SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

24 Januari 2011

GSTT KEKAL SEBAGAI DURI DALAM DAGING

Berita Harian
2011/01/24




SETIAP kali penggal persekolahan bermula, isu yuran dan ketidakcukupan guru, termasuk membabitkan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mendominasi perbualan di kalangan ibu bapa dan guru. Bagaimanapun, kali ini isu yuran ditangani Kementerian Pelajaran dengan baik, termasuk menge-luarkan ‘nasihat’ kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya mematuhi pekeliling ditetapkan kerajaan, menyebabkan hampir dikatakan tiada langsung rungutan ibu bapa mengenai soal ini ketika mendaftar anak masing-masing di sekolah rendah atau menengah.

Bagaimanapun, kelemahan Kementerian Pelajaran menangani soal GSTT, termasuk membiarkan guru terbabit tidak tahu status masing-masing sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak di sekolah sebelumnya menyebabkan isu ini menjadi ‘besar’. Seharusnya, Jabatan Pelajaran negeri bertindak proaktif mengatasi soal ini, bukannya memberikan keutamaan menyelesaikan isu seminggu dua lagi sesi persekolahan mahu bermula.

Ketika 12,000 GSTT di seluruh negara tidak tahu status mereka, pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa seramai 1,614 GSTT akan disambung semula kontrak mereka pada 2011 adalah satu perkhabaran yang amat dinanti-nantikan. Beliau berkata, kerajaan hanya menyambung kontrak GSTT yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut, selain dalam proses untuk menyerap GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

Penjelasan beliau itu sekali gus menjelaskan bukan semua GSTT akan diambil berkhidmat semula, termasuk 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu disebabkan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun.

Fungsi GSTT yang mahu menampung kekurangan guru di sesebuah sekolah tidak akan berjaya jika soal penempatan mereka tidak diuruskan dengan baik oleh Jabatan Pelajaran negeri. Malah, isu GSTT akan menjadi ‘duri dalam daging’ selagi soal penempatan ini tidak diselesaikan dengan jujur, baik pada peringkat pentadbir sekolah yang memohon khidmat GSTT dengan memberi alasan kekurangan guru, manakala pada peringkat jabatan pula, penempatan dibuat bukan mengambil kira soal keperluan yang mendesak di sesebuah sekolah, sebaliknya atas dasar ‘kenalan’.

Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT menimbulkan sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi perguruan sudah dianggap satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi ‘sandaran tidak terlatih’ dan jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan. Faktor kekurangan guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah lagi keperluan terhadap sistem pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya usaha penambahbaikan dilakukan terhadap profesion ini. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sudah berakhir dan sewajarnya pelan induk baru yang dirangka akan mengambil kira keperluan ‘sifar GSTT'.
Hakikatnya, soal pendidikan melingkari kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Isu berbangkit juga hampir sama – baik di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dan di sekolah jenis kebangsaan sama ada Tamil atau Cina.

Sedikit masa lalu, timbul ura-ura kemungkinan kerajaan menubuhkan satu badan atau jawatankuasa khas untuk menyelesaikan masalah dan isu berkaitan perkhidmatan perguruan yang kini melebihi 400,000 orang. Perkara ini dibangkitkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman kepada pegawai tertinggi kesatuan itu selepas merasmikan konvensyen CUEPACS, akhir tahun lalu.

Walaupun tiada perkhabaran lanjut mengenainya, cadangan penubuhan satu badan atau jawatankuasa khas ini adalah rentetan daripada usaha kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru yang terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pada April 2010.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkannya, berkata cadangan itu berdasarkan aduan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

Semua masalah ini ditimbulkan ketika khidmat 12,000 GSTT masih digunakan. Dengan pengurangan GSTT tahun ini, masalah ‘kerja berlebihan’ akan terus menjadi isu di sekolah, selain soal sekatan pelbagai tuntutan, termasuk perbatuan menghadiri mesyuarat dan kursus serta catuan perbelanjaan makanan dan minuman ketika berkursus.

Walau apapun kerenah pentadbiran yang timbul, kesetiaan guru terhadap kerajaan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Tindakan seorang bekas guru untuk menjadi calon PAS, Normala Sudirman, 38, menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Labis pada 30 Januari ini, adalah kes terpencil.

Ini diakui sendiri Muhyiddin di Pagoh, baru-baru ini bahawa kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru, tetapi mahu mereka terus komited membantu melaksanakan dasar kerajaan ke arah pembangunan pendidikan negara. Malah, beliau mengakui peranan dan komitmen guru penting bagi membantu kerajaan mencapai empat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan sektor pendidikan.

