SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 April 2013

CUEPACS CADANG SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF MENYELURUH

Bernama
7/4/2013


 
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan Sistem Saraan Transformatif (SST) yang lebih menyeluruh dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi penjawat awam.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata CUEPACS berharap proses penyediaan SST yang meliputi 81 skim perkhidmatan sahaja setakat ini, akan turut meliputi kesemua 289 skim perkhidmatan apabila siap kelak.

"Sebelum ini kita ada cadangan untuk meningkatkan sistem saraan melalui SSBP (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam), namun tak jadi kita balik kepada SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang ditambah baik. Apa yang diperlukan sekarang adalah sistem pengganti SSM bagi membolehkan penjawat awam berkhidmat dengan baik.

"SST (Sistem Saraan Transformatif) yang baru diumumkan merupakan langkah pertama yang baik ke arah ini, namun ia belum merangkumi semua skim perkhidmatan awam. Kita harap pelaksanaan sebuah skim menyeluruh dapat dimuktamadkan dalam tahun ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas manifesto BN, antara lain, menyentuh rancangan kerajaan hendak memperkenalkan Skim Gaji Transformatif (SGT) di bawah SST.

Di bawah SGT, ia termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.

Ketika ini, kerajaan BN telah memperkenalkan dan memperkemaskan gred skim penggajian untuk penjawat awam termasuk kenaikan gaji secara keseluruhan dan beberapa inisiatif baharu yang berjumlah RM2 bilion.

Selain itu, kerajaan turut menyediakan tambahan tiga kali kenaikan gaji tahunan selepas mata gaji mencecah paras maksimum dalam jadual gaji berkuat kuasa 1 Jan 2013.

Omar berkata semakan terhadap setiap gred, nama jawatan dan tangga gaji dalam perhidmatan awam merupakan perkara penting yang memerlukan kajian mendalam bagi membentuk sebuah sistem saraan mampan yang mampu memastikan perkhidmatan awam berada pada tahap tertinggi selain menjaga kebajikan penjawat awam.

Mengulas mengenai prospek lebih cerah untuk kenaikan pangkat dan pembangunan bakat penjawat awam dalam manifesto itu, Omar berkata perkara ini bakal memberi peluang yang lebih luas kepada penjawat awam yang berbakat untuk naik pangkat.

-- BERNAMA

94 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

first..hehe

Tanpa Nama berkata...

STOP IT! JANGANLAH DUULANG-ULANG SEBUT KERAJAAN BARISAN NASIONAL. KERAJAAN MALAYSIA ADALAH SEBENARNYA. BARISAN NASIONAL ADALAH PARTI POLITIK YANG HANYA DIPILIH SEBAGAI PEMEGANG AMANAH MENJAGA KERAJAAN MALAYSIA. KERAJAAN MALAYSIA AKAN BERUBAH JIKA KITA DITAKLUKI NEGARA ASING. JADI, PERTAHANKANLAH NEGARA KITA YANG TERCINTA.
PILIHLAH ORANG YANG AMANAH TIDAK RASUAH SEBAGAI PENERAJU KERAJAAN MALAYSIA.

Tanpa Nama berkata...

Sama ada tak reti atau pun buat-buat tak reti!

Tanpa Nama berkata...

Soal gaji dan elaun ni, ada tak didetailkan dalam akujanji manifesto bn? Apakah ianya meliputi :

1. time-based kup dipendekkan kepada 10 tahun.

2. imbuhan perumahan dinaikkan agar pemotongan gaji bulanan tidak mencapai 60% daripada jumlah emolumen.

3. cola dinaikkan dan diselaraskan di semua tempat sama ada di bandar atau di luar bandar. cola juga diberi penuh kepada penghuni kuarters.

4. elaun itka dinaikkan memandangkan beban kerja semakin bertambah akibat penkejatan dalam perjawatan.

Tanpa Nama berkata...

wak stuju ajer. janji naik. tak kisah pru13 ke brape mau naik. janji hingga 60 tahun wak kerja lagi.
wak makan gaji. Dapat ribuan. Siapa mau kasi kalau tidak kerajaan BN.
kerajaan PR belum buat aku janji. Manifesto PR wak tak cayo daaaa !!!

Tanpa Nama berkata...

Apa ceri J17? jadi naik ke tak?

Tanpa Nama berkata...

Soal gaji dan elaun ni, ada tak didetailkan dalam akujanji manifesto bn?

--------------------------------------

AKAN DIKAJI!!!

Tanpa Nama berkata...

HARAP CUEPACS AMBIL MAKLUM...

aku kemasukan 2008 kenaikan gaji oktober..
Kawan kemasukan 2009 kenaikan gaji april..

Akibat kenaikan diumumkan sebelum ini dan KGT di awalkan pada julai ini. Kenaikan bg tahun 2008 jauh lagi rendah dari kenaikan 2009.. April ini saja kenaikan nya melebihi kami... Bulan julai kenaikan nyer melebihi kami lagi... Sehingga kami kena tunggu 6 bulan dari april untuk kenaikan lebih dr tahun kemasukan 2009... Dulu ada mata gaji. Takpenah timbul tentang kenaikan melebihi senior.. Sekarang ternyata percaturan JPA dan kerajaan ini silap bg mata gaji yg di warwarkan...dimana harus kami adukan masalah ini sedangkan pihak berwajib tidak memantau permasalahan gaji kami... Cuba anda yg kenaikan bulan oktober bandingkan dengan kenaikan junior anda bagi tahun selepas anda. Mesti ada perbezaan nya...
Harap CUEPACS isu kan perkara ini secepat mungkin....

Tanpa Nama berkata...

tak payah la aku janji,perkara sama akan terjadi jugak,kaji2,polis,guru tak pyah nak kaji lak,kami keja kesihatan tolong owg sakit ade kau pandang,hak tui kat muka omar,tak berguna,gred kami u3 smpi bila kau nak kaji,sial

Tanpa Nama berkata...

kami kakitangan kerajaan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan malaysia yang ambil berat kebajikan kami sebelum ini dan selepas ini, dengarlah apa rintihan kami dan tak kira siapa yang memerintah selepas ini, kami harap janganlah dipersia-siakan harapan kami, kalau kami senang anak-anak dan keluarga kami akan senang.

polis bantuan kp11 berkata...

KP11? PEMILIHAN KP11:

mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa tarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

- UJIAN LASAK KP11
- LATIHAN ASAS KESELAMATAN
- LATIHAN BERSAMA POLIS
- KURSUS POLIS BANTUAN
- KURSUS MENULIS LAPORAN

PEMILIHAN KETAT, HAMPIR SAMA DENGAN ANGGOTA BERUNIFORM YG LAIN, CUMA KELAYAKAN MASUK MENGGUNAKAN pmr ATAU srp......ARGGGHHH!!!.

Tanpa Nama berkata...

Aku pn sama pakcik.....
KGT oktober ni memang jg mangsa.....
JPA ni tk tahu atau buat2 tk tahu, aku pn tk paham...bila lg nk perbetulkan

Tanpa Nama berkata...

Aku sampai ni masih menunggu bilalah agaknya gred kakitangan sokongan akan dinaiktaraf kepada kelulusan minimum iaitu spm. Maksudnya gred yang paling rendah akan menggunapakai spm dan bukannya pmr atau ke bawah. Dengan ini gred 17 (spm) yang sediada boleh diupgrade ke gred yang lebih tinggi. Apabila gred dinaikkan, gaji dan elaun akan turut naik. Ini bersesuaian dengan komitmen negara kita ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Kita juga mengharapkan supaya suatu masa akan datang seorang PA pun tidak lagi akan tersenarai sebagai penerima BR1M.

Tanpa Nama berkata...

kaji biar adil utk 289 skim perjawatan tu..jgn duk buat sekerat2 mengikut desakan union masing2. Setengah2 skim telah memotong malah lebih ke depan berbanding dgn yg lain. Contoh :1. skim jururawat-dulu dlm kump C, skrang dah B (u29), sedangkan skim lain eg 1.juruteknik, masih dlm C. 2. skim pen.peg 27/29 pun banyak yg tak bgerak.
Banyak x adil la..
Ada dpt naik, ada x ke mana. Sedangkan semuanya berkhidmat utk negara.
Dah tiba masa utk cari ganti menteri2 yg reti ajar pegawai2 kerajaan dlm pru 6t.

pa 27 berkata...

Gred 27 yg masuk kijo dgn diploma merupakan grup tertindas- C27/G27/Q27/W27/ DLL..masuk dgn diploma..ketengah x ketepi x. x naik taraf. Skim lain bnyak naik taraf dah spt dari darjah 6/srp dah jd setaraf spm spt tukang masak,storekeeper rndah dll. Spm dah jd cam diploma spt Pen.peg tanah... Diploma apa yg dah naik taraf ???
Kerajaan mengiktiraf pengalaman hanya kpd sebahgian skim2 perjawatan sahaja. Kerajaan yg adil???
Jawabnya...jgn bg anak2 berenti setakat diploma dan kijo kerajaan-rugi . Baik setakat spm/degree??
kerajaan x bertanggungjwb terhadap staf pelaksana..x peduli atau x reti nak handle secara lebih baik n adil agaknya..

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dengan kami Juru x-ray.Tidakkah kami layak dapat elaun kritical kerana berkerja dengan sinaran radiasi.Fikir-fikirkan.....

Tanpa Nama berkata...

Aku belajar2 rajin2 buat solat hajat masa nak ambil spm last2 berjaya buat degree tapi bila grad susah dapat keja bila dikaji balik ini sebabnya,

Kawan aku bodo, dari upsr sampai spm cabok x pernah skor, tapi dia jadi kakitangan sokongan dgn kerajaan, apabila dasar kerajaan berubah, kawan aku boleh ambil degree???

Bila dapat first degree dia apply jawatan lebih tinggi, Alhamdulillah x dpt, tpi dia mula bising mempersoalkan, knp jawatan tggi diberikan kpd kami graduate???

Aku nak tanya, adilkah? So pru13 mmg ak xkan undi bn.. bye2, sbb bn lacurkan degree.

Skorer kecewa,
PR kembalikan degree berasaskan kepandaian!

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan dengki ngan cikgu, tapi bayangkanlah gred terendah dalam perguruan ialah gred dga29 (diploma). Sedangkan dalam urusan pentadbiran dan perkhidmatan, masih menggunapakai gred terendah n1 (upsr). Kita mengharapkan apabila gred n1 dinaiktaraf ke gred yang lebih tinggi, lain2 gred seperti n17, n22 dan n26 akan turut bergerak. Sekarang ni gred2 ni masih statik dan tidak pernah diupgrade.

Tanpa Nama berkata...

tukang k2 bl nk d upgrade,kt org pun bnyk yg berkemahiran,

Tanpa Nama berkata...

wak kejo makan gaji jer.
hari-hari pi kejo dgn senyum sebab gaji wak ribu-ribuan.

harap cuepacs perjuang elaun gigi palsu sebab wak kejo kat depan kaunter, hari-hari wak senyum !

2 tahun setengah lagi wak pencen !

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah...br keja 4+ thn ko da perasan ko senior ngat ek..butuh lu brader...

Tanpa Nama berkata...

polis bantuan kp11 berkata...

KP11? PEMILIHAN KP11:

mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa tarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

- UJIAN LASAK KP11
- LATIHAN ASAS KESELAMATAN
- LATIHAN BERSAMA POLIS
- KURSUS POLIS BANTUAN
- KURSUS MENULIS LAPORAN

PEMILIHAN KETAT, HAMPIR SAMA DENGAN ANGGOTA BERUNIFORM YG LAIN, CUMA KELAYAKAN MASUK MENGGUNAKAN pmr ATAU srp......ARGGGHHH!!!.



argghh! hari tu kata nak buat penambahbaikan.

Tanpa Nama berkata...

percayalah! majoriti KAKITANGAN SOKONGAN terutama yang mempunyai kelulusan lebih tinggi seperti sarjana muda mahupun sarjana tidak akan mengundi lagi barisan nasional yang sudah lapuk, ketinggalan zaman, menganaktirikan kakitangan sokongan, lebih suka mengambil budak baru untuk jawatan p&p (supaya senang diprogram & di brainwash) berbanding kakitangan sedia ada yang di dalam kumpulan sokongan tetapi mempunyai kelulusan lebih tinggi hasil dari usaha mereka melanjutkan pengajian samada secara luar kampus mahupun separuh masa.


majoriti kami tidak akan mengundi barisan nasional, samada mereka memboikot dengan tidak mengundi apa-apa, mahupun mengundi pihak yang satu lagi.

diulang. kami memboikot bukan sebab kami nakkan pihak yang satu lagi, tapi kami memboikot disebabkan kami tidak mahu kerajaan yang sudah jumud, lapuk, ketinggalan zaman, kronisme.

Tanpa Nama berkata...

Dalam masa beberapa bulan ni kerajaan banyak mengecewakan kakitangan awam, minta maaflah sampai parlimen dibubarkan pun nampaknya masih tidak dipedulikan...nasi sudah jadi bubur, taburlah denak kepada kita semua hanya merugikan duit kerajaan sahaja.. selamat tinggal dan bermimpilah sampai ke liang lahat dengan mata terbeliak.

Tanpa Nama berkata...

Langkah pertama sebaik sahaja diumumkan akan bertanding di Putrajaya, Husam berkata beliau akan berjumpa dan melawat penduduk yang terdiri daripada kakitangan awam untuk mengetahui apa aspirasi dan masalah mereka serta isu yang akan beliau perjuangkan.

Husam turut menasihatkan agar tidak ada bendera parti di jalan-jalan protokal di sekitar Putrajaya kerana menghormati pusat itu sebagai kota pentadbiran kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

PKR - Parti anak beranak - nepotisme & kronisme. Pemimpin biseksual ada, lancap depan laptop ada dan penipu buat tuntutan palsu dan di buang kerja pun ada!!! Inilah pemimpin yg dibanggakan oleh macai2 PKR... Agaknya macai2 pun 2 kali 5 dengan pemimpin idola diaorang la.. JOM TOLAK PR... HARAM UNDI DAP, PKR & PAS!!!!

Tanpa Nama berkata...

Piirrrahhhh... Sambung belajar pun kedarah subsidi kjaan, dpt peluang belajar pun atas ehsan kjaan lg nk banyak bunyik! Kronisme kepala bapak hang.. Tak nmpk ka PKR, DAP & PAS lg ramai anak beranak dlm pentadbiran? Buta perut ka apa? Setakat samb bisnes study, sains sosial lg nk berlagak mcm bagus... Haha piraahhhh mampos.

Tanpa Nama berkata...

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18121-saya-tak-gentar-ke-putrajaya-husam-, trend sekarang adalah trend untuk perubahan dan memerlukan beliau menggariskan strategi ke atas Putrajaya yang bukan sahaja kerusi parlimen tetapi sebagai pusat transformasi negara.

Tanpa Nama berkata...

memang benar subsidi k'jaan bukan duit umno, kena cerdik beza antara umno dan k'jaan.kerajaan tu disebut "urusan sri paduka baginda" umno parti politik, parti ni diberi mandat utk 5 tahun sekali ia boleh bertukar mengikut kehendak rakyat, spt di amerika antara parti ripublican dan demokrat

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan awam negara ini, yang merupakan hampir 10 peratus daripada pengundi berdaftar, bebas untuk menentukan kerajaan pilihan mereka pada Pilihan Raya.
Manifesto Pakatan Rakyat dilihat lebih memberi pulangan yg lebih baik buat rakyat.
Dato Husam Musa telah menjanjikan akan meneruskan SST yg telah dirancangkan malah beliau lebih optimis untuk membuat beberapa penambahbaikan khasnya kepada elaun rumah, elaun sara hidup yang lebih adil buat keseluruhan penjawat awam sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat pada PRU13 ini, insallah

Tanpa Nama berkata...

“PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya,” kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyenaraikan tiga inisiatif yang akan diketengahkan oleh PR dengan yang pertama untuk memperbaiki insentif kepada penjawat awam, termasuk kenaikkan pangkat kepada semua penjawat awam termasuk guru, pegawai kastam, polis, tentera dan lain-lain.

“Kami akan menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj bunga empat peratus bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya,” kata Husam sambil menambah semakan pinjaman sekarang akan dilakukan untuk memastikan kerajaan boleh menanggung implikasi kewangan.

Inisiatif ketiga adalah faedah bagi kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.

Husam menambah, perlepasan cukai bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.

Tanpa Nama berkata...

kadar faedah 4% pinjaman perumahan dan kenderaan akan dilupuskan diantara janji Dato Husam Musa apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini, insallah

Tanpa Nama berkata...

Bodoh mn pulak ni....memang la guna duit kerajaan, bukan duit umngok tu...

Tanpa Nama berkata...

“PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya,” kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyenaraikan tiga inisiatif yang akan diketengahkan oleh PR dengan yang pertama untuk memperbaiki insentif kepada penjawat awam, termasuk kenaikkan pangkat kepada semua penjawat awam termasuk guru, pegawai kastam, polis, tentera dan lain-lain.

“Kami akan menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj bunga empat peratus bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya,” kata Husam sambil menambah semakan pinjaman sekarang akan dilakukan untuk memastikan kerajaan boleh menanggung implikasi kewangan.

Inisiatif ketiga adalah faedah bagi kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.

Husam menambah, perlepasan cukai bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.

Selasa, April 09, 2013 10:24:00

MMMMMMMMMMMMMMMMMM

ambo kenal lama doh Pas.
Kecek sajo.
jangan percaya dgn janji-janji Pas.
tahun ini BN akan menang di Kelantan !
Hidup BN !

Tanpa Nama berkata...

Boleh smbg belajar atas dasar kepandaian atau duit! Klu begitu baik xpyh belajar btul2 waktu spm.

Berhentilah melacurkan degree.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang nak percaya ngan projek khayalan husam musa dari projek kambing jamnapari, ladang rakyat hinggalah ke projek highway prepaid. Duit dah habis lebur, tapi projek tak jalan2.

Tanpa Nama berkata...

najib cakap..klau aku nk layan koroang bawahan haik tuih ni...bek aku pikir mcmna nk beli cincin bini aku plak lepas menang mejoriti 39 undi sja...janji aku memerintah lg..aku nk buat 2nd linas..aku nk bt iskandar zulkarnain plak..aku nk buat 1 mlaysia tour 2 biji....aku nk bg syarikat perbangkan terbesar dirantau asia kat adik aku yg no 3 plak....aku nk order altantoya monggolia lg 3 orang..pastu aku nk bomb bg meletop lg....nk setup rambot bini aku bg menawan lg..bg besar 3 kali ganda lg.....aku nk beli jet2 danggeh yg kroni aku tandatangan perjanjian masa LIMA 2013 dulu....leh serang pauk SULU lagi..klau drang masuk walopun 10 orang....
APA AKU KISAH DENGAN PENJAWAT AWAM CAP AYAM MCM KORANG NI....
MEH KEJA LEWAT...
SURUH BRO OPIZ BOY PUNCHKAN....
MAKAN SARI 6 KALI....
NAIK NAIK 27 LE 29 LE..NAK NAIK 54 TERUS LE...NK NAIK HERAN PLAK SBB APA KEJAAN X BANTU KORANG....
PO RAH KORANG...
G BELAJAR MCM OMAR OSMAN LA...DIA KAN PERFECT....TINGAL XDE PROFESSOR SJE....

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang nak percaya ngan projek khayalan husam musa dari projek kambing jamnapari, ladang rakyat hinggalah ke projek highway prepaid. Duit dah habis lebur, tapi projek tak jalan2.

Rabu, April 10, 2013 2:09:00 PTG

MMMMMMMMMMMMMMMM

ambo cayo ko demo weh !
Hidup BN !

kita ambil smula kerajaan ngeri Kelantan !
Hidup Bn !

Tanpa Nama berkata...

Langkah pertama sebaik sahaja diumumkan akan bertanding di Putrajaya, Husam berkata beliau akan berjumpa dan melawat penduduk yang terdiri daripada kakitangan awam untuk mengetahui apa aspirasi dan masalah mereka serta isu yang akan beliau perjuangkan.

Husam turut menasihatkan agar tidak ada bendera parti di jalan-jalan protokal di sekitar Putrajaya kerana menghormati pusat itu sebagai kota pentadbiran kerajaan.

Selasa, April 09, 2013 8:22:00 PTG

----------------------------

wah dulu beriya iya nak lelong nak gadai putrajaya sekarang dah berebut nak masuk pulak..sory beb..jangan bagi muka pada puak puak ni...hancur negara...

Tanpa Nama berkata...

10 April 2013

KUALA LUMPUR: Percaya atau tidak. Bukan sahaja manifesto Pakatan Rakyat yang diceduk, malah ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun ditiru BN. Cuma BN ubah sikit dari ciplak kepada cedok.

Perkara itu jelas apabila Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh Pakatan Rakyat meniru manifesto BN.

“Manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebenarnya hanya mengembangkan inisiatif yang telah dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Mereka hanya menokok tambah apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN, kemudian menjaja kononnya BN meniru agenda yang dibentangkan mereka,” kata Muhyiddin.

Pakatan telah membentangkan manifestonya pada 25 Februari lepas, sebulan setengah sebelum BN mengumumkan manifestonya pada 6 April secara langsung di semua media TV.

Ramai yang berpendapat bahawa banyak tawaran yang dikemukakan oleh PR ada di dalam manifesto BN.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Meskipun demikian, Muhyiddin tetap menuduh PR meniru manifestonya.

“Selama ini BN serang manifesto PR akan bangkrapkan negara. Jadi, BN marah PR ciplak manifesto dia yang bakal bankrapkan negara? Atau BN akui cara dia bakal bankrapkan negara? Tapi, buat apa PR nak ciplak manifesto yang bakal bangkrapkan negara?” tulis Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Fbnya.

Mengambil sudut tawaran turun harga kereta, Tuan Ibrahim menyoal mengapa setelah BN memerintah 56 tahun baru BN terlintas ada inisiatif untuk menurunkan harga kereta.

“Selepas PR umum turun harga kereta, BN serang kata tawaran itu akan bankrapkan negara.

"BN kemudian umum turun harga kereta, tuduh pula PR ciplak manifesto BN. Jadi BN masukkan benda yang bakal bankrapkan negara dalam manifesto dia?" sindir Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyindir kehebatan kepimpinan BN dalam menceduk sehingga ayat “BN ciplak manifesto PR” turut diceduknya.

“Hebat BN ini. Ayat 'BN ciplak manifesto PR' pun kena ceduk menjadi 'PR ciplak BN',” sindir Tuan Ibrahim.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa dengki pd cikgu? Cikgu dpt dga29 setaraf diploma sbb 3 thn sambung belajar lg di maktab perguruan, maksudnya kelulusan minima cikgu bukan lg spm tp lebih tinggi lg drp jwtn N yg guna pakai spm/pmr/srp tanpa masuk mana2 institusi selama beb thn, jd jgnla nak samakan jwtn cikgu dgn jwtn kerani, kenapa x mintak masuk jd cikgu dulu?

keselamatan berkata...


Tanpa Nama berkata...

polis bantuan kp11 berkata...

KP11? PEMILIHAN KP11:

mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa tarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

- UJIAN LASAK KP11
- LATIHAN ASAS KESELAMATAN
- LATIHAN BERSAMA POLIS
- KURSUS POLIS BANTUAN
- KURSUS MENULIS LAPORAN

PEMILIHAN KETAT, HAMPIR SAMA DENGAN ANGGOTA BERUNIFORM YG LAIN, CUMA KELAYAKAN MASUK MENGGUNAKAN pmr ATAU srp......ARGGGHHH!!!.



argghh! hari tu kata nak buat penambahbaikan.
Selasa, April 09, 2013 1:19:00 PTG


tunggu je lah, ada rezeki untuk kamu tu.....wahai polis bantuan kp11.....

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yakin Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sokongan kuat di kalangan kakitangan awam, yang merupakan majoriti pengundi di Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Beliau yang dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen mewakili Pas-PR berkata, ia adalah satu kawasan yang sangat "kuat" untuk ditembusi, namun tidak mustahil untuk mencapai kejayaan dengan sokongan yang diberi rakyat.

Kata beliau, walaupun penyokong di Putrajaya perlu mengikut peraturan sebagai penjawat awam, namun demi perubahan, mereka akan mengundi secara 'senyap' untuk PR.

"Jadi saya jangkakan mereka akan mengundi PR secara senyap," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Tanpa Nama berkata...

Apalah Cuepacs ni tak habis2 asyik2 KAJI, SEMAK, CADANG / KAJI, SEMAK, CADANG lepas tu akan DIPERTIMBANGKAN, sampai bila?

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yakin Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sokongan kuat di kalangan kakitangan awam, yang merupakan majoriti pengundi di Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Beliau yang dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen mewakili Pas-PR berkata, ia adalah satu kawasan yang sangat "kuat" untuk ditembusi, namun tidak mustahil untuk mencapai kejayaan dengan sokongan yang diberi rakyat.

Kata beliau, walaupun penyokong di Putrajaya perlu mengikut peraturan sebagai penjawat awam, namun demi perubahan, mereka akan mengundi secara 'senyap' untuk PR.

"Jadi saya jangkakan mereka akan mengundi PR secara senyap," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.


Rabu, April 10, 2013 10:31:00 PTG
@@@@@@@@@@@@@@@@@

mari jumpa tempat buang mu Husam!
Ingat kem ERDOGAN???

wazir berkata...

keluarkan pekeliling dulu kalau ada
perubahan Gred.....jgn ckp je...sapa yg nak percaya....lg pun
pilihanraya dh dekat.....

Tanpa Nama berkata...

Kenapa dengki pd cikgu? Cikgu dpt dga29 setaraf diploma sbb 3 thn sambung belajar lg di maktab perguruan, maksudnya kelulusan minima cikgu bukan lg spm tp lebih tinggi lg drp jwtn N yg guna pakai spm/pmr/srp tanpa masuk mana2 institusi selama beb thn, jd jgnla nak samakan jwtn cikgu dgn jwtn kerani, kenapa x mintak masuk jd cikgu dulu?

-----------------------------------

Tiada siapa pun yang dengki pada cikgu. Lagi pun diploma tu memang adalah 'pemberian khas' dari kerajaan khusus kepada cikgu semata-mata untuk menyeragamkan gred SPM ke gred Diploma.

Kita tak bercakap soal memasuki mana-mana institusi. Kita bercakap soal kelulusan minimum dan menaiktarafkan gred. Jika guru gred minimum adalah diploma, staf pelaksana pula gred minimum adalah spm. Di sini tiada sesiapa pun pertikaikan hak kelayakan cikgu. Dah tu kenapa boleh timbul persoalan kenapa tak memohon jadi cikgu dulu. Abis tu, kalau semua pakat-pakat mohon cikgu, siapa yang nak uruskan hal pentadbiran dan perkhidmatan di pejabat?

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan sepatutnya memandang kami pengawal keselamatan kp11 @polis bantuan kp11 dinaiktaraf gred perjawatan kami yg sudah ketinggalan zaman,gred kp11 pada masa ini sepatutnya sudah dijumudkan agar perjawatan ini setaraf dengan gred perjawatan profesional lain,hal ini kerana tugas-tugas kp11 sekarang banyak risiko yg terpaksa ditanggung ditambah bebanan keselamatan yg dihadapi semasa di tempat kerja @ di luar tempat kerja dan dipelbagai jabatan,sepatutnya perjawatan ini dinaik taraf bermula gred kp17 dan keatas
setaraf gred perjawatan lain yg telah dijumudkan seperti n11 ke n17, kx11 ke kx17, kb11 ke kb17.Agar perjawatan pengawalan keselamatan sebagai satu kerjaya yg boleh dibanggakan setaraf jawatan pengawalan keselamatan di negara2 maju lain.Dan tiada masalah bagi kami digred kp11 untuk dijumudkan kerana rata2 kami sememangnya mempunyai kelulusan spm ke atas,dan ditambah tempoh lama berkhidmat yg kebanyakan tempoh perkhidmatan digred 11 hingga hampir pencen.

Tanpa Nama berkata...

KP11 YANG TERTINGGAL

Tanpa Nama berkata...

Dari kp11 nak ke kp14 sampai nak pencen tak merasa la,, patut la dijumudkan

Tanpa Nama berkata...

polis bantuan KP11, apa cer?

Tanpa Nama berkata...

apahal setiap kali buka laman spa, balik-balik jawatan ptd saja yg dipanggil exam/temuduga??????


jawatan p&p yg lain takda ker????


baru jer tgk hari tuh ptd dipanggil temuduga. ni ada lak panggilan utk exam.

apa kejadah ni???? skim lain ni takda yang kosong? ke kerajaan mmg nak taruk ptd saja dlm semua post p&p?????

Tanpa Nama berkata...

polis bantuan tu gred KP11 ya????

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

apahal setiap kali buka laman spa, balik-balik jawatan ptd saja yg dipanggil exam/temuduga??????


jawatan p&p yg lain takda ker????


baru jer tgk hari tuh ptd dipanggil temuduga. ni ada lak panggilan utk exam.

apa kejadah ni???? skim lain ni takda yang kosong? ke kerajaan mmg nak taruk ptd saja dlm semua post p&p?????

Khamis, April 11, 2013 11:44:00 PTG


--------------------

ha ha ha
tuh ler 'transformashit' yg dibuat oleh spa. dgn membnykkn ptd dlm sume sektor!

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=tn4Q_Rur2gI
Seandainya Majoriti Rakyat Malaysia mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti, Kerajaan baru Pakatan Rakyat akan ditubuhkan. Maka Kakitangan Kerajaan x perlu takut untuk mengundi Pakatan Rakyat kerana Kerajaan baru selepas PRU-13 nanti (Insya-Allah) ialah Kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan Kerajaan Barisan Nasional yang Zalim.

