SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 April 2013

157 PEGWAI TADBIR AGAMA NAIK GRED

Utusan Malaysia
19/4/2013


JERAI 18 April - Sebanyak 157 pegawai tadbir agama daerah (PTAD) bakal menikmati kenaikan gred setelah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju menambah baik gred perjawatan PTAD di seluruh negara.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, proses menaik taraf gred itu melibatkan dua model berdasarkan beberapa kriteria.

"Setelah sekian lama PTAD berada dalam perjawatan sedemikian, JPA meluluskan peningkatan perjawatan baharu berdasarkan dua model," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pengurusan Hal Ehwal Islam di Gurun, di sini hari ini.Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Datuk Noh Dahaya. 

Jamil Khir berkata, model pertama terdiri daripada seorang pegawai yang memiliki gred S48 dibantu petugas gred S44, S41, S38 dan S32 manakala model kedua terdiri daripada seorang pegawai gred S44 dibantu petugas gred S38, S32 dan S27.Tambahnya, lima kategori diambil kira bagi pemilihan model tersebut termasuk bilangan penduduk Islam sesebuah daerah, bilangan urusan nikah, cerai dan rujuk serta kaunseling yang dijalankan.

Turut diambil kira, jelas beliau, bilangan aduan, aktiviti penguatkuasaan dan kertas siasatan yang dikendalikan, bilangan masjid, surau, sekolah agama yang dipantau dan tanah perkuburan serta keluasan sesebuah daerah.Beliau berkata, proses menaik taraf gred perjawatan PTAD akan dilaksana dalam masa terdekat dan secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang kerjaya dan petugas baharu.Menurutnya, jumlah PTAD sebanyak 157 orang ketika ini juga dijangka meningkat kepada 388 orang selepas penaiktarafan dijalankan.
"Ini belum termasuk Sabah, Sarawak, Perlis dan Wilayah Persekutuan, saya yakin kalau ditambah negeri-negeri ini, jumlah keseluruhan petugas yang mengisi jawatan PTAD melebihi 500 orang.

"Perkara ini akan dilaksana secepat mungkin sebaik sahaja diluluskan cuma untuk mengharmonikan, kita minta yang senior diutamakan dahulu untuk mengisi perjawatan di daerah besar, namun masih ada ruang untuk mereka yang cemerlang," katanya.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

senang jer diaorg naik gred....yg juruteknik dh lebih 30 tahun masih dok kaji lagi

Tanpa Nama berkata...

memg pn senang2 je..klu juruteknik x habis2 duk kaji, kaji, kaji....lama2 apa pn x de....agaknya sampai kiamat kot duk nak kaji...

Tanpa Nama berkata...

juruteknik???? hmmmm ini semua poyooo

Tanpa Nama berkata...

kaji terus kaji sehingga ke kubur...

Tanpa Nama berkata...

gred ni dah kaji sejak dari british masuk tanah melayu lagi..
korang juruteknik kena tunggu lagi 88tahun baru boleh naik gred..

Tanpa Nama berkata...

ini kalilah..

Tanpa Nama berkata...

saya rasa kerajaan buta mata dan buta hati.

Tanpa Nama berkata...

guana pulok pegawai tadbir senyap-senyap naik gred,gred juruteknik j17 naik ke j29 sampai 30 tahun duk kaji lagi.doh guana kerajaan ke nak suruh gred juruteknik tukar kerajaan ke?.

Tanpa Nama berkata...

Bila depa naik gred tu? 1 Julai ni ke?

Tanpa Nama berkata...

meluat duk kaji x habis2...x payah mengharap..sbb gred lain yg x payah kaji, senang2 je naik....

Tanpa Nama berkata...

tahniah, juruteknik2 jgn cemburu.. Itu rezeki depa, lapangkan dada sambil mengeluar jari tengah

Tanpa Nama berkata...

yang ni saya setuju sangat haha walaupon saya bukan tergolong dari mereka...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah...

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni jawatan mana pula yang akan di upgrade... Perjawatan tertentu semakin ditambah. Contohnya.. Ada Pengarah, Pengarah Kanan, Timb. Pengarah, Timbalan Pengarah Kanan, KPP, KPP kanan etc.. Semua tu utk create jawatan je.. Dia orang juga yg naik. Pegawai peringkat pertengahan yg ada kelulusan x dipeduli....

Tanpa Nama berkata...

assalam...

saya rasa JPA kini sudah hilang arah /tersasar. mungkin sebab di ketuai oleh hanya geng2 PTD, dan bukan golongan2 professional dlm bidang teknikal.
kembali semula perbezaan semasa zaman kita belajar pun ada aliran sastera sains, dekat U pun ada bidang art,akaun, engine,perubatan, sukan dll. yuran berbeza, subjek berbeza. mengikut tahap senang susah atau sukar.
dan dulu2, JPA keluarkan gaji pokok pun tak sama, mana jawatan teknikal tertentu gaji pokoknya kurang dan mana lebih.
tapi sekarang saya rasa semuanya tersasar.

moral yg terpkasa diambil disebabkan kesilapan ini = budak2 zaman sekarang tak perlu belajar subjek susah2 spt kejuruteraan, akaun,perubatan dll sebab gajinya pun sama sahaja dengan subjek sastera atau sewaktu denganya.

natijahnya= satu kerugian dalam bidang sains teknologi kejuruteraan dan lain2. masyarakat makin mundur bukan makin maju.

sekian, pandangan saya yang kurang bijak ini. maaf andai tersilap tulis.

wassalam...

