SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 April 2013

PENJAWAT AWAM PERLU BIJAK PILIH KERAJAAN - CUEPACS


Utusan Malaysia
15/4/2013

KUALA LUMPUR 14 April - Penjawat awam perlu memilih kepimpinan negara dengan bijak dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan dasar membela kebajikan mereka dan agenda pembangunan negara berjalan lancar.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, penjawat awam wajar menilai segala bantuan dan penambahbaikan yang dilakukan kerajaan sekarang dan membandingkannya dengan apa yang dilakukan pembangkang.
"CUEPACS menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak membantu dan menunaikan janji kepada penjawat awam bagi memperkasa sektor awam hari ini.
"Sepanjang tempoh kepimpinan Najib, sebanyak 20 perkara diselesaikan seperti kenaikan pangkat kumpulan pelaksana dalam Sistem Saraan Transformatif (SST), pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kenaikan kadar pencen dan banyak lagi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Majlis Kongres CUEPACS di sini hari ini.
Menurut Omar, pihaknya juga lega dengan jaminan kerajaan tidak akan mengurangkan jumlah penjawat awam sekali gus melambangkan peranan dan sumbangan golongan itu benar-benar diiktiraf.
Katanya, keadaan itu berbeza dengan tindakan pembangkang yang didakwa mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya mereka berkuasa.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya berharap sebanyak 81 skim perkhidmatan yang ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini dirunding semula dan diselesaikan Disember ini.
Dalam pada itu, Omar berkata, sambutan Hari Pekerja CUEPACS dengan tema 'CUEPACS Pejuang Kebajikan Pekerja' akan diadakan di Negeri Sembilan pada 30 hingga 1 Mei ini.
Katanya, program itu dijangka dirasmikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dato... Dato ingt selama ni penjawat awam salah memilih pemimpin ke. Ada makna tu...
Nk PA tukar pilihan sbgmn sebllum ni?

Tanpa Nama berkata...

sudah2lah dato....ini semua JANJI CAPATI JERRRR.....

Tanpa Nama berkata...

BETOI KATA AWAK TU! JANGAN NAK AJAR ITIK BERENANG...ITU KEUMPAMAAN NYA...

Tanpa Nama berkata...

PEMILIH YG BIJAK AKAN MEMILIH PR!!!

Tanpa Nama berkata...

ADAKAH SELAMA PR MEMERINTAH 5 NEGERI RAMAI KAKITANGAN AWAM DIBUANG KERJA? ADAKAH BN MEMERINTAH SELAMA INI KAKITANGAN AWAM TIDAK DIBUANG KERJA? DITUKAR SWSTAKAN? DITAMATKAN KONTRAK?.. GUNALAH OTAK TOK OMAR OII JGN GUNA KEPALA LUTUT AGAK2 LA NK MENGAMPU PUN

Tanpa Nama berkata...

ramai pa terutama pelaksana memilih pr sebab 1. kenaikan pangkat terlalu lambat..keje berpuluh tahun baru naik jd kanan sdgkan kump pnp keje 10 tahun dah mangku 52 2. bnyak jabatan x buka perjwtn kanan/tertinggi dlm kump.pelaksana...siapa arah tu?? 3. sbpa > baik masih x terbuat..dah 1 tahun x siap kaji lg 4. bnyk skim spt ank tiri je

Tanpa Nama berkata...

terpulang pada individu itu sendiri untuk menilai mana dan siapa yg mereka pilih...pemimpin yang betul kita ikut yang salah jgnlah ikut..

Tanpa Nama berkata...

Saya bekerja dan tinggal di Pulau Pinang, saya akan terus beri sokongan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.

Tanpa Nama berkata...

YH dato,
cukup2 lah dato'. dato pun tak payah la jadi pencacai umno/bn. PA pun tahu yang mana baik, yang mana buruk. ni kita nak pilih kerajaan. kalau kerajaan PR naik, adakah dato nak berhenti kerja? kami PA tetap setia jalankan agenda kerajaan yang bakal memerintah nanti. PR @ BN.

Tanpa Nama berkata...

Menurut sumber: Lebih 5 ribu kakitangan kerajaan yang berkelulusan master,ijazah yang tidak di naikkan pangkat ke jawatan gred 41, telah berikrar dan berkerjasama menjadi think-tank dan turun ke medan pertempuran bagi pihak PR untuk memastikan kekalahan BESAR BN di dalam PRU-13, mereka juga menjadi super elit yang akan memastikan PR menguasai PUTRAJAYA

Tanpa Nama berkata...

ramai pa terutama pelaksana memilih pr sebab 1. kenaikan pangkat terlalu lambat..keje berpuluh tahun baru naik jd kanan sdgkan kump pnp keje 10 tahun dah mangku 52 2. bnyak jabatan x buka perjwtn kanan/tertinggi dlm kump.pelaksana...siapa arah tu?? 3. sbpa > baik masih x terbuat..dah 1 tahun x siap kaji lg 4. bnyk skim spt ank tiri je

Khamis, April 18, 2013 10:00:00 PTG
___________________________________
SUDAHLAH, JANGAN ASIK NAK SALAHKAN KERAJAAN KALAU PANGKAT KORANG TAK NAIK...KORANG SPM PUN GRED 3 JER, BAHASA INGGERIS FAIL SEMUA...CUBA KALAU KORANG ADA DEGREE...KAN SENANG..MASUK2 JE GRED 41...NASIB KERAJAAN BN NAK SIMPANG KORANG, CUBA KERJA SWASTA..KORANG DAPAT KE ELAUN UMAH/COLA/KHIDMAT AWAM?...POOORAHH

Tanpa Nama berkata...

3. sbpa > baik masih x terbuat..dah 1 tahun x siap kaji lg 4. bnyk skim spt ank tiri je
____________________________________
SBPA BATAL KERANA KORANG GRED 1-17 BISING TAK HABIS2...SKRANG NAK KOMPLEN PULAK....banggang

Tanpa Nama berkata...

selain dari bijak memilih kerajaan, penjawat awam juga perlu BIJAK UNTUK MENENTUKAN KEPIMPINAN CUEPACS, sebuah kesatuan sekerja yang sepatutnya berfungsi untuk memperjuangkan nasib kakitangan awam dan dalam masa yang sama meningkat serta memodenkan penjawat awam.

bukannya menjumudkan pemikiran penjawat awam!

Tanpa Nama berkata...

DATUK HUSAM AKAN SELAMATKAN PA

Tanpa Nama berkata...

Setuju PA yg rasa ditipu oleh JPA PTD kerajaan Najib dalam semua aspek kebajikan,soal gaji dan elaun wajib sokong Datuk Hussam.Sokong menteri umno takder apapun dapat.Yg kaya tambah kaya.Putrajaya mesti ditawan oleh PAS.

Tanpa Nama berkata...

jgn risau, penjawat awam skng nih ramai yg bijak, psl tuh rmai kump sokongan yg skang nih ader diploma, ijazah & master.

mrk nih2 yg akan gunakan kebijaksaan mrk utk pilih kerajaan yg leh full utilize bakat2 yg ader dlm kump sokongan utk dinaikkan ke p&p.

adiosss!!

Tanpa Nama berkata...

Salam, Semua PA diharap mengundi...
Mengundilah calun yang terbaik....
Dan , Cari dan selidiklah calun itu...
Gunakan akal dan teknologi yang ada depan mata...

ganasan berkata...

bukankah kita diCUEPACs patut berkecuali dari memberi sokongan kepada mana-mana pihak? keliru saya bila OO suruh sokong PM.

kata kunci di sini ialah BERKECUALI.
undi : pilihan masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

MAKLUMAT PENTING DAN TERKINI:
Semua penjawat awam yang memiliki master,ijazah,diploma tidak akan di lantik ke jawatan baru apabila memohon perjawatan baru oleh panel pengambilan dan temuduga suruhanjaya perkhidmatan negeri-awam,hasil dari pemesyuaratan di kalangan pegawai-pegawai tadbir negeri dan pegawai-pegawai dipolmatik.cth kerajaan negeri johor, perkara ini telah diputuskan bersama oleh pegawai-pegawai tadbir negeri, pegawai-pegawai tadbir diplomatik dan suruhanjaya perkhidmatan awam negeri dan awam.

kami 1.4 juta PA akan memberi undian kami kepada PR pada PRU-13 nie.. PR ke PUTRAJAYA...

DAH LAMA DAH MAHU TUKAR.... berkata...

