SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 September 2014

BERI PELUANG KAKITANGAN KONTRAK ISU JAWATAN TETAP - CUEPACS

Bernama
19/9/2014


KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyegerakan pelaksanaan skim perjawatan tetap bagi kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), yang membabitkan sejumlah 17,300 orang di seluruh negara.
Presiden Cuepacs Azih Muda berkata kakitangan terbabit perlu diberi peluang mengisi jawatan tetap seperti rakan lain yang berstatus tetap.

"Ini kerana skop tugasan mereka telah berubah bahkan lebih meluas berbanding kakitangan berstatus tetap. Justeru, kita minta kerajaan menyegerakan proses ini," katanya kepada Bernama selepas penutupan Mesyuarat Agung Dwitahunan Kesatuan Kakitangan KEMAS di sini Jumaat.

Ketika ini, KEMAS mempunyai sejumlah 18,200 kakitangan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 900 berstatus tetap.

Azih berkata Cuepacs juga menuntut agar gred jawatan di semua peringkat pengurusan tertinggi KEMAS dan pentadbirannya diselaras semula, iaitu dari gred S17 hingga S22 ketika ini, ke gred S22 hingga S38.

"Ini meliputi jawatan seperti ketua penyelia kanan, penyelia pelbagai jurusan dan pemaju masyarakat," katanya sambil menambah kali terakhir perkara itu dilakukan ialah lebih 10 tahun lepas.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: