SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

31 Januari 2014

BERITA TAKZIAH

Media CUEPACS
31/1/2014


Berita Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa Sdra Rajali bin Sarip Penlong Setiausaha Gred Ekonomi dan Pertanian  Merangkap Presiden Kesatuan  Perhilitan Semenanjung Malaysia  telah kembali ke Rahmahtullah pada 30 Januari 2014  jam 10.30 malam dan telah dikebumikan pada 1 Febuari  2014 di Tanah Perkuburan Kg. Paya Dalam Melaka.

CUEPACS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AL Fatehah

Tanpa Nama berkata...

al-faatihah

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah ...

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah...

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah

kekasih berkata...

Takziah. Al fatihah untuk arwah.

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah semoga ruhnya dicucuri rahmat dr Allah S.W.T

Tanpa Nama berkata...

al fatihah,sakit ape,meninggal 30 hb,kbumi 1hb lewat kbuminye..

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah dan takziah,.

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah....

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah..takziah buat ahli keluarga allahyarham

Tanpa Nama berkata...

http://bit.ly/1fRJ05k

Tanpa Nama berkata...

al fatihah.moga dicucuri rahmat

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah..


ni saya up satu isu. mohon cuepacs ketengahkan.

Terlalu banyak ketidakadilan yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap Jururawat2 seluruh Malaysia. Ada yang telah pun mengadu pada saya melalui suami mereka.

Tak kisah lah anda jururawat dari sektor swasta atau pon gomen.. Mesti ada masalah yang sama..

Kementerian Kesihatan adalah kementerian yang pada pendapat saya sebuah kementerian yang lembab dan lemah dalam pengurusan. Ia perlu di tegur dgn keras memandangkan secara lembut sudah tidak berhasil.

Antara ketidakadilan pada jururawat adalah:

1. Jururawat yang bekerja pada waktu malam tidak disediakan makanan: Di manakan jururawat2 ini hendak pergi ketika perut lapar pada waktu malam. Tidak ada restoran yang buka pada waktu ini. Bekalan yang dibekalkan adalah seperti satu jenaka besar. Iaitu milo 3-in-1 satu paket. Itu sahaja.


2. Kadang-kala jururawat disuruh bekerja tanpa cuti selama lebih dari seminggu. Ini adalah zalim. Mentang-mentanglah jururawat semua perempuan. (laki sikit saja)


3. Terdapat kecurian pembayaran masa bekerja jururawat ketika bekerja malam selama 2 malam sahaja berbanding 3 malam.


4. Keselamatan jururawat adalah seperti bergantung di hujung tanduk. Bayangkan tempat letak kereta yang gelap pada waktu malam. Ruang pejalan kaki juga gelap. Dan ada kalanya polis membiarkan penjenayah yang tercedera duduk bersama jururawat seorang diri di dalam bilik untuk menerima rawatan. Apakah ini?


5. Pakaian jururawat: Perlu di buat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamic telah pun menukar fesyen pakaian jururawat supaya tidak mencerminkan imej seksi.


6. Jururawat adalah pekerja kerajaan yang agak penting. Walau tidak dinaikkan gaji, mereka perlu di jaga kebajikannya. Sudah lah gaji sikit. Masa kerja pula sangat banyak. Bila berkeluarga...tak lama lepas tu terus berhenti kerana terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk anak dan suami. Banyak yang boleh dilakukan di sini. Mungkin diadakan daycare yang mengikuti waktu kerja nurse. Free. Makanan juga disediakan kepada nurse untuk dibawa pulang selepas waktu kerja kerana kebiasaannya mereka ini selepas kerja terlalu penat untuk masak.

7. Dinafikan hak mengundi..setiap kali PRU, hanya mereka yg kebetulan cuti dan balik ke tempat mendaftar je dapat mengundi..yang bekerja, tak penah ada can mengundi..mcm polis,askar ada undi pos..mengapa jururawat tidak diberi peluang sama?

Banyak lagi masalah jururawat yang masih belum kita tahu.. Harap jururawat berani kehadapan luahkan masalah mereka.


Saya kat sini nak tekankan isu Pakaian jururawat: Perlu di buat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamic telah pun menukar fesyen pakaian jururawat supaya tidak mencerminkan imej seksi.

Kita bermula dengan focus isu ini dulu kemudian kita mula fokus kepada masalah lain satu persatu.. Jika terlalu banyak nanti kita hilang fokus untuk mendesak KKM..

Jururawat perlu berpakat dan kuat untuk lawan dan mendapat hak anda..

Apa pendapat Kementerian Kesihatan ? Sila prihatin sedikit lah masalah jururawat ini ..

Lama dah mereka tak selesa dengan pakaian macam nie sebab banyak saja mata liar mencuci mata..

Tanpa Nama berkata...

Banyak da gaji depa tu......jurutawat masyarat ja mybe prlu naik gaji lg

Tanpa Nama berkata...

Patut le ramainye skrg jururawat dah jd janda sbb masa berkahwin dulu terlalu sibuk kerja tak sempat nak buat projek dgn suami.siang mlm dok jaga org sakit last2 suami di rumah jadi gila sorang2 sbb tak dpt projek

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya diwujudkan ELAUN KHAS bagi keje kritikal. kalau diberi kenaikan gaji kepada semua jururawat dan doktor tidak adil kerana bukan semuanya bertugas di wad kecemasan. yang bertugas di tempat2 sesak seperti wad pesakit luar, klinik pesakit luar, wad kes hijau/kuning/merah dan sewaktu dengannya memang patut diberi elaun kritikal. tapi yang kerja biasa2 macam di klinik tabung darah misalnya, tak perlulah dapat elaun tersebut. baru adil. ini juga menggalakkan mereka untuk berebut2 untuk bertugas di wad kecemasan, bukannya mengelak dari bertugas di wad kecemasan.