SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 April 2013

PENJAWAT AWAM DIMINTA BUAT INTERPRETASI SENDIRI TENTANG LABEL KERA : KSN

Bernama
27/4/2013



JOHOR BAHARU, 27 April (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa meminta penjawat awam membuat interpretasi sendiri mengenai perbuatan calon pembangkang melabelkan mereka sebagai kera.

"Penjawat awam pun ada perasaan. Saya minta penjawat awam sendiri buat interpretasi (mengenai perkara itu)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Rumah Iskandar Malaysia di Gelang Patah hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan calon PKR bagi kerusi Parlimen Johor Baharu Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang melabelkan penjawat awam sebagai kera.

Rakaman video Md Hashim yang dipercayai berbuat demikian semasa kempen pilihan raya beliau di sini dimuat naik ke Youtube empat hari lepas dengan tajuk 'Semua Penjawat Awam Memang KERA' oleh pemilik akaun bernama mykmujohor.

Lebih 10,500 pengguna Youtube telah menonton rakaman video itu dan ramai daripada mereka mengutuk perbuatan tersebut.

Dalam video sepanjang 39 saat itu Md Hashim berkata kakitangan kerajaan (penjawat awam) merupakan singkatan kepada 'kera dalam jagaan' dan mereka seperti beliau sendiri apabila dilepaskan mula mengamuk dan merusuh.

Mengenai Rumah Iskandar Malaysia, Ali berkata 880 unit telah dihuni oleh penyewa berpendapatan sederhana termasuk penjawat awam.

Menurut beliau, penghuni menyatakan mereka puas hati tinggal di perumahan yang dibangunkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (Irda) itu.

Katanya penghuni itu berharap mereka akan dapat membeli rumah yang serba cantik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan itu dan bukannya hanya menyewa seperti sekarang.

"Kita akan buat proposal secepat mungkin dan berbincang dengan pihak Irda mengenainya," katanya.

Apartmen empat tingkat itu disewakan kepada orang ramai yang bekerja dalam kawasan Iskandar Malaysia pada harga sekitar RM360 hingga RM560 seunit setiap bulan.

-- BERNAMA

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarlah berok tu nak kata kita ni kera ke, pangan ke... tak kisah

Tanpa Nama berkata...

memang tidak dinafikan ada sesetengah penjawat awam yang berkelakuan seperti KERA, tak payah pergi jauh, tengok saja komen-komen terdahulu dalam blogspot ni, penuh dengan sumpah seranah maki hamun.


itulah KERA yang dimaksudkan. kalau anda tidak seperti itu, usahlah terasa...


adios.

Tanpa Nama berkata...

bye bye UMNO...bye by BE END....ALi Hamsa pewaris legaasi sidek hasaan dan najib,. Ikut cakap menteri rasuah dan propaganda UMNO...rakyat bawah ni dah muak dengan permainan kotor KUPEK, BARISAN dan Pengawai TINGGI kerajaan UMNO...pui...

Tanpa Nama berkata...

Aslkm. Saya mohon penjawat awam yang berada di PUTRAJAYA, kali ini kita berganding bahu hapuskan kerajaan KORUP BN..kita semua sayangkan BN, tapi kalau penjawat awam telah sampai ke tahap buat part time selepas kerja, alangkah malangnya sbb menteri2 BN dah ambil duit rakyat. INI KALILAH....saya inginkan perubahan baru..anda kena UNDI PAKATAN RAKYAT..kita tolak UMNO dan BN..jangan asyik termakan kata2 pemimpin UMNO...melayu akan dipijak2 bangsa lain,...tanah melayu hilang...

TAPI tanah NUSAJAYA dan REZAB sendiri dijual oleh UMNO...Buka lah mata wahai saudara perkhidmatan awam...Saya sendiri PTD dan saya ingin anda semua yang mengundi di PUTRAJAYA..ubah la...Ramai PTD yang bersuara tapi telah di masukkan dalam POOL sebab berani tegur PM dan MENTERI KORUP...bukan kami PTD tak bersuara...TAPI ramai kami telah dianiaya...PEagwai Tertiinggi sekarang yang ada adalah YES BOS...Tolong kita UBAH kali ini..KIta mahukan pegawai PTD selaku pemimpin kembali bersuara !!!! Ayuh Ubah kali ini.. jangan kita jadi LEMBU !!!

Bukan kera berkata...

Ada sekor je kera, yang lain bukan kera. Semua org patut tahu sapa itu kera....

Tanpa Nama berkata...

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.3/2013 MASIH BELUM DI KELUARKAN OLEH JPA.. INI BOLEH MENYEBAPKAN BN KALAH DR.HAMSAH BUAT LA KERJA TEGUR JPA TU K

bakal KUP13 berkata...

BILA PEKELILING KUP 13 THN DAN KGT DI AWALKAN NAK KELUAR NI? sape2 ada info..

Tanpa Nama berkata...

KERA yang dimaksudkan dalam label ini adalah dari kalangan PTD PTD yang membolot jawatan-jawatan elit seperti ketua jabatan, TKSN, KSN malah jabatan-jabatan yang ada skimnya yang tersendiri seperti JPN, JPJ, IMIGRESEN, KASTAM, KPDNHEP dan sebagainya.



mereka itulah KERA. jadi kepada PA lain lebih lagi dari skim lain, usahlah melenting. kita tahu siapa yang dimaksudkan dengan kera tu.

Tanpa Nama berkata...

Salam, saat-saat hendak memangkah undi dtk ksn akan disuruh berbicara apa-apa perkara yang akan menaikkan rating parti dia dan yang kera, yang lembu dll apa peduli, yang terasa itu dia kera keralah dia, yang tidak terasa dia tahulah bahawa dia bukan kera.

Tanpa Nama berkata...

Sedar lah..sendiri,kera2 tu lah yg mati melawan jenayah,penganas sulu,mengawal siang malam,bertempur dgn komunis,membentras jenayah,penyeludupan,maksiat,dan kita bila kena ragut cari mereka,kalu ini lah pendangan tuan2 ttng individu itu mungkin segelintir yg ambil kesempatan,sapa pun perintah kita kena juga YES BOSS...jgn ckp lah kalu tukar parti lain pun yg kita akn lebih bahgia,tiada rasuah,tiada jenayah,tiada tu ini...entah2 lebih dasyat malpetaka lagi sbb mereka dah kata langkah mayat dia dulu jika mahu menegakkan islam,hudud,...sdngkan kini pun keadaan jauh lebih baik dr biasa...buka mata,hati semua..