SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 Mei 2010

GAJI 600,000 KAKITANGAN AWAM DISEMAK

Berita Harian
2010/05/20




KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.
Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500. “Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

49 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adakah gaji pekerja rendah awam(R1) sama d naikan?

Tanpa Nama berkata...

Yakah tu...kan dah diterangkan...gaji kategori paling rendahpun akan dinaikkan sekali ganda...maknanya kalay gaji pokok RM800.00 maka di naikkan ke RM1600.00...faham...dan gaji minima RM1500.00.....tapi kelayakan semua mestilah sekurang kurangnya SPM dan kalau ada Dip/Degree lagi molek....

Tanpa Nama berkata...

gaji PKA yang bertaraf PMR semakin dengan PKA yang ada diploma dan ijazah. tahniah.......lain kai tak perlu berlajar bersungguh sungguh......tak guna pun

Tanpa Nama berkata...

gaji PKA yang bertaraf PMR semakin dengan PKA yang ada diploma dan ijazah. tahniah.......lain kai tak perlu berlajar bersungguh sungguh......tak guna pun

Tanpa Nama berkata...

korang percaya ke citer bohong tu??????tak payah la...tak akan naik punyerrrr....

Tanpa Nama berkata...

Apa apa pun naikkan skim juruteknik dulu...

Tanpa Nama berkata...

naik pun lambat lagi..tggu pilihanraya je..tak mau nyye naik skrang ni

Tanpa Nama berkata...

hahahahhhahahahaha..... aku ketawa bukan gembira.tapi ketawa pasal penipuan perang saraf kerajaan ni...kaji jak ambil masa sepuluh tahun...lepas kaji semak...semak paling kurang 5 tahun....ini semua cuma pancing jak.almaklum mengundi mau dekat....KSN cakap kita tidak perlu kenaikan.bijan pula cakap berhenti meminta2 dan tiada moral.apa barang sekarang mau semak......blah la

Tanpa Nama berkata...

cian tol lah nasib kerani nie... dari dulu takde pun pembelaan. hmm.. asyik yang bawah jer naik..(dan yang atas kerani) sampai dah lompat lebih dr yg keje lama sbg kerani dah gajinyer... rezeki2 jugak.. tp.. ini mana adil bai!

Tanpa Nama berkata...

Sampai bila nak tunggu pengredan juruteknik..lama dah tunggu...tak tahu apa cerita...

harap2 pihak kerajaan prihatin sebelum semua juruteknik hilang tumpuan kerja...

Tanpa Nama berkata...

Semak gaji ni arahan kerajaan ke atau cuepacs syok sendiri,nanti dok bising satu malaya gaji tah kemana barang yg naik.

Tanpa Nama berkata...

Tak setuju gaji naik. nanti harga barang naik.........kalo kerajaan nak bagi juga, bagi kenaikkan pangkat untuk semua PA. Kalo tak akan ada golongan yg amik kesempatan naikkan harga barang. Pastu kerajaan janji akan pantau...takkan terpantau dee...

Abu berkata...

Tak setuju gaji naik. nanti harga barang naik.........kalo kerajaan nak bagi juga, bagi kenaikkan pangkat untuk semua PA. Kalo tak akan ada golongan yg amik kesempatan naikkan harga barang. Pastu kerajaan janji akan pantau...takkan terpantau dee...

Tanpa Nama berkata...

sokong tanpa nama...10:44am

hidup juruteknik...

PTD Cerdik berkata...

sia2 je je blajar amik drgree n hutang PTPTN puluh2 ribu, last2 gaji PMR/SPM lebih kurang yg berijazah tanpa perlu sesen pun hutang PTPTN dan abis masa belajar...

tu lah akibatnya kalo cuepacs diterajui golongan tidak berilmu tinggi

kalo nak naikkan, naikkan semua.. ini cuepacs pulak x setuju selaras semua naik 10%, bodoh ke hapa nih.. nak diorng je naik smpi 40%, yg pengurusan ni tanggungjawab berat, gaji sama mcm tukang kebun

Tanpa Nama berkata...

PTD...kau ini cakap elok sikit..cakap ilmu orang tak tinggi plak.....pada aku ok jer peneraju ceupacs sekarang...jangan rendah2 orang orang..kau tu pandai sangat ke????? orang pandai tak akan rendah2 orang lain....

Tanpa Nama berkata...

biarla gaji pekerja rendah naik....jangan la irihati sangat...kesian diorang ada anak bini.mak bapak lagi.anak nak sekolah.kalo gaji 1000 manalah mampu nak tangung semua 2...sebab 2 la timbul masalah rasuah dan jenayah lain2.memang patut la kerajaan naikan gaji jawatan renda ni...

Tanpa Nama berkata...

Apa2 pun kita tggu dan lihat ajelah.. kalau betul2 naik.. Alhamdulillah..!! kalau tak..mmm..tggula praya nanti..!!!

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi kebodohan dan kedunguan presiden cuepas...kalau dah gaji sokongan je naik...apahal lak dengan yang lain...depa semua tak kerje ke...?..depa semua tak berbelanja k...?..kau tahu ke apa akan berlaku bila gaji depa tu naik..?..harga barang pun naik...harga barang naik tak ikut kumpulan sokongan ke profesional ke..?..lepas ni aku nak pesan dengan anak2 aku..jangan belajar tinggi2...tak guna...buat penat dan habiskan duit je...gaji mula sama je dengan budak2 SPM....

Sophiaan berkata...

apahal gaji kump sokongan je yg disemak agar annual income x kurang drp rm 40000 sedangkankan kami golongan profesional pun masih lagi x mencapai tahap tu. saya amat x berpuas hati kpd cuepacs kerana hanya memperjuangkan kump sokongan sahaja.dari kenaikan 25%,elaun2 dll. kalau begini baik golongan remaja sekarang belajar sehingga SPM je.sbb nt gaji bole potong gaji graduan. :(

Tanpa Nama berkata...

salam semua..mengapa anda semua dengki sangat dengan p/a yang gred2 rendah ni!..apa alasan nya? rasanya kalau kerajaan nak naikan gaji pasti semua gred2 akan dapat habuan masing2 berfikir lah secara matang dan profesional dan jangan cepat melatah! kata kumpulan profesional..tapi cara pemikiran mengambarkan tidak profesional..hairan..anda2 ni semua ahli2 kesatuan kerja gabungan cuepacs ke?..

Nak Jadi Peon Jerrr berkata...

Kalau nama sahaja Kumpulan Pengurusan dan Profesional tapi gaji tak macam gaji profesional... apa cerita. Senang cakap kami bukan bangga dengan gred... kami nak gaji besar biar pun jadi peon... coz itulah perjuangan bodoh Presiden Ceupacs.

Tanpa Nama berkata...

kalau betullah hanya geng sokongan bawahan saja dinaikkan gaji...nampak sangat lah dua pihak iaitu kerajaan dan cuepacs buat keputusan tak bijak..

sebab bab naik gaji ni biarlah logik..

staf bawahan seperti peon atau kerani yang berusaha keras perlu juga diberi perhatian dan keutamaan..

sesiapa sahaja yang mahu berusaha lebih adalah patut untuk diberi kelebihan..

biarlah nama jawatan dia kerani, peon atau apa saja..tapi hakikat pembayaran gaji adalah berdasarkan pengajian beliau, kelulusan beliau..

kalau kita galakkan sangat golongan bawahan yg tidak berpelajaran tinggi ini dinaikkan gaji hampir sama dengan golongan profesional..saya rasa silap banyak la...

memang betullah..lain kali anak2 kita cukup setakat ambil spm saja..pastu minta kerja gomen dah tentu gaji mahal sama dengan yg ada ijazah...

harap2 kerajaan bertindak menggunakan akal..bukan ikut desakan tak tentu arah...

Sophiaan berkata...

Cara pemikiran yang x profesional adalah pres.cuepacs...bukan kami ye. patut segala jenis ganjaran yang diberikan perlu adil dan saksama antara golongan profesional dan sokongan.percent mesti sama....

Tanpa Nama berkata...

Jangan gaduh-gaduh...pemimpin Malaysia adalah orang yang bijak pandai...sudah tentu mereka tidak akan menaikkan gaji golong sokongan 1 dan 2 sahaja..golongan profesional juga pasti akan dinaikkan juga..bersabarlah ye wahai semua..

Tanpa Nama berkata...

nampaknya tuan2 atau puan2 ni semacam je..x pernah nak rasa bersyukur pada illahi dan berterima kasih pada yang berjuang untuk keadilan semua PA..x sabar2 nii..tunggu lah boss2 awak pencen..naik la giliran anda2 semua untuk jadik boss..dah kalu x sabar2 lagi buat pejabat sendiri la..hehe,sori..ges u guys r in great tension wit da burden..my advice fr u guys, do some workout kat gym ke..or do some prayer,doa n let da presiden and his comittee do da rest..

Tanpa Nama berkata...

ni lah kita panggil gebang2...macam2 orang dari bermacam2 jabatan dan pangkat boleh berbual2 atau tukar2 pendapat atau cadangan...itu saja...

yang buat keputusan terakhir dah tentu kerajaan....kita pasti itu...

sekadar nak tukar2 pendapat biarkanlah...tapi kalau boleh jaga jangan sampai termaki sesiapa..kita walaupun emosi tapi biar profesional...

Tanpa Nama berkata...

cuepacs kena tukar nama. buakn perjuangkan kakikatangan awam utk semua. cuepacs hnya perjuangkan kumpulan sokongan je. pilih kasih.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS tolong kaji jugak beban kerja...gaji patut dinaikkan berdasarkan beban kerja...itu lebih adil...bagi yg bertaraf SPM tu pulak naikkan diorang jadi Pembantu Tadbir @ apa2 jawatan yang memerlukan kelayakan SPM.Kaji jugak beban keja jawatan cam PAP N1, PRA R1..cammana kerja diorang..padan tak dengan klulusan yg mereka miliki..untung la klu gaji naik tapi bebab keja kurang..

Tanpa Nama berkata...

kami sgt2 bahagia mendengar kata2 PM yang dikasehi kerana dapatlah kami para pemandu merasa gaji pegawai. para pegawai pula, jgnlah dengki, bukankah bagus jika kita merasa gaji yg sama barulah sesuai dengan syiar islami iaitu keadilan, gaji kita sana termauk elaun walau latar belakang dan kerja berbeza.

- abdullah pemandu JKR R1

Air Mani berkata...

aku pun nak mintak keje kerajaan jadi tukang kebun je sebab dengar kata gajinya nak naik hampir setara dengan graduan. maleh aku nak mintak engineer/pegawai sebab nanti tanggungjawab besar gaji lak sama macam peon (poen).

biasanya beza gaji ialah nisbah 2:1 kat gomen malah kalo kat swasta gajinya 4:1 antara exec:non-exec. lepasni dh setara elokla, makin ramai la mintak jd kerani tmasuklah aku n kwn2 yg akan grad tahun ni

Tanpa Nama berkata...

walaupun gaji peg rendah naik, tp masih takdapat potong gred atasan sbb.. klu gred atasan naik pangkat etc j41 ke j44 dah kenaikan sebanyak rm400.....org bwh nih naik cuma rm 80-100 jerrrr jauh lg jurang tu.... so jgn la dengki irihati

Tanpa Nama berkata...

jgn lupe, utk kakitangan awam ada ijazah kerja gred sokongan gred 17 di bagi gak peluang kenaikan ke gred 41....kami ni ade yg cgpa 3.00ke atas ni pon gred 17 lg..degree bisnes...

Abu Israel ex-siswa berkata...

ko degree bisnes ke degree perkebunan ke kalo dh keje taraf n17 maka gajinya n17 la dol oi..

takkan keje kerani n17 gaji lak ikut grd41.. bgaduh 1 pejabat la dgn kerani2 lain yg takat PMR tu sebab keje sama tp gaji beza byk. lain la kalo ko naik ke gred 41 dgn jawatan pun btaraf 41, br betul

(mcm aku la hehe)

Tanpa Nama berkata...

kawan2..rata2 saya baca coment dan buat analisa..sya rasa kecewa la..begini ke sikap PENJAWAT AWAM sekarang ni?..lebih2 lagi yang ada iiijazah tu..x macam P.AWAM dulu2..yang banyak bersabar..rasa2 nya tuan2 ni baru je grad kot.untung lah dah dapat keje awal.cap jari pn x kering lagi dah tunjuk belang..relaxs la..kami dulu 10 tahun bru naik gred 44,pastu naik 48 dapat lak elaun keraian,orang gred bawah x komplen pn..x bising2 pun..buat la keje elok2 ada lah ganjaran nye nnt..sabor yop..

Tanpa Nama berkata...

wei abu israel bengong...kitorg dh apply le post gred 41..tp rezeki x melekat lg..reason biase kalo g inteview..'awak dh keje gomen ni, bg la peluang jwtan gred 41 kat budak fresh baru abis blaja', so last2 kami gred 17 ade degree ni maintain gred 17 n result x brjaya...mau x frust...yg fresh directly dpt gred 41..sedih le camni...motivasi down.

Tanpa Nama berkata...

ya la...kerajaan kena ubah tu...

jangan jadi trend tahun 60-an lagi...

ubah-ubah...

yang ada kelulusan..bayar gaji ikut kelulusan la...

trend 60-an patut dibubarkan...

akukah itu berkata...

hasad dengki... iri hati...
tp aku jugak rasa tidak adil asyik memperjuangkan org yg paling bawah je... walaupun aku ni bukan dlm golongan profesional.
kalau nak mintak naik.. naik semua la... baru adil

Tanpa Nama berkata...

betul tu..kene perjuangkan smua gred pnjawat awam...jgn fokus kat gred tertentu je..keadilan kan mmg di tegaskan dlm islam.