Khamis, April 11, 2013 6:28:00 PTG

Boleh blah...

Tanpa Nama berkata...

kenape skrg susah sangant nak baca ulasan PA dalam ruangan ni, kalau macm ni lebih baik tutup je, siapa yg control ni, webmaster cuepacs ke atau hantu blogger mana... hari ni akau tak mau lagi baca ape yang di tulis dalamk ruangan cuepacs...

Tanpa Nama berkata...

Sedih dgn gred kp11 ni TOK OMAR TOLONG TGK JG GRED 11 NI, bior strf gred perjawatan lain sama, dok pandang gred 17 atas je???????/

Tanpa Nama berkata...

JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN
KUMPULAN PELAKSANA MULAI 1 JANUARI 2013

KP11 (836.90 - 2,458.15) KGT 80.00 gaji baru( Gaji Lama 836.90 - 2,017.11)

Tanpa Nama berkata...

Yang diatas sila tgk gred gaji perjawatan lain jg brp naik terutama jusa2

Tanpa Nama berkata...

DIAM2 SUDAH LA JGN DIHEBOH KENAIKAN GAJI PA NANTI GRED HARGA BARANG PUN NAIK JG

Tanpa Nama berkata...

Polis bantuan kp11 ke kp14 je itu pun pencen belum tentu, polis regular kenaikan gred sampai 7 tangga utk llp, risiko sendiri tanggung la

SWASTA berkata...

POLIS BANTUAN KP11? KENAPA ADA AP POWER, TAPI LETAK DI LEVEL PALING BAWAH?

Tanpa Nama berkata...

Pengwal keselamatan gerd kp11 sepatut nya dh lame dijumudkan..gerdkp17 ktorg brkerja shiff..elun pun takde kasian lah ktorg gred kp11 ni..

Tanpa Nama berkata...

Gred kp11 harus mansuhkan..

Tanpa Nama berkata...

kesian Pengawal keselamatan gred kp11 tok omar biar straf prjawatan lain..naik kan gred kp11 ke gred lbih tnggi..kesian lah gerd kp11...

Tanpa Nama berkata...

Setelah di kaji atas bawah kiri kanan,, saya dengan ini mengistihar kenaikan gred kp11 kepada gred yg tuan2 suka,,, jatuh pada 6 mei 2013 bersamaan 25 jamdilakhir 1434h hari isnin iaitu bersamaan tarikh kejatuhan kerajaan barisan nasional,,, diminta tuan2 semua bertenang dan bersabar kerana pada hari itu bulan penuh akan muncul di putrajaya

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

kenape skrg susah sangant nak baca ulasan PA dalam ruangan ni, kalau macm ni lebih baik tutup je, siapa yg control ni, webmaster cuepacs ke atau hantu blogger mana... hari ni akau tak mau lagi baca ape yang di tulis dalamk ruangan cuepacs...

Jumaat, April 12, 2013 2:56:00 PTG

--------------------

bukan kena control ke apa. webmaster yang jaga blogspot ni BANGANG. dia guna theme template yang ntah apa apa sampai kacau hyperlink. mungkin ada sesetengah browser boleh klik kalau dia boleh ignore sesetengah div tag yang problem tu.

nak mudahkan cerita, webmaster cuepacs ni bangang. main ambil je theme dari internet lepastu upload macam tu je tak configure apa2 pun.

booooooooooo!!!

Tanpa Nama berkata...

tarikh mengundi jatuh pada hari ahad..bagaimana nak balik mengundi bagi mereka yang kerja di negeri yg cuti mingguannya pada hari jumaat sabtu??ahad dah mula kerja semula..tidak seperti negeri2 lain..suami saya kerja gov di kedah dan perlu balik mengundi di selangor pd tarikh tersebut.tp boleh ke majikan benarkan atau ada cuti peristiwa pd tarikh tersebut buat semua majikan awam dan swasta?

Tanpa Nama berkata...

Kalau benar sebagaima yang di nanti2kan dan diharapkan oleh penjawat awam diseluruh negara:
kadar faedah 4% pinjaman perumahan dan kenderaan akan dilupuskan diantara janji Dato Husam Musa apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini, insallah Penjawat awam akan buat perubahan besar kali ini dgn mengundi calon2 dari Pakatan Rakyat

Tanpa Nama berkata...

SWASTA berkata...

POLIS BANTUAN KP11? KENAPA ADA AP POWER, TAPI LETAK DI LEVEL PALING BAWAH?


kalau luar negara dipanggil " scurity police "...

kalau swasta, GLC n badan berkanun,,, scurity yang ada AP power kelayakan masuk menggunakan SPM...

Tanpa Nama berkata...

Tinjaun Dato Hussam Musa ke Putrajaya

Dalam beberapa siri lawatan yang dilakukan, calon PAS Putrajaya itu berkata, beliau telah mengenal pasti beberapa masalah kritikal yang dihadapi kakitangan awam di Putrajaya, khususnya berkaitan soal perumahan.

Saiz rumah yang disediakan adalah tidak sesuai untuk sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak yang ramai. Kebanyakan rumah tersebut bersaiz 750 kaki persegi hingga 800 kaki persegi,” ujarnya.

Apa yang penting bagi beliau, kerajaan gagal menyediakan kemudahan perumahan kepada kakitangan awam, kerana hanya mampu menyediakan 1/3 daripada jumlah 16,000 pemohon.

Tanpa Nama berkata...

Diantara cadangan Dato Hussam Musa kpd masallah perumahan di Putrajaya

Antara tawaran yang dicadangkan ialah, untuk menukar status sewa bulanan mereka kepada sewa beli.

“Sewa beli ini dikira dari mula mereka bayar sewa rumah tersebut dan akhirnya mereka akan dapat memiliki rumah yang mereka diami untuk sekian lama itu. Ini adalah salah satu langkah yang saya akan tangani segera,” ujar beliau dalam sidang akhbarnya di Kelab Tasik Precint 8, di sini.

Tanpa Nama berkata...

Hidup PR

POLIS BANTUAN @ PENGAWAL KESELAMATAN KP11 @ KP14 berkata...

YES KP11......

polis bantuan KP11 AADK berkata...

KP11 tak der citer ke?

Tanpa Nama berkata...

Menurut sumber: Lebih 5 ribu kakitangan kerajaan yang berkelulusan master,ijazah yang tidak di naikkan pangkat ke jawatan gred 41, telah berikrar dan berkerjasama menjadi think-tank dan turun ke medan pertempuran bagi pihak PR untuk memastikan kekalahan BESAR BN di dalam PRU-13, mereka juga menjadi super elit yang akan memastikan PR menguasai PUTRAJAYA..

Tanpa Nama berkata...

SAYA SOKONG AWAK! PENJAWAT AWAM DI SABAH & SARAWAK DIANAKTIRI DALAM KENAIKKAN PANGKAT...JAWATAN2 HANYA DIWUJUD DI SEMENANJUNG...JAWATAN TERTENTU TIDAK BANYAK DIWUJUD D SABAH & SARAWAK...SO PELUANG MEREKA DI TERIMA ADALAH TIPIS...MASIH TIDAK ADIL

Tanpa Nama berkata...


yg hanya ada SPM tu saja patut kena pegi kursus...yg dh ada sijil KEJURUTERAAN staraf STPM x perlu kursus



Aku sokong j17 yg SPM g kursus manakala yg mempunyai sijil politeknik yg berkhidmat lebih 6 tahun terus naik ke j27/29

Tanpa Nama berkata...

BANYAK KETIDAK ADILAN KERAJAAN TERHADAP P.AWAM GRED N TERUTAMA YG BERKHIDMAT DI DLM PDRM. GAJI KONST DAN L/KPL MEREKA LEBIH TINGGI, DR GRED N22,MEREKA DPT BERMCM2 ELAUN, ELAUN 24HRS, TP X SEMUA MEREKA KERJA 24HRS, ADA YG OFFICE HRS BUAT KERJA MCM GRED N17&N22... TIME2 PRU, PIKET KERAH JUGAK P.AWAM GRED N KERJA SHIFT SEDANGKAN MEREKA TAK DIBAYAR ELAUN 24HRS, ANGGOTA DEPA YG DIBAYAR ELAUN 24HRS BERLAMBAK LG DOK RUMAH GOYANG KAKI X DIKERAH..ALASAN NAK PAKAI TYPIST, N17&N22 PEMBANTU TADBIR BUKAN TYPIST DI PUSAT2 GERAKAN MEREKA!! ANGGOTA MEREKA BUTA IT KE TAK TAHU NAK TAIP SURAT? JARI TGN TU KAKU KE NAK MENAIP? ELAUN PERUMAHAN POLIS ADA KUARTERS, ELAUN RM27+ KAMI GRED N NI CUMA RM180, SEWA BILIK PUN TAK LEPAS, MEREKA GRED N YG KERJA DI KEMENTERIAN LAIN TIDAK RASA BEGITU BANYAK JURANG DIANTARA GRED N DGN POLIS PANGKAT RENDAH KRN MEREKA TIDAK TAHU APA GRED N YG BERKHIDMAT DI DALAM PDRM RASA. JANGAN MARAH APABILA PENGUNDI SETIA BN SELAMA INI BERALIH ARAH KERANA KETIDAK ADILAN SEPERTI INI.

Tanpa Nama berkata...

alah polis time based 5 thn l/kpl boleh naik kpl,sbb tu byk polis yg tak bermutu dan tak profesional apabila mhadapi sbrg situasi, pkt Kpl tp x dpt nak handle problem..lps tu di samakan gred pula dgn Kpl=N26 ..Gred N, 13 thn br boleh naik...apa cer, byk ketidak adilan....tukar je kerajaan...

POLIS BANTUAN KP11 berkata...

KP11??????

Tanpa Nama berkata...

sejak manifesto BN aku janji keluar semangat dah naik balik . confirm PRU13 ni pangkah BN balik .

Tanpa Nama berkata...

Harap bila BN menang manifesto aku janji dari najib dapat dilaksanankan dengan kadar segera tanpa perlu di kaji bertahun lamanya . Harap manifesto aku janji dapat memberi keadilan buat semua PA dalam sebarang tuntutan dan merapatkan jurang gsji .

polis bantuan KP17 berkata...

kami KP17 Polis Bantuan di anak tirikan.keja 25 tahun ada citer ka?

Tanpa Nama berkata...

MAKLUMAT PENTING DAN TERKINI:
Semua penjawat awam yang memiliki master,ijazah,diploma tidak akan di lantik ke jawatan baru apabila memohon perjawatan baru oleh panel pengambilan dan temuduga suruhanjaya perkhidmatan negeri-awam,hasil dari pemesyuaratan di kalangan pegawai-pegawai tadbir negeri dan pegawai-pegawai dipolmatik.cth kerajaan negeri johor, perkara ini telah diputuskan bersama oleh pegawai-pegawai tadbir negeri, pegawai-pegawai tadbir diplomatik dan suruhanjaya perkhidmatan awam negeri dan awam.

kami 1.4 juta PA akan memberi undian kami kepada PR pada PRU-13 nie.. PR ke PUTRAJAYA...

Tanpa Nama berkata...

hahahaha indah kabar dr rupa.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan skrng yg ada dah cukup baik..gaji kakitgn awam xpernh putus..bln2 masuk jer..ada kenaikkan plak tu..malaysia maju, aman...ok la..ni ada plak pihk yg saje wat kacau.

Tanpa Nama berkata...

Hapuskan Gread: 1-16 Sekarang zaman dah berubah... Mulakan dengan skim Gread: 17 dan keatas..

Tanpa Nama berkata...

tidak adilkpa yang lebih lamaa berkhidmat. cthnya, dulu guru tunggu 20 tahun pun tak naik gred 41 ke 44. sekarang 8,tahun dah ke 44/48. kita gaji statik sampai 3 tahun. 2013 orang yang junior dah sama gaji kita yang yang tua yang sudah lama berkhidmat. kenapa tak di backdate a gaji orang yang statik. ini baru adil dan mengenang jasa orang tua yang telah lama bejasa dan dah nak pencen

Unknown berkata...


Saya pernah cadang kepada YAB.DS.PM suatu masa dulu berkaitan dengan beberapa perkara ini
1. Mewujudkan skim khairat Kematian dan KEbajikan kepada semua pejawat awam contoh nya seorang Pejawat awam mencarum sebulan..RM1.00 kemudian Kerajaan tambah Rm1.00 = Rm 2.00 x 1.4 juta ini bermakna 2.8 juta terkumpul dalam kumpulan wang khairat tersebut. jadi setahun terkumpul 33.6 juta jika kadar faedah jika mau katakan 8% x 33.6 = RM 2.6 juta(dalam masa setahun berapa ramai kakitangan Awam mati) jadi jika di rancang betul-betul setiap kakitangan akan memperolehi melebihi 1 juta "Khairat Kematiannya" dan faedah terkumpul boleh juga di bahagikan kepada hal-hal kebajikan lain.. disini kita dapat elakkan amalan rasuah kerana semua kakitangan awam sudah ada harta peninggalan selepas dia mati nanti..Semua anak dan saudara penuh kasih sayang kpd pejawat ini
awam ini kerumah kebajikan
Cadangan saya yang kedua kepada pihak Qupec agar perjuangan kan tambahan cuti terkumpul untuk di bawak kpd skim pencen daripada 150 hari kepada 250 - 300 hari, kerana ramai Pejawat Awam dalam kumpulan kritikal tidak sempat menghabiskan cuti hampir setiap tahun kerana demi tugas mereka tiada pengganti.. minta tolong buat kajian demi Negara dan Pejawat Awam yang taat setia kepada Tugas yang di amanahkan kepada mereka tersebut:

fatma berkata...

BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
Feyilfatma Nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat saya mahu menggunakan
Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan lalu, saya adalah dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman sangat handal dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya digunakan. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com

Anita berkata...

Hello,
Adakah anda dari segi kewangan ke bawah? adalah perniagaan anda menangis untuk kebangkitan semula kewangan, adakah anda mendapatkan pinjaman di bank dan tangan pemberi pinjaman yang salah dan anda di mana menolak? mencari tiada lagi, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua yang mereka mahu adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda, menipu rakyat yang tidak berdosa dan meningkatkan kesakitan mereka. Kami adalah pemberi pinjaman yang boleh dipercayai dan kami memulakan program pinjaman ini untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang untuk keistimewaan yang kurang untuk membolehkan mereka menubuhkan sendiri dan memulihkan perniagaan mereka. untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel: anitacharlesqualityloanfirm@gmail.com dan mengisi borang di bawah.

PEMINJAM'S DATA.
1) Nama Penuh: ......... 2) Negara: ...... 3) Alamat: ......... 4) Jenis Kelamin: ..................
5) Status Perkahwinan: ... ..... 6) Pekerjaan: .......... Number 7) Telefon: ........................... 8) Pada masa ini kedudukan di tempat kerja: .... ............ 9) Monthlyincome ...... ...................
10) Pinjaman Tempoh: ............... 11) Tujuan pinjaman: ............... 12) Agama: ............
13) Tarikh lahir: ........................

sila memohon syarikat yang sah, kejayaan anda adalah matlamat kami.

Sulis Susanti berkata...

Halo, nama saya Sulis Susanti dari Indonesia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu.
Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, aku jatuh korban penipuan oleh beberapa perusahaan pinjaman online, karena saya perlu sebuah perusahaan pinjaman yang jujur.

Aku hampir menyerah, tidak sampai saya mencari nasihat dari seorang teman yang kemudian mengarahkan saya untuk pemberi pinjaman pinjaman yang sangat handal JOY WILSON LOAN FIRM, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari 750 juta rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres pada tingkat bunga rendah dari 2%. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya diterapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres.

Saya ingin Anda yakin dan percaya diri bahwa ini adalah asli karena saya memiliki semua bukti pengolahan pinjaman ini termasuk kartu id, dokumen perjanjian pinjaman dan semua kertas kerja. Saya percaya Ibu Joy Wilson sepenuh hati karena dia telah benar-benar membantu dalam hidup saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan hubungi perusahaan melalui email: (joywilsonloanfirm@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (sulissusanti971@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman

okahome berkata...

Nama saya ADILAH Saya mengalami trauma kerana saya telah berbohong dan tertipu, tetapi saya percaya dan saya mengambil corage dan mengatakan kepada diri saya bahawa saya telah jatuh kerana saya fikir tiada siapa yang boleh membantu saya daripada apa yang saya mahu, saya berani dan bergerak, pada mulanya saya fikir ia akan menjadi kisah lama yang sama, tetapi untuk kejutan saya yang paling besar selepas memenuhi semua keperluan yang saya minta lihatlah permintaan saya diberikan 550 juta pinjaman dihantar ke akaun saya dengan 24 jam di Canadian Imperial Bank of Canada (CIBC) ketika Saya melihat wang dalam akaun saya, saya tidak pernah mempercayainya, saya perlu tergesa-gesa ke bank untuk pergi ke bank yang benar saya telah shoucked dan menjerit tetapi sekarang semua masalah saya hilang, okahome pinjaman syarikat adalah penyelesaian untuk semua kekurangan wang anda, jangan biarkan sesiapa mengadu tentang anda, sila lari ke syarikat pinjaman untuk mendapatkan pinjaman cepat anda, untuk maklumat lebih lanjut mengenai pinjaman sewa pinjaman anda juga boleh memeriksa saya melalui e-mel (adilahadila60 @ gmil .com) membuat perkara mudah bagi kami d membuat impian kita menjadi kenyataan. Anda boleh menyambung ke syarikat langsung di sana melalui e-mel atau dapatkannya pada whatsapp mendapatkan pinjaman anda sekarang tanpa tekanan yang banyak (+13602499796) (okahomeloanfirm@gmail.com)