SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 April 2010

SUMBANGAN GURU TIDAK DIHARGAI?

Utusan Malaysia
21/4/2010

SABAN tahun beratus-ratus orang guru dipanggil bertugas membantu Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam pelbagai tugasan-- menggubal soalan, memeriksa kertas jawapan, membuat format soalan dan sebagainya.
Sebagai kakitangan pendidikan yang diasuh dengan cogan kata 'Berkhidmat Untuk Negara, tiada sebarang penolakan oleh guru untuk menghadiri pelbagai program LPM walaupun pada masa yang sama guru perlu melaksanakan tugas hakiki mereka di sekolah.
LPM juga sentiasa menghargai sumbangan para guru dengan menyediakan kemudahan mengikut kelayakan seperti elaun perbatuan, tiket penerbangan, kemudahan penginapan mengikut kelayakan dan sebagainya.
Malangnya, mulai tahun 2010, dengan pelbagai alasan kononnya untuk berjimat, LPM telah menidakkan sumbangan para guru dan seterusnya memperkecilkan maruah guru dengan menyediakan kemudahan yang tidak mengikut standard pekeliling yang ditetapkan. Antaranya:-
n Kemudahan tiket penerbangan telah ditarik balik.
Kelayakan yang diberi ialah tambang teksi satu tempat duduk. Bayangkan jika guru berkenaan datang dari Kota Bharu, Kelantan, berapa lama masa diambil untuk menunggu tempat duduk teksi berkenaan penuh? Rasanya dua hari dua malam pun belum tentu teksi berkenaan ada empat penumpang. Suka tak suka guru berkenaan terpaksa memandu kenderaan sendiri dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
Sepatutnya guru berkenaan layak menuntut tambang gantian kapal terbang. LPM hanya membenarkan guru menuntut tambang satu tempat duduk teksi. Berapa guru berkenaan dibayar? RM160 pergi-balik untuk perjalanan lebih 1,500 km sedangkan kos sebenar membawa kenderaan sendiri dan tol mencecah RM300 pergi dan balik. Hal ini belum termasuk penat lelah guru mengharungi perjalanan jauh.
n Kemudahan bilik penginapan yang tidak mengikut pekeliling perkhidmatan.
Kerajaan menyediakan kemudahan penginapan satu bilik bagi guru DG48, DG52, DG54 dan ke atas. Guru DG48 ke atas yang berkhidmat dengan LPM biasanya ialah pengetua, pengetua kanan atau guru cemerlang yang berusia lebih 50 tahun ke atas. Ada yang satu atau dua tahun lagi hampir pencen.
Malangnya, LPM telah menarik balik kemudahan ini. Semua peserta mesti berkongsi bilik tanpa mengira gred jawatan mereka. Isunya, standard hotel yang disediakan oleh LPM juga semakin rendah. Ada hotel yang hanya menyediakan satu katil dan sehelai selimut dan bilik yang amat kecil. Apakah 'orang-orang tua' ini selesa untuk berkongsi bilik bagi jangka masa lima hari bertugas di LPM? Kita ingin bertanya kepada Pengarah Peperiksaan, adakah beliau turut mengamalkan berkongsi bilik ketika bertugas di luar stesen/negeri?
n Dasar baru LPM yang mengadakan mesyuarat di LPM Putrajaya atau LPM Jalan Duta amat membingungkan dan menyusahkan guru.
Bayangkan guru dikehendaki hadir mesyuarat pukul 9 pagi Isnin. Maka guru dari Kota Bharu/Alor Star yang baru turun dari bas dengan beg besar pun bergegas ke LPM tanpa mandi sehingga pukul 5 petang untuk melaksanakan tugas.
Selepas pukul 5 petang hari berkenaan mereka dihantar dengan bas (kos bas RM1,000 sehari dan ada lebih lima bas disediakan) ke hotel untuk daftar masuk. Setiap hari, bas akan ambil dan hantar ke LPM. Lucunya, hotel yang disediakan di Shah Alam, mesyuarat di Jalan Duta. Mengapa mesyuarat tidak terus dibuat di hotel berkenaan?
Bayangkan pembuangan masa dan keletihan yang dialami oleh guru. Pada hari terakhir mesyuarat pula guru dibiarkan terkontang-kanting menguruskan pengangkutan ke stesen bas selepas pukul 5 petang untuk pulang ke destinasi. Ini kerana guru tidak dibenarkan menginap pada malam berkenaan walaupun layak berbuat demikian kerana tamat tugas pukul 5 petang.
n Pemilihan hotel yang tidak menepati standard keselamatan mesyuarat kategori sulit.
Mulai tahun ini LPM tidak lagi peduli dengan ciri keselamatan panel mesyuarat. Misalnya, atas alasan kos LPM memilih hotel bujet yang tidak ada CCTV, kawalan keselamatan, kemudahan letak kereta dan hotel di kawasan hitam sebagai pilihan.
Umpamanya, pada Mac lalu, LPM mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Lorong Haji Taib. Hal ini amat memalukan guru kerana 'diganggu' oleh penghuni lorong-lorong berkenaan sewaktu ingin berekreasi di kawasan sekitar hotel.
Sebenarnya banyak lagi perubahan dilakukan oleh LPM sekarang. Pengarah juga tidak pernah melawat/memantau perjalanan mesyuarat untuk melihat sendiri kepayahan guru yang ingin menyumbang bakti kepada negara dan LPM khususnya. Hal ini berbeza dengan pengarah-pengarah lalu yang rajin menjenguk muka memberi motivasi kepada guru.
Kita mohon Kementerian Pelajaran, NUTP, CUEPACS dan sebagainya melihat isu ini. Kita bimbang jika keadaan ini dibiarkan lama kelamaan tiada guru yang ingin memberi sumbangan kepada LPM.
Akhirnya pegawai-pegawai LPM sendirilah yang menyiapkan tugasan membina item, memeriksa kertas dan sebagainya. Akhirnya kesan lebih besar adakah standard kualiti kertas soalan yang dihasilkan memenuhi piawaian antara bangsa yang diuar-uarkan?


