SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 April 2010

GAJI PENGAWAL NAIK

Utusan Malaysia
Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my
22/4/2010




KUALA LUMPUR 22 April - Mulai 1 Julai ini, kira-kira 150,000 pengawal keselamatan akan menikmati gaji pokok di antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan iaitu kenaikan antara 67 hingga 75 peratus.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan menaikkan gaji itu dibuat mengikut Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 bertujuan meningkatkan pendapatan pengawal keselamatan di negara ini.
Menurutnya, gaji pokok pengawal keselamatan pada masa ini adalah di antara RM300 hingga RM400 sebulan.
"Peningkatan gaji pokok ini melibatkan semua pengawal keselamatan iaitu pekerja tempatan atau asing," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau yakin peningkatan gaji tersebut akan menarik lebih ramai rakyat tempatan untuk bekerja dalam bidang itu.
"Kenaikan gaji akan dibuat berasaskan kepada pelbagai zon geografi dan butiran mengenainya akan diumumkan kemudian," jelasnya.
Subramaniam berkata, proses sama akan dilakukan bagi para pekerja dalam industri tekstil, elektronik dan hospitaliti.
Menurutnya, kementerian juga sedang menyemak semula perundangan buruh bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir Mac lalu.
Beliau menambah, kementerian akan menggunakan pendekatan perbincangan secara terbuka dan telus dalam kajian semula itu seperti mengadakan taklimat dan perbincangan dengan wakil-wakil majikan dan pekerja.
"Kementerian berharap menerima maklum balas daripada pelbagai sektor terhadap cadangan-cadangan perubahan dan menerusi maklum balas itu kita akan gubal keputusan akhir," katanya.
Wakil majikan ialah Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) manakala wakil pekerja ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...

Tahniah kepada cuepacs kerana berjaya memperjuangkan nasib gaji pengawal..

Gaji pengawal & posmen sudah pun dinaikkan. manakala Gred N17 iaitu pembantu tadbir (kesetiusahaan) telah pun dinaikkan kepada N27 jika kerani tersebut mempunyai Diploma yang berkaitan dengan kesetiausahaan.

Tetapi, kenapa gred W17 iaitu pembantu tadbir (kewangan) tidak dinaikkan jika kerani tersebut mempunyai Diploma yang berkaitan dalam kewangan seperti Diploma Perakaunan/kewangan?

W17 juga memikul tanggungjawab yang penting dalam institusi kerajaan dalam mengurus kewangan kerajaan.

saya minta maaf jika aduan saya ini bukan di ruangan yang sepatutnya.

harap pihak cuepacs dapat menolong penjawat awam yang memegang jawatan W17.

Sekian.Terima kasih