Tanpa Nama berkata...

najip umum pun satu aje ini namanya pilih kasi kalau bole umumlah untuk semua macam pak lah dulu tapi tak pa kami dari peringkat bawah hingga yang tidak di umumkan akan mengundi untuk keadilan kita tukar c botak najip jadi pembangkang pula percayalah ini dah ada semangat untuk tukar kerajaan baru iaitu pm kami anuar ,perhatian kepada najip baca ni kami dalam diam akan menukar kerjaan tetap tukar pm yang bekal jadi pm datuk anuar

Tanpa Nama berkata...

najip kau pe sabah ,tolong ya kami akn memberi kerusi banyak kepada parti star mungkin bn akan tumbang kerana pemimpin sabah dah macam kerbau

Tanpa Nama berkata...

najip bersedia lah kau kemas barang kau sebelum kau kau sekali bersama bn/umno di malukan dalam pru 13 ni kami rakyat dah melaut dengan kamu macam program pun yang kamu buat tu kami akan datang kerana terpaksa tapi kami dalam hati undi kami tetap pembangkang tidak paham lagi wahai najip tolong balas apa kata orang2 bn /umno sayang

Tanpa Nama berkata...

MAKLUMAT PENTING DAN TERKINI:
Semua penjawat awam yang memiliki master,ijazah,diploma tidak akan di lantik ke jawatan baru apabila memohon perjawatan baru oleh panel pengambilan dan temuduga suruhanjaya perkhidmatan negeri-awam,hasil dari pemesyuaratan di kalangan pegawai-pegawai tadbir negeri dan pegawai-pegawai dipolmatik.cth kerajaan negeri johor, perkara ini telah diputuskan bersama oleh pegawai-pegawai tadbir negeri, pegawai-pegawai tadbir diplomatik dan suruhanjaya perkhidmatan awam negeri dan awam.

kami 1.4 juta PA akan memberi undian kami kepada PR pada PRU-13 nie.. PR ke PUTRAJAYA...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah..!! akhirnya Husam Musa penyelamat PA di Putrajaya, jikalau dibandingkan dengan Tengku Adnan, ibarat bumi dan langit,
1. Husam Musa nampak gah, handsome, berkarisma, body language nampak intelektual, educated berbanding dengan Tengku adnan perut boroi, tua ngayut, cakap meleweh, tiada kualiti kepimpinan.
2. Husam nampak ikhlas dalam perjuangan, bersungguh-sungguh membela nasib PA, beliaulah yang mencadangkan perumahan PA di putrajaya berbanding Tengkua Adnan lebih kepada perutnya, mementingkan diri sendiri, tiada idea, lemah permikiran dan badan boyak.
3. Husam Musa berpendidikan agama, nampak kerterampilan boleh memberi kuliah, ceramah agama berbanding tengku Adnan baca Al-Fatihah belum tentu betul, rukun solat tue, tak betul baca fatihah tak sah solat beb..!!
ribuan anak-anak muda di putrajaya telah membantu Husam Musa mengempur kubu BN, BN akan kecundang PRU-13 nie.. ramai golongan intelektual serta org BN yg benci Tengku Adnan akan membantu Husam Musa.. Takbir..!!

TUKANG KANAN R22 B.Sc Computer Science berkata...

nak transformasikan JPA, kena "transformasikan" kerajaan dahulu.


dalam bahasa lain, nak mengubah JPA yang dikuasai secara mutlak atau guna sistem monarki, perlulah diubah kerajaan terlebih dahulu.


barulah polisi berubah. selagi kerajaan itu sahaja, selagi itulah SPA/JPA akan menggunakan sistem monarki dalam perkhidmatan awam, hanya suku sakat mereka sahaja yang boleh mentadbir dan suku sakat mereka sahaja yang akan dilantik.

Tanpa Nama berkata...

sosetiap kali kenaikan atau kajian kenaikan pngkt mesti utk golongan PTD. b/mana bg gred s17 yg time based selama 15 thn utk ke kanan dari zaman british yg x pernh tkr? begitu juga dgn gred2 17 yg lain? sdgkn pd setiap jbtn gred 17 lah penggerak. tanpa kami jbtn tiada penggerak dasar..
septtnya kenaikan pngkt harus bermula dari semua gred krn semua memainkan peranan dalam jbtn.

Tanpa Nama berkata...

