Utusan Malaysia|
2/2/2014
APABILA kerajaan mengumumkan perbelanjaan berhemat dengan
memperkenalkan 11 langkah pada awal tahun ini, ia dibuat untuk
mengurangkan perbelanjaan awam dengan tujuan utamanya membantu
meminimumkan defisit kewangan negara dan membetulkan persepsi.
Langkah yang melibatkan secara langsung semua kakitangan awam ialah
penurunan kos utiliti elektrik sebanyak lima peratus, pengurangan
penggunaan syarikat pengurusan acara serta mengurangkan penyediaan makan
minum semasa mesyuarat dan majlis rasmi kerajaan.
Terdapat juga langkah yang menjejaskan sesetengah pegawai kanan di
peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ekoran pengurangan imbuhan
tetap keraian antara lima hingga 10 peratus, dan juga pengurangan
kemudahan bayaran tol yang boleh dituntut daripada RM50 hingga RM100
sebulan.
Kelayakan kelas tempat duduk penerbangan untuk perjalanan domestik
dan antarabangsa bagi penjawat awam juga dipinda. Semua pegawai JUSA C
dan ke bawah kini mengambil penerbangan kelas ekonomi.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengunjurkan melalui
langkah-langkah tersebut kerajaan boleh menjimatkan kira-kira RM400 juta
setahun pada tahun 2014.
Jika diperincikan penjimatan itu, secara purata dalam sehari
kakitangan dan pegawai kerajaan akan mengurangkan RM1.1 juta
perbelanjaan, dan jika dibahagikan dengan 1.4 juta bilangan pekerja
sektor awam yang berkhidmat di seluruh negara, secara purata setiap
seorang menjimatkan kira-kira 78 sen sehari.
Ada pelbagai sudut pandangan boleh diberikan mengenai langkah perbelanjaan berhemat itu.
Bagaimanapun, yang paling jelas ialah ia simbol pengorbanan para
pegawai perkhidmatan awam di Malaysia pada saat-saat getir ketika
kerajaan sedang berusaha mengurangkan defisit negara melalui
rasionalisasi subsidi demi kebajikan rakyat dalam jangka masa panjang.
Pegawai dan kakitangan awam merupakan tulang belakang kepada kerajaan dan menjadi teras negara ini.
Banyak pihak dalam sektor awam mahu pengorbanan para pegawai awam
tidak dilupakan oleh kerajaan dan dalam kes sesetengah langkah
penjimatan, misalnya kelayakan tempat duduk penerbangan kelas ekonomi
untuk perjalanan domestik pegawai JUSA C, mereka berharap idea itu
hanyalah inisiatif sementara.
Apabila kerajaan kembali mempunyai kemampuan kewangan kelak,
kelayakan untuk mereka yang menjadi sebahagian daripada terma-terma
perkhidmatan sewajarnya dikembalikan.
Jumlah pekerja sektor awam di Malaysia seramai 1.4 juta orang sering
dikritik sebagai terlalu besar untuk menyediakan perkhidmatan kepada 29
juta rakyat Malaysia. Itu adalah antara tuduhan tidak berasas yang
dicetuskan oleh pembangkang yang bertujuan untuk meremeh-remehkan
sumbangan pekerja sektor awam kepada negara.
Dalam perdebatan itu, isunya adalah bagaimana kita memberi definisi
kepada sektor awam dan perbezaannya dengan definisi perkhidmatan awam di
negara-negara lain.
Di United Kingdom, laporan Pejabat Perangkaan Nasional pada September
2013 menunjukkan di seluruh England, Wales, Scotland dan Ireland Utara,
jumlah orang yang bekerja dalam sektor awam adalah sekitar 19.4 peratus
daripada keseluruhan 29 juta pekerja di negara itu.
Dengan kadar peratusan itu, jumlah keseluruhan pekerja sektor awam di
United Kingdom adalah seramai 5.7 juta orang dengan 1.6 juta bekerja
dengan perkhidmatan kesihatan, 1.5 juta dalam bidang pendidikan dan 1.1
juta dalam pentadbiran am dan majlis-majlis tempatan.
Secara keseluruhannya terdapat 5.7 juta pekerja sektor awam di United
Kingdom yang berkhidmat untuk 63 juta penduduk negara tersebut yang
sistem pemerintahannya mempunyai pertalian dengan Malaysia. Di United
Kingdom, terdapat seorang kakitangan sektor awam bagi 11 orang rakyat
(1:11).
