SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

10 Januari 2011

2,000 DITAMATKAN BUKAN PRA

Utusan Malaysia
Oleh HAMDAN TAWADI
pengarang@utusan.com.my
10/1/2011



BATU PAHAT 9 Jan. - Dakwaan bahawa Kementerian Pelajaran yang menamatkan kontrak kira-kira 2,000 pekerja rendah awam (PRA) di bawahnya adalah sesuatu yang kurang tepat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menjelaskan para pekerja tersebut sebenarnya bertugas di dalam perkhidmatan yang telah diswastakan oleh kementeriannya seperti pengawal keselamatan, penyediaan makanan dan pembersihan.

"Apa yang berlaku adalah syarikat yang mendapat kontrak penswastaan itu tidak dilanjutkan tempoh kontrak atas sebab-sebab tertentu termasuk gagal menepati kualiti dan piawaian ditetapkan.

"Apabila kontrak syarikat ini tamat dan tidak dilanjutkan, secara tidak langsung, pekerja-pekerja juga kehilangan kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.

Pada program itu, Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat dan Ketua UMNO Bahagian menyampaikan sumbangan makanan kepada 125 penduduk kurang berkemampuan di kawasannya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 34 murid sekolah rendah dan sembilan pelajar sekolah menengah.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ayub Jamil bersama Naib Ketua UMNO Bahagian, Ja'affar Hashim dan Pegawai Daerah, Norizan Kulob.

Mohd. Puad bagaimanapun berkata, bagi menangani masalah pekerja-pekerja itu, pihaknya meminta mereka memohon kekosongan jawatan dalam kementeriannya berdasarkan kelayakan.

"Kita akan beri keutamaan kepada pekerja-pekerja ini dengan syarat memenuhi kelayakan ditetapkan. Permohonan juga boleh dibuat menerusi online," katanya.

Beliau turut menyarankan agar pekerja-pekerja tersebut memohon pekerjaan dengan syarikat baru yang menggantikan syarikat lama ekoran tidak dilanjutkan tempoh kontrak.

"Saya juga menyarankan agar syarikat yang mendapat kontrak ini memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja ini kerana mereka mempunyai pengalaman," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membantu kira-kira 10,000 bekas pekerja kontrak yang tidak dilanjutkan tempoh perkhidmatan mereka dalam sektor awam sejak hujung tahun lalu.

Dianggarkan kira-kira 2,000 PRA di bawah Kementerian Pelajaran ditamatkan kontrak bermula 31 Disember lalu sementara ramai lagi menerima nasib sama di peringkat agensi atau pejabat negeri-negeri.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perdana menteri dipohon supaya meneliti rintihan semua penjawat awam kontrak dalam semua skim dan gred dipelbagai agensi dan jabatan.

bantulah mereka.

berikanlah mereka sinar yang mampu membuat mereka tidur lena selagi kudrat masih ada.

insya-allah doa-doa mereka ini akan dimakbulkan allah.

kepada saudara dan saudari yang memandang hina mereka ini, berhentilah.

rezeki anda juga belum pasti dapat dirasai sepenuhnya. allah lebih mengetahui nasib dan masa depan kita.

langit tidak selalunya cerah..

Tanpa Nama berkata...

yerlah..... kita perlu terus bg sokongan kpd mereka. bg depa semangat! sabarlh allah akan tolong

Tanpa Nama berkata...

Saya ingat Timbalan Menteri Pelajaran tak faham pekerja Kontrak dengan Swasta, saya harap Bahagian Sumber Manusia (KPM) tolong jelaskan hal sebenar.

2bz4money berkata...

Sukacita mereka yang telah ditamatkan kontrak, adalah dijemput untuk menghadirkan diri di pejabat Buruh berdekatan bagi berdaftar sebagai pemohon pekerjaan. Bagi yang tiada kemampuan boleh juga membuat kerja-kerja ringan di rumah seperti mengasuh anak-anak ibu/bapa bekerja dll. Kita tak perlu lagi mengimpot pembantu rumah asing.

Tanpa Nama berkata...

isu pegawai kontrak masih tak selesai sampai la ni. dulu kopeks kata dalam tahun 2010 takdak lg pegawai kontrak tp makin bertambah2..

kopeks hanya berani dalam akhbar, jumpa pm terus tergamam. hahahahaha!

Tanpa Nama berkata...

korang ckp senang la,yg tggung mereka2 yg kontrak tu. keja susah nk dpt, bukan nk memilih.

cuba korang keja toreh getah kt kampung, msti tak nak kn? kenapa tak nak? noreh getah tu keje jugak. so mcm tu lah yg kontrak, mereka pun tak memilih sgt.

Tanpa Nama berkata...

dgn segala hormatnya dicadangkan kakitangan dan pegawai kontrak tubuh kesatuan baru khas untuk penjawat awam kontrak shj, setuju tak?
ini lebih berkesan dalam menyuarakan hasrat tuan2 dan puan2 khususnya jika tuan2 puan2 diberhentikan secara "tidak berhemah".
satu lagi, skim kontrak ini sebenarnya umpama senjata makan tuan kepada kerajaan. so, serapkan mereka semua ke dalam jawatan tetap.

Che Gayah binti Senapi berkata...

jika ingin diserap, sebaiknya mereka perlu diwajibkan menjadi ahli Umno terlebih dahulu, kami di ofis ni dah berbulu mata tgk ramai sgt cikgu2 dan pegawai graduate yg x sokong Umno. Buat juga perjanjian, jika mereka tidak pangkah Umno masa pilihanraya, kita perlu pecat mereka.

