SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Mei 2010

CUEPACS MINTA KERAJAAN KAJI PEMBERIAN BONUS DUA BULAN

Bernama
2010/05/22



GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih menaruh harapan kerajaan akan menimbang semula pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam selepas ekonomi negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Presidennya, Omar Osman, berkata beliau berharap rayuan pemberian bonus itu akan dipertimbangkan tahun ini.
"Kami faham bahawa pada tahun lalu berikutan kegawatan ekonomi global, kerajaan terpaksa menolak permintaan itu tetapi kami berharap kerajaan akan menimbang semula permintaan kami tahun ini kerana ekonomi negara semakin pulih," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini
Beliau berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa ekonomi negara telah merekodkan pertumbuhan sebanyak 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini, Cuepacs berharap permintaan bagi pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam akan dapat dipenuhi. Omar berkata, Cuepacs juga mahu kerajaan menimbangkan semula cadangan memanjangkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari berbanding 60 hari ketika ini. "Tempoh 60 hari cuti bersalin sedia ada jelas tidak memadai kepada pekerja wanita kerana kebanyakan mereka cenderung mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak dan menguruskan hal-hal keluarga yang lain," katanya. Beliau berkata, kerajaan perlu menimbangkan cadangan itu dan walaupun ia telah dibentangkan banyak kali pada masa lalu, tiada sebarang keputusan dibuat sehingga hari ini. "Jika kerajaan fikir tempoh 90 hari terlalu lama, kita harap mereka akan dapat mencari alternatif yang lebih baik daripada tempoh 60 hari cuti bersalin sedia ada," katanya. Beliau juga menggesa kerajaan supaya mengkaji semula elaun perumahan sebanyak RM80 yang diberikan kepada penjawat awam. "Saya telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan menaikkan elaun perumahan kepada RM300 dan kami masih menanti maklum balas daripada mereka," katanya. - Bernama

8 ulasan:

Guru Lelaki dan beristeri berkata...

Saya sokong pemberian 2 bulan bonus namun kurang setuju dengan tambahan cuti bersalin kepada 90 hari. Bagi saya tambahan sebulan lagi cuti bersalin agak keterlaluan. Jika seorang guru cuti bersalin selama 90 hari atau 3 bulan akan menganiaya murid2 yang kadangkala tidak mendapat guru ganti dan jika dapat guru ganti pun pastinya kurang berkemahiran. Cuti bersalin selama 30 hari rasanya sudah mencukupi.

Pembetulan di atas berkata...

Saya sokong pemberian 2 bulan bonus namun kurang setuju dengan tambahan cuti bersalin kepada 90 hari. Bagi saya tambahan sebulan lagi cuti bersalin agak keterlaluan. Jika seorang guru cuti bersalin selama 90 hari atau 3 bulan akan menganiaya murid2 yang kadangkala tidak mendapat guru ganti dan jika dapat guru ganti pun pastinya kurang berkemahiran. Cuti bersalin selama 60 hari rasanya sudah mencukupi.

Tanpa Nama berkata...

belum ada sejarah kerajaan bagi 2 bulan bonus...tapi kalau bagi ia satu sejarah la...

lain la telekom, petronas dan sebagainya. tak minta pun mereka dapat 5, 6 bulan bonus.

Kamen Raider~ berkata...

30 hari sudah mencukupi???
wah...macam awak tuh pernah mengandung jew???hu hu hu~~~

Guru Lelaki dan beristeri berkata...

Komen Raider,
Kan saya dah betulkan 60 hari. Yang atas sekali tu silap taip. Saya memang tak pernah mengandung... tapi ada isteri dan saya rasa 60 hari cuti tu dah mencukupi... sebelum ni 40 hari kan... pun dah ok. Ini pendapat peribadi coz kesian tengok murid tak ada guru lama sangat... kalau kita ada anak yang bersekolah dan cikgu tak ada selama 3 bulan, tentu kita tak puas hati jugak. Nak dapat guru ganti bukan mudah... kalau dapat pun yang kurang berkemahiran.

Tanpa Nama berkata...

Biar la cuti bersalin 90 hari pun. Org lain boleh cover kerja kita dan dapat belajar ttg kerja kita. Bukan cikgu saja, kakitangan kerajaan kt pejabat lain pun sama. So, tak perlu pertikai la

Guru Lelaki dan beristeri berkata...

Saya menulis situasi di sekolah. Sekarang guru cuti bersalin 60 hari memang bagi saya cukup lah tu.
Kita tak mau anak kita dan mungkin anak anda menjadi mangsa. Bila guru cuti bersalin mungkin dapat guru ganti yang tiada kemahiran mengajar. Bayangkan kalau guru yang bersalin tu mengajar kelas UPSR/PMR/SPM. Kesian murid menjadi mangsa. Kadangkala parent pun komplin jugak... coz ada yang setiap tahun bersalin. ( saya tak salahkan mereka... itu rezeki masing-masing )Maaf kalau statement saya melukai hati guru perempuan macam isteri saya yang juga seorang guru.

Tanpa Nama berkata...

Kepada
Guru Lelaki dan beristeri berkata...

Cadangan gue mcm nih..
Kalu dlm skolah tue ada ramai perempuan yg suda berkahwin..
kite bagi dorang jadual beranak..
tahun nih si A beranak..
Tahun depan si B beranak..
dan begitulah seterusnya..

atau kalau dah tak bleh kawal sangat.. kita syor ja dgn kementerian..agar suami2 para guru wanita di KEMBIRI selepas mempunyai 3 anak..