Bernama
07/04/2010
07/04/2010
1:03pm
KUALA LUMPUR 7 April - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan penjawat awam kepada dua peratus dariada empat peratus sekarang.
Ia bagi diselaras dengan kadar pasaran semasa.
"Banyak bank kini mengenakan kadar yang kurang daripada empat peratus dan kerajaan patut mengambil langkah yang sama untuk menyelaras kadar berkenaan,” kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin.
Beliau memberi alasan bahawa kadar empat peratus itu sudah lama diperkenalkan iaitu sejak awal 70-an.
"Oleh kerana sudah hampir 40 tahun, keadaan sudah berbeza maka penyesuaian perlu dilakukan,” katanya. - Bernama
5 ulasan:
CUEPACS PATUT MINTA ANSURAN PINJAMAN PERUMAHAN DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN, KERANA KALAU DIKIRA JUGA MAKA DAH JADI 2 KALI KIRA.
SAYA SOKONG CADANGAN INI....DAH LAMA FAEDAH YANG TAK RELEVAN DI TERUSKAN.....GARAPKAN 1 MALAYSIA...
SETUJU DGN CADANGAN BERKENAAN SBB BANK PUN KURANG 4%...
memang patut di kaji semula sbb dah lama dah kadar BLR turun
Catat Ulasan