SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 April 2010

KERAJAAN PANTAU HARGA SELEPAS GST DIKUATKUASA

Bernama
8/4/2010




KOTA KINABALU 7 April - Kerajaan akan memperkenalkan Akta Anti-Keuntungan dan Panduan Harga Pengguna bagi mengawal aktiviti penipuan, kata Pengarah Projek GST Kementerian Kewangan, Ezleezan Othman.
Katanya, kerajaan akan memastikan peniaga atau pembekal perkhidmatan yang tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan berat sebaik sahaja akta anti-keuntungan itu dikuatkuasakan kelak.
"Ini termasuk hukuman penjara dan denda jika disabitkan kesalahan," katanya pada taklimat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada penjawat awam Persekutuan dan Negeri di sini hari ini.
Mengenai GST, beliau berkata kerajaan akan memantau harga barangan dan perkhidmatan setelah GST yang baharu dikuatkuasakan.
Ezleezan berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan wujud peniaga atau pembekal perkhidmatan yang akan menaikkan harga bagi mengelirukan rakyat.
"Ramai yang masih tidak faham tentang GST. GST ini tidak menyebabkan harga barang naik kerana kerajaan akan menurunkan cukai 5.0 peratus kepada 4.0 peratus.
"Rakyat tidak sepatutnya membayar lebih. Malah, terdapat barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari cukai," katanya. — Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ni pn dah banyak akta yang kononnya melindungi pengguna. Tapi!! sejauh mana?

Tanpa Nama berkata...

ala, action saja tu.....kalau di sabah ni, harga melambung. semuanya mahal.tapi, tak ada pun yang peduli. sudahlah gaji di sabah ni rendah. tiada pun tindakan di ambil oleh pihak yang berkuasa tu konon...tapi di bahagian penguatkuasaan nak minta gaji tinggi konon. tapi, banyak yang tidak dipantau.