SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

21 Januari 2014

MENAGIH KOMITMEN JITU PENJAWAT AWAM LAKSANA DASAR, PROGRAM KERAJAAN

Utusan Malaysia
21/4/2014
SAMA ada hendak diakui atau tidak, ketika ini kerajaan sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan kos sara hidup.Dalam masa sama, kerajaan juga bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi memastikan segala mandat yang diperoleh dalam pilihan raya umum lalu dapat dilaksanakan dengan jaya.
Tetapi sama ada pelaksanaan dasar atau program kerajaan itu berjaya atau tidak ia terletak kepada kira-kira 800,000 penjawat awam di seluruh negara. Di bahu merekalah terpikul amanah dan tanggungjawab untuk memastikan usaha kerajaan dalam membela nasib rakyat akan terbela. Sebab itulah, komitmen jitu daripada penjawat awam amat diharapkan dan bukannya mereka sahaja mengharapkan ganjaran daripada kerajaan seperti kenaikan gaji, elaun mahupun bonus.
Perkara ini dibangkitkan kerana sehingga hari ini masih terdapat rungutan bagaimana ada penjawat awam yang tidak melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan berkesan atau bersungguh-sungguh. Ada antara mereka masih bersikap sambil lewa biarpun ada antaranya melibatkan pelaksanaan dasar-dasar penting kerajaan.Penjawat awam perlu memahami bahawa mereka nadi kepada kerajaan yang memerintah, jika mereka tidak menyempurnakan tugas dengan berkesan yang akan menanggung risikonya bukan sahaja kerajaan tetapi negara secara keseluruhannya.
Penulis difahamkan di jabatan-jabatan kerajaan tertentu masih ada penjawat awam yang begitu 'liat' untuk memastikan apa yang dibentang dan digariskan oleh kerajaan dalam soal memberi perkhidmatan kepada rakyat dilaksanakan dengan sempurna.Kerajaan mempunyai dasar, program dan perancangan yang baik serta sempurna tetapi ia menjadi sia-sia apabila ada dalam kalangan penjawat awam mengamalkan sikap 'melepas batuk di tangga sahaja' apabila menjalankan tugas mereka.
Sememangnya kita tidak berasa iri hati terhadap apa juga yang diperjuangkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi meningkatkan kebajikan penjawat awam tetapi biarlah ia berbaloi dengan ganjaran yang diterima. Sebab itulah, penjawat awam perlu mendengar nasihat Presiden CUEPACS, Azih Muda yang meminta kakitangan awam meningkatkan daya saing serta memberikan khidmat terbaik sejajar dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.Tetapi masalahnya penulis difahamkan masih terlalu banyak kelemahan di peringkat pelaksanaan oleh penjawat awam dalam melunaskan misi kerajaan. Malah di sesetengah jabatan atau kementerian ada pegawai kanan kerajaan yang merasakan dirinya lebih hebat daripada pak menteri.
Seorang anggota Kabinet pernah menceritakan kepada penulis bagaimana susahnya beliau hendak memastikan arahan yang dikeluarkan dipatuhi oleh pegawai kanan di kementeriannya. Ada sahaja alasan yang diberikan, kalau dilaksana pun ia mengambil masa berbulan-bulan biarpun melibatkan perkara kecil. Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada penjawat awam begitu perlahan untuk memberi jawapan kepada anggota Kabinet terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh media dan penting diketahui oleh rakyat. Menyentuh soal ini, adalah wajar selain melaksanakan tanggungjawab membela kebajikan penjawat awam, CUEPACS juga perlu rajin untuk mengadakan pertemuan dengan menteri bagi mengetahui situasi sebenar bagaimana penjawat awam di sesebuah kementerian melaksanakan tugas mereka.
Tujuannya bukanlah untuk mencari kesalahan sebaliknya memperbaiki kelemahan kerana harapan rakyat terhadap kerajaan terlalu tinggi apatah lagi apabila ia berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Janganlah kerana sikap penjawat awam yang tidak komited dalam tugas mereka, akhirnya yang akan dihukum ialah kerajaan. Oleh itu masanya sudah tiba untuk semua pihak mengkaji secara teliti pelaksanaan tugas oleh penjawat awam, jika ada antara mereka sudah tidak mampu melaksanakan dasar, program dan arahan kerajaan maka 'tunjukkan pintu keluar' untuk mereka.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yeah first!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan pelaksana berijazah dan berpengalaman, melaksanakan kerangka "Wise Thinking Partner' dan Merakyatkan Perkhidmatan Awam'...

