SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 September 2014

CUEPACS MINTA RAKYAT BERTENANG

Utusan Malaysia
1/9/2014

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Rakyat diminta tidak membuat sebarang tindakan yang boleh menjejaskan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS).Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda berkata, ulasan atau komen negatif terhadap pihak polis hanya akan memberi tekanan kepada proses siasatan tersebut.

"Ada beberapa pengguna laman sosial mengkritik tindakan polis menahan anggota PPS dan ini tidak wajar kerana boleh mengganggu tugas polis. PDRM hanya menjalankan tugas mereka sahaja."Penahanan anggota PPS dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan surat rasmi bahawa pertubuhan itu tidak berdaftar dengan mereka. Ini melibatkan soal keselamatan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh.Jelas Azih, pihaknya mempertahankan tindakan PDRM itu yang dilihat hanya bermotif menjaga keamanan negara.Katanya, rakyat perlu membuat pertimbangan tepat terhadap isu itu bagi mengelakkan kekecohan yang boleh menjejaskan keamanan negara selain memberi kerjasama dalam menangani isu tersebut.

Tiada ulasan: