SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

14 Januari 2014

JPA KUMPUL MAKLUMAN BALAS KAJIAN SEMULA 100 SKIM PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
13/1/2014



 
 PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan bagi kajian semula 100 skim perkhidmatan awam.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata kajian penambahbaikan skim itu meliputi kumpulan penguatkuasa dan perkeranian dalam penyelarasan tangga gaji, syarat kemasukan dan juga kebajikan.

"Ini (kajian semula skim) masih dalam proses rundingan. Kami sedang membuat perbincangan dengan pihak berkepentingan seperti Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), kesatuan dan persatuan sekerja lain.

"Saya berharap mereka yang terlibat bersabar agar kajian semula skim perkhidmatan awam ini dapat dilaksanakan dengan cara terbaik," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat barisan anggota Majlis Tertinggi Cuepacs sesi 2013-2016 yang diketuai Presiden Azih Muda di sini Isnin.

Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekalkan modal insan terbaik dalam perkhidmatan awam, selain memantapkan fungsi perkhidmatan, menambah baik laluan kerjaya serta mobiliti pegawai awam.

Penambahbaikan 81 skim itu melibatkan 613,743 penyandang dengan peruntukan tambahan RM31 juta setahun.

Berikutan pindaan 81 skim perkhidmatan ini, kerajaan mengurangkan bilangan skim perkhidmatan yang sedia ada daripada 274 kepada 249 pada 1 Jan tahun ini yang merangkumi 1.4 juta penjawat awam.

Mengenai perjumpaan JPA dan Cuepacs hari ini, Mohamad Zabidi berkata pertemuan itu dapat mengeratkan hubungan dan jalinan kerjasama dalam memacu jentera perkhidmatan awam yang lebih mampan dan berdaya maju ke arah memenuhi agenda transformasi negara.

"Dalam pertemuan strategik ini, kami telah berjanji bersama melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan juga menambah baik perkhidmatan-perkhidmatan awam untuk memastikan sistem penyampaian kerajaan lebih baik dengan adanya jalinan kerjasama antara JPA dan Cuepacs.

"Selain itu, JPA dan Cuepacs akan turun padang membantu kerajaan untuk menerangkan isu-isu dihadapi kerajaan pada hari ini khususnya dari segi kenaikan harga barang dan sebagainya," katanya.

Sementara itu Azih menyarankan penjawat awam yang belum terlibat dalam kajian penambahbaikan itu agar tidak panik dan tidak terlalu beremosi kerana proses itu dilakukan kerajaan secara berperingkat.

"Perkara ini sedang dilakukan JPA. Harap bersabar dan tidak terlalu beremosi. Kaedah perundingan dengan kerajaan adalah cara terbaik dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.

-- BERNAMA

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila agaknya kami nk sign borong opsyen ni... dh dh tahun 2014 ni dh nak masuk bulan febuari ni ni la nasib kami yg kerja kat badan badan berkanun.....kekawan yg lain kat Putrajaya dh dapat gaji baru.....dah adoi...lembat betul la pihak pengurusan kat badab badan berkanun ni wahai pihak sila ambil tindak segera ...jgn kami semun kecewa .....

Tanpa Nama berkata...

SAYA TAKUT ADA SKIM YG TERCICIR TIDAK TERMASUK DLM 100 SKIM YG DITAMBAHBAIKKAN. HARAPAN SEMUA SKIM KATEGORI KEWANGAN "W" DIBERI PENAMBAIKKAN

HARAP JANGAN DILAMBATKAN PENAMBAHBAIKKAN

Tanpa Nama berkata...

betul la kawan..skim gred u pun tk der habar berita..ntah ape yg tk puas hati...org dah merasa gaji baru..kami masih tk nampak ape2...tlg jawap knp kami ppk nie masih lum dpt sain opsyen naik gred lagi?...

Tanpa Nama berkata...

Biar betul beb..tahun depan baru kaji, bila nak siapnya, kami ramal dekat-dekat PRU-14 baru siap dan diumumkan nak raih undi penjawat awam, jgn haraplah, lingkuplah be end sebelum PRU-14, skg nie pun penjawat awam dah mengamuk sebab harga barang dah melambung tinggi, segala keperluan sudah naik, itu belum gst diumumkan tahun 2015, nak sabar mcmana dah meletup nie, siaplah kau org, JPA, KERAJAAN DAN CUEPACS, duit bajet dah hangus da, cair pun, nak top-up dgn apa, takan nak naikkan harga minyak lagi.. nak mampus, cubalah..!! dah lama sgt sistem gred, elaun dan pangkat bagi golongan sokongan tak di kaji-kaji, tiada perubahan langsung..ape kebendannya.. kirim salam kami buat group think-thank dari Razak School.. tanya dia org cukup tak gaji tue RM 60,000..sebulan..

