SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Jun 2010

KEKUATAN PERIBADI ANTARA ELEMEN YANG PERLU DIMILIKI PENJAWAT

Bernama
10/6/2010





KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Kekuatan peribadi, moral dan nilai kendiri adalah senjata paling berkesan dalam memastikan penjawat awam melakukan yang terbaik dan mengelak daripada melakukan perkara mungkar, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Beliau berkata oleh kerana elemen ini mempengaruhi prestasi individu dalam organisasi, adalah perlu bagi penjawat awam mengukuhkan budaya kerja cemerlang ini dan sentiasa berfikiran positif.Katanya tingkah laku peribadi dan etika penjawat awam sebenarnya dikawal oleh pelbagai peraturan serta pekeliling perkhidmatan yang dirangka bagi memastikan tahap etika yang tertinggi."Dalam hal ini, penjawat awam perlu mematuhi tatakelakuan seperti yang digariskan dalam pelbagai Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)," katanya pada pada majlis penganugerahan Felo Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) dan penyampaian diploma Intan di sini Selasa.Mohd Sidek berkata seseorang yang mempunyai akhlak dan peribadi yang tinggi akan sentiasa melakukan tindakan yang betul dan konsisten dalam pelaksanaan tugasnya.Selain itu, beliau berkata penjawat awam perlu memberi penekanan kepada pembentukan peribadi atau 'character building' bagi membina dan memupuk kecemerlangan dalam perkhidmatan.Beliau berkata bagi seorang penjawat awam yang berhemah tinggi, matlamatnya bukan untuk mencari peluang kenaikan pangkat atau mendapat sijil khidmat cemerlang tetapi matlamatnya adalah kepuasan menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.Mohd Sidek turut mengingatkan penjawat-penjawat awam yang masih muda dan panjang tempoh perkhidmatannya, agar memiliki 'mindset' untuk membawa nilai yang terbaik kepada organisasi.Beliau seterusnya meminta penjawat awam agar peka terhadap dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan memandangkan penjawat awam adalah golongan pelaksana."Keberkesanan perkhidmatan awam dalam melaksanakan tanggungjawab ini menyumbang terhadap pencapaian negara, baik dari segi kemajuan ekonomi, keamanan, keselamatan negara, mencapai status negara ke-10 paling kompetitif di dunia," katanya.Pada majlis itu, bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Mahmud Taib dianugerahkan Felo Intan 2009.Mahmud yang dilantik sebagai ketua pengarah perkhidmatan awam antara 16 April 1990 hingga 13 Disember 1995 bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) yang melibatkan perubahan kepada struktur perkhidmatan awam, yang merangkumi skim perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, syarat perkhidmatan dan faedah persaraan.Beliau juga bertanggugjawab memperkenalkan Sistem Baru Penilaian Prestasi (SBPP), iaitu kaedah utama pengurusan sumber manusia yang memantapkan usaha untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam.-- BERNAMA

CUEPACS SYOR NAIKKAN PANGKAT, GAJI JIKA LAPOR RASUAH

Utusan Malaysia
4/6/2010




PETALING JAYA 3 Jun - Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya penjawat awam yang membantu melaporkan kes rasuah diberi kenaikan pangkat bagi menggantikan ganjaran wang tunai.
Presidennya, Omar Osman berkata, cadangan itu dilihat lebih bermakna bagi menggalakkan penjawat awam mengamalkan budaya kerja yang profesional dan positif.
Jelasnya, lagi pun amalan semasa dengan memberi ganjaran wang tunai kepada penjawat awam yang membantu memerangi amalan rasuah dilihat sudah tidak sesuai.
"Bagi jangka masa panjang, ganjaran menaikkan pangkat dan gaji ini adalah lebih sesuai untuk menanam semangat yang betul di kalangan penjawat awam bagi mencegah mereka daripada terlibat dengan rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengikuti lawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan ke Jabatan Kimia di sini hari ini.
Sementara itu, Omar berkata, jumlah penjawat awam yang terbabit dalam kes rasuah semakin berkurangan berbanding tiga tahun lalu.
Menurutnya, pada tahun 2007 misalnya, seramai 591 orang ditahan kerana kesalahan rasuah dengan 51 peratus daripada jumlah itu adalah penjawat awam.
"Namun ia semakin berkurang pada tahun lalu iaitu daripada 500 orang ditahan kerana kesalahan rasuah, hanya 39 peratus penjawat awam," katanya.
Tambahnya, kempen mencegah rasuah yang dianjurkan CUEPACS telah memberi kesan yang baik untuk meningkatkan kesedaran penjawat awam supaya tidak menerima rasuah.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjayakan usaha berkenaan.

CUEPACS MINTA SEMAKAN GAJI PENJAWAT AWAM BIDANG BERISIKO

Berita Harian
2010/06/07



KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyemak semula gaji kira-kira 70,000 penjawat awam yang bertugas dalam bidang kerja berisiko tinggi. Presidennya, Omar Osman, berkata penjawat awam daripada gred 17 hingga 38 di lima jabatan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen dan anggota penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, masih lagi menerima gaji rendah berbanding penjawat awam pada gred yang sama di jabatan lain.
"CUEPACS minta kerajaan menyemak semula gaji penjawat awam khasnya yang beruniform (dalam kerja berisiko) agar diberi insentif kenaikan gaji kerana mereka terlibat dalam tugas berisiko tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Persatuan Pekerja Bomba di sini hari ini.
Sebagai contoh, katanya, penjawat awam di Jabatan Bomba dalam itu hanya menerima gaji RM800 hingga RM1,500 dan sepatutnya mendapat gaji lebih tinggi mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing dalam jabatan dan agensi yang berkaitan seperti di sektor swasta. Katanya, langkah untuk menaikkan gaji penjawat awam di jabatan yang berisiko ini juga sebagai usaha untuk mengurangkan pembabitan mereka dalam kerja-kerja sambilan selepas waktu bertugas. Difahamkan hampir kebanyakan penjawat awam dalam gred rendah di lima jabatan terbabit, terpaksa membuat kerja sambilan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi khasnya bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar utama. "Ada yang jadi pemandu teksi dan ramai lagi yang berniaga selepas waktu bertugas, sebab itu kita mahu mereka ini menerima gaji yang lebih baik sekurang-kurangnya RM4,000 (untuk tempoh jangka panjang) agar dapat memberi lebih banyak tumpuan kepada tugas seharian," katanya. Sementara itu, pada mesyuarat CUEPACS di sini semalam, beliau berkata anggota kongres itu bersetuju menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, agar mempertimbangkan semula cadangan menghapuskan beberapa subsidi yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini. Katanya, antara beberapa kandungan dalam memorandum tersebut ialah mengenai cadangan kenaikan imbuhan tetap perumahan, bayaran kola dan elaun wilayah selain kenaikan kos bantuan pengurusan jenazah untuk penjawat awam dari RM1,000 hingga RM3,000. "Cuepacs juga berharap kerajaan memberi bonus sekurang-kurangnya dua bulan kepada penjawat awam kerana tahun lalu hanya menerima RM500," katanya. - BERNAMA

PERJUANGAN CUEPACS ABAI KUMPULAN PENGURUSAN, PROFESIONAL

Berita Harian
2010/06/07



SAYA menyokong penuh tulisan Amirul bertajuk Perjuangan Cuepacs patut sama rata yang disiarkan dalam ruangan ini pada 29 Mei lalu. Nampaknya, Cuepacs lebih memberi keutamaan kepada kumpulan sokongan dan mengabaikan kumpulan pengurusan dan profesional. Seperti dinyatakan Amirul, kumpulan sokongan diberi kenaikan gaji antara 25 hingga 35 peratus, sedangkan kumpulan pengurusan dan profesional hanya menerima kenaikan sekitar 10 peratus. Ia bermakna perbezaan gaji antara dua kumpulan itu sudah semakin hampir. Apalah maknanya bagi kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional yang terpaksa bersusah payah belajar hingga ke peringkat tinggi jika gaji mereka semakin menguncup.
Saya amat bersetuju dengan kenyataan Amirul bahawa ramai kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat sarjana. Malang sekali dalam perkhidmatan kerajaan, walaupun memiliki ijazah sarjana tetapi tidak diambil kira langsung untuk kenaikan pangkat. Apatah lagi kalau ketua atau bos sendiri tidak memiliki kelulusan sedemikian. Mereka tidak berasa susah payah dan jerih pedih seseorang yang menimba ilmu. Perasaan untuk memberi penghargaan tidak wujud sama sekali. Kakitangan yang mempunyai kelulusan lebih rendah diberi kenaikan pangkat dengan mudah tanpa memiliki kelayakan akademik sewajarnya. Walaupun Presiden Cuepacs tergolong dalam kumpulan sokongan, sebagai presiden beliau seharusnya memperjuangkan nasib untuk semua penjawat awam tanpa mengira kumpulan diwakili. Oleh itu, saya berharap akan ada perubahan selepas ini. Janganlah kerana memperjuangkan nasib kumpulan sokongan hingga menyebabkan kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional berasa jauh hati, kecewa dan terpinggir.

PENJAWAT AWAM SETIA,
Kuala Lumpur.

07 Jun 2010

KESATUAN PEKERJA DAN PERKHIDMATAN AWAM SOKONG K'JAAN KECAM ISRAEL

Bernama
Bernama
7/6/2010



PETALING JAYA, 7 Jun (Bernama) -- Kesatuan pekerja dan perkhidmatan awam di negara ini yang merangkumi keanggotaan 1.8 juta orang menyuarakan sokongan padu terhadap tindakan kerajaan mengecam serangan Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza.Masing-masing menyambut baik usul yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini yang mengutuk serangan itu serta mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar merujuk Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasegaran berkata Amerika Syarikat (AS) harus campur tangan dan memaksa Israel membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada penduduk Gaza."MTUC sangat kecewa dengan pentadbiran (Presiden AS Barack) Obama kerana tidak dapat mengawal Israel yang terkenal sebagai negara pengganas dunia."Amerika Syarikat sibuk mengawal Korea Utara dan Iran tetapi tidak mengendahkan Israel yang merupakan negara penyangak paling teruk di dunia," katanya kepada Bernama.Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Kebangsaan, Datuk Zainal Rampak pula menyeru anggotanya agar memboikot barangan Amerika sebagai bantahan dan juga desakan kepada AS untuk mendisiplinkan Israel.Sementara Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekreja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Ahmad Shah Mohd Zin pula menggesa masyarakat dunia agar segera mengenakan sekatan terhadap Israel dan AS bagi menghalang rejim Zionis daripada terus menyeksa rakyat Palestin.Beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana Pertubuhan Persidangan Islam tidak mengambil pendirian tegas bagi menekan AS agar bertindak terhadap sekutunya itu.-- BERNAMA

04 Jun 2010

CUEPACS SASAR RASUAH PENJAWAT AWAM TURUN HINGGA 15 PERATUS TAHUN INI

Bernama
3/6/2010




PETALING JAYA, 3 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kadar pembabitan rasuah di kalangan penjawat awam tahun ini menurun kepada 15 peratus.Presiden Cuepacs Omar Osman berkata kongres seterusnya akan berusaha mencapai tahap sifar menjelang tahun 2012.Katanya sejak tahun 2007, pembabitan penjawat awam dilaporkan semakin berkurangan hasil kempen bagi membanteras gejala tersebut di kalangan penjawat awam."Pada tahun 2007, daripada 591 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 303 orang atau 51 peratus merupakan penjawat awam, pada tahun 2008 menurun kepada 47 peratus manakala pada tahun lepas menurun lagi kepada 39 peratus," katanya kepada pemberita ketika mengikuti lawatan kerja Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan ke Jabatan Kimia Malaysia di sini, pada Khamis.Omar berkata Cuepacs juga menyarankan kerajaan agar menggantikan pemberian imbuhan wang tunai bagi pemberi maklumat kes rasuah kepada pengurniaan kenaikan pangkat atau gaji."Kalau bagi wang tunai sama sahaja macam terima rasuah juga. Adalah lebih baik bagi kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, sebab wang boleh habis dalam sekelip mata, kalau naik pangkat atau gaji mereka dapat rasa sampai pencen," katanya.Beliau berkata dengan cara ini ia akan lebih menggalakkan penjawat awam untuk lebih berani tampil memberi maklumat terhadap pemberi rasuah kepada SPRM.-- BERNAMA

03 Jun 2010

PEMBETULAN KENYATAAN AKHBAR MENGENAI 41% PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH

Media Cuepacs
3/6/2010


Merujuk pada kenyataan akhbar Bernama pada 2 jun 2010 yang telah diadakan sidang media di Majlis taklimat kepada Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja JKR & Air Semenanjung Malaysia cawangan Temerloh Pahang ingin membetulkan kenyataan tersebut. Penjawat Awam bukan 41% penjawat awam terbabit dengan Rasuah. Berikut ini maklumat yang di terima oleh Tuan Hj Omar Osman Presiden Cuepacs dari SPRM
1 . Tahun 2007 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 591 orang. Penjawat awam yang terlibat 303 (51%)
2. Tahun 2008 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 605 orang. Penjawat awam yang terlibat 265 (47%)
3. Tahun 2009 tangkapan SPRM keseluruhan berjumlah 500 orang. Penjawat awam yang terlibat 194 (39%)
Mengikut maklumat yang diterima dari SPRM menunjukan penurunan penjawat awam yang terlibat dengan rasuah. Ini menunjukan kesedaran dari kempen- kempen yang telah dijalankan. Menampakan peratus intgriti penjawat awam bertambah baik.

41 PERATUS PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH

Bernama
2/6/2010




TEMERLOH - Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, jumlah itu adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.Bagi menangani masalah itu, katanya, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret ke muka pengadilan."Kita mahu memerangi rasuah dalam kalangan penjawat awam dan membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam."Cuepacs tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan melindungi mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Agung ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh di sini, hari ini.- Bernama

41% OF CIVIL SERVANTS INVOLVED IN CORRUPTION

The Star
2/6/2010




TEMERLOH: Cuepacs is alleging that 418,200 or 41% of the 1.2 million civil servants were suspected to be involved in corruption last year.
Its president Omar Osman said this was worrying and needed to be tackled urgently.
“To combat the scourge, Cuepacs will work closely with the Malaysian Anti-Corruption Commission,” Omar told reporters after opening the triennial general meeting of one of the affiliates of the umbrella union here yesterday.
Omar said besides corruption, Cuepacs would also not protect civil servants with disciplinary problems. For example, playing truant or forging medical certificates.
“There have been cases where a one-day medical leave was doctored to read as 11 days,” said Omar.

01 Jun 2010

KAKITANGAN AWAM PERLU UBAH SIKAP NEGATIF DEMI MANFAAT RAKYAT

Berita Harian
2010/05/31




SEJAK kebelakangan ini pelbagai isu membabitkan kakitangan awam banyak dibicarakan. Bermula dari kakitangan sokongan hinggalah di kalangan pengurusan dan profesional. Terbaru, isu penipuan sijil sakit kakitangan awam. Pelbagai pihak memberikan pandangan mereka dan memberikan pelbagai cadangan untuk mengatasi masalah ini.
Namun, bagi saya secara jujurnya hanya sikap kakitangan awam itu yang mampu mengubah situasi ini. Selagi ada sikap berasa selesa dengan kedudukan dan jaminan dalam perjawatan dipegang selagi itulah penipuan akan terus berlaku.
Sebelum isu penipuan sijil cuti sakit ini, kakitangan awam ada mengutarakan isu jadual gaji mereka melalui Cuepacs dan meminta kerajaan mengkaji semula pendapatan mereka. Alasan masih sama seperti tuntutan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu sebagai dorongan dan memberikan semangat kepada mereka untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. Namun, apa yang pasti mutu perkhidmatan kakitangan awam masih lagi berada di takuk lama. Sebelum ini, mereka ada juga menuntut pelbagai insentif, dan apabila kerajaan memenuhi tuntutan mereka adakah ia berbaloi? Adakah mutu perkhidmatan kita dalam perkhidmatan awam meningkat? Saya tidak bermaksud untuk menyatakan tuntutan yang dibuat itu salah dan menuding kepada keseluruhan kakitangan awam, tetapi biarlah dengan apa yang kerajaan berikan berbaloi dan berkesan. Rakyat di negara ini juga sedia maklum bahawa mutu perkhidmatan kakitangan awam sememangnya masih tidak memuaskan kerana kita juga pernah berurusan dengan mereka. Dalam sebuah lagu Inggeris ada menyebut What you give, you get back. Sepatutnya kita semua perlu faham bahawa setiap yang kita berikan, kita akan mendapat kembali walau dalam apa bentuk sekalipun. Namun, kita dalam perkhidmatan awam sekarang sudah terbalik, kita ingin mendapatkan dulu baru kita memberi. Walhal apa yang kita berikan itu tidak setimpal dengan apa yang kita dapat. Tanya dan lihatlah sendiri di tempat bertugas kita berapa ramai antara kita apabila masuk waktu bekerja kita sudah berada di tempat duduk dan memegang pen untuk memulakan tugasan? Akhir sekali, saya berharap kita semua boleh bermuhasabah diri. Jika kita berasa kita teruk dengan tugasan kita, berbanding gaji dibayar ingatlah ada orang lebih teruk daripada kita di luar sana. Jujurlah dalam kehidupan dan pekerjaan kerana melalui kejujuran keberkatan rezeki akan datang dan membolehkan kita merasa cukup dengan apa yang kita terima. JAI, Bandar Jengka, Pahang.

31 Mei 2010

KAKITANGAN AWAM PERLU UBAH SIKAP NEGATIF DEMI MANFAAT RAKYAT

Bernama
2010/05/31




SEJAK kebelakangan ini pelbagai isu membabitkan kakitangan awam banyak dibicarakan. Bermula dari kakitangan sokongan hinggalah di kalangan pengurusan dan profesional. Terbaru, isu penipuan sijil sakit kakitangan awam. Pelbagai pihak memberikan pandangan mereka dan memberikan pelbagai cadangan untuk mengatasi masalah ini.
Namun, bagi saya secara jujurnya hanya sikap kakitangan awam itu yang mampu mengubah situasi ini. Selagi ada sikap berasa selesa dengan kedudukan dan jaminan dalam perjawatan dipegang selagi itulah penipuan akan terus berlaku.
Sebelum isu penipuan sijil cuti sakit ini, kakitangan awam ada mengutarakan isu jadual gaji mereka melalui Cuepacs dan meminta kerajaan mengkaji semula pendapatan mereka. Alasan masih sama seperti tuntutan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu sebagai dorongan dan memberikan semangat kepada mereka untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. Namun, apa yang pasti mutu perkhidmatan kakitangan awam masih lagi berada di takuk lama. Sebelum ini, mereka ada juga menuntut pelbagai insentif, dan apabila kerajaan memenuhi tuntutan mereka adakah ia berbaloi? Adakah mutu perkhidmatan kita dalam perkhidmatan awam meningkat? Saya tidak bermaksud untuk menyatakan tuntutan yang dibuat itu salah dan menuding kepada keseluruhan kakitangan awam, tetapi biarlah dengan apa yang kerajaan berikan berbaloi dan berkesan. Rakyat di negara ini juga sedia maklum bahawa mutu perkhidmatan kakitangan awam sememangnya masih tidak memuaskan kerana kita juga pernah berurusan dengan mereka. Dalam sebuah lagu Inggeris ada menyebut What you give, you get back. Sepatutnya kita semua perlu faham bahawa setiap yang kita berikan, kita akan mendapat kembali walau dalam apa bentuk sekalipun. Namun, kita dalam perkhidmatan awam sekarang sudah terbalik, kita ingin mendapatkan dulu baru kita memberi. Walhal apa yang kita berikan itu tidak setimpal dengan apa yang kita dapat. Tanya dan lihatlah sendiri di tempat bertugas kita berapa ramai antara kita apabila masuk waktu bekerja kita sudah berada di tempat duduk dan memegang pen untuk memulakan tugasan? Akhir sekali, saya berharap kita semua boleh bermuhasabah diri. Jika kita berasa kita teruk dengan tugasan kita, berbanding gaji dibayar ingatlah ada orang lebih teruk daripada kita di luar sana. Jujurlah dalam kehidupan dan pekerjaan kerana melalui kejujuran keberkatan rezeki akan datang dan membolehkan kita merasa cukup dengan apa yang kita terima.


JAI,
Bandar Jengka,
Pahang.

29 Mei 2010

PEMBEKUAN AMAH INDONESIA DITARIK BALIK LIMA MINGGU LAGI

Berita Harian
28/5/2010



PUTRAJAYA 27 Mei - Malaysia dan Indonesia akan memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung isu pembantu rumah dalam masa lima minggu lagi.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pindaan MoU sedia ada dijangka mengubah pendirian republik itu berhubung pembekuan penghantaran pembantu rumah warganya ke negara ini.
Katanya, MoU tersebut akan memberi tumpuan kepada isu pemberian cuti sehari seminggu, kebenaran memegang pasport sendiri serta bayaran gaji yang dipersetujui melalui rundingan antara majikan dengan pekerja yang akan dimasukkan dalam kontrak.
''Pindaan kepada MoU sedia ada ini merangkumi beberapa perubahan baru dan kita jangkakan akan ditandatangani dalam masa lima atau enam minggu lagi.
''Kita berharap selepas perjanjian ini ditandatangani, pembekuan terhadap kemasukan pembantu rumah akan dibatalkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di sini hari ini.
Pada 25 Jun tahun lalu, Jakarta mengeluarkan arahan pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berikutan banyak aduan mengenai pembantu rumah didera oleh majikan.
Bagaimanapun, Kuala Lumpur menjangkakan penggantungan sementara penghantaran pembantu rumah Indonesia ke negara ini akan ditarik balik berikutan hasil rundingan tahunan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada 18 Mei lalu.
Menerusi rundingan itu, kedua-dua negara mencapai persetujuan dalam pemberian cuti sehari seminggu serta kebenaran pembantu rumah memegang pasport mereka sendiri.
Dalam pada itu, Subramaniam berkata, kerajaan juga sedang mewujudkan beberapa dasar baru mengenai pekerja asing di negara ini menerusi beberapa cadangan yang dibuat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin.
''Jawatankuasa menerima hakikat bahawa negara masih memerlukan pekerja asing tetapi kita perlu mencari cara dan langkah untuk mengehadkan kepada satu jumlah yang munasabah dan menguruskan mereka secara lebih baik," katanya.
Mengenai mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, Subramaniam berkata, ahli jawatankuasa mesyuarat yang terdiri daripada wakil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersetuju meminda beberapa akta termasuk Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja supaya selari dengan kehendak semasa.
''Pindaan ini bertujuan memastikan negara setanding negara lain dalam mewujudkan peluang baru kepada rakyat di samping mewujudkan kerjaya berprestasi dan berpendapatan tinggi," katanya.
Mengenai isu keciciran pelajar cemerlang ke matrikulasi dan ketiadaan peluang mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Subramaniam berkata, kementerian akan berbincang dengan kementerian dan jabatan berkenaan untuk menyelesaikan isu terbabit.

SYOR KAKITANGAN AWAM LAHIR ANAK KEENAM DIBERI GAJI PENUH

Berita Harian
2010/05/29





SAYA ingin menyuarakan pandangan berhubung kebanyakan kakitangan awam mempunyai anak ramai. Apa yang ingin diperkatakan ialah mengenai cuti tanpa gaji yang terpaksa diambil kakitangan awam untuk bersalin kali keenam dan seterusnya. Dengan kos sara hidup terus meningkat, bilangan anak ramai serta tidak dibayar gaji untuk tempoh dua bulan amat memeritkan walaupun bukan itu yang diminta kerana anak anugerah Allah.
Saya rasa sudah sampai masanya kerajaan mengambil berat serta meminda pekeliling agar dapat meringankan kakitangan yang mempunyai anak ramai supaya cuti bersalin bergaji penuh diberikan kepada mereka yang melahirkan anak keenam dan seterusnya.
Saya mencadangkan tidak perlu kaji cuti bersalin sehingga 90 hari, cukuplah dengan 60 hari yang dilaksanakan ketika ini. Apa guna diberi cuti bersalin sehingga 90 hari tapi tidak bergaji? Apa yang perlu diberi perhatian ialah nasib kakitangan awam tidak dibayar gaji bila melahirkan anak keenam dan seterusnya. Saya berharap kerajaan mengkaji semula perkara ini dan renungilah masalah kakitangan berpendapatan rendah dan mempunyai anak ramai. Perbelanjaan mengurus kian meningkat dan kami juga memerlukan pembelaan.

TAK SEMPAT BERSALIN,
Ipoh, Perak.

PERJUANGAN CUEPACS PATUT SAMA RATA

Berita Harian
2010/05/29



SAYA tertarik dengan luahan Wong Khoo Lai dari Kulai, Johor terhadap perjuangan Cuepacs berkaitan penjawat awam dalam kategori pengurusan dan profesional dalam ruangan ini. Pada pendapat saya, dalam keghairahan Cuepacs memperjuangkan nasib kumpulan sokongan satu dan dua, jangan dilupakan nasib kakitangan pengurusan dan profesional terutama gred 41 kerana kumpulan ini berada di tengah-tengah.
Dalam kenaikan gaji sebelum ini, kumpulan sokongan mendapat kenaikan antara 25 hingga 35 peratus, tetapi bagi gred 41 cuma 10 peratus.
Cuba bayangkan di saat penjawat awam kumpulan sokongan bergembira dengan kenaikan, kumpulan ini cuma berpuas hati dengan kenaikan RM160, sedangkan gred 36 dan 38 dapat kenaikan lebih. Bagi kami yang baru berkhidmat atau dinaikkan pangkat hanya bersyukur dengan apa yang kami dapat saja. Untuk makluman Cuepacs, kami di gred 41 tidak layak menuntut elaun lebih masa walaupun kami terpaksa bekerja lewat malam atau kelepasan am, berbanding kumpulan sokongan satu dan dua yang layak tuntut elaun lebih masa. Ada antara kami yang menyambung pelajaran bagi menambah kemahiran dan pengetahuan pada peringkat sarjana, namun apabila kami sudah menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah sarjana, gaji kami masih pada takuk lama. Sepatutnya, ada sedikit anjakan gaji sebagai ganjaran terhadap pengorbanan dilakukan. Kami korbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi menambah ilmu untuk meningkatkan lagi mutu kerja. Cuepacs juga harus memperjuangkan kenaikan pangkat kumpulan pengurusan dan profesional ini sama rata tidak kira apa skim seperti pegawai tadbir dan diplomatik, doktor, cikgu yang kenaikan pangkat mereka sudah ditetapkan.


AMIRUL,
Bangsar,
Kuala Lumpur

BENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar dan Adli Shahar
2010/05/29


Kerajaan perlu tingkat penguatkuasaan elak peniaga ambil kesempatan


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak yang mewakili golongan masyarakat di negara ini termasuk kesatuan sekerja dan persatuan pengguna meminta kerajaan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi membendung kenaikan harga apabila subsidi dikurangkan secara berperingkat mulai tahun ini. Mereka berpendapat, langkah sedemikian untuk memastikan golongan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan melampaui batas atau bertindak menyorokkan bahan makanan seperti gula, tepung dan minyak masak.
Pemimpin persatuan pengguna yakin langkah pengurangan subsidi itu bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan menyeru rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan dalam perkara ini.
Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata pihaknya amat berharap kerajaan akan meneliti pelbagai perkara selain mendapatkan pandangan banyak pihak sebelum mengurangkan subsidi secara berperingkat. “Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memantapkan lagi aktiviti penguatkuasaan kerana kami risau sekiranya subsidi dikurangkan, ada peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga gula, tepung dan minyak masak. “Bilangan anggota penguat kuasa perlu ditambah di seluruh negara kerana peniaga bukannya kelompok kecil. Kementerian perlu memberi tumpuan serius kepada perkara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata rakyat perlu melihat secara positif pemansuhan subsidi itu kerana ia bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi negara pada masa akan datang. Mohd Yusof berkata, pihaknya amat berharap keuntungan yang diperoleh kerajaan menerusi pengurangan subsidi itu dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kualiti pengangkutan awam. “Kami faham rakyat akan berasa beban dari segi kewangan sekiranya kerajaan memansuhkan subsidi itu tetapi orang ramai perlu melihat perkara ini sebagai satu langkah positif bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan negara selain mengelak negara muflis,” katanya. “Pengurangan subsidi ini juga banyak memberi kelebihan kepada rakyat dari segi kesihatan dan juga penjimatan tenaga elektrik. Contohnya, kita boleh mengurangkan pengambil gula secara berlebihan,” katanya. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata pihaknya menyokong penuh langkah kerajaan itu kerana berpendapat melalui pemansuhan subsidi, rakyat akan mula memberi tumpuan kepada kaedah berjimat-cermat tanpa membazirkan wang mereka. “Hasil penjimatan daripada subsidi itu, kerajaan boleh gunakan untuk membangunkan industri tenaga yang menggunakan sumber alternatif seperti tenaga hidro, solar dan angin kerana ia mampu menjimatkan elektrik,” katanya. Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr Jacob George, berkata peruntukan subsidi pada masa sekarang bukan saja disalurkan kepada
golongan sasaran yang berpendapatan rendah malam turut dinikmati semua lapisan masyarakat

TAK PERLU SIJIL CUTI SAKIT JIKA DOKTOR CUKUP - MTUC

Berita Harian
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2010/05/28





Cadangan wajar dilaksana sekiranya kebajikan pekerja terbela KUALA LUMPUR: Cadangan pekerja tidak perlu mengemukakan cuti sakit (MC), sebaliknya memaklumkan kepada majikan hanya akan dapat dilaksanakan jika negara mempunyai doktor mencukupi serta kebajikan dan pendapatan pekerja terbela.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamad, berkata sekiranya gaji pekerja di negara ini berada pada tahap maksimum maka cadangan berkenaan wajar dilaksanakan.
“Kita perlu melihat dari aspek doktor, apakah doktor yang ada hari ini mencukupi, seorang doktor nisbahnya untuk berapa ramai rakyat. Tahap perubatan di negara kita juga perlu berada pada tahap terbaik dan ini tidak bermakna hari ini kita tidak berada pada tahap yang baik. “Kalau kita masih berdepan dengan masalah penjagaan kesihatan, bagaimana kita mahu melaksanakannya. Kebajikan dan gaji pekerja juga mesti pada tahap sepatutnya barulah mereka boleh hidup tanpa tekanan dan kesihatan juga terjamin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sebelum ini, Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan kaedah di negara maju yang pekerja mereka tidak perlu mengemukakan MC sebaliknya memadai dengan hanya memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit. Presiden Kesatuan Sekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad, Abdul Razak Md Hassan, berkata cadangan itu boleh dilakukan jika sikap pekerja negara ini sama seperti negara maju. Abdul Razak berkata, negara boleh mengikut jejak langkah negara maju yang melaksanakan sistem berkenaan, namun perlu ada persediaan dan perubahan sikap terlebih dulu sebelum melaksanakannya. “Satu kajian yang menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengadakan perbandingan antara kebaikan dan keburukan pelaksanaan sistem berkenaan, serta perbandingan sikap pekerja negara ini dan negara maju. “Juga satu definisi tepat mengenainya perlu ada, kita bimbang pelaksanaan cadangan itu terutama membabitkan bidang perkhidmatan akan menjejaskan produktiviti dan pendapatan syarikat. Bagaimanapun, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata cadangan terbabit boleh dilaksanakan sekiranya negara mempunyai mekanisme khusus bagi menyelaraskan sistem berkenaan. “Negara maju mereka sudah ada sistemnya yang tersendiri termasuk teknologi, bagi melaksanakannya kita perlu ada sistem hubungan antara majikan dengan pekerja dan hospital dengan majikan terlebih dulu,” katanya.

27 Mei 2010

PEMBEKUAN AMAH INDONESIA DITARIK BALIK LIMA MINGGU LAGI?

Utusan Malaysia
27/5/2010



PUTRAJAYA 27 Mei - Malaysia dan Indonesia akan memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung isu pembantu rumah dalam masa lima minggu lagi.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pindaan MoU sedia ada dijangka mengubah pendirian republik itu berhubung pembekuan penghantaran pembantu rumah warganya ke negara ini.
Katanya, MoU tersebut akan memberi tumpuan kepada isu pemberian cuti sehari seminggu, kebenaran memegang pasport sendiri serta bayaran gaji yang dipersetujui melalui rundingan antara majikan dengan pekerja yang akan dimasukkan dalam kontrak.
''Pindaan kepada MoU sedia ada ini merangkumi beberapa perubahan baru dan kita jangkakan akan ditandatangani dalam masa lima atau enam minggu lagi.
''Kita berharap selepas perjanjian ini ditandatangani, pembekuan terhadap kemasukan pembantu rumah akan dibatalkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di sini hari ini.
Pada 25 Jun tahun lalu, Jakarta mengeluarkan arahan pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berikutan banyak aduan mengenai pembantu rumah didera oleh majikan.
Bagaimanapun, Kuala Lumpur menjangkakan penggantungan sementara penghantaran pembantu rumah Indonesia ke negara ini akan ditarik balik berikutan hasil rundingan tahunan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada 18 Mei lalu.
Menerusi rundingan itu, kedua-dua negara mencapai persetujuan dalam pemberian cuti sehari seminggu serta kebenaran pembantu rumah memegang pasport mereka sendiri.
Dalam pada itu, Subramaniam berkata, kerajaan juga sedang mewujudkan beberapa dasar baru mengenai pekerja asing di negara ini menerusi beberapa cadangan yang dibuat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin.
''Jawatankuasa menerima hakikat bahawa negara masih memerlukan pekerja asing tetapi kita perlu mencari cara dan langkah untuk mengehadkan kepada satu jumlah yang munasabah dan menguruskan mereka secara lebih baik," katanya.
Mengenai mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, Subramaniam berkata, ahli jawatankuasa mesyuarat yang terdiri daripada wakil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersetuju meminda beberapa akta termasuk Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja supaya selari dengan kehendak semasa.
''Pindaan ini bertujuan memastikan negara setanding negara lain dalam mewujudkan peluang baru kepada rakyat di samping mewujudkan kerjaya berprestasi dan berpendapatan tinggi," katanya.
Mengenai isu keciciran pelajar cemerlang ke matrikulasi dan ketiadaan peluang mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Subramaniam berkata, kementerian akan berbincang dengan kementerian dan jabatan berkenaan untuk menyelesaikan isu terbabit.

KAKITANGAN SOKONGAN HARGAI PERJUANGAN CUEPACS

Berita Harian
2010/05/27




MERUJUK kepada surat pembaca oleh Wong Khoo Lai melahirkan ketidakpuasan hati beliau yang ketika ini Cuepacs sedang memperjuangkan kakitangan sokongan Satu dan Dua dalam kenaikan gaji. Buat pengetahuan pengadu, Cuepacs adalah kesatuan yang mewakili kakitangan sokongan saja. Cuepacs yang banyak memperjuangkan kebajikan kepada kakitangan seperti kami.
Tanpa Cuepacs apalah nasib kami. Untuk pengetahuan saudara, walaupun Cuepacs memperjuangkan kumpulan sokongan, kerajaan juga prihatin kumpulan profesional iaitu bonus, elaun dan sebagainya kerajaan beri juga seperti apa yang kumpulan sokongan dapat.
Walaupun Cuepacs mewakili kumpulan sokongan, yang mendapat faedahnya adalah semua kategori. Kerajaan kita amat prihatin kepada semua kakitangan. Saya mengharapkan pengadu dapat membaca atau membuka Laman Web Cuepacs berkaitan fungsi, peranan dan objektifnya.

AHLI CUEPACS,
Kuala Lumpur

SEMAKAN GAJI AWAM DINANTI

Berita Harian
2010/05/27



AKHBAR ini pada 20 Mei lalu, melaporkan kira-kira 600,000 kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua akan menerima durian runtuh apabila kerajaan bersedia menyemak tangga gaji membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun berdasarkan Model Ekonomi Baru (MEB). Perkara ini amat dipuji kerana nilai titik peluh dan daya usaha kakitangan kumpulan ini dapat dihargai. Harus juga diberi perhatian bahawa kakitangan kumpulan ini adalah tulang belakang kerajaan. Jika kita bandingkan gaji sekarang memang tidak memadai kerana jauh ketinggalan zaman.
Jika diikut taraf hidup sekarang, gaji kumpulan ini adalah jauh berbeza dan wujud jurang perbezaan ketara. Kita tidak menafikan bahawa kumpulan pengurusan dan profesional memang menikmati gaji setanding dengan taraf hidup sekarang, namun kami jauh ketinggalan.

Malah kumpulan ini menjadi nadi perkhidmatan awam. Ada juga pihak yang mengatakan gaji kumpulan ini adalah memadai mengikut taraf pendidikan mereka. Kita juga ingin meningkatkan taraf pendidikan masing-masing, namun gaji sekarang memang tidak memadai untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa mahupun separuh masa. Di samping itu, pendidikan tinggi sekarang memang memerlukan kos tinggi. Jika keadaan sedemikian bagaimana kita hendak memajukan diri kita dengan gaji yang sangat minimum ini. Oleh itu, keputusan kerajaan untuk mengkaji kenaikan gaji kumpulan ini secara menyeluruh dan setiap aspek harus diambil kira. Keadaan ini akan membawa satu dimensi baru dalam perkhidmatan awam. Perjuangan Cuepacs harus dipuji dan dihargai atas keprihatinan mereka.

K SARAVANA KUMAR,
Ipoh, Perak.

TIDAK SETUJU

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah,
Faiza Zainudin, Zanariah Abdul Mutalib,
Adli Shahar dan Alzahrin
Aliasbhnews@bharian.com.my
2010/05/27




Maklum balas menerusi laman web Berita Harian mendapati majoriti menolak cadangan Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia pekerja tak perlu kemuka MC jika sakit untuk atasi penggunaan sijil sakit palsu. Antara alasan:

Beri lebih ruang pekerja menipu
Pekerja masih kurang disiplin
Tak semua majikan percaya pekerja

KUALA LUMPUR: Kesatuan sekerja dan persatuan pengguna memberi reaksi berbelah bahagi terhadap cadangan supaya pekerja tidak perlu mengemukakan sijil cuti sakit (MC) sebaliknya hanya perlu memaklumkan kepada majikan apabila sakit.Mereka berpendapat cadangan itu baik kerana dapat membantu mengurangkan pengambilan cuti sakit, memberi peluang kepada pekerja untuk sembuh dari penyakit yang dihidapi serta membantu majikan mengurangkan kos perubatan.Namun, pada masa yang sama mereka bimbang, jika dilaksanakan tanpa mekanisme yang berkesan, ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada produktiviti negara. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya menyokong cadangan untuk memansuhkan sijil cuti sakit itu, namun menyifatkan usaha itu hanya akan berjaya sekiranya mentaliti dan integriti penjawat awam dapat diubah terlebih dulu.Beliau berkata, pelaksanaan cadangan itu akan mengajar penjawat awam untuk menjadi lebih bertanggungjawab.“Ini perkara yang bagus tetapi perlu diperkemaskan terlebih dahulu dari segi integriti, mentaliti, cara bekerja dan banyak lagi. Kalau perkara ini dapat diperkemaskan tidak mustahil kita suatu hari nanti hanya dengan satu panggilan dah dapat cuti sakit,” katanya ketika dihubungi, semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah supaya kerajaan melaksanakan kaedah di negara maju yang pekerja mereka tidak perlu mengemukakan MC sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.Cadangan itu berikutan pendedahan Cuepacs mengenai kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja dan membuat kerja sambilan lain.Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamad yakin jika kerajaan mempunyai mekanisme yang sesuai ia mampu dilaksanakan dengan berkesan seperti di negara maju walaupun mengambil masa yang lama.Beliau berkata, mekanisme itu perlulah mendapat persetujuan dan kepercayaan yang tinggi antara pihak majikan dan pekerja bagi memastikan sistem yang dilaksanakan itu menguntungkan kedua-dua pihak.“Ia perlukan persetujuan kerana secara kebiasaannya, majikan mahu pihak lain mengenal pasti sama ada pekerjanya benar-benar sakit atau tidak.“Buat masa ini, kita masih belum mencapai tahap untuk melaksanakan mekanisma itu kerana negara yang melaksanakannya sudah melalui pengalaman yang panjang dalam menguruskan hal-hal berkaitan,” katanya.Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuf Ismail, berkata sekiranya MC dimansuhkan, ia membantu menjimatkan kos perubatan majikan kerana tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk pekerja mereka mendapatkan MC.“Pekerja juga tidak perlu bersusah payah ke klinik, menunggu lama untuk berjumpa doktor sekadar untuk mendapat ubat sakit pening kepala dan surat MC. Masa itu lebih baik digunakan di rumah untuk berehat,” katanya.Presiden Gabungan Persatuan Pengguna (Fomca), Datuk N Marimuthu, berkata cadangan itu sekiranya dilaksanakan akan memburukkan lagi keadaan serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.“Dalam keadaan sekarang yang perlu bagi MC pun, mereka tidak segan silu ambil MC sepanjang masa, inikan pula kalau tidak perlu bagi MC,” katanya. “Belum sampai masanya kerajaan buat macam itu, nanti lagi ramai orang ponteng kerja,” katanya. Cuti tak lulus punca pekerja ambil MCKUALA LUMPUR: Kesukaran memperoleh kelulusan permohonan cuti tahunan daripada majikan adalah antara faktor utama pekerja menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu untuk ponteng kerja, kata pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah.Beliau berkata, ini berikutan pihak majikan ada kecenderungan untuk meminta `1001 alasan’ daripada pekerja yang memohon cuti tahunan dan keberatan memberikan kelulusan.“Keadaan itu berlaku walaupun ada kala pekerja terbabit sudah menunjukkan pelbagai simptom gangguan atau pun kecelaruan emosi seperti prestasi kerja merosot, suka bersendirian, murung dan selalu sakit, tetapi diambil mudah oleh pihak majikan.“Majikan sepatutnya tidak meletakkan syarat terlalu ketat untuk meluluskan cuti tahunan kepada pekerja kerana hak itu memang sudah diperuntukkan kepada mereka. Bukan itu saja, pekerja juga sering kerugian apabila cuti tahunan `lebur’ begitu saja kerana tidak sempat mengambilnya dalam tempoh ditetapkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Isnin lalu, Cuepacs mendedahkan kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan MC palsu untuk ponteng kerja.Bagaimanapun, akhbar semalam melaporkan bahawa pendedahan Cuepacs itu mencetuskan persoalan apakah perlu pekerja mengemukakan MC apabila sakit.Persoalan itu dibangkitkan Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah, kerana di negara maju seperti United Kingdom, pekerja tidak perlu mengemukakan MC, sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.Sementara itu, kerajaan menanggung kerugian sekurang-kurangnya RM48 juta setahun akibat kemerosotan produktiviti kakitangan awam yang berhadapan tekanan hidup disebabkan bebanan hutang selepas tertipu dengan pelaburan skim cepat kaya.Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata produktiviti 50,000 kakitangan yang berhadapan masalah kewangan hanya berada pada tahap 20 peratus, tidak termasuk produktiviti mereka yang ponteng kerja pada tahap produktiviti sifar.“Jika 50,000 kakitangan kerajaan mendapat purata bayaran gaji RM1,000 sebulan, maknanya kerajaan menanggung kerugian RM4 juta sebulan iaitu 80 peratus daripada RM5 juta yang dibayar kepada kumpulan itu.“Jumlah itu adalah yang paling minimum, tidak termasuk kakitangan ponteng kerja kerana berdepan masalah kewangan atau mereka yang agresif iaitu melepaskan perasaan kepada organisasi dengan merosakkan aset atau menghasut rakan lain supaya tidak bekerja,” katanya kepada Berita Harian, semalam.