ADIWARA
Kluang, Johor.

44 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Guru lagi ...

Tanpa Nama berkata...

bkn guru, cikgu

pada zaman dahulu kala, guru sgtlah mulia maknanya dan professionnya dipandang tinggi. Skang dh ni dh x de guru2... yg tinggal cikgu. Cikgu sinonim dgn nak gaji tinggi, naik pangkat cepat, x nk mengajar tp nk wat pentadbiran dan komen yg remeh temeh mcm keje perkeranian. Itulah cikgu...

Tanpa Nama berkata...

betul betul...dh ramai yg x ikhlas..

Tanpa Nama berkata...

sampai bila la cikgu2 nak berhenti bersunggut..cuba tgk dan banding kan dgn jawatan lain dlm perkh.awam..ada yg lebih teruk lg tp leh trima seadanya..claim teksi satu tempat duk dh lama diamalkan..kumpul sokongan pegi site kongsi2 bilik dah biasa..
bersyukur lah wahai cikgu2 semua..

Tanpa Nama berkata...

Dah lah,guru sudah diberikan banyak keistimewaan berbanding dgn kakitangan sokongan dlam family kpm ni...itulah masalahnya bila terlalu dimanjakn,kita ambik contoh cam pembantu makmal mereka ni langsung x dpt mengecapi elaun PPSMI tapi mereka ni tetap bersyukur..dekat tmpt saya ni guru dah mula merungut cox elaun PPSMI ditarik..fikir2kan lah...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa guru siapa lah kita....

senapi berkata...

cikgulah insan paling bodoh di dunia

dapat je gaji yg umno bayar pastu xnak masuk umno

kurang ajar

Tanpa Nama berkata...

Agaknya si mamat senapi tu masa sekolah dulu adalah budak kelas hujung,bermasalah disiplin dan sentiasa membawa masalah kepada pihak sekolah.Mak bapaknya pun mesti orang yang bermasalah.....tak sekolah ke...?

Tanpa Nama berkata...

Ye la....agaknya sekarang ni anak-anaknya ( kalau dia ada anak le..)budak yang bermasalah juga...dari bahasa si senapi tu macam orang tak berpelajaran je...bodoh kot...?..dungu ke...?...bengap le...?

Tanpa Nama berkata...

kalau dulu, gaji cikgu kecil. tak ramai orang yang nak jadi cikgu. tapi bila dah besar, ramailah nak jadi cikgu. dikalangan graduan menganggur, lepasan ijazah, ramai yang nak masuk cikgu walaupun tak minat, sebab susah nak dapat kerja guna ijazah..itu yang buat orang lemah semangat nak belajar tinggi-tinggi kalau peluang kerja pun tak menjamin. sekarang ni pun, kakitangan awam bawahan ada yang memiliki ijazah dan diploma. tapi dah terdesak untuk bekerja sebab sukarnya mendapatkan kerja yang setaraf dengan kelulusan. penjawat awam yang tinggi, minta dihargai kerja mereka dengan kenaikkan gaji. itu kan suda tugas dan tanggungjawab. tak perlu sebutlah, asal buat kerja sikit pun nak minta naik gaji...kalau anda jadi kerani yang mempunyai kelulusan ijazah dan diploma yang peluang kenaikan pangkatnya pun terlalu lambat, barulah kamu tahu nak bersyukur yang kamu telah pun menjawat jawatan yang setaraf dengan kelulusan kamu. bersama-samalah muhasabah diri, jangan jadi manusia yang tak berterima kasih dan bersyukur. kalau malaysia ni jadi macam iraq dan palastin, barulah mungkin rasa betapa siksanya hidup di dunia ni.Malaysia ni cukup makan dan aman. tapi rakyatnya sentiasa menjadi rakyat yang tak bersyukur...ingatlah, Allah akan menimpakan bala kepada hambaNya yang tidak besyukur...sedarkan lah diri anda. bukan diri anda sahaja yang menyumbang kepada negara Malaysia ni. semua rakyat pun ada peranan masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa guru atau cikgu siapalah anda sekarang yang pandai berkata-kata dan menulis berbahasa bahasa...kalau tak da guru atau cikgu kau orang takkan berjaya...berani ke menafikan perkara nie...boleh ke baca tanpa guru...larat ke mak bapak kau orang ajar membaca,menulis,mengira...?..cikgu atau guru juga yang kena buat...kan..?..kan...?..so...jangan nak perlekekehkan guru atau cikgu..

gomen juga berkata...

mmg tdk dinafikan peranan mahupun sumbangan para guru namun agak MEMUALKAN sikap yg tidak bersyukur dgn segala kemudahan yg telah dberikan pd mereka.jauh berbeza dgn guru2 dahulu yg ikhlas dlm menjalankan amanah yg diberikan tanpa rungutan.inilah masalahnya jika profesion perguruan jd pilihan terakhir untuk mendapat kerja..bila dikehendaki buat lbh kerja sikit dah merungut terbeban itu dan ini..sedarlah kerja itu satu ibadah dan kalian juga telah dibayar dgn imbuhan yg setimpal dgn kerja yg dipertanggungjawabkan.bukan kalian saja yg menyumbang kepada pembangunan negara .setiap penjawat awm yg lain juga menyumbang mengikut bidang dan kepakaran masing2.Berhentilah merungut dan mengharapkan agar tuntutan kalian sahaja yg didengari dan dipenuhi!!

Tanpa Nama berkata...

bosan...balik2 guru

pemangkin generasi baru berkata...

Janganlah anda merendah-rendahkan profession perguruan..jgn lah anda dengki dan prejudis dengan kredibiliti guru dan sumbangan nya..jangan lah disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga..janganlah anggap profession perguruan kerjaya terakhir..kini profession perguruan tidaklah senang untuk dimohon berbanding 10tahun yang lepas..harus diingat, manusia mempunyai hati yang berlainan..mentaliti yg berlainan..sanggupkah anda berhadapan dengan karenah pelajar2 yang bermacam-macam ragam..jangan bandingkan pelajar dahulu dengan pelajar alam siber mentaliti global ini..cabaran yang harus dihadapi berlainan..tanggungjawab guru berat..anda tidak merasainya..anda akan anggap ia kerja mudah..kita harus menghormati guru, kerana tanpa guru anda tidak mungkin mampu menaip walau sepatah kata dalam ruangan ini..anda tidak dilahirkan seorang yang genius, tp anda ada guru disekeliling termasuklah keluarga anda sendiri..

Tanpa Nama berkata...

mengapa adik andiputra tak ada cikgu yang ajar dia pun,dia boleh pandai lebih dari cikgu yang lebih tua dari dia, padahal dia masih bersekolah di sekolah rendah. sebenarnya, kebijaksanaan tu datangnya dari Allah s.w.t. bukan datang dari cikgu...kalau orang tu ditakdirkan lemah ingatan, walaupun cikgu pintar yang mengajar pun, tak kan jadi pandai juga...semua nikmat tu diberi oleh Allah. apalah...

Tanpa Nama berkata...

tulah kan, macam lah cikgu yang buat manusia ni pintar, sedangkan Allah yang memberikan nikmat kepintaran tu pada manusia. tak semestinya bila pandai membaca, dah dikira pintar suda. ada juga yang tinggi pelajaran pun masih tak tahu nak beza baik dan buruk. terlibat dengan jenayah, gejala sosial dan macam-macam perkara yang bertentangan agama. adakah mereka ini tak tahu membaca? kalau tahu membaca, tapi mengapa masih jahil dan bodoh lagi...janganlah jadikan alasan kononnya tugas guru ni berat, apa yang berat sebenarnya? adakah guru sekrang perlu memikul cangkul atau kapak ke hutan dan berjalan mengunakan kerbau untuk ke tempat kerja yang bepuluh kilometer meredah hutan dan sungai yang penuh buaya? guru sekarang ni terlalu merasa yang mereka terlalu pintar dan boleh berkata-kata yang mereka saja yang berat beban tugasnya. sedangkan setiap tugas yang di amanahkan tu sebenarnya lebih berat lagi kewajipannya di sisi Allah. adakah kita menyempurnakan amanah kita tu dengan betul, sempurna dan penuh tanggungjawab. atau amanah tu perlu dirunggut dan dinaikkan gaji kononya penat membuat kerja? susah lah kalau mentaliti orang sekarang ni suka merunggut saja. kalau malas kerja, bagi peluang kepada graduan menganggur yang belum dapat kerja di luar tu. kesian kepada yang memerlukan kerja di luar sana...

Tanpa Nama berkata...

cuba tanya kat burung yg pandai buat sarang cantik-cantik tu kat sekolah mana la dia belajar sapa la yg ajarkan ... sekadar renungan

Tanpa Nama berkata...

Hanya manusia berAKAL saja berfikir rasional...manusia berOTAK binatang...binatanglah cara berfikirnya...napa bak cemburu dengan guru..jaga la hal masing-masing...kau orang semua belajar menulis daripada siapa hah...?hah..?hah...?..masa keluar dari perut mak kau...kau dah boleh baca ke...?dah boleh baca ke...?..sekolah juga mak bapak kau cari...dan di sekolah itulah adanya GURU...guru yang sedang kau orang perlekehkan ni...hehehehehee..

senapi berkata...

sorry ye, gua x perlu guru sebab gua ni mmg terer, xde guru pun nk ajar gua bercakap, ms msk sek gua dh pandai baca mana ada guru ajar..

poodah chaii..haa ptui..

