SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

12 September 2014

POTONGAN GAJI: ANGKASA AMBIL SIKAP TERBUKA

Utusan Malaysia
11/9/2014



KUALA LUMPUR 11 Sept. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yakin pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan proses pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam bagi pinjaman Bank Rakyat dan Bank Pengurusan akan membuat keputusan yang adil dan saksama.Presidennya, Datuk Abdul Fatah Abdullah (gambar) berkata, Angka­sa difahamkan pihak yang terlibat akan menyelesaikan isu berkenaan melalui proses perbincangan untuk mencapai satu keputusan yang konkrit.
"Kita yakin isu berkenaan akan di- selesaikan segera supaya tiada pihak yang ternanti-nanti. Angkasa memberi sokongan kepada pihak yang dipertanggungjawabkan, Angkasa mengambil langkah meletakkan keperca­yaan kepada pihak berkaitan."Saya difahamkan, pihak berkaitan isu itu akan mengadakan satu perbincangan. Perkara ini masih awal untuk dibuat kesimpulan. Kami pihak Angkasa sentiasa bersikap terbuka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Merdeka Angkasa 2014 di sini hari ini.Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Zaidon Asmuni.
Beliau mengulas mengenai gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini supaya Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis) tidak mengambil alih pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam bagi Bank Rakyat dan Bank Pengurusan daripada Angkasa.  Abdul Fatah dalam ucapannya memberitahu, Angkasa akan menyelitkan slot khas patriotisme dalam setiap seminar yang dikendalikan untuk koperasi bagi menyemai rasa cinta kepada negara selain menguatkan semangat kenegaraan dalam kalangan ahlinya.Beliau berkata, usaha itu untuk membantu kerajaan menyelesaikan isu-isu membabitkan segelintir rakyat yang semakin tidak menghormati perlembagaan dan institusi diraja.
"Kami menerapkan konsep patriotisme kerana koperasi disertai oleh pelbagai pihak, kami mengharapkan menerusi langkah ini Angkasa dapat memberi pendidikan semula kepada rakyat Malaysia yang mungkin terlupa dengan Rukun Negara dan Perlembagaan."Dalam masa sama, jika perkara ini turut diamalkan oleh semua pihak termasuk syarikat milik kerajaan (GLC), diyakini perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dipulihkan dan kestabilan negara dan ekonomi mencapai matlamat," katanya.Beliau dan Zaidon pada majlis tersebut turut menyaksikan acara pelepasan perarakan kenderaan patriotik yang disertai oleh ahli-ahli Angkasa.

Tiada ulasan: