SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

10 September 2014

SUARA HATI MAJLIS NEGARAWAN; SUARAHATI PENSYARAH IPTA......

Utusan Malaysia
10/9/2014


Oleh Zaini Hassan

Cadangan Majlis Negarawan Kebangsaan
"SIAPA DIA...!" kata Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz apabila merujuk serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kepemimpinan negara.
Saya mengikuti video Nazri itu yang tersebar di alam maya sekarang ini. Ia sudah menjadi viral.
Ia viral atau bercambah kerana sama ada orang mahu melihat perangai Nazri atau pun sebaliknya. Itu saya tidak tahulah.
Tapi bagi saya, respons Nazri agak kasar bunyinya.
Anggaplah jika bapa kita memberi nasihat kepada kita - walau secara garang sekali pun - kita patut berdiam diri. Itulah resam adat orang kita. Jika tidak orang akan kata kurang ajar.
Apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dia dikritik (bukan dise­rang) oleh Tun, cukup beradab sekali.
Malah dalam satu majlis, PM cuma berkata kepada para wartawan; "Itu isu dalaman parti dan biar UMNO yang selesaikan."
Itu tandanya dia menghormati orang tua.
Itulah pun cara kita apabila dimarahi atau ditegur oleh bapa, kita akan senyap. Walaupun kita tahu kritikan itu tidak betul dan boleh diperbahaskan. Jika nak mengadu kita bersuara kat ibu.
Sebenarnya hati orang tua cukup mudah terasa. Lebih-lebih lagi jika usia sudah lanjut.
Jika mereka memperkatakan sesuatu, ia datang dari hati dan akal yang luhur. Dalam usia 89 tahun apa lagi yang Tun mahu? Janganlah ada pula pihak-pihak yang mahu menjadi nasi tambah.
Ramai veteran UMNO akhirnya menyepikan diri setelah tidak aktif sebagai pemimpin parti atau pun sebagai pe­mimpin negara. Ada juga yang membawa diri dan berjauh hati. Kerana merasa mereka disisihkan.
Ada juga yang menongkah arus dan berpatah arang.
Mereka jangan dibiarkan sepi. Ajaklah berunding dengan mereka. Dengarlah kata-kata mereka.
Strukturkan mereka dalam Majlis Negarawan UMNO, yang berada di atas Majlis Tertinggi (MT). Atau namakannya Majlis Negarawan Kebangsaan.
Majlis ini boleh menjadi penasihat di masa yang amat diperlukan. Dan dalam keadaan tertentu, mereka boleh menjadi kata pemutus.
Biar mereka berada di strata itu sehingga ke akhir hayat, sama seperti sultan-sultan dalam Majlis Raja-Raja.
UMNO mempunyai ramai negarawan yang boleh diletakkan dalam majlis ini. Kita mempunyai dua mantan PM yang masih ada.
Jangan persia-siakan mereka. Jangan juga mempersia-siakan mantan TPM dan tokoh-tokoh negara yang lain.
Malah majlis ini juga boleh dianggotai oleh negarawan terdiri daripada MCA, MIC, Gerakan dan komponen, mahupun pembangkang yang lain.
Ingatlah semasa berlaku kegelisahan politik, kata-kata hikmah mereka mungkin menjangkaui akal dan pertimbangan kita sendiri.
Janganlah disisihkan mereka itu, apatahlah lagi menyanggah cakap mereka secara terbuka.
Saya yang hina ini cuma boleh cadangkan. Terpulanglah...
BAJET 2015: Najib Tun Razak amat peka...
INSTITUSI Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia telah melalui pelbagai proses perubahan yang cukup hebat.
Pertambahan bilangan universiti, baik universiti kerajaan atau swasta telah berjaya melonjakkan pencapaian dan kualiti IPT negara setanding dengan universiti di luar negara.
Namun, bagi memartabatkan profesion pensyarah universiti di Malaysia agar setanding dengan pensyarah universiti tersohor di negara maju, kerajaan hendaklah melaksanakan proses transformasi secara menyeluruh khususnya mengenai pembangunan sumber manusia di IPT awam (IPTA).
Hakikatnya, ketika ini profesion pensyarah masih ketinggalan dalam menikmati pengiktirafan dan skim ganjaran yang menarik walaupun negara sedang bergerak ke arah menjadi negara maju pada tahun 2020.
Membaca kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof. Ir. Dr. Mohd. Idrus Mohd. Masirin baru-baru ini, saya berpendapat kerajaan yang merangka Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan Higher Education Blueprint 2013 (HEB2013) perlu mendengar dan berinteraksi dengan pensyarah universiti le­bih kerap agar dapat mengetahui keadaan mereka di institusi masing-masing.
Umum tahu bahawa PSPTN dan HEB2014 bertujuan menjana dan menambah bilangan knowledge workers yang berpendapatan tinggi, modal insan minda kelas pertama, menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab pendidikan tinggi antarabangsa. Seterusnya menjadikan universiti awam sebagai universiti bertaraf dunia (world class).
Tidak dapat dinafikan juga kerajaan serius untuk menjadikan IPTA sebagai World Class University dan menggesa semua IPTA meningkatkan kedudukan dalam International University Ranking serta akreditasi antarabangsa setanding dengan universiti tersohor di dunia.
Namun, adakah kebajikan dan suara hati staf akademik di IPTA dan universiti lain cukup didengari dan diambil tahu oleh kerajaan?
Sebagaimana suara hati dan kebajikan guru-guru serta penjawat awam lain yang acap kali diperjuangkan oleh NUTP dan CUEPACS?
Layarilah Internet dan bacalah ulasan dan kenyataan pelbagai wakil persatuan pegawai akademik IPTA di negara ini, transformasi pengajian tinggi negara telah mendesak semua pensyarah mesti mempunyai kelayakan tertinggi iaitu Ph.D bagi melonjakkan pencapaian IPTA ke arah merealisasikan hasrat yang diharapkan.
Namun pada masa ini, MAAC dan ahli gabungannya berpendapat pensyarah sebagai murabbi, ilmuan dan cendekiawan (ulul albab) tidak memiliki status yang setimpal.
Justeru, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula skim dan dasar pengajian tinggi agar pensyarah dapat diletakkan pada kedudukan yang tinggi supaya dapat mendorong mereka berperanan dengan lebih agresif, efektif dan progresif.
Hasil perbincangan saya dengan pihak MAAC, skim gaji pensyarah sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) tidak dapat menarik dan mengekalkan minat sumber manusia yang berbakat tinggi di IPTA.
Proses brain-drain di IPTA ke IPTS berlaku kerana tarikan ganjaran dan persekitaran bekerja di luar universiti.
Saya melihat sudah sampai masanya kerajaan melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan pensyarah dan felo kerana ia amat penting untuk mempe­ngaruhi produktiviti dan kecekapan staf akademik bagi menghasilkan graduan dan sumber manusia yang berkualiti, berpe­ngetahuan dan berketerampilan.
Saya difahamkan, berdasarkan ke­nya­taan akhbar MAAC tidak lama dahulu, mereka telah mengesyorkan kerajaan supaya beberapa elemen dan inisiatif dapat dimasukkan di dalam Belanjawan 2015 yang memberi penekanan kepada isu berkaitan Pembangunan Pengajian Tinggi Negara di IPTA. Ia meliputi:
* Mencadangkan penambahbaikan kepada skim penggajian pensyarah dan felo IPTA sedia ada dengan kenaikan gaji seperti yang dikemukakan.
* Mencadangkan insentif sebanyak RM3,000 sebulan kepada pensyarah yang memiliki Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dan yang setara dengannya bagi meningkatkan bilangan pemegang Ph.D daripada 14,000 orang kepada 40,000 orang menjelang tahun 2020 (berdasarkan unjuran MyBrain15 oleh kerajaan).
* Memasukkan elemen time-based bersekali dengan merit-based di dalam proses kenaikan pangkat pensyarah dan felo IPTA sebagai hybrid system.
* Memperuntukkan geran pe­nyelidik­an kepada setiap individu pensyarah sebanyak RM10,000 setahun sebagai pemangkin ke arah persediaan negara rakyat berminda dan berteknologi tinggi.
* Program MyBrain15 yang dilaksanakan pada ketika ini diteruskan bagi meningkatkan bilangan graduan sarjana (MyMaster) dan doktor falsafah (MyPhD) kerana program ini dijangka tamat pada 2015.
Kita sedar dalam usaha kerajaan me­ngawal bajet dan ingin berjimat cermat, permintaan pensyarah ini adalah perkara yang dikira memberi impak kewangan yang besar.
Tetapi, bayangkanlah impak masa hadapan yang akan diberikan oleh usaha pensyarah ini terhadap nasib anak bangsa dan negara.
Pelaksanaan inisiatif yang dicadangkan MAAC itu dijangka memberikan impak kepada pengiktirafan status pensyarah. Ia akan dapat meningkatkan motivasi pensyarah untuk memenuhi aspirasi negara.
Dengan skim yang terbaik, ia juga dapat menarik calon-calon berbakat (talented brain) manakala ahli profesional akan kekal di dalam skim IPTA bagi menyumbang kepada pembangunan modal insan bertaraf dunia.
Hasrat kerajaan untuk melahirkan k-workers (knowledged-workers) yang berwibawa akan meningkatkan produktiviti negara dan status Malaysia di kalangan negara elit serta maju di dunia.
Pengiktirafan kepakaran dalam kalang­an staf akademik di IPTA oleh masyarakat antarabangsa bermula dengan pengiktiraf­an oleh kerajaan dan komuniti setempat.
Oleh itu, ganjaran yang disediakan melalui skim perkhidmatan pensyarah dan felo akan mampu memotivasikan staf akademik menjadi specialist dan pakar rujuk yang berwibawa dan dihormati.
Pelaburan yang dilakukan mulai 2015 kelak akan membuahkan hasil pada 2020 yang pastinya dapat memacu Malaysia setanding dengan negara maju yang lain.
Bak kata pepatah, jika inginkan ikan yang besar, belilah bot yang besar, upah bilangan anak kapal yang ramai dan bijak serta belayarlah jauh ke tengah lautan ke­rana keberanian dan pelaburan yang bijak akan menjana keuntungan jangka panjang yang lumayan.
Semoga semua pensyarah universiti akan terus tabah mendidik anak bangsa. Walaupun suara mereka masih belum didengari, bersabarlah.
Pensyarah oh pensyarah.
Jasamu pasti sentiasa dikenangi oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan beribu malah berjuta siswazahmu.