kenapa guru mesti ada gaji? sebab x ikhlas la tu brooo

kalo ikhlas xkan beli kete mhl2 city vios persona mivy.. mesti beli kancil, pastu balance gaji sedekah pada anak yatim/miskin, baru ikhlas brooo

ada ka patut guru diberi gaji mahal, camna nak ikhlas brooo

Tanpa Nama berkata...

kekadang saya terfikir : Dalam pendidikan tinggi, untuk mengajar pelajar diploma - pengajar sepatutnya ada ijazah, peringkat ijazah sarjana muda - pengajar sepatutnya ada sarjana dan peringkat sarjana - pengajar sepatutnya ada phd, tapi diperingkat sekolah lain sikit nak ajar murid upsr,pmr,spm,stpm guru kena ada diploma/ijazah bukan apa terkenang masa dulu-dulu masa cikgu-cikgu lulusan sijil maktab perguruan tak lah bising macam ni minta itu ini dan kerajaan pun jimat duit almaklumlah gred gaji cikgu masa tu cuma 17 saja tapi masih boleh melahirkan cerdik pandai.

Tanpa Nama berkata...

betul tu..sekarang nak ajar pra sekolah(tadika),drjh 1-6 pun kena ada ijazah..ada ijazah ekonomi pastu takde keje jadi cikgu ajar pelajaran jasmani n pndidikn moral..pe kena mengena ekonomi dgn pndidikan moral?pastu dpt gaji besar walaupun keje separuh hari pastu minta lagi dan lagi..cikgu ni memang bangsa asal penganggur takde keje kemudian tak sedo diri..

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya, timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam yang lain adalah disebabkan kesilapan pemimpin kita, mereka tidak menaikkan gaji secara serentak untuk semua kakitangan awam yang berkhidmat. sedangkan, angkara mereka jugalah, harga barangan sekarang ni naik mendadak sehingga kos hidup meningkat. sedangkan pada masa yang sama, gaji yang diberi sebenarnya tidak mampu menampung kenaikan kos barangan dan perkhidmatan yang ada. sebab itu, ramai kakitangan awam bawahan tidak lari dari berhutang kerana gaji yang diperolehi sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung kos hidup yang semakin tinggi. tambah lagi, menteri-menteri sesuatu kementerian melobi supaya kakitangan kementeriannya dinaikkan gaji yang kononnya terlalu banyak sumbangan, beban tugas berat dan perlu dihargai. ini tidak sepatutnya berlaku, dimana kebajikkan kakitangan awam yang lain diabaikan. sedangkan mereka tidak merasa keperitan kakitangan awam yang lain yang menanggung kos hidup yang terlalu tinggi sekarang. Itu yang perlu diukur dalam membuat pertimbangan dalam menentukan penyelarasan gaji untuk semua sektor awam. bukannya tugas dan tanggungjawab. sedangkan itu memang pun termasuk di bawah amanah kementerian-kementerian tertentu. itu lah yang tidak adil untuk kakitangan awam yang lain. perdana menteri terdahulu pun, tidak timbul pilih kasih dalam kenaikan gaji kakitangan awam yang lain...inilah masalahnya. bukan dengki kan polis, cikgu. tapi adil lah juga kepada kakitangan awam yang lain..

Tanpa Nama berkata...

sokong, semoga komen anda dibaca oleh staff kementerian tertentu dan sampaikan kepada bos mereka

Jum Menari berkata...

Kepada semua PA, ini peluang baik untuk memperbaiki skil tarian dan joget anda. Murah dan mudah. Jum masuk ramai2 meriahkan suasana dalam keadaan santai dan gembira!

http://bit.ly/9NMNc1

Tanpa Nama berkata...

Ramai yg m;hntam guru. Kenapa?Lahirnya seorg PM, Doktor, Jurutera, arkitek, akauntan, jururawat, kerani, pembantu am dsbg adalah hasil dari seorang guru. Tanpa guru siapa kamu. Hrmatilah guru.

Tanpa Nama berkata...

Saya hormat Cikgu saya. kerana guru saya berjaya. betul itu anugerah Allah tapi siapa yg mmbntu saya berjaya? kalau bukan cikgu siapa?

Tanpa Nama berkata...

Dulu guru dipandang mulia oleh masyarakat yg mulia jgk. Skrg tidak lagi sbb masyarakatnya tdk mcm dulu. kesian cikgu... bersabarlah yer semua cikgu2 ku sekalian.

Tanpa Nama berkata...

hahahahah... nak termuntah aku dgr org yg m'hntam guru. MANTAP!!!
Sebenarnya org yg byk mencaci n menghina guru ... hatinya !@#$%^&*

Jgn dengki pada guru krn Dengki blh memusnahkan amal kebaikan dan menyebabkan hati tak pernah tenang.

Kelebihan guru krn adanya persatuan. Persatuan yg memainkan peranan dlm menyuarakan isu2 yg melanda guru.

Dlm perkhdmtn awam yg lain ada persatuan tak??? hahhha. Korang melalaklah ... gerenti org atsan x layan. kesimpulannya, wujudkanlah persatuan dlm bidang kerjaya kalian. kalau ada masalah yg melanda @ x puas hati majukan kpd persatuan. itu baru betul; jgn asyik salahkan cikgu. Cikgu semua pndai kalau tak habis semua org termasuk aku jadi B..@#$%^&*. Hahahaha.

Tanpa Nama berkata...

kenapa jeless dgn gaji cikgu yg besar. Gaji pengawal keselamatan nak naik nie.. byk tu. Korang tak jeles ker? lagi relex kejer. syukurlah pd rezeki yg allah bg pada diri masing2.

Tanpa Nama berkata...

!@#$%^&*
pening... pening...

Shafiq berkata...

SAYA ingin merujuk surat bertajuk ‘Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa’ seperti disiarkan di ruangan ini kelmarin kiriman ‘Pensyarah penat’.

Pada pendapat saya, adalah sesuatu yang amat menjengkelkan sekiranya seseorang pendidik termasuk guru atau pensyarah seperti beliau merungut di atas penat lelah yang ditabur ketika melaksanakan tugas diamanahkan kepada mereka.

Bagi saya, ia adalah sesuatu yang amat memalukan kerana mereka sendiri yang memilih bidang berkenaan, malah secara kuantitatifnya, mereka dibayar setiap bulan untuk mengajar ditambah dengan elaun yang lebih tinggi bagi yang berkhidmat di pedalaman.

Saya berikan satu contoh yang amat mudah difahami... katakan seorang jurutera geoteknikal yang dibayar oleh Petronas untuk melaksanakan sebarang proses kejuruteraan struktur di pelantar minyak sejauh Miri atau Kerteh selama sebulan di tengah lautan dalam dan langsung tidak bertemu dengan keluarga selama tempoh itu, saya yakin sepenuhnya bahawa jurutera itu tidak akan membantah atau mengeluh.

Ini kerana jurutera itu sendiri yang memilih pekerjaan berkenaan dan dibayar untuk melakukannya walaupun risiko untuk kehilangan nyawa adalah tinggi.
Sikap merengek manja di kalangan pendidik dan pensyarah dan juga seluruh kakitangan awam mestilah dielakkan agar bidang terbabit tidak menjadi gurauan sinis kononnya sifat tidak ikhlas dan malas itu sudah sebati dalam budaya rakyat Malaysia.

Bak kata bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad ‘Malaysia memiliki prasarana kelas dunia dengan mentaliti kelas ketiga’. Inilah mentaliti yang cuba kita ketepikan dengan bekerja bersungguh-sungguh serta melaksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan efisyen.

MOHAMMAD SHAFIQ SOHOT,
Kuala Lumpur.

cikgu nizar berkata...

en shafiq ni bebal ke hapa.. mana ada guru merungut tentang mengajar dan tugas2 hakiki guru, yg selalu diperkatakan ialah tugas tambahan yg xde kena mengena dgn bidang perguruan

contoh 1: SHAFIQ selaku kerani, tiba2 diminta membuat kebun bunga/zoo mini di halaman pejabat yg memerlukan masa, tenaga dan kepakaran, tanpa sebarang bayaran tambahan dan waktu luar kerja (cuti sabtu ahad). apa perasaaan SHAFIQ?

contoh 2: SHAFIQ selaku pegawai hasil tiba2 diminta bertugas semasa cuti tanpa sebarang imbuhan dgn rela hati dan tanpa cuti gantian pula, relakah hati kamu wahai SHAFIQ???

contoh 3: SHAFIQ sedang makan di kedai, tiba2 seorang budak usia 12tahun memaki hamun beliau selepas ditegur supaya tidak mencarut, adakah SHAFIQ hnya akan tersenyum lebar melihat kejadian itu?

contoh 4: SHAFIQ selalukah membuat kerja dirumah sehingga malam tiap2 hari bekerja? kakitangan sokongan biasanya habiskan kerja di pejabat, blk rumah utk berehat shj

contoh 5: SHAFIQ jurutera di tengah laut, tiba2 diarahkan membuat kerja2 perkeranian yg xde kena mengena dgn tugasan jurutera itu, adakah SHAFIQ akan membuat sahaja degn senyuman lebar tanpa berkata apa2??

contoh 6: SHAFIQ jurutera di tengah laut, tiba2 diarahkan menjadi jurulatih tarian yg beliau sendiri juga tidak tahu sepanjang tahun, yg dibuat diluar waktu kerja secara percuma setiap hari. adakah SHAFIQ akan tersenyum lebar seraya pulun melatih tarian juga walau sumbang ataupun buat tak tahu sahaja?

nak kata tu fikirkan dulu sebab anda bukan berada di dalam perkhidmatan perguruan. sebagai org luar, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Sharizal berkata...

Sekarang ni bukan masalah gaji tapi claim la.. Jika asyik keluar untuk tugas tapi claim tak ada.. Duit gaji habis la..

guru ikhlas mendidik berkata...

jgnla hanya gula setitik rosak susu sebelanga.dulu aku jurutera.skg dh 10 thn berkhidmat sbg guru addmath KPLI.memang tidak dinafikan kerja guru skg memang terbeban x seperti 10 th lepas.tapi guru tetap ikhlas mendidik anak bangsa.tugas guru sgt mulia.hargailah guru anda.kalau x kerana guru aku pn xdpt bergelar seorg jurutera dan guru.ramai dah anak muridku yg dah menjadi doktor dan jurutera oleh kerana penat lelahku mendidik mereka.rasanya gaji mereka lebih dari gaji ku yg hanya seorang guru addmath DG44.fikir2kanlah jasa seorang guru...

Tanpa Nama berkata...

Cikgu memang bodoh .... tapi bodoh kerana mengajar Senapi ( Selasa, April 27, 2010 2:10:00 PM )yang sememangnya bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Hari pekerja sudah berlalu....Hari guru akan menjelma...sudah pasti dan sudah tentu para guru akan menikmati imbuhan lagi...seronoknya jadi guru ye...heheheheheeeeee.....

Tanpa Nama berkata...

sapa yang tak kenang jasa guru? guru memang berjasa tetapi masalah nya orang pun berjasa juga. tukang angkut sampah pun berjasa. kalau dia takmau angkut sampah dekat rumah cikgu selesa dak?
Jadinya semua orang main peranan masing-masing. Ngapa hanya cikgu yang kerajaan ambil hati, belai, Adil lah sikit. Rata-rata cikgu ni SOKONG PKR tapi dok belai depa.Aku ada bukti. Masa ngajar buat direct selling, buat bisnes.
Cikgu gaji tinggi tapi prestasi sekolah dok macam tu. Puuiiii.

staf ppd.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun tuhan memberikan akal..akal tersebut dipertajamkan oleh guru. klu hampe nie pandai sangat cube jangan hantak anak kamu ke skolah...hanya orang bodoh saja yang mencaci guru....

