SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

06 April 2010

CUEPACS SOKONG TUNTUTAN NAJIB

Berita Harian
Oleh Nazura
Ngahnazura@bharian.com.my
2010/04/06


1.2 juta penjawat awam perlu tingkat produktiviti jika mahu kenaikan gaji


KUALA LUMPUR: Cuepacs memberi jaminan 1.2 juta penjawat awam di negara ini akan bersama kerajaan bagi menyokong inisiatif menjadikan Malaysia sebagai negara ekonomi berpendapatan tinggi.Presidennya, Omar Osman, berkata sebagai tulang belakang kerajaan, penjawat awam perlu bersedia memberi komitmen sepanjang perkhidmatan bagi meningkatkan produktiviti ke tahap membanggakan.
“Jika mahukan satu perubahan atau peningkatan dalam gred gaji, penjawat awam perlu sedar kerajaan perlu melihat kembali prestasi mereka untuk memastikan ia dapat dilaksanakan.
“Jika produktiviti meningkat dan pendapatan negara di luar jangkaan, saya percaya Perdana Menteri akan akur dengan tuntutan sektor awam,” katanya ketika dihubungi semalam.Kelmarin, Datuk Seri Najib Razak dipetik sebagai berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi.Perdana Menteri juga dilaporkan berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.Omar berkata, kenyataan Perdana Menteri boleh diibaratkan sebagai penanda aras kepada kakitangan awam untuk memastikan mereka boleh menikmati gaji setanding negara membangun yang lain. Sehubungan itu, katanya, kakitangan awam perlu melakukan satu anjakan paradigma dari aspek cara bekerja, lebih berdaya saing, kreatif dan inovatif selain memastikan etika sentiasa dipatuhi serta tidak terbabit dengan rasuah.Bagaimanapun, Cuepacs mahu kerajaan lebih telus dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang disifatkannya sebagai satu cara meningkatkan hasil kerajaan.“Kakitangan awam terutama kumpulan pelaksana perlu diberikan taklimat mengenai GST dengan jelas dan memberi peluang untuk berdialog dengan kerajaan bagi memastikan pelaksanaannya tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah.“Jika GST boleh menjana pendapatan kerajaan tanpa menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah, maka Cuepacs tidak mempunyai halangan untuk dasar itu dilaksanakan,” katanya.

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

diharap jangan skim PA tertentu sahaja yg dikaji seperti sekarang, yg lain pun PA juga, buat lah secara menyeluruh.

Tanpa Nama berkata...

Naik gaji memang suatu yang menggembirakan kepada 1.2 juta penjawat awam tapi implikasinya ditanggung oleh 28 juta rakyat malaysia.

Tanpa Nama berkata...

memang x rasa apa2 kalau gaji naik brg pun naik, sebab kuasa beli sama dgn masa gaji x naik. jdi kerajaan kena serius dlm mengatasi maslah ini. selaras dgn itu juga agensi dan jab. kena mainkan peranan, spt yg telh dipertanggungjawabkan umpama : yg terlibat dgn kutipan hasil cukai, denda, saman dan bayaran. sbb pusing2 semua hasil tu utk rakyat balik. mana ada menteri keluar duit poket sendiri. jadi pikirlah sendiri, sama2lah kita bantu.

Tanpa Nama berkata...

sampai skrg skim juruteknik tak naik naik lagi...apa cerita

Tanpa Nama berkata...

sampai sekarang skim juruteknik tak naik naik lagi...apa cerita

Tanpa Nama berkata...

POLIS, POSMEN dah naik gaji

megat sanusi berkata...

bila kami di Guinness Anchor nak naik gaji ni? susah la kami kalo kerajaan je naik.. aku dh lama ikuti blog ni asyik kerani kerajaan je naik gaji dan elaun, kami swasta nak cecah rm3000 pun payah. kalo kerajaan x cukai kami mahal2, mesti gaji kami banyak dah, ini bonus pun baru 4 bulan mana cukup!!

Tanpa Nama berkata...

paler bana kau Megat Sanusi...

Omar Cecupak berkata...

MAKA KAMI, CECUPAK HOLDINGS (yg perasan kerajaan ni mcm bapak kami punya syarikat) AKAN TERUS BERIKRAR DAN MENJERIT SEKUAT2 HATI (macam mamat misai kt Home Page tu) AGAR TANPA HENTI2 (dan tanpa malu) UNTUK MENUNTUT :

1. GAJI, KELAYAKAN, ELAUN DAN KEMUDAHAN PARA KERAni DISAMA RATAKAN DENGAN GRED 41-44;

2. DIBERI PENGHORMATAN SETARA DENGAN PENGLIBATAN KAMI YANG MANTAP DAN BERSEMANGAT DALAM ACARA TARI MENARI, PESTA PANTUT, JOGET2, SENAM ROBIK, MAKAN2, JUALAN, JOM HEBOH, TENGOK BELON, NYANYI2AN, POCO2, MINUM2 DAN HISAP ROKOK.

3. BEBAN TUGAS KERAni DIKURANGKAN AGAR DAPAT KAMI BERSAMA2 CIKGU2 UNTUK BUAT KERJA PART TIME SPT M.L.M. SECARA SEPENUH MASA DAN GIGIH;

4.DAN SEKIRANYA SEMUA TUNTUTAN DI ATAS (1-3) DIPENUHI PAK MENTERI, CECUPAK AKAN MENERUSKAN DENGAN LEBIH KUAT DAN DENGAN SUARA YANG MENJERIT2 (sampai nampak urat di leher) TUNTUTAN 1 - 3 UNTUK SEKIAN LAGI!

Sekian,
Omar Cecupak
(SPM - Singkat Pemikiran Memanjang)
Penaung Persatuan KERAni Semalaysia (PERAM)

Dato' Mustafa Cehajic berkata...

Persatuan KERAni Sekolah Setanah Melayu

selepas AJK bermesyuarat, kami memutuskan bahawa pihak KERAni menuntut:

1. gaji kerani sekolah dinaikkan ke gred 44 segera

2. kerani sekolah diberi cuti panjang macam guru, tetapi dengan keistimewaan tidak BOLEH dipanggil bertugas/kursus di tengah2 cuti

3. kami berhak memarahi dan mengarah guru sesuka hati kerana kami lebih intelek daripada mereka

4. kuasa ketua PT lebih tinggi dari pengetua/guru besar dan layak menerima pemandu sendiri serta elaun keraian

5. hak untuk balik pada pukul 1.30 t/hari seperti guru

6. hak untuk makan pagi dan baca paper selama 2 jam, bertujuan meningkatkan produktiviti dan keberkesanan penyampaian awam

7. cuti tahunan 45 hari setahun

8. anjakan gaji sebanyak rm400 setahun

1Malaysia, KERAni didahulukan, Pencapaian diutamakan

Penaung: Dato Mustafa Cehajic
DK (Uganda) AMN (Somalia)

Tanpa Nama berkata...

kejelah dengan ikhlas..kalau dah bangang sangat,banyak sgt alasan,berhenti jer kerja..kerja kerani pun nak merungut..bukan kena suruh bancuh simen pun.ramai lagi kat luar sana boleh buat kerja.gaji nak sama dengan 44,banyak cantik!dulu malas belajar sapa suruh.dapat kerja jadi kerani tu bersyukur la.

Tanpa Nama berkata...

memang dalam kerajaan ni ada skim2 perkhidmatan yang tertinggal berbanding dengan skim2 lain. klu skim PTD tu jgn cakap la kan memang no 1 dlm kerajaan semua diaorg jer dulu. naik pangkat jgn ckp la baru keje baper tahun dah naik pangkat kebykkan muda2 dan gred 52 mmg nampak ketidakadilannya tu. skim guru pun j gn cakap la mmg baik tiap kali tukar menteri mmg adernya kenaikan. cuti dah la byk walaupun tugas tu mmg tak dinafikan baik untuk anak mangsa tp ramai yang ambik kesempatan kononnya beban tugas la , susah berkhidmat di luar kawasan la...kerajaan kena tgk balik klu semua nak ambik kira jgn la guru sahaja...skim lain2 pun kena la tgk jugak byk dah sgt dlm kerajaan ni hanya skim2 tertentu jer yang ader kelebihan skim2 yg lain mengharap jer la macam buah tak gugur. harap ceupacs dan kerajaan tgk la jugak skim2 lain biar adil sikit walaupun tak boleh semua jgn la buat macam org lain rasa tertindas. kerja semua sama berkhidmat untuk rakyat dan negara. apa2 pun maggie sy sudaj kembang ...berkhidmat lah dengan seikhlasnya insyaAllah rezeki tu akan dtg dengan pelbagai cara...ingatlah Allah tu maha adil. apa yang penting..........Kab Ba Ra Kab Alif Ta Nun.

Tanpa Nama berkata...

Memang kerani tak sekolah tinggi, tak sampai IPTA, tak da degree, diploma tapi kalo takde kerani kat mana PTD, PPT nak letak SILA URUS kt memo tu?Kami kerani juga yg buat, PPT, Peg Tadbir tolong sain je...
Gaji besar diaorang dpt, nama pun diorang dapat tapi kalo kena smash diorang cakap kerani yang salah, biasalah adat manusia kalo dh pangkat tinggi lupa yang pangkat rendah. Tanggungjawab tu tolong-tolonglah sesama kita di PA nie, gaji rezki sorang2, kami kerani nie minta bersyukur dengan rezki yg diberikan Allah, kalo takde rezki biarlah.

Tanpa Nama berkata...

tak usah ambil hati dgn komen-komen di blog ni, tak kemana sembang kosong aje, buktinya tak ada lagi penulis komen yg pedas-pedas dan berunsur fitnah masuk ISA.

Tanpa Nama berkata...

jawatan kerani diwujudkan untuk membantu pegawai atasan..semua kerja ada amanah dan tanggungjawab..kerja kerani,kerani bertanggungjawab..kerja pegawai pula,pegawai kena tanggungjawab sendiri..begitulah..pegawai atasan boleh jer buat kerja2 kerani tu,bukan susah pun seperti di dalam swasta pun tak ramai kerani pun..engineer ke,supervisor ke,manager ke sumer boleh buat memo ke,file surat masuk keluar,rekod terima ke sumer buat sendiri..berfikir dan bersyukurlah diberi peluang dalam PA..kalau tak puas hati jgk, u keluar PA pastu try keje dulu dalam swasta..last but not least,pegawai dan kerani janganlah hidup ni sentiasa beralasan..

Tanpa Nama berkata...

minta kerajaan dan cuepacs tengok sikit jurang gaji antara kakitangan awan dengan askar dan polis terlalu jauh. yang berpangkat rendah dalam askar dan polis pun jauh berbeza ngan kakitangan rendah awam walaupun taraf kelulusan sama. harap lihat2 dan ambil tindakan. cuepacs harap ambil perhatian.

Tanpa Nama berkata...

harap kerajaan dan cuepacs ambil perhatian terhadap skim kejuruteraan yang jauh ketinggalan berbanding dengan skim2 lain. Juruteknik dan pembantu teknik/ penolong jurutera rasa teraniaya. harap kerajaan dan cuepacs ambil perhatian dan tindakan.tq

SANGAT2 berkata...

