa

Tanpa Nama berkata...

saya sokong gaji pokok naik, elaun wilayah pun naik, kalau tak pun COLA itu selaraskan sekali di Sarawak dan Sabah coz' kos sara hidup dahpun naik, dulu penjawat awam Sarawak dan Sabah pun terima COLA kenapa sekarang tak ade pula. Cadangan saya senang aje kalau susah-susah sangat naikkan gaji semua peringkat penjawat awam dan selaraskan elaun wilayah ke COLA ke kalau takpun COLA itu disyorkan pada kadar yang tetap untuk setiap penjawat awam tidak mengira gred, barulah setimpal dan yang penting sesuai dengan situasi ekonomi semasa.