Tanpa Nama berkata...

Aku sayang cikgu² aku dulu.. biarlah diaorg garang tapi kerana garang diaorglah aku menjadi pandai.

semua kakitangan memerlukan 1 sama lain.. bermula dari tukang kebun.. kalo xde diaorg x berserilah sekolah² ngan ofis kita,

Kalo xde PAP ngan typist.. x abis²keje kita dengan mesin photostatnya.. ngan kejer menaipnya. ngan kejer pos suratnya.

Kalo xde kerani, xdelah yang dapat membantu PPT buat kejer.. xde saper lah yang mancatat cuti² kita.. xde saper nak buat gaji² kita. dll

Kalo xde pegawai, xde saperlah yang nak sain surat lantikan, surat pencen korang semua dan meluluskan segala²nyalah..

dan begitulah seterusnya. Mampukah kita buat kerja itu semua bersendirian. Kita semua saling memerlukan.

dan paling penting kita juga memerlukan Allah utk memberkati hidup kita.. Semoga Allah mempermudahkan semua perjalan hidup kita.. amin.

smkptunggal berkata...

Jangan cakap tanpa berfikir. Selamilah dan kajilah kenapa guru merungut. Ini semua kerana sistem gaji yang diperkenalkan tak menyeluruh kepada semua. Maksudnya ada yang untung banyak dan ada yang rugi. Jadi kalau tak tau tu janganlah nak serbu tak tentu hala. Tanya dulu sebabnya dan banyak lagi hal yang kaum guru saja yang faham. sebagai manusia biasa, memang ada guru yang malas dan sebagainya samalah macam jabatan lain pun. Jadi kepada yang suka kutuk guru tu ingatlah anda dan juga bapak anda tu ada serba sedikit pengetahuan kerana di ajar oleh guru. Jadi janganlah kurang ajar sangat.

Tanpa Nama berkata...

kepada yang suka sangat kutuk guru,berhati- hatilah dgn kemurkaan Allah.@ ngko x dpt krja guru kot...

Tanpa Nama berkata...

kesian kat sepian.aku doakan moga kau dapat hidayah....tanpa guru,siapalah anda...sebenarnya,klau pk juh2,x ptut guru dikeji...Allah Maha Guru,para Nabi adlah guru,para da'i adalah guru..so,guru itu bukan sahaja mengajar ILMU DUNIAWI SAHAJA,MALAH UKHRAWI JUGE...fikir2kan

Tanpa Nama berkata...

saya yang pernah merasai peritnya seperti pengalaman yg dilalui penulis. Sesiapa yang tidak menghargai guru, umpama beruk liar, sebab beruk semua pancainderanya sama seperti manusia tapi tidak menggunakan akal. Akal bijak lahir hasil dilatih dan dididik,maka guru la orangnya, sebab itu seseorang jika pernah menjadi guru,maka sepanjang hayatnya akan dipanggl cikgu sampai ke alam baqa.
LPM satu hal..kerja membina soalan, mengurus hal hal sulit biarlah bertempat, kebajikan guru perlu dijaga sebab ini kerja diuar tugas sebenar guru. Mangkuk mangkuk yang tak berapa cerdik ulasannya pun kalau kena batang hidung diminta buat kerja luar kemudian dilayan macam ....manusia tidak bermaruah selayaknya pun...AKAN LEBIH TERUK LAGI MEREBEN/SAWAN...tak kena batang hidung sibuk plak bagi ULASAN BODOH....macam orang tidak sekolah...

Tanpa Nama berkata...

Gaji minimum profession 4 tahun universiti
a. guru DG41 - RM1916.31
b. akauntan W41 - RM1924.18
c. dietetik U41 - RM2259.08
d. jurutera J41 - RM2359.72
e. farmasi U41 - RM2570.42

Sumber SPA. Paling rendah gaji ialah guru.... Sedihnya