SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

08 Januari 2014

KSN GESA PERKUKUH BUDAYA KERJA PRESTASI TINGGI

Utusan Malaysia
8/1/2014



PUTRAJAYA 7 Jan. - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menggesa pegawai dan kakitangan awam memperkukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi kerana ia sangat penting dalam persekitaran global yang semakin kompetitif.Menurutnya, pengukuhan itu meliputi peningkatan daya saing Malaysia di persada antarabangsa seperti mana dicapai oleh negara yang menduduki tempat keenam Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014.

Dalam masa yang sama, tambahnya, konsep 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' yang mengandungi enam prinsip antaranya turun padang, keterbukaan, musyawarah dan sebagainya perlu menjadi teras budaya kerja pada hari ini."Harapan besar diletakkan terhadap penjawat awam kerana anda merupakan ejen transformasi paling hadapan serta perantara rakyat dan kerajaan dalam menterjemahkan wawasan negara," katanya ketika berucap dalam Majlis Penganugerahan Diploma Pengurusan Awam (DPA) Tahun 2013 di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Ali menyampaikan DPA kepada 735 Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang menamatkan kursus enam bulan.Ali menambah, pengumuman 11 langkah perbelanjaan berhemat sektor awam baru-baru ini merupakan sumbangan kerajaan dalam usaha memastikan dana awam dibelanjakan secara berhemat dan berpatutan."Pelaksanaannya yang turut membabitkan pegawai kanan kerajaan menunjukkan kita sentiasa bersama rakyat dan selaras dengan konsep 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam'," katanya.

Ali menegaskan, anggota perkhidmatan awam perlu berpegang kuat kepada prinsip taat setia tidak berbelah bahagi kepada negara, Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah serta tidak sesekali mengutamakan kepentingan diri sendiri.

16 ulasan:

1st berkata...

hahaha topik ni wujud jam 9.30 malam. beruk2 yang suka main 1st 2nd 3rd ni takdan nak main permainan bodoh tu pasal diorang tu cuma tau lenjan internet pejabat je!

p/s: pasti beruk2 yang sentap & terasa tu akan berbunyi esok. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Ya beruk2 kump pelaksana takkan sanggup komen bab prestasi kerja sebab mereka hanya taksub tentang gaji saja. Setiap hari kutuk org lain dan bangga dgn ijazah yg mereka ada seolah2 org lain tak da ijazah.

Tanpa Nama berkata...

Lakonan semata-mata tue..

Tanpa Nama berkata...

kumpulan pelaksana yg berijazah dan pengalaman dlm bidang pentadbiran dan teknikal projek sentiasa istiqamah dan muahasabah diri melaksanakan tugas sebagai penjawat awam dan khalifah d muka bumi ini,...Aameem, mudah mudahan dinaikkan ke gred P&P 41...

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam dah d naikan gred dan gaji tapi budaya kerja yg memanifastikan sikap sebagai penjawat awam, tidak ikut perintah am, sepatutnya ketua jabatan boleh tahan pergerakan naik gred dan gaji penjawat awam macam ni....

Tanpa Nama berkata...

Jgn mimpilah ko org. No way! Beri jak peluang kpd muda mudi diluar sana. Syukur bg yg dah ada kerja.

Tanpa Nama berkata...

Transformasi pa Kum. Pelaksana berijazah/pengalaman ke P&P...biarkan mimpi jadi kenyataan..'Wise thinking partner'..

Tanpa Nama berkata...

Buang ke dlm tong sampah je ijazah tu. Ramai lagi yg ada ijazah kat luar sana lebih hebat drpd ko org yg dah tua krepot tu. Jgn menjd manusia tamak. Mana da PT/PAP/JURUTEKNIK gred 41. Bangga sgt dgn ijazah kasihan tu buat pa..

CIKGU berkata...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bantaipegawaipantaukelas/Article

inilah dia guru yang menjadi anak emas kerajaan yang dilimpahi dengan pelbagai kemewahan dan kesenangan.

kah kah kah

Pegawai Am Pejabat N41 berkata...

saya mewakili seluruh kakitangan awam menyokong penuh usaha PM meajukan negara, walau perlu berkorban demi kesenangan masa depan dan pemimpin kita.

Hidup BN. Kakitangan awam wajib sokong BN atau perludihantar masuk BTN utk kembalikan keazaman membela Melayu

Tanpa Nama berkata...

beruk2 n32 ke bawah ni, tapi yg gadis2 comel2.. semua yg lelaki n 32 meleleh sebat pegawai 41 ke atas dah sebat.. ye lah, kawen 32 ke bawah takde mase depan.. takuk tu je.. malas pulak tu.. keh3

Tanpa Nama berkata...

kumpulan pelaksana punyai master minta dinaikkan ke P&P 41...

Tanpa Nama berkata...

Nak naik gred tapi buat kerja PAP & PT je? Tak adil maka ko tak layak naik gred meskipun ada Phd sekalipun. PA kump pelaksana harus tidak terikut kump lain berlumba2 dpt ijazah jika ada niat nak naik.gred. Ko PTN17 nak nak gred pnp nak buat apa. Mana ada PTN41. Satu hakikat nyata yg ko org xmengerti maka berlaku penyakit yg berpunca daripada kesilapan diri tetapi menyalahkn org lain. Nama dah kump pelaksana maka laksanakanlah tugas ko org sebaik mungkin. Jgn nak.berangan menjadi pengarah. Melaksanakan saja tugas ko org tu yg terbaik. Ketirisan akan berlaku jika kerajaan sekali lagi nak sewenang2nya naik gred sdgkn tugas/tanggungjawab yg dipikul dipadan dgn gred dan gaji.

Tanpa Nama berkata...

CAKAP SAJA KERJA BERPRESTASI TINGGI..TAPI SEBENAR PTD MAHU MEREKA SENDIRI NAIK GAJI TINGGI..KERJA PUN SAMA JAK STANDARD

Tanpa Nama berkata...

KSN ni PTD. pepatah moden ada kata, kalau nampak ular dengan PTD, pukul PTD tu sampai mati dulu sebab putar belit PTD boleh menyebabkan anda mati, sedangkan ular patuk atau belit boleh diubati lagi.

10 PTD cakap, 11 tak boleh pakai.

Tanpa Nama berkata...

JPA kata Penjawat awam dibayar gaji dan ditentukan Gred jawatan mengikut merit kerja atau tugasan.. Tapi bagi sesetengah jawatan tak ikut pun. Jawatan sama tapi boleh naik sampai Gred 54.. Tapi bg kump pelaksana yg ade Ijazah dan pengalaman bg bidang pentadbiran, langsung tidak dipedulikan utk kenaikan pangkat, tak diberi langsung utk memimpin organisasi. Masuk2 oarng luar jadi Ketua Jabatan, Umur baru 30 an, banyak pula nk kena ajar dulu. dh tahu sikit kerja mulalah nk tunjuk ego.. hehhe. Lucu sungguh