SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

20 September 2014

JAWATAN TETAP: BERI PELUANG KAKITANGAN KONTRAK

Sinar
19/9/2014



KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyegerakan pelaksanaan skim perjawatan tetap bagi kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), yang membabitkan sejumlah 17,300 orang di seluruh negara.

Presiden Cuepacs Azih Muda berkata kakitangan terbabit perlu diberi peluang mengisi jawatan tetap seperti rakan lain yang berstatus tetap.

"Ini kerana skop tugasan mereka telah berubah bahkan lebih meluas berbanding kakitangan berstatus tetap. Justeru, kita minta kerajaan menyegerakan proses ini," katanya kepada Bernama selepas penutupan Mesyuarat Agung Dwitahunan Kesatuan Kakitangan KEMAS di sini hari ini.

Ketika ini, KEMAS mempunyai sejumlah 18,200 kakitangan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 900 berstatus tetap.

Azih berkata Cuepacs juga menuntut agar gred jawatan di semua peringkat pengurusan tertinggi KEMAS dan pentadbirannya diselaras semula, iaitu dari gred S17 hingga S22 ketika ini, ke gred S22 hingga S38.

"Ini meliputi jawatan seperti ketua penyelia kanan, penyelia pelbagai jurusan dan pemaju masyarakat," katanya sambil menambah kali terakhir perkara itu dilakukan ialah lebih 10 tahun lepas. - Bernama

6 ulasan:

Mujahidah Al-Islah berkata...

Aku rasa isu ni dh bnyk kali dimohon pertimbngan setiap x bajet dr zaman pak lah lg..tiada kesudahan.

profesional awam berkata...

mcm biasa bajet digunakan untuk tingkatkn gred dan jawatan PTD. X caya tgk la sendiri bersepah PTD ... Bengong JPA...

nor ruffaieziliana Ibrahim berkata...

Assalamualaikum,
Mohon CUEPACS beri perhatian kepada Pegawai kontrak Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) yang telah berkhidmat sejak 2009 sehingga kini. Harap tiada unsur terlepas pandang. Mohon perhatian yang sewajarnya daripada CUEPACS untuk membela nasib kami. terima kasih

k mil berkata...

bukan kakitangan KEMAS jer tapi kakitangan jabatan lain pun ader yg kontrak. cthnye adik saya yg kerja di Rumah Kebajikan Masyarakat Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar telah bekerja selama 9 tahun sebagai pembantu kanak-kanak / attendand tetapi masih belum di tawarkan jawatan tetap. kerajaan xrasa rugi ker..yg kerja dah lama kontrak masih xdiserap ke tetap...kalau ambil pekerja baru (freshie) yg tetap kena latih mcm-mcm lagi...sedangkan pekerja kontrak ni yg dah keje lama ada pengalamn dalam tugas...
CUEPACS pikir-pikirkanlah bersama

S17 berkata...

Setakat keja 9 tahun biasa le dik. kami kakitangan KEMAS nie telah berkhidmat hampir 30 tahun dah dan ada yang dah pencen pun. Walaupun kami telah berkhidmat hampir 30 tahun, kami tetap bertatus kontrak lg. Dimana kebajikan kakitangan KEMAS akan akan terbela. Takan nak tunggu 40 tahun kot. Rasanya semua yang lama dah pencen la.

selamat muhammad berkata...

xkan kontrak jer..jawatan sambilan n pekerja khidmat singkat????