Saya sokong komen di atas. Dalam masa yang sama juga, minta SANGAT2LAH CUEPAC tolong tengokkan KERA2ni sbb banyak sangatlah mintak itu dan ini. Cikgu pun sama gak. Minta tulung la sgt2 CUEPACS oii... malu lah org gomen sumer keje mcm tu gak, minum2 makin laju minta2 sana sini makin galak... aduuussss

Tanpa Nama berkata...

siapa cakap kerani tak ada kelulusan tinggi? dalam kerajaan pun ada kerani yang memiliki diploma dan ijazah. itupun dah kira terdesak suda kerja dalam kerajaan sebagai kerani ni sebab peluang kerja pun sedikit...dahlah tu, peluang kenaikkan pangkat pun sangat lambat.walaupun memiliki kelulusan yang tinggi. tapi kalau yang lain cepat pula..itu yang tidak adil.

Tak pernah pula kerani minta gaji disamakan seperti gaji pegawai gred 41 ke atas. orang yang bercakap tu memang bodoh dan tak sedar diri. kalau orang yang menulis tu adalah seorang pegawai kerajaan. memang tak layak kamu berada di dalam kerajaan. bodoh betul dan mementingkan diri sendiri. mungkin kalau ada saudara mara kamu yang miskin. sudah tentu kamu tidak ingin membela nasib mereka. malah lebih rela lagi melihat mereka mati sekalipun. itulah sifat manusia binatang yang tidak perhatin dengan kesusahan orang.

Tanpa Nama berkata...

asyik2 polis, askar , cikgu yang mendapat faedah, insentif, kenaikan gaji la.....yang ptd jgn cakap la mmg terbaikkkkk dari ladang.....

kakitangan awam skim lain rasa dianak tiri jer..rasa terpinggir jer....skim itu sajakan yang berkhidmat untuk rakyat yang berbakti pada negara ..kakitangan awam lain tiadakah sumbangannya.....

banyak sungguh ketidakadilan untuk kakitangan awam lain. Cuepacs tak tgk ker benda ni...byk skim2 lain dalam perkhidmatan awam ni yang terpinggir jauh....tolooong la kasi perhatian sama....nak kata kerja semua sama jer....kerja jugaaaaaa.(tak tau la ceupacs baca ker tak aku tulis ni).

Abu Jahal berkata...

kerani ni bila nak merungut dan komen mesti sempat mengata kat guru .. naper ye? patut apa yg diminta lambat diluluskan. agaknya ler...

Tanpa Nama berkata...

sy ingin ambil kesempatan di sini utk sama2 memberi pandangan.. maaf kpd yg terasa hati.. ini berdasarkan apa yg dilalui.. Kerani kewangan (W17) d jbtn sy membahasakan pegawai2 sbg 'si bodoh' sekiranya pegawai melakukan kesalahan dalam tuntutan perjalanan.. kerani kewangan (W17) melambat2kan tuntutan sedangkan mereka tahu pegawai2 amat memerlukan kerana pegawai2 kerap bekerja luar.. kerani pentadbiran (N17) pula yg asalnya adalah N11, hanya merekod cuti pegawai2 dan leterkan pegawai.. apabila diminta (dgn cara baik sbb dia org tua) utk memasukkan surat ke dalam sampul utk dihantar/di pos, pelbagai alasan diberikan... d jabatan sy, semuanya pegawai buat sendiri... dr menaip surat, mencetak, melipat, memasukkan ke dlm sampul, cop sampul yg akan di hantar keluar dan perlu di hantar ke meja PAR... Pegawai juga perlu buka fail, tutup fail, rekod fail.. semuanya di lakukan sendiri.. sy pn tidak faham dgn mentaliti PA yg sebegini sdgkan mereka telah bekerja selama lebih 20 tahun.. mereka2 inilah yg mencacatkan keseluruhan Penjawat Awam.. mgkn mereka terlalu selesa agaknya... smpaikan PT pn dh berlagak spt PTD... kalau beginilah keadaannya, mansuhkan PT dalam perjawatan di beberapa jbtn mengikut relevennya mereka serta berguna @ tidak mereka d sesebuah jabatan... kalau setakat nk ambil tahu hal org dan menjaga tepi kain org, baik bersara pilihan...

