SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

23 April 2010

150,000 PENGAWAL KESELAMATAN NIKMAT GAJI

Bernama
2010/04/22




KUALA LUMPUR: Mulai 1 Julai, kira-kira 150,000 pengawal keselamatan dalam industri kawalan keselamatan akan menikmati kenaikan gaji antara 67 dan 75 peratus. Mengumumkan perkara itu hari ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam, berkata dengan kenaikan gaji itu, gaji bersih pekerja dalam sektor kawalan keselamatan akan berada dalam lingkungan antara RM1,100 dan RM1,450 sebulan.
Gaji minimum pekerja sektor kawalan keselamatan masa ini adalah dalam lingkungan antara RM300 dan RM400 sebulan. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Subramaniam berkata keputusan menaikkan gaji itu dilakukan mengikut Akta Majlis Penetapan Gaji 1947. "Kami akan menaikkan gaji berasaskan kepada pelbagai zon geografi dan butiran mengenainya akan diumumkan kemudian," katanya. Menteri Sumber Manusia itu berkata, proses sama akan dilakukan bagi para pekerja dalam industri tekstil, elektronik dan hospitaliti. Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata kementerian sedang menyemak semula perundangan buruh bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi selaras dengan Model Ekonomi Baru, yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada akhir Mac lalu. "Dalam proses kajian semula itu, kementerian akan menggunakan pendekatan perbincangan terbuka dan telus seperti mengadakan taklimat dan perbincangan dengan wakil-wakil majikan seperti Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan wakil pekerja iaitu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang (NUPW) dan Cuepacs," katanya. Subramaniam berkata, perbincangan ini bertujuan menjelaskan konsep kajian dan perkara yang dipertimbangkan untuk tujuan pembaharuan. "Kami berharap untuk menerima maklum balas daripada pelbagai sektor terhadap cadangan-cadangan perubahan dan menerusi maklum balas berkenaan, kita gubal keputusan akhir," katanya. - Bernama

18 ulasan:

Pengawal 1Malaysia berkata...

Syukur... akhirnya naik juga gaji kita semua. Terima kasih kepada wakil cuepacs. Harap2 ada bonus pula utk kami akhir tahun ni. kan ada Year End Sales (YES)... x kan org gomen je nk joget2 melalak2 atas pentas dan beli belah. Kami juga nk rasa sama!

Wakil Persatuan Pengawal Malaysia
Kuala Lumpur

Tanpa Nama berkata...

bersyukurla dapat apa yang diminta..ni nk bonus plak?? org gomen mana yg melalak2 joget2 atas pentas tu?? bg detail ngan sumber jgn main tabur jek..

Pengawal SeMalaysia berkata...

Ye la... mana ada org gomen wat cam tu. Cuma beli belah je tu... itu yg mamat atas ni pon setuju...

selalu kalau x beli belah kt 'jualan' kt ofis, berbondong2 la pegi alamanda diorg ni time gaji. Belinya tidak berlagak lebih. Belum jom heboh lagi, mmg Jom la pegi, pastu Heboh x de gaji abis belanja

gomen pon patut syukur gak byk kemudahan dan gaji br je naik tp prestasi mcm tu gak. SETUJU!

Tanpa Nama berkata...

pegawai CFS

syukur.... polis, pos , pengawal keselamatan dapat menikmati kenaikan gaji...

Pegawai CFS masih belum mendapat apa yang diperjuangkan...diharap agar pihak cuepacs dapat memperjuangkan nasib pegawai lantikan CFS...

Tanpa Nama berkata...

Jom ramai-ramai jadi jaga.Tak payak susah2 masuk U gaji dah lebih 1k.
Tak payah sekolahkan anak... membazir... setakat tau menulis dan membaca cukup le...
Apa nak jadi dengan Malaysia ni... lantak lerrr...

Jum Menari berkata...

Kepada semua PA, ini peluang baik untuk memperbaiki skil tarian dan joget anda. Murah dan mudah. Jum masuk ramai2 meriahkan suasana dalam keadaan santai dan gembira!

http://bit.ly/9NMNc1

Pemegang Ijazah berkata...

Secara rasionalnya.... baik jadi jaga...
Sekolah setakat PMR pun cukup.
Keluar belanja banyak2 belum tau berjaya... mari jadi jaga... untuk kesejahteraan hidup. 5 tahun mintak semakan semula.... mungkin boleh naik lagi starting 2k pulak.
Kelakar-kelakar.... sijil/diploma/ijazah dah tiada nilai.

Tanpa Nama berkata...

