SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

18 Januari 2011

TAHNIAH DATO' HJ OMAR HJ OSMAN PRESIDEN CUEPACS MENERIMA PINGAT KETUA PENGARAH

Media Cuepacs
18/1/2011



Putrajaya: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengadakan Perbarisan Tahunan 2011 pada hari ini bertempat Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lebuh Wawasan Prisent 7, Putrajaya. YAS Dato' Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim Ketua Pengarah menerima tabik hormat.Genap 79 hari Ketua Pengarah mengambil alih tampuk kepimpinan Bomba.

Kini anggota Bomba melebihi 12,000 warga yang berdisiplin di 258 buah balai diseluruh pelusuk negara. Ditambah dengan lebih 350 buah pasukan Bomba sukarela dengan keanggotaan seramai 13,000 orang. Kita sebenarnya mempunyai seramai 25,000 orang di 698 lokasi.

Tiga teras perkhidmatan jabatan iaitu memadam kebakaran (Fire-Fighting), menyelamat dan Keselamatan kebakaran (Fire Safety). Dalam pemadaman kebakaran prinsip R.E.C.E.O iaitu R untuk rescue, E untuk exposure, C untuk confinement, E untuk extinguishment dan O untuk overhaul.

Pada tahun lepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menghadiri sejumlah 55,529 panggilan kecemasan, iaitu kebakaran dan menyelamat. Ianya merupakan penurunan sebanyak 2% berbanding tahun 2009. Kerugian akibat kebakaran telah menurun sebanyak 50% iaitu dari 1 billion ringgit pada 2009 kepada 500 juta ringgit pada tahun lepas. Ini merupakan penjimatan sebanyak 500 juta ringgit.

Bahagian penyiasatan kebakaran telah mengadakan dua (2) memorandum persefahaman (MoU) dengan dua (2) buah Universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada tahun ini dijangka satu lagi memorandum akan dimeterai bersama dengaUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang yang sama. Bidang forensik kebakaran.

Kemudian Ketua Pengarah menganugerahkan Pingat Kebesaran Jabatan iaitu Pingat Ketua Pengarah kepada Dato' Haji Omar bin Osman Presiden Cuepacs Malaysia.


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haiya..sulah dapat latok aa. Kelija jangan macam mangkok. Mau mintak bonus misti betut2 mintak kasi lapat. Ini dapat latok itu pungkok juga lu ala cium... talak bagus itu macam la kawan.

Tanpa Nama berkata...

Gaji.....gaji.....gaji.....gaji.....gaji.....gaji.....gaji.....gaji.....gaji.....gaji kenapa tak nai-naik lagi ........gred....tak sama taraf...........harap pingat aje tak guna tak boleh menyubangkan periuk nasi orang...........

Latuk omat berkata...

Pakai baju pun tak ikut adat omputeh, tali leher kat luar kot. Buat malu punya latuk

Tanpa Nama berkata...

bila la N17 nak dinaik ke N41 seperdi diwarwarkan tahun lepas? senyap aje

Raja Anaz berkata...

salam Dato' :bila gamakya nak diberi peluang macam Jururawat/Pen.Peg.kesihatan Persekitaran U32 naik tinggi-tinngi sehingga Gred U54 kalau terutama yang baru tamat belajar Ijazah automatis semacam guru terus ke DG41 dan sebagainya..

Tanpa Nama berkata...

Salam,Tahniah Y.Bhg Datuk Omar Osman dan teruskan pejuangan mu.....Jangan peduli apa orang lain nak kata,

Tanpa Nama berkata...

salam datuk,saya nak tanya sikit,kenapa alaun-alaun sektor awam tidak diselaraskan sama rata,contohnya elaun sabah sarawak dan cola,lain jabatan dan lain jugak lah bayaran elaunya?

pali berkata...

apa pun terima kasih... janji gaji naik... tapi kalu boleh... gred gaji buat la macam cikgu.... 8 tahun naik gred.... tidak pun 5 tahun... terima kasih dato'..

Tanpa Nama berkata...

SBPA, lebih banyak yang akan jadi kaki kipas.orang yang betul-betul rajin silap-silap makan hati.pengurus boleh salah guna kuasa,Ego mereka makin tinggi....fikirlah...jangan sbpa jadi SISTEM BODEK PEGAWAI ATASAN..

Tanpa Nama berkata...

kepercayaan rakyat terhadap kerajaan kian terhakis..

Tanpa Nama berkata...

Salam....knp jadi mcm ni...knp dh umumkan pada semua lastminute tangguhkan....x kesian kat kami ke dh buat plan nk beli rumah ke...beli kete baru ke....harap sgt....... dpt selesaikan cpt2 mslh ni....kalo dok main2 mcm ni jgn mrh ye kalo ade kakitngan awam buat kje main2.....

Tanpa Nama berkata...

Golongan guru mcm saya yang dilantik zaman SSB nampaknya akan rugi besar kerana dari DG 44 ke DG 48 di bawah SBPA perlukan masa 8 tahun dalam DG 44 dan 8 tahun DG 41. Sebaliknya dalam SSM DG41 + DG44 = 20 tahun. Mcm saya ni yg dah 14 tahun dlm DG41 sia-sia saja 6 tahun dlm DG41 bila tukar ke SBPA.Ini sangat tak adil. Patutnya 16 tahun dari DG41 + DG44 bukannya 8 + 8 spt skrg. saya kena tunggu 22 tahun untuk ke DG48 jika dalam SBPA.ramai lagi yang senasib dengan saya. di sekolah saya saja lebih 10 org menjadi mangsa SBPA yang telah berkhidmat 20 tahun(14 thn DG41 dan 6 thn DG44). Harap CUEPAC perihatin akan hal sebegini semasa mesy dgn JPA nanti. Tks

haslia hassan berkata...

salam 1Malaysia dan salam jumaat Dato' Seri..saya sedih dengan tindakan johor corporation dan juga kerajaan negeri johor yg tidak ambil berat dengan pesara perkhidmatan awam. bapa saya seorang pesara gred AB iaitu dibawah tanggungan kerajaan negeri. baru2 ini, bapa saya dimaklumkan oleh pihak jcorp dan juga kerajaan negeri johor yg mana bukan bidang kuasa mereka untuk mendapatkan tempat rawatan dialisis. inikah nasib yg sepatutnya diterima setelah lebih 27thn berkhidmat untuk kerajaan negeri johor??..sy rs kalaulah pusat dialisis ehsan masih juga tidak mahu memberikan rawatan dialisis kepada bapa sy, bole mati bapa sy..kos kaki palsu pun dikatakan sebagai kutipan dana yg diberikan oleh jcorp, itu pn tidak termasuk kos silikon yg dpt mengurangkan kesakitan kaki ketika memakainya..berapa sgtlah pencen yg diterima oleh bapa sy..kami semua sedih dan terkilan yg tak terkata dengan tindakan kedua-dua pihak ini yg buat bapa sy seperti bola yg senang ditendang ke sana ke sini..cubalah letak diri anda ditempat bapa saya...

haslia hassan berkata...

salam 1Malaysia dan salam jumaat Dato' Seri..saya sedih dengan tindakan johor corporation dan juga kerajaan negeri johor yg tidak ambil berat dengan pesara perkhidmatan awam. bapa saya seorang pesara gred AB iaitu dibawah tanggungan kerajaan negeri. baru2 ini, bapa saya dimaklumkan oleh pihak jcorp dan juga kerajaan negeri johor yg mana bukan bidang kuasa mereka untuk mendapatkan tempat rawatan dialisis. inikah nasib yg sepatutnya diterima setelah lebih 27thn berkhidmat untuk kerajaan negeri johor??..sy rs kalaulah pusat dialisis ehsan masih juga tidak mahu memberikan rawatan dialisis kepada bapa sy, bole mati bapa sy..kos kaki palsu pun dikatakan sebagai kutipan dana yg diberikan oleh jcorp, itu pn tidak termasuk kos silikon yg dpt mengurangkan kesakitan kaki ketika memakainya..berapa sgtlah pencen yg diterima oleh bapa sy..kami semua sedih dan terkilan yg tak terkata dengan tindakan kedua-dua pihak ini yg buat bapa sy seperti bola yg senang ditendang ke sana ke sini..cubalah letak diri anda ditempat bapa saya...