Tanpa Nama berkata...

Kumpul la banyak2 jpa oiiii... kumpul sekali dgn SST yang kononnya akan dimuktamadkan Dis 2013 lalu. Cadangan...kaji....kumpul...umumya tidak.

Tanpa Nama berkata...

Apakah skim skim yang terkandung dalam 100 skim yang akan dikaji? Tolong nyatakan terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

cakap banyak pon tak guna .. cakap ja cilakaaaaa ..
harapkan indah dari khabare ..
cilaka punya JPA .. mana ada gaji baru . gaji tahun lepas pon sebab barang naik ..
cilaka ...

Tanpa Nama berkata...

Mohon JPA melihat dan mengambil tindakan yg munasabah kpd kumpulan pelaksana yg berijazah dan berpengalaman lebih 20 tahun perkhidmatan sokongan dan teknikal di pelbagai jabatan dan agensi dgn menyediakan landasan atau platform yg munasabah kpd kumpulan ini utk ke P&P 41 sempena dgn Transformasi perkhidmatan Awam Malaysia....Sekian, Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

Jikalau ada apa apa info tentang 100 skim yang terlibat. Boleh lah share this page ini. Mesti cuepacs pun tau apa skim2 yang terlibat

Tanpa Nama berkata...

penambahbaikan 7 pasukan berunifom termasuk dlm 100 skim ni ke?

Tanpa Nama berkata...

tlg beritahu bila siap

Tanpa Nama berkata...

Apa kah 100 skim tu yea.

Tanpa Nama berkata...

Harap-harap Pekerja Sambilan Harian termasuk dalam 100 skim itu nanti. Kepada JPA dan Cuepac tolong lah serap kami ke jawatan tetap. Sekarang ini gaji bersih kami selepas potong epf RM600 saja, macam mana mau hidup makan pun tidak cukup, anak 4, 5 orang mau disekolahkan. Jadi kepada yang BERWAJIB TOLONG LAH KAMI PEKERJA SAMBILAN HARIAN DI NEGERI SABAH, SERAP LAH KAMI KE GAJI BULANAN....

Tanpa Nama berkata...

KUMPULAN SOKONGAN YG MEMPUNYAI IJAZAH DAN BERPENGALAMAN BERTUGAS 15 TAHUN KE ATAS DINAIKKAN KPD P&P W41

JEJAK SANG PENDETA berkata...

skim perkhidmatan = perjawatan yang diwujud dalam perkhidmatan awam..

PSH/kontrak/sementara/tetap = status jawatan..

Tanpa Nama berkata...

JANGAN LUPA PADA GRED FT YER TUAN PRESIDEN YG BARU NI.

Tanpa Nama berkata...

PENJAWAT AWAM SOKONGAN YG BERIJAZAH & DAH 20 TAHUN BERTUGAS PATUT DINAIK KE P&P W41 BAGI MENGENANG JASA & PENGALAMAN MEREKA

Tanpa Nama berkata...

PENJAWAT AWAM SOKONGAN YG BERIJAZAH & DAH 20 TAHUN BERTUGAS PATUT DINAIK KE P&P W41 BAGI MENGENANG JASA & PENGALAMAN MEREKA

Tanpa Nama berkata...

JPA tahu PA marah maka utk diumumkan berita baik konon spya PA berhenti menangis. Mainan psikologi je tu.... Dah basi dah teknik tu.

Tanpa Nama berkata...

Saya dah 30 tahun bekerja maka kerajaan harus kenang jasa dan pemgalaman saya tak perlu lihat prestasi, naikkan gred dan gaji. Dah dpt betis nak paha pula. Lepas tu naikkan gaji dan.gred PA yg selalu dtg awal dan balik lewat dan sebaliknya. Nampak gayanya semakin kreatif kebodohan PA zaman skrg. Jelas menunjukkan ketiadaan kematangan berfikir.

Tanpa Nama berkata...

