SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

16 Januari 2011

UTUSAN GANTUNG KERJA PRESIDEN NUJ

Malaysiakini
15/1/2011





Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan digantung kerja mulai Isnin ini hingga proses siasatan dalam oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media selesai.


“(Saya) dah kena gantung kerja tak boleh pergi pejabat lagi dan tak boleh keluar dari rumah,” tulis Hata dalam SMS kepada Malaysiakini, pagi ini.

NONEHata enggan mengulas lanjut tetapi menghantar Malaysiakini sesalinan surat penggantungan kerja yang bertarikh 11 januari lalu.

“Setelah mengambilkira keadaan sekeliling dan keseriusan dakwaan salah laku tuan, maka Syarikat akan menggantung perkhidmatan tuan bermula dari 17 Januari 2 011 hingga proses siasatan dalaman terhadap tuan selesai,” petik surat yang ditandatangani oleh pengurus besar, jabatan sumber manusia, Utusan Melayu.

Menurut surat itu lagi, sepanjang tempoh penggantungan kerja, Hata tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis Utusan Melayu kecuali jika beliau dikehendaki hadir untuk memberi penjelasan atau mendapat kebenaran pihak syarikat terlebih dahulu.

Berada di tempat boleh hubungi

“Sila maklumkan kepada syarikat alamat terkini surat menyurat serta nombor telefon kediaman dan telefon bimbit sebelum tuan meninggalkan kawasan syarikat kepada ketua jabatan tuan.

azlan“Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,” petik surat itu lagi.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan sepanjang tempoh berkenaan Hata akan mendapat gajinya ataupun tidak.

Siasatan dalaman ke atas Hata dijadualkan bermula pada Isnin ini, jam 10 pagi.

Sebelum ini, Hata diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

14 ulasan:

mastura, E17, PJ berkata...

Saya berpandangan eloklah beliau digantung, sebagai rakyat malaysia kita perlu mematuhi arahan kerajaan dan menyokong UMNO, mana boleh biarkan pengkhianat negara ni dr mnyebarkan fahaman membantah UMNO, itu x kena dgn adab tata susila org2 Melayu.

Tanpa Nama berkata...

perkara mcm ni pun bole publish kat blog ceupacs ke... dia kakitangan awam ke?

Tanpa Nama berkata...

G mampos la utusan....berat sebelah.

Tanpa Nama berkata...

hoi Mastura patuh membabi buta itu nama penjilat nama nya.

Bukan melayu berkata...

Mastura E17 (17 aje, rendah jawatannya...maklum la),

Adab tata susila membabi buta tu lah yang melemahkan oang Melayu. Senang sangat ditipu dan diperalatkan.

Tanpa Nama berkata...

Buat mastura saya menyokong kenyataan Mastura tu sebab UMNO adalah pemegang saham yg terbesar di Utusan Melayu, jadi disebakan makan gaji disana maka kena ikut perintah UMNO walaupun profesinal wartawan terpaksa diketepikan,

Tetapi sebagai kakitangan kerajaan kita tidak dibenarkan melakukan kerja parti seperti aku janji samada membuat keraja untuk UMNO atau BN diwaktu bekerja adalah salah, dan boleh diambil tindakan tata tetib, kerana menyalahi ethika penjawat awam.

Kalau benar sayang dengan UMNO mereka boleh berhenti kerja atau letak jawatatan dan buat kerja parti sepenuh masa

Tanpa Nama berkata...

sesiapa yg mengutuk 'utusan' tu pikirlah baik2.....sy tak rasa 100% pekerja adalah penyokong kerajaan..sepertimana kakitangan awam....diblog ni pun dah tau...kalau utusan tutup sapa yg nak bagi makan anak bini... tak kira lah penyokong or penentang.... pikir2 lah....org yg mcm nih la biar cepat mampus....

Tanpa Nama berkata...
G mampos la utusan....berat sebelah.

Ahad, Januari 16, 2011 3:00:00 PM

kalu kerajaan bertukar tangan....kita sebagai PA tak ada kesan apa2..... ingat lah org lain...

Tanpa Nama berkata...