Tanpa Nama berkata...

mmg sepatutnya cuepacs fight for our rights... bkn polis ja yg berisiko... bnyk lg skim2 lain yg amat memerlukan berdasarkan skop kerja... cthnya pd tahun nie, OT digantikan dgn cuti gantian.. Moral down... mcm mn nk tingkatkan produktiviti??? fikirlah... apa yg boleh dibuat dgn cuti ganti dlm keadaan ekonomi d mana, melangkah keluar ja dr rumah, mst memerlukan duit...

Tanpa Nama berkata...

aku pun heranlah mcmana kerajaan boleh lepas pandang dlm hal p'bayaran OT ni, berilah kami pendptan lebih sikit dgn usaha kami berkerja semasa org lain bercuti. cuti ganti berilah sebagai pilihan kpd kami bukan arahan. hingga skrang x nampak isu ni nak ada keputusannya. abis2, tiada arahan utk tidak bayar OT, terpulang pd jabatan masing2. kerja kena buat juga, program dan kempen masih kena buat ngak. tapi xleh bayar OT. skrg makin parah dah ada lansung x bayar, ada yg hadkan spt OT RM 200 - 300 dan TNT je 100 - 200. dan arahan ambil cuti gantian je. Bangla dan Indonesia tu dtg malaysia pun sebab ada upah yg bagus, kami warga negara layak cuti ganti je. Presiden Cuepacs cuba anda pikir ngak, patut ke segala tugasan dan kerja yg dibuat oleh kump. sokongan 1-2, layak diupahan dgn cuti ganti je? mungkin bg mrk yg x Buat OT, x merassa tekanan ini. tapi bagi mereka yg bertugas 8 jam keatas, apa yg mreka ada?

cikgu skolah berkata...

yg kerani marah sgt ngan cikgu ni sebab cikgu skrg ramai yg terpaksa wat keje kerani sbb kerani ada bnyk keje lain spt main games, chatting dan tido, monteng x pyh cakap la sampai guru besar kat sekolah skrg terpaksa ambil alih tugas ketua kerani dan cikgu biasa mcm kami jd kerani cabuk jer, kerani pun rasa tercabar pasai skrg dah ada saingan, tu yg kerani anti ngan cikgu tu, maaf ler, ni citer kat sekolah aku, tmpt lain x tau ler, skrg ni skill pengkeranian cikgu semakin meningkat, bgatu jer surat ape, memo camne, fail-fail, no fail duk dlm kepala jer, ppd mai mesti terkejut

cikgu Nizar berkata...

saya setuju.. ramai rakan guru juga berasa demikian.. tetapi bukan di sekolah sahaja, di jabatan lain pun sama..

Tanpa Nama berkata...

sy x pasti dgn jbtn pelajaran spt komen rakan2 guru semua.. kesimpulan yg sy dapat, semua kerani sama sj.. ttg claim yg lmbt tue, mmg berlaku.. bilamana emosi mengatasi profesionalisma.. siap ada kerani kewangan yg ugut lg, 'jgn wat kami skt hati, if not kami lambatkan payment'.. wahh.. hebat betul.. kami keluar bekerja smp lewat mlm.. bkn kerani tau pn.. mnyk nk kena isi, tol nk kena bayar, perut nk kena isi.. kdg2 kalau buat program, nk kena dahulukan duit aku utk beberapa perkara.. kalau dpt balik pn, belum tentu setara dgn yg dh dikeluarkan.. tp aku anggap itu pengorbanan aku n aku bersyukur sgt sbb dpt kerja sbg PA.. tp bila kerani2 nie wat hal, aku rs demotivated sgt.. kita cuba utk jd sopann menggunakan pendekatan diplomasi.. tp puak2 nie semakin melampau plak.. aku sokong cikgu yg komen kt atas.. pegawai lg pndai psl surat-menyurat,daftar buka n tutup fail dan hal2 pentadbiran yg lain... JPA x pantau ka kerani2 mereka nie??? lg 1, PTD.. ckp ikut sedap mulut ja.. pengalaman aku dgr ceramah PTD.. siap mengugut lg... diorang asyik guna pendekatan mengugut ja... kenapa ek??? diajar sebegitu ka???