Bukan Ahli KeAdilan berkata...

Presiden tak ambil berat pasal keadilan... yang penting popular dan dapat jadi presiden lagi.

Tanpa Nama berkata...

Nasib baiklah gomen menetapkan penerima darjah kebesaran (Datuk) sekurang-kurangnya gred 48 ke atas. Kalau tak dah lama tuan presiden dapat title Datuk.Tak tahulah kut-kut lepas pencen (dah pencen pun-sambung kontrak) ni dapat title Datuk..Aku sokong presiden dapat title Datuk..baru ada gah..

Tanpa Nama berkata...

Gomen tak cakap pun nak semak gaji kakitangan Sokongan 1 dan 2..yang cakap cuepacs.Lepas ni KSN akan menafikan apa yang dikatakan cuepacs.Cuepacs akan dikatakan memutarbelit kenyataan..Betul gaji akan naik tapi tahun 2020 bukan sekarang..tak tahu samada aku masih hidup lagi ke tak...jadi kesimpulannya dengar boleh percaya jangan..alahai nasib badan...

Tanpa Nama berkata...

gaji tak naik dah...kan omar dah cakap staf kerajaan ramai yg mc tipu...45,000 orang kan??

hai tah lah...

Tanpa Nama berkata...

laa..kita smua dok gaduh2..diaorang main politik rupanya,hari ni keluar statement lain,pastu esok keluar statement lain..dia tuduh nya kita PA tipu MC..ada patut kaa..ada proof ke?.

melayu berkata...

tak payah naik la gaji.... mak aku dah meninggal tunggu korang punye semakan... ingat kiterang penjawat awam heran ker?????

Tanpa Nama berkata...

Salam. Jgn gaduh2. EQ mestilah tinggi. Tak guna semuanya, sbb ia belum berlaku lagi. Takkan bodoh sgt kerajaan nak aniayai kakitangan awam apabila melebihkan gaji spm berbanding ijazah. Paling penting sebenarnya pengalaman lepas 2 baru mengambil kira tahap pembelajaran seseorang. Bagi mereka yg bangga dgn ijazah 2, cuba pk ijazah yg anda ambil 2 mmg utk tugasan yg anda pikul skang. Setahunya kursus engineer tp bertugas sebagai guru lak. Yg PTD 2 pun tak tahu bersyukur langsung . Setahunya PTD ni jawatan baru lg kang?!

Tanpa Nama berkata...

SAYA PEKRJA RENDAH AWAM R1 AMAT BERTERIMA KASIH ATAS CADANGAN PIHAK QUEPACS UNTUK KAMI SELURUH KAKITANGAN AWAM R1 DI MALAYSIA DISEBABKAN KEADAAN SEKARANG GAJI AMAT LAH SEDIKIT DENGAN KEADAAN EKONOMI SEKARANG DIBANDINGKN DGN PENJAWAT AWAM YG LAIN....KAMI PUN BYK YG PERLU DI TANGGUNG...ANAK BINI KELUARGA PUN NK INGIN HIDUP SEPRTI PEGAWAI2 YG LAIN.....BKN KAMI TAK NK BELAJAR TINGGI2,ORG DAHULU GAJI UNTUK KAIS PAGI PAKAN PAGI JER....JD XDPTLAH ANTA KAMI BELAJAR TINGGI2............TERIMA KASIH SEKALI LAGI KAMI UCAPKAN KEPADA PRESIDEN QUEPACS EN OMAR DAN KAKITANGAN NYA.....

Tanpa Nama berkata...

betul lah org cakap kakitangan awam ni pemikiran tak profesional...kerajaan kita dipimpin oleh org bijak pandai tak perlulah golongan profesional ni nak iri hati...naik gaji ke tak gaji korg tetap lebih tak kan sama..so jgn la sampai mcm nak gaduh iri hati ngan kumpulan sokongan ni....

rasional berkata...

Cuepacs x dok kena mengena dgn kumpulan P&P, kesatuan kerja hanya utk pekerja peringkat bawahan jer...kumpulan pengurusan dan profesional biasenyer tumpang sekaki je...tapi kalau staf sokongan naik, sepatutnya kita kumpulan P&P dan pengurusan tertinggi akan naik jugak...cume x akan diwar2kan sgtla kot...kalu kiter sumer (P&P) x naik jugak...kiter suruh je kerani kiter dan juruteknik kita wak kije kiter, tanggung jugak tanggungjawab kiter...hahahaha