PASNI CNFM YG NAIK LAK MEREKA YG BERADA DALAM KALANGAN JUSA... PASTU LAGI 5 THN UMUM LAGI GRED 41 KE ATAS AKAN DIBERI KENAIKAN PNGKT KRN X PERNAH NAIK PANGKAT SBB ZAMAN BRITISH LAGI. ALASAN LAPUK SBB YANG BUAT SEMUA NI JUGA ADALAH TERDIRI DARI GOLONGAN MEREKA JUGA

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS SILA BUAT KAJIAN BERAPA RAMAI KAKITANGAN SOKONGAN YANG MEMPUNYAI IJAZAH DAN MASTERS TETAPI PELUANG KENAIKAN PANGKAT ADALAH TERBATAS...SAYA CADANGKAN AGAR DIBERI ELAUN KHAS KEPADA KAKITANGAN INI BERDASARKAN BEBAN TUGAS YANG DIPIKUL.

Tanpa Nama berkata...

Ko lupa nak masukkan projek kambing, dinar emas, highway dll husam untung berbilion2 laaa.. Hebat tu tapi dlm mimpilah.. Kahkahkah.. Apa projek buat pon x menjadi ada hati nk tawan putrajaya.. Cai makan dedak cm kat atas ni bole la ko kencing... Puihhh

Tanpa Nama berkata...

Thursday, April 18, 2013

Bina Maahad Tahfiz Sains Putrajaya -Husam Musa

Husam Musa...saya datang mahu bersahabat

PUTRAJAYA:Jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara, calon PAS Putrajaya akan mengesyorkan agar dibina satu sekolah Maahad Tahfiz Sains di Putrajaya seperti di Kelantan yang telah berjaya melahirkan tenaga profesional dan pada masa yang sama hafiz al-Quran. Demikian hasrat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam ceramah 'Tawan Putrajaya 2013' malam tadi.

Ceramah menyaksikan beliau merangkap calon PR Putrajya, mengambil peluang bercerita pengalamannya bertemu dan menyantuni masyarakat Putrajaya. Memulakan ceramahnya malam tadi, menarik perhatian lebih 10,000 hadirin dengan bertanyakan "Are you ready for Putrajaya?" sebanyak tiga kali..

Dan dijawab "yes" oleh para hadirin.

Kemudian beliau bertanya pula "Are you ready for BN?", lalu disambut laungan "No" oleh orang ramai yang hadir.

"Kalau begini, menanglah. Siapa kata (Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) tidak boleh dikalahkan," katanya sinis disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Saya datang ke Putrajaya ini untuk bersahabat. Bila saya pergi ke kafetaria, ke surau, ke foodcourt, saya rasa semangat saya memuncak sekali.
"Mereka (kakitangan kerajaan) datang bersalam dengan saya, malah mintak nak ambil gambar dengan saya.
"Saya tanya boleh ke ambil gambar dengan saya ni, nanti saudara-saudari kena tindakan? Mereka jawab apa nak takut, 6 haribulan (Mei) dah kerajaan baru," ceritanya disambut laungan takbir hadirin.

Menurut Husam, beliau juga akan membawa Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menjadi imam solat Jumaat di Masjid Putra jika beliau ditakdirkan menang di parlimen itu pada pengundian 5 Mei nanti.

"Mungkin dua minggu lagi Tok Guru (Nik Aziz) jadi imam, live tv1, tv2, tv3 sampai chanel 20. Minggu kedua Tuan Guru Haji Hadi (Awang), minggu ketiga Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu keempat saya sendiri dan lain-lain.
"Kita nak Putrajaya bukan sebab nak kuasa semata-mata, tapi kita nak buat kebaikan, nak bawa sinar ketakwaan bagi melahirkan kemakmuran," katanya lagi.

Beliau juga berkata, jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara, beliau akan mengesyorkan agar dibina satu sekolah Maahad Tahfiz Sains di Putrajaya seperti di Kelantan yang telah berjaya melahirkan tenaga profesional dan pada masa yang sama hafiz al-Quran.

Pada ceramah itu juga, Husam turut menceritakan perancangannya bagi mengatasi masalah perumahan di Putrajaya termasuklah masalah harga rumah yang tinggi, bilangan rumah yang tidak cukup dan keluasan rumah yang tidak selesa yang sangat mendesak kepada masyarakat di sini.

Ceramah yang diadakan di padang bola sepak di Desa Pinggiran Putra di sini turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Selain beliau, hadir sama termasuk bakal calon PAS bagi Parlimen Sepang Mohamad Hanipa Maidin serta Borhan Aman Shah dari PKR yang disebut-sebut sebagai calon Dengkil. Ceramah malam tadi adalah yang pertama selepas Husam diisytiharkan sebagai calon PAS yang akan bertanding bagi parlimen itu, minggu lalu.(IH)

izzuddin berkata...

Perjawatan Pegawai Tadbir Agama (PTA) bagi sesetengah negeri adalah closed department sprt di PTA di Perak. Ada di kalangan PTA yg dah hampir 20 tahun berkhidmat masih S41. Usaha Y.B Dato Jamil Khir utk menaiktaraf perjawatan PTA ini wajar dipuji dan dicontohi oleh Closed Department yang lain.