SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

10 September 2014

BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN DISARAN JADI BADAN BERKANUN

Bernama
8/9/2014


PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyarankan agar Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dijadikan sebuah badan berkanun.

Beliau berkata saranan itu tertakluk kepada syarat Skim Pinjaman Perumahan yang bakal diwujud dengan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati penjawat awam ketika ini.

"Pengurusan pinjaman perumahan di bawah badan berkanun tidak akan merugikan penjawat awam malah perkhidmatan (akan menjadi) lebih cekap dan berkesan," katanya mengulas laporan bantahan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung pemansuhan BPP.

Penggantian BPP dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau institusi kewangan dibimbangi akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi mendapat kemudahan pinjaman perumahan sedia ada.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu wakil Pemuda Umno Malaysia dan Suara Anak Muda 1Malaysia berkaitan penyerahan memorandum kepada pihak kementerian mengenai Bajet 2015.

Ahmad berkata BPP bersama dengan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanan itu sedang menyediakan Rang Undang-Undang Penubuhan Badan Berkanun Berkenaan Skim Saraan Baharu bagi kakitangannya.

Perbincangan dengan Cuepacs dijangka dilakukan apabila rang undang-undang itu diluluskan, katanya.

Mengulas pertemuan dengan wakil Pemuda Umno Malaysia dan Suara Anak Muda 1Malaysia, beliau berkata antara isu yang dibangkit ialah peningkatan kos dalam kalangan belia terutama di kawasan bandar termasuk kesukaran memiliki rumah, cara menangani kos sara hidup serta cadangan membina perumahan untuk belia di pinggir bandar.

"Kita telah menerima beribu input cadangan daripada pelbagai pihak untuk dimasuk ke dalam Bajet 2015, dan perkara itu akan diteliti satu persatu sebelum dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri pada 10 Okt nanti," katanya.

-- BERNAMA

3 ulasan:

syahmi hakim berkata...

saya sokong Cuepacs

Tanpa Nama berkata...

elok semua jabatan kerajaan yang mempunyai transaksi kewangan ni convert jadi badan berkanun je senang, lagi bagus dikorporatkan terus. barulah transaksi menjadi lebih efisyen.

mohd fadzil berkata...

tak payah ade jabatan kerajaan.. sume swasta kan je.. tak kira ade transaksi kewangan ke ape ke.. kita tgk negara ni jadi ape