SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

11 Ogos 2008

CUEPACS, MTUC SOKONG NAIK GAJI SECARA SISTEMATIK

Petikan dari Utusan Malaysia
10/8/2008

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan menaikkan kadar gaji pekerja di negara ini secara sistematik.Kedua-dua pertubuhan mewakili kira-kira 3.5 juta pekerja sektor awam dan swasta itu berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengkaji perkara itu memandangkan kehidupan kos masa ini yang semakin meningkat.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, kajian skim perkhidmatan gaji pekerja awam akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pekerja terutama yang berpendapatan rendah terbeban.
"Hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada kerajaan agar gaji yang dinikmati seimbang dengan keadaan semasa,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan menaikkan kadar gaji pekerja negara ini secara sistematik.
Kata bekas Perdana Menteri itu, jika kenaikan tersebut dilakukan dengan penuh berhati-hati, kesan kenaikan harga barangan tidak akan dirasai.
Omar memberitahu, perkara itu mungkin akan memakan sedikit masa untuk pelaksanaan bagaimanapun percaya, kerajaan tidak akan membiarkan rakyatnya terus terbeban dengan kenaikan kos hidup.
Mengulas isu sama, Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, sistem gaji sistematik itu sepatutnya dipertimbangkan semasa zaman bekas Perdana Menteri itu memerintah dahulu.

Tiada ulasan: