SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

29 Mei 2010

SYOR KAKITANGAN AWAM LAHIR ANAK KEENAM DIBERI GAJI PENUH

Berita Harian
2010/05/29





SAYA ingin menyuarakan pandangan berhubung kebanyakan kakitangan awam mempunyai anak ramai. Apa yang ingin diperkatakan ialah mengenai cuti tanpa gaji yang terpaksa diambil kakitangan awam untuk bersalin kali keenam dan seterusnya. Dengan kos sara hidup terus meningkat, bilangan anak ramai serta tidak dibayar gaji untuk tempoh dua bulan amat memeritkan walaupun bukan itu yang diminta kerana anak anugerah Allah.
Saya rasa sudah sampai masanya kerajaan mengambil berat serta meminda pekeliling agar dapat meringankan kakitangan yang mempunyai anak ramai supaya cuti bersalin bergaji penuh diberikan kepada mereka yang melahirkan anak keenam dan seterusnya.
Saya mencadangkan tidak perlu kaji cuti bersalin sehingga 90 hari, cukuplah dengan 60 hari yang dilaksanakan ketika ini. Apa guna diberi cuti bersalin sehingga 90 hari tapi tidak bergaji? Apa yang perlu diberi perhatian ialah nasib kakitangan awam tidak dibayar gaji bila melahirkan anak keenam dan seterusnya. Saya berharap kerajaan mengkaji semula perkara ini dan renungilah masalah kakitangan berpendapatan rendah dan mempunyai anak ramai. Perbelanjaan mengurus kian meningkat dan kami juga memerlukan pembelaan.

TAK SEMPAT BERSALIN,
Ipoh, Perak.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dari 40 hari ke 60 hari dah lebih dari cukup, bab cuti ni bagi setahun cuti pun tak cukup.

Tanpa Nama berkata...

Yang Menulis ni nampaknya tidak ada anak agaknya..atau mmg tidak pernah ambil tahu keperluan wanita untuk pulih selepas bersalin.Mohon Gunakan Pertimbangan yang wajar untuk menulis.

Tanpa Nama berkata...

bagi je 90 hari apa nak kisah...

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan suri rumah yg tak bekerja diberi imbuhan melahirkan anak untuk tempoh 90 hari sampai anak kesepuluh.

Tanpa Nama berkata...

60hari sudah cukup, jgn had kan kepada 5 kelahiran saja..... biarlah cuti bergaji .....tu tidak dihadkan......

Suami Penyayang berkata...

Saya rasa 60 hari dah cukup tu... saya ada isteri dan anak dan saya rasa 60 hari dah ok. Saya setuju kalau jangan hadkan cuti bersalin bergaji penuh hingga anak ke lima untuk meramaikan umat Islam.

Tanpa Nama berkata...

cuti bersalin 90 hari disokong kerana proses pemulihan memerlukan masa yang lama dan keadaan anak yang baru lahir perlukan lebih perhatian dari ibunya sendiri..bayangkan anak sekecil itu dihantar ke nursery...maka timbul lah kematian akibat tersedak susu, jatuh buaian la dan macam-macam lagi..kami ibu2 menjadi trauma nak hantar anak sekecil itu ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab..kami sanggup mengambil cuti tanpa gaji..oleh yang demikian kami para ibu menyokong penuh pertambahan jumlah cuti bersalin...

ahkak berkata...

Ahkak tinggal 3 tahun je nk pencen. Bagi ahkak, xde apa2 pon keuntungan pada ahkak kalau kjaan lulus 90 hari cuti.

Lebih baik naikkan gred ahkak ni 17 ke 41 mcm yg ada ahkak dgr2 kt kupeks dan kwn2 cakap. Lagi berfaedah untuk ahkak.

HAMDAN HAMZAH berkata...

Islam menggalakkan umatnya mempunyai anak yang ramai. Adalah cantik jika Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Islam menyokong tuntutan ini dengan memberi gaji penuh kepada kakitangan kerajaan yang bersalin anak ke enam dan seterusnya