Tidak dinafikan, ada guru bersimpati kepada perjuangan pembangkang, namun jumlah mereka tidak sebesar mana. Memang sedap mendengarnya tetapi tidak mungkin golongan guru terpedaya dengan janji imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amat malang Malaysia mempunyai PM yang pengecut untuk berdebat. Rakyat digula-gulakan dan sentiasa diperbodohkan. Isteri PM sewajarnya dilantik menjadi senator seterusnya dinobatkan sebagai menteri penuh agar tidak menjadi fitnah dalam kalangan rakyat.

guru 1Malaysia berkata...

kami sepakat menuntut GSTT diserapkan dengan syarat mereka perlu menunjukkan kesetiaan dan berkorban untuk UMNO. Jangan menjadi seperti sesetengah guru yang enggan terlibat dalam UMNO, mereka tidak bersyukur kepada Barisan Nasional. Alhamdulillah, dibawah BN semua masalah guru berjaya diselesaikan

Talib berkata...

dari kajian Pemuda, hanya beberapa org guru sahaja yg menyokong pembangkang, 99% guru kini menyokong penuh PM dan konsep 1Malaysia Barisan Nasional

Tanpa Nama berkata...

Walaupun guru menyokong parti mana, itu adalah hak mereka seperti termaktub didalam perlembagaan negara.

Apa yang menarik pakatan rakyat telah menjanjikan sekeranya dapat menang majoriti pada pilihanraya diakan datang dalam tempuh 100 hari telah dijanjikan tambahan elaun guru bagi menghargai pengorbanan guru dengan tambahan sebanyak RM 500.00

itu terpulang pada diri masing2 bagi menetukan pilihan, kerana itu adalah hak anda sebagai warganegara.

Tanpa Nama berkata...

guru berhak memilih mana2 yang dia suka..demokrasi

guru disyaratkan setia kepada BN..autokrasi

Malaysia ni negara demokrasi atau autokrasi????

Tanpa Nama berkata...

Geram jugak...asyik2 guru ja yg dibela, naik gaji, naik elaun itu ini, kebajkan guru dijaga...penjawat awam lain dipinggirkan....mana adil...kami pun keja jugak, ada perasaan jugak...asyik2 naik gaji cikgu..menyampah

GSTT bosan berkata...

apa kena mengena perjawatan GURU dgn parti politik..suka hati la dia nak g mana pn..janji keje buat..Parti mana yg buat tawaran lebih baik, pikir pn kna lah lebih baik..nie nak paksa2 setia pada parti nan satu tue knape?? hek eleh..otak singkat memasing..

Pegawai gred 54 berkata...

Janji imbuhan khas pendidik RM500 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nak pastikan samada ia betul atau palsu senang sahaja.

Kita undi parti DAP la. Cuba bagi dia orang jadi kerajaan untuk bebrapa tahun. Kalau dia betul betul bagi, untunglah kita.

Kalau dia tidak bagi, kita pilih balik BN lah. Kan pilihanraya tu tetap akan diadakan pada masa akan datang?

Bahkata dah selalu makan KFC, kadang kala boleh cuba juga McDonald atau restoran lain. Tidak akan mati keracunan punya. Malah restoran lain mungkin ada bagi cabutan bertuah, diskaun dan lain-lain. Belum cuba belum tahu.

Apa susah? Negara kita amat stabil dari segi ekonomi, sosial, agama dan mentaliti rakyat. Siapa jadi kerajaan pun tidak akan datang kerugian besar.

Pelajar Nasib Malang berkata...

guru guru diminta mengajar untuk murid murid.. takpayah sibuk dengan parti parti politik semua..
Tugas guru tak buat, ada hati nak berpolitik.
Pelajar tidak cerdik macam dulu kala lagi.. kebanyakkan pelajar masih tertinggal jauh dibelakan.. pastikan mereka diutamakan.

GURU PENCEN berkata...

Usahlah .............Ketika ini kita tinggal aman dan damai. Negara yang makmur dan menyebabkan jutaan pekerja asing berminat sangat datang ke Malaysia untuk bekerja. Sanggup lagi bergadai nyawa menyeberang selat Melaka untuk bekerja. Janganlah sesekali mengadaikan keamanan yang sedia ada ini. Sekali di ambil alih oleh Bangsa pendatang ini, punahlah kekuasaan politik orang Melayu. Lihatlah ketika ini, belum lagi mendapat kuasa penuh, bermacam-macam dasar diperkenalkan untuk menghapuskan ketuanan Melayu.
Janganlah nanti anak cucu kita kencing di atas kubur kita nanti kerana kita membiarkan Bangsa Pendatang ini memerintah Tanah Melayu.

Kepada Golongan Guru yang menyokong Pembangkang, insaflah............telah banyak insentif kerajaan Barisan Nasional berikan kepada Golongan Pendidik ini. Tumpukanlah mendidik anak bangsa, jangan sebuk berpolitik yang merugikan bangsa sendiri.

Wahai warga Guru..............Insaflah sebelum anda diinsafkan.

Tumpulah mendidik anak-anak bangsa yang memerlukan didikan mu.

Guru Dahulu dengan Guru sekarang sudah berlainan.
Ada segelintir Guru sekarang sudah lari dari perjuangan asal.

Guru Kaunseling DG44 berkata...

yg bagi insentif itu kerajaan Malaysia, bukannya parti Barang Naik, cikgu pencen diatas sila sedarkan diri tu.. Ada segelintir guru yg x sokong BN? poodah...

kalo cikgu pencen yg duk bwh tempurung tu nk tahu, guru sekarang bukannya golongan bodoh utk dicucuk hidung oleh Umno sprti dulu.

Guru pencen pernah x pi meeting UMNO cawangan/bahagian? betapa cercaan, cacian dan makian yg ditujukan pada org2 Cina dan India itu seolah2 merekalah pejuang bangsa yang sejati, tapi bila keluar meeting UMNO masuk meeting BN, pusing 180 darjah, buat2 cerita pasal perpaduan kaum, 1Malaysia dll.. parti penipu rakyat seperti UMNO lah yang selama ini mnyebabkan perpecahan kaum.

Tolaklah BN, kami penjawat awam bersedia mencuba kepimpinan baru, kami dah jelik dgn permainan UMNO selama 50 tahun, yang mengkayakan golongan elit dan mengabaikan golongan marhein seperti kami.

Tanpa Nama berkata...

"Ada segelintir Guru sekarang sudah lari dari perjuangan asal."

Apa perjuangan guru yang asal? mendidik supaya anak bangsa menyokong parti politik ke?

Bukan ke tugas guru yang asal adalah mendidik? mengajar supaya anak bangsa BIJAK MENILAI..jangan org terjun longkang..maka kita pom ikut sama..

Tanpa Nama berkata...

Malangnya rakyat malaysia,selalu diperbodohkan kerajaan skrg ni iaitu BN...tak salah kalau kita pilih parti lain...asalkan parti itu prihatin dan dapat membantu kita...jangan lihat pada satu sumber sahaja iaitu TV3 dan utusan malaysia..harus cari alternatif lain utk mendapatkan maklumat dan pasa masa tu baru buat penilaian.

hasmi berkata...

jgn sokong PAS, kami Puteri dh meluat tgk tudung labuh yg x ikut peredaran zaman

harap BN menang di Tenang, dan semua PA perlu diberi taraf pengundi pos agar hanya boleh mengundi BN sahaja

Tanpa Nama berkata...

cik hasmi oii...pasal pa tudung labuh jadi isu nih...aku tengok banyak anak pompuan(tah dara tau tak) orang BN nih tudung tak cukup kain atau tak pakai langsung jauh lebih kuno kerana dalam aga dah ajar tuutp aurat...tapi dedah aurat jugak...aku orang BN gak...tudung tu sepatutnya jangan dijadikan isu...buat malu orang BN aja...jangan jadi bodoh pasai iri hati kat orang yang lebih pandai menjaga aurat...

Tanpa Nama berkata...

Sarung tangan pun jadi isu...bengong..

Tanpa Nama berkata...

Habis duit bayar kepada GSTT. Kalau dah tahu minat cikgu...mohon waktu SPM sudah.

Tanpa Nama berkata...

tanya rosmah kenapa dia tak pakai tudung untuk menutup aurat..

Tanpa Nama berkata...

Apa yg aku difahamkan.....