Tanpa Nama berkata...

Yes....yes... lepastu dpt naik gaji dan gred. Dptlah enjoyyyyyyy sakan.

Tanpa Nama berkata...

Lancau..!!!!

Telah bebas hutang berkata...

Anda ingin bebas dari berhutang ? Ada jln penyelesaiannya dan telah terbukti Sila layari http:// www.Perundingliabiliti.com/PK 5062

Tanpa Nama berkata...

gaji kasi naik dulu baiiii... komitmen nak 100%, gaji naik tak sampai 100% mana bleyyy





aku kata berkata...

Sememangnya komitmen jitu penjawat awam diperlukan. PENJAWAT AWAM adalah tonggak dalam pelaksanaan segala dasar-dasar dan polisi-polisi Kerajaan kepada Orang Awam. Dalam erti kata lain, Penjawat Awam adalah cerminan Kerajaan. Penjawat Awam buat salah, orang awam akan mula berkata'"Kerajaan x bagus." Itulah hakikatnya.
TETAPI, sejauh mana Kerajaan MENGENALI dan MENGAMBIL TAHU tentang siapa penjawat awam ini. Berapa ramai Ketua Jabatan yang betul-betul menyelami permasalahan atau kesulitan pegawai dan kakitangannya. Berapa ramai Menteri yang cuba untuk mengenali pegawai dan kakitangannya apabila meneraju sesebuah Kementerian. Yang dikenali hanyalah Pihak Pengurusan Tertinggi sesebuah Jabatan atau Kementerian. Sedar dan tidak sedar, sebenarnya Penjawat Awam tidak mendapat KEBAJIKAN yang sepatutnya selain dari kenaikan GAJI dan ELAUN-ELAUN.
Kenapa tidak dikaji juga polisi-polisi perkhidmatan yang lain selari dengan peredaran masa. PERTUKARAN DAN PENEMPATAN, PENILAIAN PRESTASI dan sebagainya yang perlu diberi perhatian. Pertukaran dan Kenaikan Pangkat, pihak pengurusan hanya pekakkan telinga dan butakan hati sedangkan telah banyak luahan-luahan oleh Penjawat Awam di mana-mana. Mendapat kenaikan pangkat dengan kenaikan gaji yang tidak seberapa,tetapi ditukarkan ke tempat yang lebih jauh. Penilaian Prestasi, sangat subjektif. Ramai yang teraniaya. Kerana citarasa dan kehendak Pihak Pengurusan yang pelbagai. Kakitangan sokongan masih tetap MENTIMUN. Tetapi harus diingat, Kakitangan Sokongan adalah golongan yang akan berhadapan dengan ORANG AWAM. di kaunter-kaunter Jabatan Kerajaan, Gred apa yang serve di kaunter?? 38 dan ke bawah kn. Mereka adalah Frontline. SO, macam mana nak dapat komitmen sekiranya kebajikan tidak dijaga?? Yang lebih menjengkelkan, KP Perkhidmatan Awam boleh mengeluarkan penyataan sekiranya tidak suka, boleh berhenti. Dengan yang demikian, apabila suara tidak didengari, ketidakpuasan itu diterjemahkan melalui perlakuan. Oleh itu, mohon sangat untuk di teliti hal-hal kebajikan yang lain seiring dengan peningkatan kos sara hidup.