SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Januari 2014

DBKL SEDIAKAN BAS PERCUMA UNTUK KAKITANGAN

Utusan Malaysia
9/1/2014


KUALA LUMPUR 9 Jan. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyedikan lapan buah bas untuk menghantar kakitangannya ke tempat kerja masing-masing secara percuma.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib telah bersetuju dengan cadangan itu.

"Saya difahamkan, sebanyak lapan buah bas akan digunakan oleh DBKL untuk mengambil pekerja mereka di lokasi-lokasi tertentu mengikut jadual yang ditetapkan."Jika jumlah bas tersebut tidak mencukupi, pihak DBKL akan mempertimbangkan untuk menambah kenderaan berkenaan bagi menampung kesemua pekerja mereka," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Taklimat Penambahbaikan 81 Jenis Skim Perkhidmatan Awam kepada warga DBKL di Auditorium DBKL di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden II CUEPACS, Mohd. Shaman Jaes dan Timbalan Setiausaha Agung 1 CUEPACS, Adnan Mat. Dalam pada itu, Azih menegaskan, usaha DBKL tersebut adalah untuk membantu dalam meningkatkan produktiviti pekerjanya dan selaras dengan masalah ekonomi yang dihadapi pada masa ini.

"Kita berdepan dengan kenaikan harga pelbagai barangan terutama barang keperluan harian seperti bahan mentah dan barang basah."Dengan menyediakan bas percuma, DBKL akan dapat membantu pekerjanya menjimatkan kos hidup dan mengurangkan perbelanjaan harian mereka," katanya.

6 ulasan:

abi berkata...

untung dapat bantuan cam tu

Tanpa Nama berkata...

kalau boleh sediakan taman asuhan percuma pada anak-2 kakitangan awan yang berumur sebelum 5 tahun.supaya tidak ada lagi kanak-2 yang mati tersedak susu yang tinggal di taman asuhan swastar yang kosnya sehingga RM300.00 sebulan seorang.....cuepacs kena kaji juga benda ini dimasa akan datang.wujud satu jabatan untuk menjaga kanak-2 kakitangan awam.

Tanpa Nama berkata...

zaman sekarang ni anak2 kena dijaga oleh orang lain pulak dek kerana mak bapak dia mengejar kemewahan dunia.

dunia duniaaaa

Tanpa Nama berkata...

ha apa lagi! menyalak la wei pada kerajaan malaysia supaya sediakan bas untuk yang lain pulak.


lemak penjawat awam ni. dah bagi betis nak peha. dah dapat peha nak celah peha pulak!

Tanpa Nama berkata...

OIII LU MANA MARI PUNYA.
KILANG PUN ADA SEDIAKAN BAS UTK PEKERJA LAH.
BIAQ PI LAH DEPA NAK WAT APA PUN.
YG HANG DUK KALUT PASAI APA.
LOK LAQ! X PAHAM BETUIII AKU....


BUWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH....

Tanpa Nama berkata...

Presiden kan dari pbt..tentula dia respon kt pbt..