Tanpa Nama berkata...
ramai pa terutama pelaksana memilih pr sebab 1. kenaikan pangkat terlalu lambat..keje berpuluh tahun baru naik jd kanan sdgkan kump pnp keje 10 tahun dah mangku 52 2. bnyak jabatan x buka perjwtn kanan/tertinggi dlm kump.pelaksana...siapa arah tu?? 3. sbpa > baik masih x terbuat..dah 1 tahun x siap kaji lg 4. bnyk skim spt ank tiri je

Khamis, April 18, 2013 10:00:00 PTG
___________________________________
SUDAHLAH, JANGAN ASIK NAK SALAHKAN KERAJAAN KALAU PANGKAT KORANG TAK NAIK...KORANG SPM PUN GRED 3 JER, BAHASA INGGERIS FAIL SEMUA...CUBA KALAU KORANG ADA DEGREE...KAN SENANG..MASUK2 JE GRED 41...NASIB KERAJAAN BN NAK SIMPANG KORANG, CUBA KERJA SWASTA..KORANG DAPAT KE ELAUN UMAH/COLA/KHIDMAT AWAM?...POOORAHH

Ahad, April 21, 2013 1:01:00 PG

AKU DAH TAHU SAPA KAU... KALAU MCM NING CARA AYAT KAU TU TAK LAIN DAN TAK BUKAN KAU NING PTD....AKU PUNG ADA DEGREE JUGA... ENGINEERING LAGI TU... TAK DAPAT2 NAIK PANGKAT LAGI... JADI KALI INI AKU MESTI UBAH.... INI KALI LAH....UBAH UBAH... TUKAR TUKAR... PR DI HATI KU....

Tanpa Nama berkata...

Bagi peluang kat BN untuk PRU13 ni . Kalau di fikir balik manifesto BN Aku Janji boleh di percayai berbanding manifesto PR yang hanya tertulis kat sekeping kertas tanpa angkat sumpah di depan rakyat . Harap tahun ni semua PA dapat keadilan dalam sebarang tuntutan yang pernah di kemukakan oleh cuepacs khususnya dalam isu elaun dan merapatkan jurang gaji . Harap kerajaan di bawah pimpinan BN dapat menunaikan janji seperti apa yang tertera dalam manifesto aku janji .

Tanpa Nama berkata...

Dato OMAR OSMAN NAK NAIK PANGKAT TU..KALAU BN MENANG PRU13 NI..ADA PELUANG UNTUK DAPAT DATO SRI DARI NAJIB ANTANTUYA..

Tanpa Nama berkata...

Bagi peluang kat PR.. Takkan sampai bila pun tetap BN slamanya.. Aku tpaksa pilih PR utk elak BN mmonopoli smua pkara yg kta tidak tau..

Fikirkan...

1) Kerajaan USA bsilih ganti.. Tp negara mrk tu tetap gah dlm plbagai bidang.. Itu bru demokrssi yg betul...
2) Apa prasaan anda klu anda nk mnta kerja tp syaratnya msti bpngalamn? Smpi bila pun org baru xkn dpt pluang!

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS NI DAH JADI TV3 JUGAK KE!! KAKITANGAN AWAM DILARANG BERPOLITIK ATAUPUN LIKE STATUS MANA2 AHLI POLITIK.TAPI BLOG NI TERANG2 PUJI BN XPE YE...INI SUDAH TIDAK ADIL.CUEPACS SANGAT PRO BEE END! PATUT TUKAR PRESIDEN.PLH PRESIDEN YG NEUTRAL.BUKAN PENCACAI UMNO CEGINI.

Tanpa Nama berkata...

ada jgk yg bodoh lg diperbodohkn...klau semua ada degre...maka tak akan ada lah yg bergred n17...kita hidup saling memrlukan...klau x ada nelayan,mcmne nk mkn ikan..?klau x ada petani,mcmne nk mkn tanam2an..?klau x ade buruh,mcmne nk bina bgnan..?apa yg kami mintak sepadan dgn situasi semasa...lebih2 lg keadilan pd rakyat...klau pemimpin pun dah tak betol,baham rasuah projek2..sudah tentu kesan od semua...matang lah sedara2...jgn jd bodoh...jdlah setidak2nya lembu2 moden yg tinggal kt KONDO....itu pn klau anda semua x nak berubah...itu lah taraf anda..bodoh lg diperbodohkn..yg jd mangsa rakyat2 yg menentang terkena jua...INIKALILAH