Dasar Pas adalah Islam rujukan Pas al Quraan dan Hadith, seruannya Allah hu Akbar, siapa nak ikut boleh ikut tak ikut nak sokong pun boleh,

Dasar perkauman tiada di dalam Pas kerana nabi sendiri tidak mengaku siapa yg berjuang atas dasar perkauman, fikir2kan lah

sebab tulah adanya sorga dan adanya neraka

haditk menyebut antara laiannya, Siapa yg ikut jalan yang ditunjukan oleh Alquraan dan Sunnah dia akan selamat

Tanpa Nama berkata...

memang benar guru pencen meyebut guru dulu lain guru sekarang lain,

kerana guru dulu mereka kurang terdedah dengan maklumat mereka hanya berpegang kpd surat khabar utusan atau berita harian dan tv, sementara guru sekarang mereka dah dapat ekses maklumat dengan mudah dan sukar nak diperdayakan dalam semua isu yang berlaku.

sebabtulah kita lihat apa yg berlaku di Tunisia dan Mesir mereka sekarang sudah sadar apa yg berlaku dalam kerajaan mereka yg korup dengan mudah melalui face book dan internet

Tanpa Nama berkata...

Kita jangan di permainkan dgn emosi dan retorik saja oleh pemimpin sebaliknya perlu bijak menetukan masa depan kita.

Tahniah pada rakyat Selangor yg bijak menetukan masa depan mereka, Ayer percuma, wang khairat kematian RM2,500, Sumbangan pendidikan utk anak2 ke IPT RM1,000,
dan sama2lah kita nantikan janji baru 100 hari akan hapuskan tol secara beperingkat2, RM500 tambahan pada guru2,bila tol dapat dihapuskan insallah harga barangan akan dapat dikawal kenaikannya,hapuskan rasuah, kajisemua kemasukan pekerja2 asing



Tanpa Nama berkata...
Bagaimana pada mereka yg menyokong BN adakah masih dapat juga kebajikan2 dari kerajaan Selangor,

Jawabnya insallah selagi dia sebagai rakyat negeri Selangor mereka masih berhak mendapat kebajikan tersebut.

Ooh kalau benar begitu terynata inilah kerajaan yg benar2 perihatin akan kebajikan rakyat, negeri kaya dapat dikecapi oleh rakyat juga, inilah tanda mereka yg bijak.

Tanpa Nama berkata...

pembangkang yang dipercayai...memang tak sedar di untung...
pendidik yang penyokong pembangkang ni banyak menghasut dari mengajar..

BEBAS berkata...

bincang pasal isu pendidikan..tapi ramai yang bagi komen macam tidak ada pendidikan......manusia dengan politik memang tidak dapat dipisahkan. kita rakyat malaysia kena faham pelembangaan negara,,sistem demokrasi dari rakyat untuk rakyat,,raykat bebes memilih pemimpin mereka menetukan kerajaan mereka..rakyat berhak memilih...dan guru terdiri daripada rakyat yang bebas dan merdeka yang berhak dan mepunyai hak seperti mana yang terkandung dalam pelembagaan negara. guru bukanlah hamba kepada golongan yang tertentu yang terikat dengan arahan dari paihak tertentu untuk menentukan siapa yang layak berada diatas...tetapi guru bebas untuk membuat pemilihan mereka sendri berdasarkan pandangan mereka....deokrasi beb,,mana leh paksa2 suka ati guru lah nak undi mana2 pun.....harap sebelum bercakap tentang politik,,kita stdy dulu tentang politik dan jenis-jenis2 sistem pemerintahan..terutaya demmokrasi,,faham dulu apa itu demokrasi baru boleh nak bercakap tentangnya....lau x faham gak cuba tanya guru pengajian am...kT SEKOLAH MASING2

rakyat kecewa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rakyat kecewa berkata...

guru 1Malaysia:"dibawah BN semua masalah guru diselesaikan"
kepala hohotak kau masalah guru diselesaikan..aku sampai sekarang x posting lagi pa hal..mcm2 dasar diwujudkan.cakap jer yang kepimpinan sekarang ni dah xder duit. menghabiskan pada perkara yang x berfaedah. cakap nak mengampu jer tanpa pikir..UMNO la yang hampir huru harakan rakyat.menjahanamkan kebajikan rakyat..apa kes.ramai guru GST yang tak dapat posting.rezeki orang jangan dipolitikkan..

Tanpa Nama berkata...

"Rakyat Kecewa". Saya sarankan anda kerja sendiri je. Buat pe keje dengan kerajaan kalau dah benci. Tok Guru Haji Hadi pernah kata duit gaji kerja dengan kerajaan ni haram. Kalau kerajaan buat kerja takde faedah dan membazirkan duit, salah satunya adalah dengan bagi saudara posting. Rezeki di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Bawa bersabar la sikit. Marah dekat orang macam orang tu yang kena bagi anda rezeki.