Inilah kerajaan yang paling PENIPU...! OMNO/Bn dah tak sesuai lagi duduk di Puterajaya. Wajib digandi. Baik PA beri peluang PR menunjukkan ketelusannya memimpin negara.

Tanpa Nama berkata...

Kami adalah antara 81 skim perkhidmatan yg ditambahbaik.tapi sampai sekarang x ada bunyi,surat tawaran opsyen pun x nampak.dengar khabar x jadi dilaksanakan atas alasan jabatan kami x ada duit utk bayar gaji tambahan.huhuhu

Tanpa Nama berkata...

lepasni jangan amik dah pekerja sambilan & kontrak ni. guna saja sumber manusia yang sedia ada dalam pejabat tu kalau tak cukup kakitangan untuk cover kerja tambahan. boleh buat OT dan sebagainya.

dok amik orang macamni untuk TUJUAN SEMENTARA, lepastu menyalak2 mintak nak jadi tetap la, nak diserap terus la itula inila. elok jangan amik lagi dah.

Tanpa Nama berkata...

Idea daripada PA yg bakal masuk tanjung rambutan. Kerajaan dah nak.muflis tapi terus desak kerajaan permudahkn itu dan ini. Bodoh....

Tanpa Nama berkata...

Mohon JPA melihat dan mengambil tindakan yg munasabah kpd kumpulan pelaksana yg berijazah dan berpengalaman dlm perkhidmatan sokongan dan teknikal di pelbagai jabatan dan agensi dgn menyediakan landasan atau platform yg munasabah kpd kumpulan ini utk kenaikan gaji sempena dgn Transformasi perkhidmatan Awam Malaysia....Sekian, Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

Mohon JPA melihat dan mengambil tindakan yg munasabah kpd kumpulan pelaksana yg berijazah dan berpengalaman lebih 20 tahun diberi keutamaan untuk lantik ke gred 41.sempena dgn Transformasi perkhidmatan Awam Malaysia....Sekian, Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

I'M SORRY........

Tanpa Nama berkata...

MINTA MAAF YE..... AKU BERMIMPI

Tanpa Nama berkata...

Mohon jgn dilayan cadangan yg merugikan negara. Elok diber kpd tenaga muda yg masih sihat dan bertenaga.

Tanpa Nama berkata...

Di Sabah lain pula ceritanya dah sign grad baru tapi gaji tetep sama tiada perubahan pun cuma grade sja yg naik..cuma dah tk de gaji mati la...ingatkan ada 2 kali kenaikan..seperti yg diwarwarkann..

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS tahu x bila DBKL nak buat sign opsyen?? Saudara Azih Muda kata di auditorium DBKL 81 skim confirm naik.. Itu kata beliau, DBKL x kata apa2..Senyum x perlu kata apa2.. :-) J17.

Tanpa Nama berkata...

Kami Pekerja Sambilan Harian Jabatan Pertanian Sabah dan telah bekerja lebih kurang 30 dan 20 tahun ingin merayu kepada yang berwajib (Cuepacs & JPA)tolong lah serap kami ke jawatan tetap..

Tanpa Nama berkata...

kau ni bangang ko,kau ingat sain opsyen baru gaji kau naik ko,yg naik gred jo bangang,ni la yg dikaji bertahun2,hasil ea mcm omar jgk babi,polis naik gred gaji naik jgk,kita apo dapat,takyah sain pun takpo.tgu nak mati baru dpt 2800,sial punya cuepacs jpa

Tanpa Nama berkata...

JPA DENGAN CEUPACS SAMA JER.... BARUA KERAJAAN...LAST2 SKIM KEMANA HABUK PON TAK ADE....JPA DENGAN CEUPACS MAKAN GAJI BUTA........PUIH! !!!!

Haresue berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Haresue berkata...

Mcm mane dgn juruteknik komputer ft17.name pon juruteknik tp xnaik (tercicir).xdpt mcm juruteknik j17 dah naik ja29.kami pon kelayakan masuk jawatan sijil politeknik same mcm j17.cuepacs pon terlepas pandang ke?

Haresue berkata...

Mcm mane dgn juruteknik komputer ft17.name pon juruteknik tp xnaik (tercicir).xdpt mcm juruteknik j17 dah naik ja29.kami pon kelayakan masuk jawatan sijil politeknik same mcm j17.cuepacs pon terlepas pandang ke?