Dengan jumlah kakitangan awam hanya 1.4 juta, di Malaysia, nisbah
pekerja sektor awam kepada penduduk ialah seorang kakitangan awam
berkhidmat untuk 20 orang rakyat (1:20).
Di Greece, sebuah negara Eropah yang dilanda kemelut ekonomi, bankrap
dan terpaksa diselamatkan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dengan
pakej bernilai AS$328 bilion (RM1,098 bilion), ia asalnya mempunyai
seramai 913,000 pekerja sektor awam yang menyediakan perkhidmatan untuk
11 juta penduduk iaitu nisbah 1 kakitangan awam untuk 12 orang rakyat
(1:12).
Pada Disember tahun lalu, jumlah kakitangan awam di Greece dapat
dikurangkan kepada 681,000 orang iaitu pengurangan sebanyak 25 peratus
(232,000 orang) yang dibuat serentak dengan pemotongan gaji untuk
melunaskan komitmen Greece kepada IMF. Namun, nisbah pekerja sektor awam
kepada penduduk negara itu masih sekitar 1:16.
Sekiranya dibandingkan dengan Malaysia yang mempunyai nisbah
kakitangan awam dan penduduk 1:20, kakitangan awam di Malaysia
sebenarnya lebih efisien dan mempunyai pelanggan yang jauh lebih ramai
daripada rakan-rakan sejawatan mereka di United Kingdom, dan tidak
sebanding langsung dengan Greece yang telah bankrap.
Memandangkan nisbah itu besar, tidak hairanlah kini ada pegawai awam
di Malaysia terpaksa bekerja sehingga 10 jam sehari, yang diburukkan
pula oleh perkembangan teknologi maklumat yang menuntut mereka memantau
aduan rakyat melalui Facebook, Twitter, blog dan pelbagai lagi medium
media baharu.
Bagaimanapun, kerana politik Malaysia akarnya telah diserabuti
unsur-unsur perkauman, ada ahli politik pembangkang berketurunan Cina
membuat dakwaan bahawa saiz perkhidmatan awam Malaysia terlalu besar dan
perlu dikurangkan.
Berhati-hatilah apabila mendengar kritikan seumpama itu kerana ada
waktunya kecaman dibuat dengan tujuan untuk melemahkan pentadbiran
kerajaan. Apabila pentadbiran gagal ekoran kakitangan tidak cukup, ia
boleh membangkitkan kemarahan rakyat dan menumbangkan kerajaan.
Kita wajar bertanya, mengapakah negara seperti United Kindom
memerlukan saiz sektor awam yang terlalu besar sehingga 5.7 juta orang?
Tentulah ada alasan-alasan ekonomi.
Dalam mana-mana sistem ekonomi, melainkan jika anda menjadi rakyat
sebuah pulau kecil, kerajaan mempunyai peranan yang penting dalam
memastikan guna tenaga mencapai tahap maksimum dan optimum, dan jika
kerajaan berkemampuan untuk membayar gaji, tidak ada salahnya untuk
mencontohi corak guna tenaga negara kapitalis seperti United Kingdom.
Banyak orang tidak sedar bahawa di Malaysia kakitangan dan pegawai
kerajaan di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja sahaja mengutip cukai untuk
negara sebanyak RM32 bilion setahun, dan perolehan itu kemudiannya
digunakan untuk menguruskan dan membangunkan negara ini.
Kutipan itu dibuat oleh 13,000 kakitangan dan pegawai awam yang
berkhidmat dengan Jabatan Kastam. Apakah yang akan berlaku jika
kakitangan jabatan itu dikurangkan?
Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat kerana para pegawai
awamnya, bersama para pemimpin politik, sejak dari mula negara ini
merdeka sehingga sekarang telah mewujudkan sebuah sistem pentadbiran
yang kompetitif, mentadbir negara dengan perancangan tersusun,
mengaktifkan pelan pembangunan lima tahun, kajian separuh penggal
pembangunan dan sentiasa menampilkan pelbagai gagasan lain.
Dalam proses bernegara, kita telah berada pada landasan yang kukuh.
Dasar-dasar yang prorakyat diperkenalkan oleh pemimpin politik dan
pelaksanaannya dilakukan dengan baik oleh kakitangan dan pegawai
perkhidmatan awam dalam tempoh enam dekad lalu. Gandingan mantap, sifat
bahu-membahu dan saling memahami antara pemimpin politik dan para
pegawai awam mesti kita teruskan kerana hubungan itu merupakan jantung
kemakmuran Malaysia.