Kelakar betullah komen-komen sedara-sedara kita di atas...asyik kutuk mengutuk pula...napa tak de keja lain ke....Dalam keadaan ekonomi sekarang ni...kenaikan gaji kepada semua yang makan gaji amat diperlukan...jika tidak macam mana nak survive....semua barangan dah melambung tinggi harganya...minyak petrolpun bukan murah. RON97 atas RM2 seliter...kalau pakai RON95...alamat terbatuk-batuklah kenderaan pengguna. Minyak diesel juga sangat Mahal ...dulu baru dibawah 70 sen/litre...sekarang ni...lebih 1.60 seliter....maka dengan itu wajarlah semua kakitangan awam atau swasta naik gaji 300%....

Selalu Terpinggir berkata...

Cuba berfikir secara rasional!!!!
Bukan berlagak bukan ego bukan sombong.
Perlukah kita selalu simpati kepada mereka yang berpendapatan rendah disebabkan kelulusan mereka yang rendah.?
Bagaimana mereka yang berhempas pulas menaikan kelayakan mereka hingga mendapat diploma, ijazah,master atau PhD. Berapa banyak mereka terpaksa berkorban masa, wang ringgit dan sebagainya tetapi pihak yang berkenaan hanya melihat mereka yang susah, miskin dan sebagainya.

senapi berkata...

kami walaupun cuma ada PMR tatap bersetuju bahawa gaji patut adil dan seksama, naikkan semua R1 ke R41 sekarang juga

samad ex-N11 berkata...

sepatutnya PT yang ada diploma/STPM dinaikkan ke gred 29 baru adil kepada kita semua.

gaji ijazah sepatutnya sama rata dengan pemegang SPM kerana bukan susah pun amik degree tu, lagipun org ada degree berlagak sgt, nak arah sikit pun x boleh, ingat gred 41 tu besar sgt la yee

hanya PT yang menjadi tunjang negara dan penyokong BN yang kuat, jadi gomen jgn asyik pandang pada pakguard yang majoritinya penyokong PAS tu.

Sedar diri berkata...

Habis tu nak yang hanya ada SPM tu jadi boss... yang ada degree jadi pekerja bawahan... memang itulah mentaliti kelas ke 3. Cakap tak guna otak... patut pun. Suruh belajar ponteng... bila orang lain ada ujazah... sakit hati bila kena arah.

Tanpa Nama berkata...

Pasai apa marah kat pak guard?

Walaupun naik beribu-ribu kalu kompeni tak dak bajet nak bayag dengan duit apa. Orang gomen boleh laa depa pakai duit pembayar cukai.

Kalau kontrak tak naik, telan ayak liok la.

Jangan kata apa-apa lagi....

PA Johor berkata...

Sebenarnya gaji pak guard aspecially pak guard sekolah... yang bayar gomen gak... sorang pak guard gomen bayar tak kurang RM1500.00. Yang dapat kontrak tu yang makan banyak... pak guard hanya dapat RM400 - RM600 jerr.

Tanpa Nama berkata...

hahahhaa... kelakau tol aku baca komen korang semua..

Tanpa Nama berkata...

aku x pahamlah.. korang ingat budak SPM bodoh sgt ker.. AKu nie SPM Gred 1 tau.. tapi sebab keluarga aku x mampu. terpaksalah aku kejer.. jgn pandang hina sgt kat budak² SPM.. nak jadi kerani jer kena ada 6 kredit.. kita semua sama. Gaji naik ke tak itu terpulang kat kerajaan.. kalo naik alhamdulillah kalo x naik kita diam jer lah.. mcm bagus sgt.

Aku pun xle nak kutuk budak dip/ijazah lebih².. sebab aku tahu 1 ari nanti aku akan sambung belajo jugak. itupun bila anak² aku dah besar.. xper lambat pun x kisah asalkan sambung belajo. .

So, jgn gado²lah.. mengata 1 sama lain. semua sama jer.

Sekian, terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Ye la, semua org nak cari makan. kerja apa2 pun asalkan halal. Jangan ingat senang nak jadi jaga. Tanggungjawabnya berat.Nak jaga keselamatan, nyawa jadi galangnya. Dah banyak kes yang kita dengar, jaga jadi sasaran penjenayah. Tapi mintak Tuhan jauhkanlah.

Tanpa Nama berkata...

mengapa harus ada pertikaian ttg isu kenaikan gaji pengawal?tidak kah kamu berasa bsyukur dgn penguguman kenaikan gaji pengawal keselamatan?walaupun saya bukan pegawal keselamatan,saya amat bersyukur dgn penguguman ini.dgn adanya kenaikan gaji pengawal keselamatan,skurg2nya dpt jg lah mereka memberi yg terbaik utk pelajaran ank2 mereka,tidak bgantung sgt kpd bantuan2 yg kerajaan bagi.apa yg penting,smua 2 adalah rezeki yg d limpah kan oleh ALLAH SWT,kpd mereka.