Tanpa Nama berkata...

hai che gayah, kalau mereka diserap confirm mereka semua pangkah kerajaan kerana dh tolong panjangkan rezeki mereka sekeluarga.. so kerajaan ambillah peluang serapkan 50,000 kakitangan dan pegawai kontrak tu.. tak rugi.. klau pembangkang jd kerajaan nanti, pegawai2 kerajaan akan pangkah bn pulak selaku pembangkang.. 2x5 lah tu... tak rugi beb..

Tanpa Nama berkata...

hai che gayah, kalau mereka diserap confirm mereka semua pangkah kerajaan kerana dh tolong panjangkan rezeki mereka sekeluarga.. so kerajaan ambillah peluang serapkan 50,000 kakitangan dan pegawai kontrak tu.. tak rugi.. klau pembangkang jd kerajaan nanti, pegawai2 kerajaan akan pangkah bn pulak selaku pembangkang.. 2x5 lah tu... tak rugi beb..

Tanpa Nama berkata...

hai che gayah, kalau mereka diserap confirm mereka semua pangkah kerajaan kerana dh tolong panjangkan rezeki mereka sekeluarga.. so kerajaan ambillah peluang serapkan 50,000 kakitangan dan pegawai kontrak tu.. tak rugi.. klau pembangkang jd kerajaan nanti, pegawai2 kerajaan akan pangkah bn pulak selaku pembangkang.. 2x5 lah tu... tak rugi beb..

Tanpa Nama berkata...

hai che gayah, kalau mereka diserap confirm mereka semua pangkah kerajaan kerana dh tolong panjangkan rezeki mereka sekeluarga.. so kerajaan ambillah peluang serapkan 50,000 kakitangan dan pegawai kontrak tu.. tak rugi.. klau pembangkang jd kerajaan nanti, pegawai2 kerajaan akan pangkah bn pulak selaku pembangkang.. 2x5 lah tu... tak rugi beb..

Tanpa Nama berkata...

hai che gayah, kalau mereka diserap confirm mereka semua pangkah kerajaan kerana dh tolong panjangkan rezeki mereka sekeluarga.. so kerajaan ambillah peluang serapkan 50,000 kakitangan dan pegawai kontrak tu.. tak rugi.. klau pembangkang jd kerajaan nanti, pegawai2 kerajaan akan pangkah bn pulak selaku pembangkang.. 2x5 lah tu... tak rugi beb..

Tanpa Nama berkata...

jadi ahli umno pun masih x diserap lagi macam mana?..dah la x dpt minyak masak free....ketua cawangan sapu duit utk ahli-ahli cawangan mcm mana?

Tanpa Nama berkata...

http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces

Air Mani berkata...

saya cadangkan gaji gred 17 dimula dengan basic RM2000, P&P mula dengan RM2100. adil x kawan2?

Tanpa Nama berkata...

Cara penyelesaian pegawai kontrak adalah mansuhkankan jawatan pegawai kontrak bagi semua jawatan baru dgn digantikan dgn kerja gji hari saja kpd yg berminat isilah jawatan tersebut dan tahu taraf jawatan itu anda perlu faham sebelum pohon

Tanpa Nama berkata...

100,000 jawatan belum terisi


2011/01/12
SEREMBAN: Sebanyak 100,000 peluang pekerjaan di pelbagai bidang dalam sektor kerajaan dan swasta di seluruh negara yang ditawarkan melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my belum terisi sehingga kini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata kekosongan itu disebabkan graduan atau pencari kerja terlalu memilih dan berpendapat pekerjaan ditawarkan itu tidak menepati minat mereka. “Terdapat 39,000 majikan mengiklankan 100,000 kekosongan jawatan di tempat masing-masing di seluruh negara tetapi sambutan diterima daripada pencari kerja kurang menggalakkan. “Kebanyakan mereka menunggu iklan peluang pekerjaan lebih baik atau sesuai dengan bidang pendidikan yang diikuti sebelumnya, manakala yang lain pula mungkin belum berminat kerana mahu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya di sini, semalam.

Maznah berkata, statistik pengangguran di negara ini menurun daripada 3.5 peratus pada suku tahun pertama tahun lalu kepada 3.1peratus penghujung Disember lalu.

Tanpa Nama berkata...

Kalau bukan PRA Kerajaan yg ditamatkan kenapa saya ni masih ada lagi kat rumah tak mendapat jawapan penyambungan kerja.Sy ni dah berkhidmat dari 01.03.96 lagi...Tolonglah berikan kepastian yg
sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

che gayah, rahman nayan, senapi....janganlah kamu menjadikan politik sebagai percaturan masa depan kakitangan awam...sekiranya benda ini terjadi...kita akan mengalami keadaaan yang sama seperti Palestin dan negara ISLAM YANG LAIN....percaturan poliik dalam sektor awam akan memusnahkan kredebiliti BN sendiri dalam memperjuangkan demokrasi...sekiranya Black propaganda sebegini digunakan...rakyat pun boleh fikir sama ada nk pilih PR atau BN....macam rakyat kata...ayat paling baik...belum cuba belum tau...kalau PR dah naik...BN pun payah nak naik.....mungkin selamanya jadi pembangkang...saya tahu hampir 60% kakitangan awam terutamanya Melayu memandang sinis BN kerana kebodohan melaksanakan apa yang PM Mahathir lakukan...dengan menggunakan akal Mahathir...BN akan maintain menang dan bukan sytle kuku besi atau KOMUNIS macam ini...memaksa rakyat menyokong politik pemerintah adalah jauh lebih teruk dari PKM( Komunis)...sekian