5 ulasan:

pedang berkata...

Bukan saja staf akademik, staf paramedik terutamanya di Hospital Universiti pn selalu dilupakan. Job description lebih dari staf paramedik biasa dimana kena mengajar dan membuat research tetapi gaji sama dan peluang kenaikan pangkat mmg terhad disebabkan kouta. Seperti JTMP Hospital UxM, dari 300 org JTMP , gred tertinggi hanya U38 seramai 2 orang...gred 36 boleh kira dengan jari. Peluang kenaikan pangkat ke pegawai TIADA kerana TIADAkelangsungan perjawatan ke pegawai tidak seperti paramedik lain bergred U41..

Tanpa Nama berkata...

nak buat macam mana, selagi ptd yang menguasai spa & jpa, selagi tu la puak mereka saja yang asyik merasa kenaikan pangkat yang pantas, menduduki jusa/turun/gred khas & puak mereka saja yang asyik dapat HLP untuk sambung belajar ke masters/phd.

skim perkhidmatan lain? mimpi saja la. lihat saja la bagaimana mereka menganaktirikan kumpulan sokongan yang ada degree/masters untuk ke p&p.

macam ni kata transformasi? puihhh!

alkarchutty pendang berkata...

Setuju dengan suara hati negarawan. Di Pohonkan Dato Seri Najib dan Tan Seri Muhyidin mempertimbangkan apa yang di suarakan oleh mereka mereka ini. Saya Cuma ingin memberi pandangan dari segi cara pemberian incentive. Biarlah banyaknya incentive berdasarkan kecemerlangan mereka. Ini boleh di ukur dengan hasil penyelidikan mereka yang di keluarkan dalam jurnal antarabangsa ataupun local. Kadar insentif bergantung pada jurnal peringkat mana hasil kajian dapat di keluarkan. Kecemerlangan boleh juga di lihat hasil dari kajian pelajar pelajar mereka yang Berjaya di keluarkan dalam jurnal tempatan. Ini mungkin juga boleh di pakai pada paramedic yang terpaksa melakukan kajian bersama saperti yang di dakwa. Kalau berdasarkan sijil PHD, saya rasa inya tak menggambarkan jasa dan sumbangan mereka pada Negara. Saya yang ada PHD di sector awam pun pohon incentive yang sama jika cara pemberian hanya berdasarkan pada kemampuan memiliki PHD itu..... wasssalam

Zainal Arief berkata...

Mohon dilihat juga skim-skim lain seperti Q, J, M serta skim-skim lain dalam perkhidmatan awam yang juga mempunyai pemegang-pemegang Ijazah PhD. Perlaksanaan permberian insentif mestilah adil dan saksama kepada semua pemegang PhD dengan menyediakan satu kriteria yang melayakan mereka menerima insentif ini. Hanya mereka yang melepasi kriteria-kriteria layak menerima insentif seperti yang telah dicadangkan. Satu indeks pengukuran prestasi pemegang PhD perlu disediakan. Mereka yang melepasi indeks purata layak diberikan imbuhan ini. Indeks ini boleh merangkumi Projek R,N,D,C,A seperti E-Science/NRGS/FRGS/@ mana-mana geran dalam dan luar negara, Perundingan, MoU/Perjanjian, juga aspek penting iaitu penulisan, Buku (penulis & penyunting), Artikel dalam jurnal berwasit, Bab dalam Buku,prosiding, laporan institusi, standard, tesis, dan lain-lain kriteria yang boleh difikirkan bersama.

Taming Sari 73 berkata...

Mimpi mimpi siang hari