SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

07 Januari 2014

DASAR TRANSFORMASI DITERUSKAN

Utusan Malaysia
6/1/2014
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak bersama (dari kiri) Khairolnezam Shaari, Nor Hayati Onn, Dr. Ali Hamsa, Dr. Zuraidi Ishak dan Megat Firdouz Megat Junid pada majlis mengangkat sumpah simpan rahsia Setiausaha Politik di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 6 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perubahan melalui dasar transformasi akan diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang dalam usaha memperkukuhkan ekonomi negara sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat.Tegasnya, dalam situasi tempoh untuk mencapai status negara maju yang semakin singkat, kerajaan tidak mempunyai opsyen lain kecuali perlu melakukan perubahan terhadap sektor ekonomi negara.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan, segala perubahan serta pembaharuan yang berlaku akan mengambil kira pandangan dan hasrat supaya kerajaan tidak melakukan sesuatu yang boleh membebankan rakyat."Inilah opsyen yang ada pada kita. Kita mesti sedar inilah satu keadaan yang perlu dihadapi oleh semua negara disebabkan oleh persekitaran ekonomi yang berubah."Bagi menentukan daya saing negara, kita perlu membuat perubahan dan perubahan ini sudah pun kita garis dalam agenda dan dasar transformasi negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama bagi tahun ini di Dataran Perdana di sini hari ini.Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.Najib berkata, hanya negara yang sanggup melakukan perubahan terhadap sektor ekonominya boleh menghasilkan pertumbuhan secara mampan.

"Perubahan yang saya maksudkan ialah perubahan struktur dan perubahan pada dasar yang lebih tepat dan dikemas kini pada setiap masa."Sekiranya kita tidak sanggup melakukan perubahan iaitu perubahan struktur dan perubahan yang strategik, kita akan mengalami keadaan yang mana ekonomi Malaysia akan tumbuh perlahan dan tidak mungkin dapat mencapai kadar pertumbuhan sekitar lima atau enam peratus seperti yang dihasratkan," ujarnya.

Beliau dalam pada itu turut menarik perhatian tentang senario ekonomi yang melanda seluruh dunia ketika ini. "Lihat pada senario dunia terutama dalam konteks andaian dan tahun 2014 kita dapat lihat terdapat kawasan-kawasan tertentu menghadapi masalah ekonomi yang agak kritikal, misalnya zon Eropah."Walaupun krisis yang genting sudah berlalu tetapi negara-negara dalam zon Eropah akan melalui dekad yang mana pertumbuhan ekonomi mereka akan berlaku pada tahap yang sangat rendah. Malah ada yang menyifatkan dekad akan datang bagi zon Eropah sebagai lost decade," katanya.

Begitu juga katanya, keadaan ekonomi yang melanda negara-negara lain seperti Jepun, namun hasil usaha Perdana Menterinya, Shinzo Abe sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada ekonomi negara berkenaan."Negara China sekali pun yang kita anggap sebagai 'engine of growth' untuk ekonomi global, tidak mungkin dapat mencapai pertumbuhan ekonomi antara sembilan hingga 10 peratus setahun melainkan China sanggup melakukan perubahan menyeluruh dalam sistem ekonomi mereka," ujarnya.Mengulas tentang rasionalisasi subsidi, beliau berkata, Malaysia membelanjakan RM42 bilion untuk tujuan itu. 

"Tidak ada negara di dunia ini peruntukan pembangunannya sebanyak RM49 bilion, (dengan) RM42 bilion daripadanya untuk subsidi dan insentif. Keadaan ini dalam satu segi mencerminkan kerajaan memang prihatin kepada bebanan rakyat tetapi keadaan ini tidak boleh kita teruskan kerana tidak mampan."Cuma kita kurangkan beban atau subsidi dengan cara berperingkat. Mana yang boleh kita lakukan untuk menolong pelbagai golongan seperti mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah termasuk penjawat awam kita mesti lakukan," katanya lagi.

Beliau percaya, jika ekonomi negara lebih kukuh serta hasil negara lebih mantap, maka projek pembangunan boleh ditambah manakala segala kemudahan serta kebajikan untuk penjawat awam dan rakyat pelbagai golongan boleh dipertimbangkan dari semasa ke semasa.

Selain itu, beliau menyatakan komitmennya untuk melaksanakan semua janji-janji yang telah ditawarkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

5 ulasan:

1st berkata...

hahaha topik ni wujud jam 9.30 malam. beruk2 yang suka main 1st 2nd 3rd ni takdan nak main permainan bodoh tu pasal diorang tu cuma tau lenjan internet pejabat je!

p/s: pasti beruk2 yang sentap & terasa tu akan berbunyi esok. kah kah kah

Awangkuazmi berkata...

InsyAllah...
Semoga ekonomi negara Malaysia akan terus maju melangkah ke arah aras sasaran kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

HEBOH CAKAP NAK JIMAT ITU DAN INI..TAHU TAK KOS SARA HIDUP KIAN MENINGKAT SEKARANG. KENAIKAN ELAUN & PENAMBAHBAIKKAN SKIM PERKHIDMATAN TERUTAMA SKIM "W" DAN 'N" BAGI KATEGORI SOKONGAN PATUT DIPERCEPATKAN

CIKGU berkata...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bantaipegawaipantaukelas/Article

inilah dia guru yang menjadi anak emas kerajaan yang dilimpahi dengan pelbagai kemewahan dan kesenangan.

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalau xjd anak emas kerajaan, lg teruk semua generasi baru akan buta huruf dan angka. Selagi mereka rakyat msia cara tetap sama.