Tanpa Nama berkata...

sedih pula melihat kakitangan awam yang menulis di dalam blog ni, kebanyakkan menunjukkan keburukan akhlak mereka dan bercakap benda-benda yang kurang membina dan tidak matang...kalau kamu merunggut pun di dalam blog ni, tak ada juga yang akan ambil berat tentang kamu, dan mengiakan pendapat sampah kamu di sini...ini mengambarkan buruknya akhlak sesetengah kakitangan awam di malaysia ni. langsung tiada etika. bila ada kelulusan sikit dah sombong, macam pandai sangat.

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam yang menulis di blog ni adalah di kalangan yang banyak cakap, tapi tak serupa bikin. merunggut macam dia orang yang bayar gaji kakitangan awam yang lain. memburukkan sesama sendiri. ini kah sikap kakitangan awam di malaysia? jangan ingat bila kamu suda berkelulusan, boleh dikatakan bijak dan pandai suda. jika inilah sikap yang kamu tunjukkan, kamu samalah seperti samseng jalanan yang menyalak seperti anjing yang suka mencari pasal. sudah-sudahlah memburukkan sesama sendiri, tambah lagi bekerja ngan kerajaan ni...memalukan dan mencemar imej kakitangan awam di Malaysia betul....

Tanpa Nama berkata...

Ko pun sama....bodoh...bengang...bahlul..

Tanpa Nama berkata...

lepas polis, askar lepas tu guru, macam kat Malaysia hanya puak tu yang buat keja dan berjasa, PA yang lain tidur saja. aku naik meluat, ramai pulak puak tu yang anti BN.
aku pernah keja kat mindef dan jabatan pelajaran.
Guru nie kalau boleh semua hasil negara pi kat depa. Integriti hancussss. askar dan polis, seluar dalam pun kejaan bagi. bukan aku cemburu... tapi adakah kejaan berlaku adil. PTD satu hal, anak MAS kejaan, baru keja 3 tahun dah naik 44 lepas tu bagi prestasi kumpulan sokongan tak cecah 80% pasai depa ikut buku konon kalau puak depa mesti 80 atas sebab today i'm the boss maybe 2morrow he will be my boss, lagi satu aku dok perati.....entah-entah depa tak mengundi pun, kalau yang baru tu betui depa mengundi tapi yang dah ada pangkat boleh jadi tidak, jatuh standard berbaris sama dengan buruh...par..pt...ppt dsbnya. tambah lagi yang ada gelaran dato/datin.
selama 30 tahun service dlm PA, perkara yang sama berlaku berulang-ulang. Bukan nak mintak macam Omar Cecupak tak logik tapi KEADILAN

Bila la nak berubah ataupun kita ambil paradigma baru ubah-ubah demi keadilan.

1 Malaysia Rakyat di Dahulukan, Polis, Askar, Guru dan PTD diUTAMAKAN.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa yang byk komplen pasal cikgu dan x pueh hati ngan cikgu nie. kerani yang berkerja di sekolah je. Sbb kalo kerani yang kerja kat opis² @ jabatan/Kementerian.. mana lah nak sibuk pasal cikgu² ni.

Mcm nie lah cikgu².. cikgu soh jer GURU Besar @ Pengetua buat surat tukarkan diaorg dan anta kat SPP.. abis citer.

aku pun kerani ngak!!

Tanpa Nama berkata...

memang teruk la, asik polis, tentera, guru, PTD. kalo nak kaji tu btahun2 kaji. ke org mengkaji tu dah mampossss...