Perasaan terluka dan keliru ekoran langkah kawalan perbelanjaan yang
diperkenalkan mulai 1 Januari lalu perlu diubati segera, dan ia
sepatutnya menjadi ikhtiar sementara yang wajib difahami oleh pemimpin
politik dan kakitangan perkhidmatan awam.
Janganlah kita membiarkan diri kita terperangkap dalam tohmahan
kononnya wujud banyak sangat perkara negatif dan berleluasanya salah
laku pegawai awam. Di tanah air kita, pada umumnya gejala itu adalah
terkawal.
Malah, di Singapura yang diagung-agungkan oleh para pemimpin
pembangkang Cina Malaysia, pada tahun lalu beberapa pegawai awam Cina
Singapura terlibat dalam skandal seks dan penyelewengan pentadbiran
sebagai imbuhan kepada peranan mereka dalam pemberian kontrak.
Kes-kes di Singapura itu menunjukkan di mana-mana negara sekalipun tiada gading yang tidak retak
A
35 ulasan:
Cadangan :
1. Beri kakitangan TABLET 1Malaysia, seperti yg diberikan oleh streamyx utk kakitangan dibawah pendapatan rm3,000
Orang sibuk bincang pasal jimat, ada pulak yang minta tablet. Lepas tu bolehlah jual atau buat main game kot. hehe masalah mental agaknya.
Kalau Penjawat Awam tak bagus, manakan Negara Malaysia ini menjadi Maju dan Makmur, sehinggakan berjuta rakyat asing mencari rezeki di Tanah Bertuah ini Malaysia. Bangsa Cina ini sememangnya Haram Jadah kerana tidak senang dengan Pemerintahan Bangsa Melayu Islam, mereka ini hendak menghancurkannya.
SAYUR SAYUR SAYUR KANGKUNG SATU LINGGIT SATU IKAT MALI BELI SAYUR
dah jimat , menyusahkan pt-pt kat ofis nie .. online lembat macam siput babi ..
sebab habis di balon oleh si najib bah itu ...
PT lah tu...Bercukur bulu betis.
Gila!!! Elok kerajaan tak beri apa2 benda bodoh spt itu. Tak ada yg mati kelaparan tanpa tablet. Gila...
Asal saja sebut nama ofis terbayang PT yg sentiasa menjadi tulang belakang utama kerajaan.
SOALAN
KENAPA KERAJAAN PERLU LAKSANAKAN PERBELANJAAN DEFISIT...
ADAKAH UNTUK ACCOMPLISH BAGI MENCAPAI WAWASAN 2020 UNTUK MENJADI NEGARA MAJU.
ADAKAH UNTUK BERBANGGA KAT DUNIA, SEDANGKAN NEGARA PERLU BERHUTANG SAMPAI RAKYAT TERBEBAN...
nasihat kepada penulis upahan umno: jgn asyik salahkan kapiak apabila hang puncanya segala masalah negatif negara...mcm non-kafir handal sgt...kalo nak banding pon, bandinglah ngan negara2 arab(pujaan non-kafir) barulah ngam..kan..kan..memanglah kalo kafir manalah depa tahu bab2 halal-haramnya..yg hang non-kafir sepatutnya sgt arif tentang bab2 tu, tapi makan bangkai gak..jgn sibuk pasal kafir...cermin diri dulu..
Kastam tak payah ler kutip berbillion billion cukai sebab Najib tak pandang pun.Kutip 1 billion sudah ler.Kenapa tak ada insentif padahal kutipan cukai tahun lalu tertinggi dalam sejarah.Pelik bin ajaib!!tahun sebelum mengundi tiba tiba saja bagi insentif khas setengah bulan gaji.Polis,Askar dapat juga elaun tetap tiap bulan.Buat kerja berpada pada sudah ler kastam..
Prasan pun kita org... tapi tengoklah kemana org kaya melayu hantar anak2 bersekolah, melancong, berbulan madu? Ke UK, US dan negara eropah kan? Inilah kenyataannya.. Tanyalah kpd mereka kerana jawapan ada pd mereka.
APA NAK DIKORBAN..MENANGGUNG BEBANAN YG BERAT ADALAH
sebenarnya tajuk yang sesuai adalah MENGORBANKAN PENJAWAT AWAM.
Bekorbanlah sgt. Klu bukan kerana pemimpin boros rakyat takkan hadapi ekonomi teruk. Klu bukan krn hospital kerajaan teruk rakyat tak perlu berhbs d hosp swasta. Klu bukan krn guru upsr pun xskor rakyat malaysiii tak perlu hantar anak2 tuition atau genius aulad.
tanggungjawab kerajaan sediakan hospital dan sekolah yg cantik dan kakitangan yang layak.
Ank2 pemimpin ameno sekolah di Britain. Anak2 kita guru yg dibagi upsr pon xskor. Pk pk lah.
Kau adalah antara calon yg paling layak dihantar berkhidmat di hospital dan sekolah supaya tiada pesakit yg akan mati dan murid yg gagal. Kau yang Pelacur Tegar itukan hebat dlm segala hal. Rugi rakyat malaysia kerana kau tidak menjadi PM... jika kau yg dipilih sudah tentu malaysia sudah lama maju dan kaya raya. Kau cuma pandai buat komen terhadap pihak tetapi kehidupan yg teruk dan menyampah tak diambil pusing. Cuba lah beri komen membina secara konkrit jika kau memang pandai. Mengapa kau sendiri tidak memohon menjadi doktor atau guru tetapi memilih jawatan PT yg menyebabkan kau stres 24 jam? Jgn suka menjadi anjing yg cuma pandai menyalak bukit yg tak akan runtuh.
Hidup kembali rupanya bangau ni. Ingatkan dah mati. Tetapi tak pa lepas ni kita nyanyikan lagu bangau oh bangau sama2.
Dgn bangganya dimaklumkan kpd rakyat malaysia bahawa pekerjaan saya amat penting iaitu tulang belakang semua organisasi. Tanpa kami gaji PA dan sebagainya tidak terurus.
Pergi ke hospital swasta pun jumpa doktor juga. Hantar anak ke kelas tuisyen pun jumpa cikgu, kan? Kenapa tak berubat dgn dukun, minta ahli keluarga mengajar anak? Kalau pandang rendah tehadap pihak perubatan dan warga pendidik jgn sesekali berurusan dgn mereka lagi, kau adalah amat bodoh kerana masih berurusan dgn org2 yg kau hina. Jgn kerana kehidupan kau susah kau salahkan pihak lain. Memang benar pun elok sangat kau nyanyikan lagu bangau oh bangau.
Itulah org kita cuma hebat mengkritik pihak lain sedangkan kehidupan sendiri langsung tak tau nak baiki. Cuba tengok kaum2 lain, mereka tak bertelagah sesama sendiri malah bersatu meningkatkan diri dan keluarga serta kaum masing2. Kita ni pula cuma hebat kutuk mengutuk tetapi kehidupan tetap sama malah semakin mundur. Pantang tengok kaum sendiri meningkat terus nak cantas. Inilah mentaliti ketam. Yg hebat mengkritik itu lah orang yg sebenarnya sampah, cuma tahu melihat kelemahan org lain.
Aku cadangan PT kat sekolah mengajar murid2 kerana aku percaya mereka akan melahirkan murid2 cemrlang dgn semua akan skor 5A. PT adalah tulang belakang organisasi/sekolah tanpa mereka segala2 akan runtuh.
Aku ingat yg selalu skor upsr tu dah mati...
Minta mr f menjadi doktor spya tiada lagi pesakit yg akan mati. Dia adalah manusia paling ajaib pernah dilahirkan di dunia ini. Ahli2 keluarganya pula boleh menjadi pendidik spya mr f bimbing/ajar mereka bagaimana mengajar yang paling mujarab spya semua anak didik malah murid2 di malaysia akan memperoleh 100% skor A semua. Realitinya si penyamar mr f ini cuma pandai membuat komen je, dia adalah pegawai bawahan yg paling teruk prestasi kerjanya di kalangan rakan2 sekerja. Dia cuma nak melepaskn geram kerana gaji yg diterima tak pernah sampai ke hujung bulan. Maka menyalak dan menyanyi lagu bangau oh bangau lah dia utk menghiburkn hati yg duka lara. Kesian...... sama lu.
Dlm blog mcm2 jenis manusia ada.
1. Mentaliti ketam=suka cantas mencantas
2. Mentaliti bangau oh bangau=suka menyalahkan pihak lain
3. Mentaliti materialistik/kebendaan=taksub terhadap kemewahan/wang
4. Mentaliti keegoan melampau=mengganggap dirinya saja yg hebat/pandai.
- kita perlu sedar bahawa wpun kita berlainan kaum/bangsa, agama, warna kulit tetapi darah kita tetap berwarna merah. Semasa belaku kemalangan, mangsa tidak akan membuat syarat bahawa dia hanya nakkan darah ahli keluarganya sahaja, atau kaum dan org yg seagama dgnnya sahaja. Darah org putih pun boleh diguna opeh org berkulit hitam. Pokok pangkalnya kita adalah manusia yg mempnyai perasaan dan keinginan yg sama; maka hormatilah satu sama lain jika kita mahu keamanan dan kesejahteraan terus dinikmati selamanya dimana saja kita berada.
biar bodoh buat kerja bodoh, pandai buat kerja pandai. jadi takdalah perebutan jawatan & permintaan merepek dari golongan sekolah malas untuk dapat gred golongan yang bersekolah peringkat ketiga.
di peringkat pengajian tinggi pun kena ditapis semula supaya yang betul-betul berakhlak baik serta bercita-cita tinggi saja yang memasukinya. jadi takda la kita lihat golongan yang suka pacak moto berkeliaran di sekeliling kampus setiap malam, golongan yang suka beromen di sekeliling kampus setiap malam dan golongan yang suka memplagiat terlepas masuk ke institut pengajian tinggi.
Telah dilahirkan pemalas tapi dimanjakan dgn pelbagai ruang dan peluang utk mendpt apa saja yg dihajati dlm hidup. Pihak yg sepatutnya layak pula diketepikan.
Tu lah bang.. konsep dulu dah bagus.. SPM banyak A je sambung belajo.. yang sikit A jadi pekerja am.. tapi skang degree mcm pelacur yg xde A spm pun boleh buat... jdi ape gune budak2 melayu nk berusaha belajar lagi.. baik pacak motor atau beromen lgi bagus.
tungu pr 14 nanti kita bagi pembangkang pula memerintah k janji
Hahahaha...Ayah ..abang ..adik dan bayi
abang dgn adik cuma tua setahun jer,,,,,adik dgn bayi pula beza banyak tahun juga tu...skrg ni adik dh join sekali dgn abang tapi abang pula komplen kat ayah kata adik x sepatutnya join dgn abang.....HABIS TU YG ADIK DOK JOIN DGN BAYI SELAMA 30 TAHUN ...ADIK X BISING PUN...
Dasar yg menuju kehancuran. Yg tak berilmu pun diambil bekerja dan dgn mudah naik pangjat kerana ada kepentingan tersirat yg menjadi agenda yg mesti dicapai. Maju pun malaysia pd tahun 2020 tapi ramai yg tertindas dan hidup miskin selamanya. Di atas kertas kata tiada kaum yg dipinggirkan, amalan lain pula.
Jom nyanyi lagu bangau oh bangau..
Asyik rakyat saja nak berjimat...pemimpin kat atas tu bila plak nak jimat?? Bila pihak pembangkang cadangkan gaji dipotong boleh siap koyak kertas cadangan...kalau nak suruh rakyat berjimat mesti bagi contoh negara luar...ni aku nak bg contoh negara luar....negara2 maju pemimpin2 semua potong gaji bila negara ada krisis ekonomi...taib mahmud harta smpai 64 bilion awat tak siasat? rakyat yang gaji ciput ni juga nak kacau...
Antara langkah penjimatan yang boleh dilakukan oleh JPA adalah 'right-sizing' yang tidak melibatkan pemberhentian pegawai; cuma perlu rationalisasi keperluan dan penyusunan modal insan. Jabatan juga boleh menggunakan maklumat perakaunan kos sebagai justifikasi keperluan ini. Ini dapat mengelakkan masalah absentism/presentism dan pembaziran kos pengurusan/projek.
mmoducjoSaya menyokong langkah penjimatan yg telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri. Namun begitu masih terdapat sebuah Kementerian yang sedang menjalankan proses penukaran nama ini sudah pasti akan melibatkan jumlah peruntukan yg bukan sedikit samada bagi membeli/mencetak "letter Head' yg baru,"Sign Board", getah cop,nama pada kenderaan yg baru dan banyak lagi perkara dan yang pasti melibatkan seluruh Negara dari Perlis hingga ke Sabah.
Seharusnya ia ditangguhkan dan peruntukan tersebut disalurkan kpd kepentingan awam.
Catat Ulasan