Mastura,E17
Woi pegi tanding di TENANG baru tau lu sape. UMNO mane nak ambik kau tanding.....

kefifitan berkata...

kalu kerajaan bertukar tangan....kita sebagai PA tak ada kesan apa2..... ingat lah org lain...
------------------------------------
kalau kerajaan bertukar tangan,semua rakyat malaysia akan dapat kebaikan x kira orang tu UMNO ke, PAS ke, DAP ke, MIC ke, MCA..drpd sekarang ni,UMNO perintah,tp orang UMNO je la yg dpt untung..tu pun orang atas2..orang yg kt kg tu,dok sokong je pumpang2,tp dpt kain batik je ler..

ada org ckp, "belum tentu PR dpt memerintah dgn baik..jgn gadaikn masa dpn kita"..tp hakikatnye, zaman UMNO sekarang ni pun dh teruk..kite kene berani buat perubahan..org melayu ni mundur sbb suka sgt patuh dgn UMNO membabi buta..

PTD Cerdik berkata...

aku kerja kt negeri selangor..mne boleh sokong UMNO..haram nnt..sbb kene 'patuh' kerajaan yg memerintah..xgitu mastura??

Tanpa Nama berkata...

Untuk mengetahuan semua....sebagai kakitangan PA kami tak pernah menyalahgunakan kemudahan elaun baju yang telah diberikan kepada kami....walaubagaimanapun elaun baju tahun 2010 kami langsung tidak dapat di Hospiatal Sultanah Bahiyah...kononnya peruntukkan untuk lain tiada..so elaun baju tal layak dapat...untuk tahun 2011 pula pekeliling telah mentapkan elaun sebanyak RM690 layak diberi...namun kami hany mendapat sebanyak RM300...sekiranya kami menunutut lebih daripada itu..tindakan tatatertib akan dikenakan...tahukan wahai pengarah HSB,Alor Star,Kedah bahawa upah jahitan sepasang uniform telah pun meningkat dengan mendadak sama sekali...tak percaya cubalah puan sendiri yang pergi upah untuk jahit uniform....kami terpaksa menambah duit sendiri untuk menampung elaun jahitan..bahkan bukan itu sahaja...kasut dan tudung untuk tahun 2011 pun tiada....saya amat berharap pihak yang sepatutnya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tentang hal ini....jangan dipandang ringan...kemana menghilang duit elaun kami..sedangkan hospialtal lain disekitar kedah dan perlis mandapat elaun sebanyak RM690.....

baik boleh jadi jahat berkata...

assalamualaikum,kepada semua ptj mintak tolong sangat2 lah supaya menjelaskan elaun jahitan kami yang belum lagi di terima. buat pengetahuan tuan kami penjawat awam dari pelbagai gred masih ada yang tidak terima elaun jahit. bila kami pakai uniform duit sendiri ketua jabatan melenting tak ada intergeriti n displin tak pasal2 kna catat dalam buku servis masa depan siapa yg teruk kami jgk. tolong lah yer kasihan ni kami.

penjawat awam berkata...

kerajaan bantu penjawat awam yg gred rendah bagi elaun jahit baru, dlm masa yg sama golongan PENTADBIRAN main2 kan kami. salah ke kalau kami guna duit elaun tu sebagai ganti duit kami beli uniform guna sendiri, maklum ler dekat DUA tahun menanti elaun jahit tak kunjung tiba. lagi DUA bulan nak tutup akaun jd klu x dapat tahun ni cipta rekod ler penjawat awam mcm kami beli uniform sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Saya nak beritahu kenyataaan sebenar jikalau pada PRU 13 ni Pakatan Pembangkang menang akan yang akan mereka ubah nanti.
1.Akan cuba mengubah perlembagaan hak-hak kaum Bumiputera akan di buang.
2.Berapa banyak syarikat GLC milik kerajaan diakan di ambilalih dan mengantikan CEO yg ada.
3.Kepentingan aset syer yang ada di Felda akan terhakis.
4.Tanah-tanah yang terdapat di negeri-negeri akan di berikan status pajakan geran 99 tahun dan ujudnya kampung baru.
5.Aset yang ada di Amanah Raya hak-hak orang islam akan dibahagi-bahagikan sama rata kpd semua bangsa-bangsa.
6.Perebutan kuasa dalam Kabinet porfolio-porfolio penting spt Timbalan PM,Pertahanan,Menteri Dlm Negeri,Kewangan dll.
7.Pembangunun Kampung Baru,Iskandar Johor,Tanah-tanah wakaf.
8.sekarang pun bahangnya sudah terasa di pulau pinang macam-macam yang tak terlintas dah terjadi itu baru sikit.sama-sama lah kita tunggu nanti akibatnya.
9.Mereka tahu orang melayu boleh di beli dan disogok dengan wang dan janji-janji manis.
10.Nak harap pada parti PAS sori jangan londehkan jubah di sudahlah.

11.Untuk pemimpin PKR pula Ina Lillah Wa Innalilah Hirro JiUN.Liwat akan berleluasa di klalangan org kita.